SEMANGAT YANG TERBANTUT!… SALAH SENDIRI….

Seronoknya hari ini mendapat apa yang aku dan pasukan mahukan.. Semangat naik membuak-buak.. Terjelas kegembiraan di wajah Pingu dan Nani K yang kuat berusaha memastikan hari ini berjalan dengan baiknya.. Alhamdulillah.. Sememangnya semua berjalan lancar. Puasnya kami setelah seminggu memendam rasa kerana awalnya tak mendapat apa yang kami perlukan..

Mungkin ada yang tertanya, apakah yang aku katakan ini.. Semuanya kerana projek tahun hadapan.. Hari ini dapat selesaikan satu perkara lag bersama jurugambar kegemaraan aku, Bustamam Mokhtar. Aku mengenalinya bukan satu hari. Kami kenal semenjak tahun 1995! Semua gambar aku, kebanyakkannya dia yang ambil. Termasuklah iklan Skinz Infinite dua tahun lalu. Alhamdulillah dapat bekerjasama lagi kali ini…

Tak tahulah apa yang boleh menggambarkan kegembiraan aku setelah kecewa sebelumnya, kerana tak dapat apa yang kami mahukan dan perlukan dari fotografi sebelumnya.. Mungkin terlalu excited, tak pula terkawal perasaan aku ini.. Hmmmm… Kan ke dah termenung. Cepat sangat menunjukkan dan menggantungkan gambar yang tak sepatutnya aku letakkan. Tak siap pun gambar tu. Itulah jadinya kalau tak tahu mengawal perasaan yang teruja.

Haaaiiiii… Platform bagi yang suka mengkritik sudah tersedia. Diletakkan pula di tempat yang bisa diperkatakan… Terimalah padahnya.. Tak semua orang faham yang gambar diambil seakan berkemban itu, bukan untuk dipamerkan keseluruhannya. Aku ni pun dungu.. Bukannya semua orang tu pandai nak tahu bagaimana gambar itu akan dipotong dan wajah saja yang akan digunakan…

Nak gunakan kesemuanya itu pun untuk tahun depan selepas bersalin. Dah tentunya akan ‘menjaja’ wajah sahaja. Sebab itulah fotografi itu dibuat sekarang sebelum aku melahirkan… Lumrahlah kehidupan ini. Tak semua yang memahami dan tak semua dapat kita puaskan hati.

Yang menegur dari segi agama, aku faham. Malah aku berterima kasih kerana menegur. Aku faham akan hakikat kita sesama Islam, perlu menegur antara satu sama lain. Namun, ada caranya. Aku terima. Lagipun, dah aku belajar dengan ustazah, kita kena menegur antara satu sama lain andai ada yang kita nampak yang tidak kena sesama Islam. Tak kiralah dari segi apa sekalipun asalkan kita dapat menjalankan tanggungjawab ke atas agama dan sesama insan. Jika tidak, kita akan disoal kelak oleh Allah.

Maafkanlah andai gambar itu mengganggu beberapa pandangan mata dan menyakitkan hati sesetengah pihak. Aku tak bermaksud sebegitu. Bukan juga untuk menayang bahu aku yang bidang itu.

Warna kulit aku dan wajah, mungkin adakala menampakkan lagi keseksian aku itu. Hmmm… Tak tahulah nak cakap macam mana. Dah salah sendiri. Keseronokkan dan puas hati kami jadi terbantut pula…

Tak kurang juga yang beri komen sepert; “Eloklah tu, dah macam negro…” Ye… benar.. Aku gelap. Yang melontar kata-kata itu tersangatlah putih orangnya. Nampak terserlah kegebuannya dengan pipi merah yang bukan main tebalnya di status Instagram nya.. Untunglah dianugerahkan kulit yang putih. Mungkin itu caranya dia mengucapkan syukur pada Allah di atas pemberian yang hebat itu, dengan berkata dan mengherdik manusia lain yang tidak sama warna dengannya..

Sedih dengan orang yang macam ni.

Aku terima juga komen sebegitu. Aku ucapkan terima kasih kerana menyedarkan aku juga. Ya.. aku gelap. Dan aku bersyukur dengan pemberian Allah ini. Dari aku kecil, tak pernah aku rasa nak putihkan kulit. Aku sukakan warna kulit aku ini. Aku hanya perlu menjaga pemberian pinjaman Allah Taala ini sebaiknya.

Aku tahu aku tidak berhijab dan adakala memakai pakaian agak mengganggu pandangan mata. Namun, aku bersyukur di atas segalanya. Aku belajar juga dan tahu akan hukam hakam Allah juga. Cuma aku harus berwaspada di masa yang akan datang.

Sedikit terganggu semangat aku.. Adalah 2 minit je terganggu, rasa down, rasa kecewa, rasa sedih, rasa… macam-macam rasa. Rasa bersalah pun ada. Seperti semua telah membenci. Aku terasa dengan lontaran ayat dan komen yang boleh mengoyakkan motivasi aku. Termenung dan terfikir sejenak…

Susahnya aku siapa yang tahu untuk membuat projek 20 tahun ini. Ada saja yang tak kena sebelum ini. Ada yang dah okay, aku pula yang terburu-buru meletakkan imej yang tak sepatutnya aku war-warkan.. Satu lagi pengajaran yang perlu aku belajar. Walaupun dah lama dalam bidang ini, namun masih ada kekurangan di diri aku. Masih perlu belajar.. As human, yes, you always have to learn. Everyday!

Terfikir juga.. Mungkin berdiam tanpa album, tanpa projek; itu bisa membuatkan semua suka. Hanya paparan keluarga dan hal peribadi sahaja yang boleh membuatkan semuanya gembira. Tapi bila mula bekerja semula, ada projek yang boleh menonjol; ketika itulah datangnya haters dan herdikan yang bisa meruntun jiwa…

Agaknya resamnya sudah sebegitu. Bila ada saja yang mahu menonjol, ada jugalah pelbagai tohmahannya… Teguran membina sesuatu yang sukar diperolehi dewasa ini. Tapi yang mudahnya diberi adalah bahasa yang bisa menjatuhkan dan membenamkan seseorang itu sedalam-dalamnya….

Kata aku awalnya kepada Pingu, aku mahu berfikiran seperti Yuna. Semuanya selepas melihat temubualnya di E! Sangat cerdik dan waras gadis manis itu berbicara menyuarakan apakah pegangannya. Dia tahu apa yang dimahukannya dan itulah yang dibuatnya. Dia tak pedulikan apa yang orang lain kata. Biasalah, berhijab pun ada juga yang mengata. Komen bukan main hebatjuga. Macam dialah yang tahu segalanya. Kuat juga ribut yang melanda Yuna. Namun, dia sangat cekal.

Mana kecekalan aku yang seperti itu kini? Dulu aku pun tak peduli apa yang orang lain katakan. Sekarang ini, kenapa nak jaga sangat hati orang di luar sana, sedangkan mereka tak pernah nak jaga perasaan aku pun. Ada antara mereka dengan bersahajanya mencalarkan hati dan perasaan tanpa berfikir pun untuk berkata-kata.

Sedih 2 minit itu dah pun habis sebenarnya. Saja aku nak luahkan. Tak rasa marah.. Cuma….. Tak tahulah apa yang boleh aku terjemahkan perasaan aku ketika ini. Tak payahlah nak jelaskan. Andai yang dapat rasa, dia akan faham apa yang aku rasa ketika ini. Dah delete pun gambar tu.. Biarkan ianya menjadi satu cerita di akhir hari Rabu ini…

Letih….. Fikiran, perasaan dan hati… fizikalnya juga.. Mungkin hanya hormon mengandung ini yang mengganggu dan membuatkan aku berfikir sedalam dalamnya.. Harus berhenti dan jangan dilayan lagi. Cerita hari ini adalah pelajaran sebagai pengajaran di hari esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan selanjutnya…

Terima kasih Kak Niza Noordin yang setia dan sedia memberi khabar andai ada yang tidak kena di platform media sosial. Terima kasih juga buat yang menegur, mengata dan apa sahaja. Aku terima.  Semoga kalian berbahagia.

P/S: Motivasi dan tenaga positif itu datang semula bila aku fikirkan sweetnya tona warna yang diberi Bustamam tadi dengan posisi gambar serta make up yang sangat sesuai bersama aksesori yang sangat menarik! Tidak langsung membogelkan aku sebenarnya!

Advertisements

7 Comments on “SEMANGAT YANG TERBANTUT!… SALAH SENDIRI….

  1. sis …be strong. Biarla apa org nk cakap, itu hak mereka. Just be urself.

  2. hahhahaaa…. dia nak suruh nurul make up mcm dia letewwwww. Relax je la Nurul… pedulikannnn

    • As salam.. nurul syg, just be ur self.. forget it about manusia yg suke sgt dok kondem org.. bkn semua manusia perfect.. x sbr nk tgg konsert.. kitaaaa minatttt sgt kt awk!!!

      • Wsalam..
        Insyaallah.. Thanks a lot.. Kena datanf nanti tau! Take care

  3. sabar sis. semoga segalanya dipermudahkan…daripada saat kelahiran hinggalah ke konsert nanti. amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: