AND THE BABY IS….

Issshhhh Ina Mohd ni… Orang nak menulis, dia pun sibuk nak bagi idea.. suruh bagi salamlah apa la… Debik kang! Hahahaha.. Macam tulah kami di office kami ni setiap hari. Macam-macam…Ada hari tu, ada juga yang bermain air mata.. Haa.. itu bila aku dan dia emo la tu! Hahahaa.. Urut dada je lah kami berdua ni dengan karenah masing-masing. Nasib baiklah si pingu aku ni faham. Samalah juga aku pada dia. Dah tahu bebenar perangai dan tabiat masing-masing! Adakala tu kata Eric, kami ni macam kanak-kanak riang! Hahahha…

Hari ni rajin terlebih.. menulis sampai berjela panjangnya dan dua entry siap! Esok satu nak publish, tapi hari ini, cerita ini lebih penting. Yang esok tu, lain pula. Lebih kontroversi nya! Hahahaa..

Sebelum yang kontroversi itu diletakkan, meh baca pasal ini dulu. Saja aku nak kongsikan dengan semua tentang keputusan pemeriksaan baby kami semalam. Sebenarnya dari bulan lepas dah tahu. Tapi sengaja aku tunggu bulan ini untuk buat scan sekali lagi. Andai kata jantina boleh berubah! Hahaha… Apalah aku ni.. Jantina telah awal-awal ditentukan ketika mula kehamilan. Jadi, mana boleh diubah sebegitu sahaja. Namun, bagi aku miracle happens kerana aku percaya akan kuasa besar Allah Taala.

Seperti bulan-bulan sebelumnya, doktor akan membuat pengimbaskan (ultra sound) setiap kali pemeriksaan dijalankan. Kali ini aku nak umumkan awal. Dah baby ketiga (kedua bagi Eric) tak banyak yang aku nak rahsiakan.

Kami bakal menimbang bayi lelaki lagi! Alhamdulillah.. Memang kami mengharapkan bayi perempuan. Tapi itu adalah yang terbaik yang diberikan kepada kami sekeluarga, kami terima dengan penuh kesyukuran. Dia sihat dan sangat aktif di dalam kandungan aku ni. Saiznya juga tak besar mana pun untuk fetus yang berusia 26 minggu. Aku je yang besar lebih! Hahahaa… Happy juga nak dapat baby boy ni. Zachary ada kawan rapat nanti!

IMG-20141119-WA0006

Bagi aku dan Eric, ada orang yang masih menanti, malah bertahun menunggu untuk menimbang cahayamata, sehingga sekarang tidak mendapat. Kami punyai tuah yang Allah beri untuk membina keluarga kami. Syukur alhamdulillah dengan apa yang diberikannya. Lelaki pun okay asalkan ianya nanti selamat dan sihat sewaktu dilahirkan.

Terima kasih Allah di atas nikmat yang tidak terhingga ini. Tidak tahu bagaimana kami sebagai hamba mu yang kerdil untuk membalas segala pemberian nikmat Mu. Terima kasih Allah..

Ayu paling happy kerana dia tetap dominant menjadi kakak yang sulung dan anak perempuan ulung di dalam keluarga aku dan Eric.

Nama telah pun kami senaraikan tetapi belum kami tentukan yang mana satu harus kami pilih. InsyaAllah hashtag #BabyR akan digunakan jika kami semua bersetuju akan nama tersebut. Itu akan aku umumkan selepas aku selamat melahirkan bayi lelaki kedua kami ini.

Patutlah Zach bukan main demanding dengan aku. Asyik tak nak berenggang. Kata doktor, dia tahu yang dia bakal menerima persaingan dari adiknya yang sama jantina dengannya. Akulah yang penat!

Zach dah semakin membesar. Nampak perubahannya. Jauh di sudut hati, terasa kesian juga yang mana di usianya 17 bulan, dia akan menjadi abang. Rasa seperti baru semalam aku melahirkan Zachary.

Syukur impian untuk membina keluarga semula, diizinkan Allah. Aku tahu aku suka ada keluarga dan Allah pastinya lebih mengetahui akan hakikat itu. Mempunyai keluarga yang harmoni adalah yang terbaik buat aku dan Eric. Terima kasih sekali lagi Ya Allah…

Tahun depan, selepas aku melahirkan; adalah tahun penting bagi aku. 2 tahun aku concentrate pada keluarga, kini masanya untuk aku fokuskan semula pada bidang nyanyian yang aku cintai. Nantikan lagu terbaru – insyaAllah April 2015 – bersempena 20 tahun aku berkecimpung di dalam bidang seni ini. Tahun 1995 dan dalam bulan April juga album pertama aku diterbitkan. Semoga ianya mendapat sokongan hebat sama seperti album pertama aku dulu.

P/S: Kali ini lebih yakin kerana komposer yang aku pilih, dan showcase yang bakal diadakan! Can’t wait! Tahun yang amat mencabar bagi aku… Kuruskan badan secepat mungkin untuk sambutan 20 tahun aku nanti! Pengsan!!

Advertisements

13 Comments on “AND THE BABY IS….

  1. Alhamdulillah. Congrats to u, Eric, Ayu & Zach. tak sabar nak tau Zach’s reaction bila baby dilahirkan. bertambah la boyfriend kecik Ina 😉
    Wish u all the best…tak sabaq nak dengaq lagu baru.

  2. Congratulation Sis …..another boy in d family, syukor alhamdulillah. Moga semua selamat dan d permudahkn urusan.

  3. boy or girl, tetap best gift from Allah.. semoga selamat bersalin nanti ye kak nurul. Anak saya 2-2 boy. Jarak pun rapat… now dah besar, macam2 ragam…

  4. ok..make sure lagu baru tu jgn jual kat itune je..sbb byk kali beli asyik fail..haha….tak sabar betul nak tau lagu baru tu…

  5. Tahniah kak nurul….n tima ksih sbb sllu ingt kat org yg blum dkrniakan zuriat…..

  6. Congrats Nurul! Klu x silap birth month anak2 u sama dgn anak2 I. 2 boys.. 1st 18 Oct n 2nd 18 Feb.. Alhamdulillah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: