KESIMPULAN DI DALAM BANYAK-BANYAK CERITA…

Iissshhhh… Si kecil ni.. Jenuh nak menunggu dia tidur hari ni.. Dari semalam hingga ke hari ni, asyik nak bergayut je dengan aku… Agaknya dia berdendam sebab dah tiga minggu aku non-stop keluar masuk rumah dan tak banyak spend time dengan dia.  Anak kecil boleh rasa kalau ibu bapanya tak dapat beri perhatian padanya..

Semalamlah paling teruk.. Dia buli aku pulak tu. Asyik merenggek je. Kalau aku tidurkan dia, lebih teruk dia buli. Kalau Eric, dalam 5 minit dah tidur. Setiap malam sekarang Eric yang tidurkan dia. Sebab itulah agaknya Zach agak marah dengan aku.

Aku dilarang mendukung Zach terlalu kerap kerana kandungan dah makin membesar. Minggu ini dah pun 29 minggu. Memang lebarlah kan.. Seperti biasa. Aku je yang besar, baby kecil je. Badan dah makin cepat letih apabila melakukan sesuatu tapi so far so good. Dah pun sampai trimester ketiga. Sekejap je rasa. Aku ada hanya 9 minggu untuk melahirkan bayi lelaki kedua kami.

Pejam celik, pejam celik, memang rasa macam cepat. Tapi aku yang mengendong ni.. Tuhan saja yang tahu. Tapi seletih dan seberat mana pun badan, takde rasa nak complain. Seronok bila mengandung ni. Terutamanya fasa sekarang ini. Bayi dah semakin membesar dan makin kerap bergerak. Perasaan itu sangat indah dan terasa diri amat berharga menjadi seorang ibu.

Wanita yang sudah merasainya, tahu apa yang aku maksudkan. Sebab itulah semua wanita di dunia ini mahu punyai zuriat dan mahu rasa pengalaman mengandung. Ianya sangat indah.. MasyaAllah..

Berbalik kepada jadual aku yang padat 3 minggu dan minggu-minggu sebelumnya… Aaaaahhhh… sekarang ni terasa sangat lega kerana dah tak banyak event yang aku perlu pergi back to back seperti sebelum ini. Lagipun aku perlu berehat di fasa sekarang ni. Kalau ada yang kena keluar pun, hanya meeting bersama beberapa rakan untuk persembahan aku tahun depan.

Perancangan harus dilakukan dari sekarang. Ada beberapa penaja telah menunjukkan minat. Tetapi pihak aku dan penganjur belum lagi bersua muka dengan mereka. Tak sabar juga untuk showcase itu nanti.

Lagu telah pun dipilih. Turutan persembahan juga dah 60% siap. Para pemuzik dah aku tentukan siapakah mereka. Cuma, semuanya hanya perlu berjumpa untuk berbincang apa lagi yang boleh dibuat bagi melicinkan semua perkara dan acara itu nanti.

Berdebar juga jantung bila mememikirkan soal showcase itu. Ye lah… Kali pertama nak buat sedikit besar berbanding 20 tahun dulu – kali pertama aku lakukan showcase sempena album pertama dahulu. Berdebar sekarang ini, berbeza dengan yang dulu. Sekarang dah sedikit matang di dalam bidang ini. Dulu, terlalu ‘hijau’.. Main nyanyi dan buat saja. Berbeza apabila usia telah menigkat dan sedikit dewasa di bidang ini, macam-macam perkara difikirkan di dalam kepala ni. Jadi kena betul-betul fokus dan buat yang lebih baik dari permulaan dulu.

Meletakkan diri di dalam apa bidang sekali pun, sangat mudah. Permulaannya harus baik, maka diterimalah seadanya. Nak mengekalkan kedudukan itu, yang paling susah. Semuanya harus dijaga.

20 tahun, bukan satu perjalanan yang singkat… Macam-macam idea ada di dalam kepala ni yang nak aku buatkan. Walaupun masih lagi ada 6 bulan nak sampai ke 6 Jun 2015; dari sekarang kami sudah memulakan segalanya.. Buat awal, supaya senang untuk mempromosikannya nanti.

Itulah ceritanya yang aku sibuk sangat semenjak dua menjak ni dengan pelbagai acara dan juga showcase aku tu nanti. Acara lain seperti konsert yang telah aku hadiri, dan juga baru-baru ini aku muncul di pentas AIM ke 21 Sabtu lepas; banyak memberi aku serba sedikit pendedahan semula sebelum aku bersalin dan sehingga aku mula bekerja semula.

Harapnya aku akan bersalin pada pertengahan Februari dan bukan penghujung. Kata Doktor Aziz, aku akan bersalin awal juga seperti mana aku melahirkan Zachary tahun lalu. Jika awal dua minggu, aku yakin aku akan mula bekerja semula pada 2 April 2015. Masa tu harapnya dah turun 15kg! Hahahaha.. Itu yang aku fikirkan dulu! Harus!!

Aku juga banyak belajar di setiap acara konsert yang aku hadiri sepanjang bulan November dan Disember. Pergi tu untuk berhibur; dan juga menjadikan kesemua persembahan itu, sebagai bahan rujukan untuk persembahan aku nanti. Apa yang perlu dibuat, dan apa yang tidak. Aku banyak belajar dari konsert Kris Dayanti. Kawan yang dah lost contact dengan aku itu, memang tak asing dengan rebah di pentas. Banyak kali juga sebelum ini.

Kesian juga pada dia. Siapa yang tak kecewa bila ada masalah teknikal yang memakan masa yang lama untuk dimulakan semula. Tapi semangat wanita cekal itu sangat hebat. Dia berjaya membuatkan semua penonton terhibur walaupun permulaan persembahan sedikit ‘mellow’.

IMG_20141122_212823

Syabas aku ucapkan buat Kris dan juga One Drop Perfume yang menaja konsert itu. Pada aku, secara keseluruhan, konsert itu diadakan dengan jayanya.

Konsert Kembara bagi aku, sangat sempurna. Sudahlah lagu-lagunya hebat, malah tak ada cacat celanya. Mungkin ada, tapi penonton langsung tak perasan. Stamina kesemua anggota haruslah diberi pujian. Syabas Dato M.Nasir, A.Ali, S. Shahlan dan semua pemuzik yang menjayakan konsert itu.

Konsert Search je aku tak sempat pergi. As usual, lambat beli tiket. Memanglah tak sempat. Busy punya pasal. Tak teringat nak beli awal. Jumaat dan Sabtu sudah tentulah busy dengan AIM. Hari Ahad pula; angan-angannya nak pergi, tapi badan langsung tak mengizinkan! Memang semalam hanya hari tidur sedunia! Hahahhaa.. Itu pun bukannya tidur. Sibuk mengemas barang baby. Macamlah esok nak bersalin!

Risau juga sebenarnya. Manalah tahu tiba-tiba awal. Sabtu hari tu sebelum AIM, terasa sedikit sakit di bahagian pinggang dan juga perut. Mungkin baby dah mula berpusing ke posisi lain sebagai persediaan bersalin. Sebab itulah risau sedikit. Setiap pregnancy adalah berbeza. Jadi, kena bersedia awal!

IMG-20141206-WA0029

Alhamdulillah, kesemua yang perlu aku lakukan lewat dua tiga minggu lepas, berjalan dengan lancarnya. Terima kasih Rizman Ruzaini kerana menyediakan sepersalinan yang sangat indah dan selesa dipakai untuk AIM lepas. Terasa sangat cantik walaupun bedeboom besarnya badan aku! Hahhahaa…

IMG_20141125_214037

Rindu sangat nak menulis dan bertanya khabar buat semua. Diam terlalu lama kerana otak tak boleh nak berfungsi menulis kerana terlalu sibuk berfikir banyak perkara lain. Bukan  fikri saja, macam-macam yang berlaku! Kalau tuliskan kesemuanya dalam ni, memang berjela-jelalah jadinya. Naik mengantuk pula membacanya. Yang dok menulis ni sekarang pun, dah naik layu matanya! Hahahha…

Sekarang ini, semenjak minggu ini sehinggalah ke minggu-minggu akan datang, insyaAllah masa aku sudah terluang untuk kalian pembaca setia blog aku ini. Maaf kepada yang ternanti-nanti bila aku akan update entry.

Lepas ni jangan naik bosan pula… Banyak cerita dan juga perkongsian lain yang akan aku letakkan di sini. So, tunggu ya!

P/S: Bagaimana dengan keputusan penerima anugerah? Adakah semua berpuas hati? To me, they deserve it! Congrats winners especially Sona One dan Dato Siti Nurhaliza!  Suka dengan bibir merah Sona One…

GAMBAR SEKITAR ACARA YANG TELAH AKU HADIRI :

 

 

 

Advertisements

2 Comments on “KESIMPULAN DI DALAM BANYAK-BANYAK CERITA…

  1. Sukanya 🙂

    Moga segalanya baik2 ajer utk sis.nurul dan baby.

    Apa2pun tunggu 2015..moga yang terbaik utk kita semua.

  2. tgk sis mlm AIM…glowing gitew..hehehe banyakkan rehat sis…do take care..Happy New Year in advance 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: