DI TEPI… DI TENGAH… DI DEPAN…. DI BELAKANG… AMBIL KESEMPATAN…

Bila banyak nak kena tulis, masa tu jugalah banyak hal dan perkara yang berlaku. So, dalam kepala ni memang banyaklah fikirnya..

Hidup ini, begitulah. Kalau tak, bukan kehidupanlah namanya. Ada saja ujian yang mendatang. Tak apa. Asalkan bukannya hal tentang menipu, merompak atau berhutang dengan orang. Hal-hal lain, boleh diselesaikan, insyaAllah.

Bila nak buat sesuatu untuk kebaikan atau bila kita nak bina nama semula, memang ada saja rintangannya. Ianya sebagai ujian untuk melihat sejauh mana kekuatan diri kita. Kalau tak dapat nak hadapi ujian itu, maka darjat kita tak dinaikkan dan kita pun tak akan belajar. Sakit itu adakala membawa kebaikan.. Membuatkan kita sedar di mana duduknya kita dan setinggi mana apabila kita berdiri.

 

Ini hanya secara kesimpulannya sahaja yang aku tulis. Hal yang sebenarnya sangat menyakitkan hati. Merekam di dalam jiwa ni. Nak naik pecah juga dada kalau tidak aku luahkan. Nasib baik ada 6 mata yang menjadi pengawal aku. Di kiri, kanan dan yang melihat dari keseluruhan. Eric lah yang melihat keseluruhan projek yang mahu aku jalankan. Ina dan sorang lagi mata di kiri dan kanan aku. Tak kurang juga bahu untuk aku sandar seketika tatkala hati dihimpit pilu.

Hanya Allah yang tahu.. Kita ni bukan niat nak menganiaya orang. Jauh sekali nak makan duit ringgit orang. Tapi ada segelintir manusia, sangat mudah nak gunakan kesempatan yang terluang demi keuntungan poket sendiri. Yang ruginya, kitalah. Yang mendapat sikit juga, adalah kita.

Aku ni nampak je kuat dan tegas, tapi dua tiga tahun ni, selepas berkahwin, memang lembut teramat. Entah mana hilangnya garang si harimau aku tu yang ala-ala gah bagaikan Harimau Malaya! Hahahaha..

Dulu masa sorang dulu, kalau ada je tak kena, habis semua orang aku sembur. Sampai ada yang takut dengan aku. Muka pula memang susah sekali nak senyum. Maklum sajalah, ada macam-macam hal dalam kepala. Kena pula yang orang aku bekerja tu suka ambil kesempatan. Memang pantang atok nenek Arwah Pak Wahab! Akan keluarlah semua kegarangan DKK yang ada! Tapi sekarang ni, pantang atok nenek aku tu dah lari agaknya sebab dah masuk atok nenek orang Perancis pulak! Hahhahaha…

Aku ubah sedikit sikap aku yang agak garang dulu. Aku tak mahu juga orang lain tak selesa bekerja dengan aku atau takut-takut dengan aku.  Aku tak perlu garang. Hanya perlu tegas. Ambil masa aku buat perubahan itu. Bukannya dalam masa satu hari.

Nak buat lawaklah konon ni sebab nak redakan api kemarahan, rasa kecewa, remuk redam dalam hati ni… Halnya yang sangat sakit ni adalah berkaitan mencari penaja untuk konsert aku nanti. Semua dah okay. Client pun dah bersetuju. Wakilnya pun sangat okay. Orang yang mengenalkan pula susah nak negotiate bahagiannya. Biasalah… Kita semua bekerja untuk wang. Dan dah aku janjikan ada sebahagian untuknya. Ada juga aku sebutkan peratusannya dari awal lagi. Cukup jelas dan dengan jujurnya.

Bahagiannya itu mengikut apa yang  kebiasaannya dibuat oleh kebanyakkan golongan professional yang hanya mengambil komisyen pada harga yang setimpal. Tapi kes yang ini… lain sikit.. mungkin salah aku juga.. Aku tak katakan ya atau tidak. Aku hanya dengar dahulu dan mahu pertimbangkan selepas aku bincang dengan wakil pihak penaja dan juga suami aku selaku business partner.

Mungkin pada pendapat introducer tu, bila aku diam dan hanya mendengar; dia terima sebagai aku dah setuju. Aku tak benar berterus terang bahagian itu. Bila dah aku minta dirundingkan semula bahagian dia, lain pula jadinya. Manusia… Biasalah. Bila soal duit, memang sangat sensitif. Langsung berubah sikapnya. Mana ada lagi manusia yang tahu akan kedudukannya. Yang dia nampak hanya wang. Tiada keikhlasan langsung. Bila berlaku macam ni, memang jelas ternampak hajat dan niatnya. So tricky, mister!

Tak apalah. Jika itu rezeki aku, maka akan jadilah ia. Kalau tidak, Allah itu ada. Ada bahagian aku yang mahu diberikannya. Jika bukan dari yang jauh, mungkin dari yang dekat. Ada lagi beberapa syarikat dan badan korporat yang bersetuju.  Aku beri peluang dan ruangkan waktu pada semua yang mahu berjumpa untuk menjadi penaja konsert yang bakal berlangsung 6 bulan lagi itu.

Masih ada masa. InsyaAllah. I must have faith. Percaya akan rezeki Allah dan aku hanya perlu berusaha untuk acara ini berlangsung dengan jayanya. Tak ada pengurus, beginilah keadaannya. Kena buat sendiri dan fikirkan semuanya sendiri. Ada perkara terlepas pandang. Tak apa susah sikit. Untuk aku juga.

Sedih juga… sebab aku rasa seperti aku digunakan dan orang itu nak ambil kesempatan dengan apa yang aku ada, serta di atas nama aku. Boleh berbuat sedemikian secara professional mengikut peratusan yang telah biasa dibuat oleh semua golongan korporat. Itu perkara biasa. Aku pun tak kisah. Tetapi tidaklah sehingga yang mengambil kesempatan yang ada itu; buat untung lebih banyak dari nama yang mahu digunakan.

Tak lojik dan membuatkan aku ni rasa dipergunakan. Kenalah berhati perut juga. Aku bukan jenis yang terlalu kejam untuk tidak menilai hasil kerja orang. Aku tahu rasanya jika tidak dihargai andai dah buat kerja setengah mati tapi tak langsung dibayar dengan jumlah sepatutnya. Aku tahu menilai…

Ini ada pula nak dibayar lebih tapi kerjanya hanya bermodalkan air liur sahaja. Biarlah kerjanya berpatutan pula dengan harga yang diminta. Introducer saja. Segala yang lain, dibuat oleh pihak aku dan pihak yang berkenan mahu menaja.

Nasib baik pihak organiser perasan dan suami aku sendiri membuka pemikiran aku. Aku kena tegur teruklah juga dengan sang suami yang memang berlatar belakangkan akauntan itu. Nasib baik ada suami macam dia! Aku harus lebih berhati-hati. Jangan terlalu mengikut rasa hati.

Aku ni dalam kepala, nak je benda ni menjadi. Dalam erti kata lain, aku ni ‘tamak’ lah juga. Bukan soal duit tapi ‘tamak’ nak bagi jadi sebab dah lama aku inginkan konsert. Aku harus buat segalanya dari bawah semula untuk karier aku. Dan acara ini adalah untuk peminat aku. Bukan senang nak kumpulkan semua penggemar aku di bawah satu bumbung dan sama-sama meniti semula perjalanan karier aku selama 20 tahun.

Banyak memori yang aku dan peminat kongsi bersama. Aku mahu malam itu nanti dipenuhi dengan pelbagai emosi dari kenangan yang telah aku lalui. Kalau ada yang kelakar, maka ketawalah mereka. Jika ada yang bisa merengkam jiwa, maka menangislah. Andai ada yang bisa menaikkan kemarahan, luahkan saja…. Luahkan segalanya… kerana itulah yang berlaku di dalam perjalanan hidup aku dan karier aku..

Orang lain… orang tengah, orang tepi, orang depan… Mungkin tak tahu… Yang tahu, hanya  mereka yang sentiasa di sisi aku.. Yang melihat dan mendengar akan aku… Yang meletakkan diri mereka di dalam aku.

Tak boleh nak tulis lebih-lebih dah.. Air mata mengalir laju. Bimbang hati makin sayu dan yang dibelakang aku akan menegur langsung lain pula mood hari minggu! Semoga Allah sentiasa bersama aku. Kerana Dia tahu apa ada di hati aku…

P/S :  Loratnya orang tengah… Macam dia nak nyanyi. Orang yang nak memberi dan wakilnya cool je…

Advertisements

2 Comments on “DI TEPI… DI TENGAH… DI DEPAN…. DI BELAKANG… AMBIL KESEMPATAN…

  1. sis, bukan semua manusia mcm tu yg suka mengambil kesempatan… anggap jer la segelintir yg macam tu akan menjadi kunci untuk kita mematangkan diri. you go sis! Good Luck!

    • VERY TRUE. MEmang ya. hanya sorang dua je yang macam tu. Thanks dear ❤

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: