MENCARI KONTROVERSI ATAU MEMBERI SOLUSI?

Busy sangat minggu ni… Ada pelbagai aktiviti yang perlu aku hadiri. Alhamdulillah. I have to. Banyak perancangan untuk karier nyanyian tahun depan. Lagilah kena buat banyak appearance sebelum bersalin ni.

Kelmarin (18 November) aku telah menghadiri sidang akhbar yang dianjurkan oleh AIM bersempena dengan AIM ke 21 pada 6 Disember nanti. Aku adalah antara penyampai yang dipilih untuk menyampaikan anugerah pada malam yang bakal penuh gemerlapan bintang industri muzik tanahair.

Tak sabar juga nak menantikan 6 Disember itu nanti. Dah lama tak naik pentas AIM. Sebelum ini hanya hadir sebagai tetamu biasa yang menonton anugerah berprestij itu. Impian tu, nak menyanyi. Tapi perut ni dah semakin sarat sangat pulak. Rasa cepat sangat semput. Takut nanti memalukan diri sendiri pula kalau dipilih sebagai penghibur pada malam itu. Cukuplah sekadar penyampai untuk kali ini. InsyaAllah next year aku cuba minta personally untuk menyanyi pula di pentas hebat AIM itu. Lagipun tahun depan ada lagu baru…. Lebih menarik!

 

Kelmarin kecoh juga di sidang media yang diadakan di Hotel Istana yang terletak tak jauh dengan kediaman aku dan Eric itu. Banyak juga kontroversinya. Aku ni seperti biasalah.. Bukannya ambik tahu sangat hal-hal sebegitu. Agak terkejut sehari sebelum sidang akhbar itu apabila aku dijemput oleh Cik Sariah, salah seorang committee AIM untuk hadir di hotel itu kerana aku dipilih sebagai penyampai.

Aku pergi juga sebab ada masa yang terluang dan dah aku confirm untuk menjadi penyampai. To me, I have to support them. Aku antara ramai penerima anugerah AIM. 3 kali pulak tu aku pernah menang. Takkanlah tak support bila dah diberi peluang. Terima kasih Kak Sariah dan semuanya yang kuat menyokong aku di dalam committee AIM itu.

Apa yang aku terkejut tu sebenarnya bukan sebab dipilih menjadi penyampai sahaja. Tetapi juga tentang satu perkara yang lain. Apa pula ni kontroversi pasal percaya atau tidak dengan AIM ni? Garu kepala kejap bila baca statement itu. Hmmmm… Kalau tak percaya dengan keputusan AIM, bagaimana pula dengan anugerah-anugerah yang pernah diterima? Tidak boleh dipercayai jugalah ya? Yang berkata sedemikian adalah seseorang yang hebat dan juga pernah banyak menerima banyak anugerah dari AIM.

Haiiii… Ada lagi artis yang suka menegur dan meluahkan rasa emosi di sosial media. Yang meluahkan tu bukan calang-calang orang. Ada hubungan yang akrab dan contact yang sangat kuat dengan orang-orang besar industri. Bukankah baik bertemu muka dan meluahkan rasa tidak puas hati atau ada amarah yang tidak pernah terlepas? Bukankah bagus dibuat sedemikian? Berbanding meluahkan pendapat di media sosial..

Itu hanyalah pendapat aku. Kita semua berhak memberi pendapat. Termasuklah juga si polan yang meletakkan gambar trofi AIM dan meluahkan rasa hati yang dia tidak percaya dengan AIM. Itu pendapat dia. Namun, ada kurang cerdiknya untuk berbuat sedemikian. Satu individu berlawan dengan satu kumpulan yang kuat serta telah lama mengharungi cabaran industri; ianya sangat sukar nak mengubah sesuatu yang telah menjadi sesuatu yang lazim dilakukan oleh industri muzik ini.

Jika setiap keputusan dibuat oleh hanya satu individu atau satu kumpulan rakan-rakan, dan tidak punyai auditor yang dilantik untuk mengira semua keputusan, itu lainlah ceritanya. AIM bukannya satu rancangan TV biasa yang boleh diubah keputusan dan dipilih sesuka hati. Auditor yang dipilih adalah dari syarikat yang berkaliber dan tiada kena mengena dengan industri muzik. Jadi, di mana pula datang tidak adil dan tidak puas hatinya?

Setiap keputusan yang diadili oleh sekumpulan pemuzik, komposer, penyanyi, dan juga wartawan; akan dihantar secara terus kepada auditor. Tidak boleh diubah. Cuba bagitahu, di mana yang tak dapat dipercayai? Komposer hebat yang memberi pendapat itu, bukan sekali dua pernah menjadi salah seorang juri AIM. Aku pasti dia lebih tahu bagaimana proses pemilihan, penjurian dan penggiraan markah yang dibuat oleh Akademi AIM dan auditor nya. Setiap pengadilan ada sistemnya.

Hmmm… entahlah ye.. Macam-macam sekarang ni… Mentang-mentanglah ada medium untuk meluahkan rasa. Tapi lebih baik sosial media itu digunakan untuk menyebarkan maklumat yang berbentuk positif daripada sesuatu yang boleh memakan diri. Nak tegur secara baik dan nak menasihati, itu lebih baik dan lain difahami umum. Biarlah yang positif. Ini juga adalah pendapat aku.

Aku pun kadang-kadang meluahkan juga tentang sesuatu. Tetapi lebih kepada rasa sedih orang menegur perut aku je! Hahahahaa.. Nak cakap lebih pun takut juga. Takut nanti makan diri sendiri juga. Hari ni mungkin aku bilang macam ni dan bagi pendapat jangan berbuat demikian. Tiba-tiba nanti aku pun terjebak ikut sama pula. Sebolehnya janganlah aku berubah dan berbuat sedemikian.

Aku berhenti di situ sahaja berkenaan kontroversi yang disebut semalam – selain dari kontroversi Zizan Razak dan Faizal FBI. Haaa…. hebat juga soalan panas yang diajukan oleh para wartawan. Naik berpeluh juga kedua hos itu menjawab! Aku percaya mereka berdua bakal menghangatkan lagi malam AIM itu nanti.

Temui semua di malam AIM 21 pada 6 Disember 2014 nanti secara langsung di Astro Ria dan Maya HD!

P/S : Dua minit yang bermakna di pentas AIM! Harapnya tak jadi hot lah tulisan aku ni!

Advertisements

5 Comments on “MENCARI KONTROVERSI ATAU MEMBERI SOLUSI?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: