SMALL MATTER… MOODY…. AND SMASH!!

Banyaknya lalat! ‘Lalat’ to be exact! Hahahha.. Hmmm.. Macam-macam perangai manusia ni. Ada je dia nak sampaikan. Cerita ni dah berminggu. Entahlah betul ke tak. Tapi mengikut kata teman rapat, tak ada apa-apa pun. Alahai… Tak perlulah nak sampai menyampai hal-hal yang tak penting bagi aku. Aku pun satu. Dah tahu tak penting, dengar juga! Hahahhaa… Kepochi juga aku ni.

Walaupun aku tahu dah takde kena mengena, dan tak perlu ambil tahu pun. Yang bestnya, tak pernah pula ambil tahu. Selalunya terjadi, ada je orang lain yang tiba menyampaikan. Takpelah.. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Agaknya kalian tahu kot apa yang tak pentingnya bagi aku dan yang tak nak aku ambil tahu. So kita habiskan di sini saja. Bosan aku nak cerita pun. Nanti ada pula yang menganggap yang aku masih ambil tahu pasal bekas suami.

Agaknya yang menyampaikan tu, saja nak tengok macam mana aku react dan dia nak aku sampaikan semula. Mungkin juga nak tengok dan saja nak burukkan nama aku apabila aku bercerita pada orang lain. Kalau aku berceritalah…

Adalah juga yang aku siasat dan bertanya pada sumber yang boleh dipercayai. Bukannya apa, untuk kebaikan anak sulung aku tu. Tak berniat lain. Alhamdulillah, all is good. Takde masalah pun. Aman dan bahagia seperti biasa. Syukur…

Biasalah manusia ni. Suka sangat buat kesimpulan. Jadi, aku ambil keputusan tak payah nak bercerita lagi. Adakala tu, tersebut jugs jika ada sesuatu yang tersangkut dengan apa yang aku ceritakan di dalam pengalaman aku. Ada pula yang menyindir di dalam komen yang dah aku buangkan dan tak langsung approve. Sakit juga hati membacanya. Bila dah kita sindir, tahu pula tu.

Dia hantar lagi komen dan katanya tak mahu lagi ke mari. Haaa… baguslah gitu. Cara tulisannya sangat sarcastic. Geram sangat. Orang macam ni, penuh dengan rasa tak puas hati. Ada je benda nak disindirnya. Biarlah.. Dah takde dah pun. Saja aku recap semula. Tak penting juga orang yang sebegitu.

Kalau dilihat semula, banyak perkara seharian yang berlaku,  yang aku rasa tak perlu difikirkan dan yang sering orang sebut ‘small matter’.  Perkara yang kecil-kecil nilah yang selalu buat pening. Aku belajar dah lama jangan diambil berat sangat small matter ni. Buang jauh-jauh. Banyak benda besar yang harus difikirkan. Apa orang kata atau benda yang tak berfaedah, hanya fikir 2 minit saja. Lepas tu ubah semula fikiran ke arah lain. Susah nak buat. Kena betul-betul alert dengan pemikiran kita ni.

Ada orang (aku dulu pun macam tu), sukar nak ubah mood. Jika ada sesuatu tak kena, semua benda lain tak kena juga. Aku paling bosan orang yang macam ni. Aku ubah sikap aku tu, sebab dulu aku sering sakitkan hati orang di keliling aku jika aku moody. Tak baik kan? So, bila tak happy atau moody sekarang, buat hal yang boleh bagi happy. Aku percaya sikap yang sebegini boleh diubah mengikut kematangan usia. Dah puas dulu kena jaga mood orang. Tahulah kan siapa (nak cerita juga ni!) hahahaha…

Semalam berkaitan mood juga. Haaa… mood orang pregnant lain pula. Adakala sama dengan mood wanita yang mengalami PMS. Tahukan PMS tu apa. Pre-menstrual syndrome. Dekat-dekat nak datang bulan tu, selalunya tak perasaan yang mood macam beruang mengamuk! Memang sukar nak kawal.

Sepanjang mengandung ni, mood aku kali ni lebih teruk dari mengandungkan Zach atau Ayu. Agaknya hormon baru nak okay, tiba-tiba kena tukar semula ke pregnant mode! Hahaha.. Naik hantu banyak kali juga. Nak semua kemas dan teratur. Suka membebel pun ye. Lepas tu jealous tak tentu pasal.

Perkara ni aku simpankan. Tak aku beritahu Eric. Takde apa pun nak dicemburukan. Cuma dalam kepala ni suka fikir yang bukan-bukan. Sampai naik stress dan marahkan diri sendiri! Entah apalah moodnya nak jealous kat suami. Dia paling bagus menjaga perasaan aku. Sebab tu aku tak tunjukkan padanya dan simpan saja. Taknak dia salah faham. Tak semua lelaki faham keadaan mood perempuan mengandung. PMS pun mereka tak faham. Maklumlah orang tak pernah rasa. Jadi lelakilah paling senang ye tak? Takde period, tak perlu mengandung… Semuanya senang untuk diaorang. Pendek kata, takde mood swing!

Paling yang aku geram sekarang ni – maklumlah kandungan dah makin membesar – dah pun 25 minggu; ada je yang nak menegur. Mood aku dah cukup okay di dalam sebulan ni. Di pertengahan trimester kedua,mood se memangnya dah okay. Tapi jangan ada sesiapa yang tunjuk suka complain, muram dan tak happy. Aku tak suka kerana aku akan terpengaruh. Entah apalah mood kali ni. Tapi kalau tak mengandung pun, aku tak suka tengok orang yang moody juga. Especially yang close dengan aku.

Trimester kedua adalah fasa yang paling sukar buat semua wanita yang mengandung. Yang tak pernah rasa, memang tak tahu. Hanya segelintir sahaja pada wanita di fasa ini, tidak mengalami penigkatan berat badan yang mendadak kerana mereka masih mengalami ‘morning sickness’ dan tiada selera makan.

Majoriti wanita lain (termasuk aku), memang tak dapat nak kawal selera makan! Macam selera kuda haaaa… Nak makan je! Fasa yang sangat menguji. Baby di dalam juga sedang berkembang. Jadi, secara otomatiknya, memang selera akan meningkat kerana badan memerlukan banyak khasiat untuk tumbesaran fetus dan juga ibu yang sedang mengandung.

Berat badan jangan ceritalah.. Naik mejerit mesin penimbang! Aku pernah naik 4kg dalam masa 3 minggu ketika mengandungkan Zach dulu. Ayu pula, 6kg dalam sebulan semasa bulan keempat dan kelima. Naik pengsan doktor yang memeriksa aku! Hahaha..

Lepas tu, badan dah naik, apa lagi, ada jelah kan yang terkejut. Bukan itu saja, kalau tiba-tiba ada pula yang menegur, “eh.. dah besar kandungan. Dah cukup bulan ye?” Eh.. Besarnya perut you!” atau “oh.. It’s gonna be a big baby!”  Mula lah naik menyinga rasa macam nak terkam dan makan je orang yang bagi komen tu! Itu kalau aku singa la! Hahahhaa…

Ishhhh… Sesetengah orang memang tak reti bahasa. Main sedap mulut. Tahulah diaorang tu cuba nak bagi komen juga untuk mulakan perbualan. Tapi carilah komen yang elok sikit. Agaknya dia ingat pregnant ni senang. Macam makan angin je. Eh.. Berat tau.. Ingat kita pun suka ke perut besar? Ingat tak runsing ke fikir yang badan makin besar dan risau andai bayi besar atau bagaimana bila melahirkan nanti. Mungkin diaorang tak terfikir. Itu perkara biasa bagi mereka yang belum pernah mengandung.

Boleh tengok gambar kat bawah ni apa sebenarnya di dalam badan wanita yang mengandung :

pregnant wpman

Yang teruknya jika yang komen tu, datangnya dari wanita yang pernah melalui pengalaman mengandung. Nak je aku tempeleng. Agaknya dia tak pernah tengok dalam cermin macam mana rupanya jika dia mengandung. Mungkin juga, dia jenis yang kurus dan susah nak naik berat badan. Untunglah kepada yang sedemikian. Tapi tak perlulah komen yang negatif kepada orang yang jenis badan besar ni. Lebih-lebih lagi yang berdarah campuran India dan mamak macam aku ni. Buntut dan perut memang tak dapat nak kawal.

Memang wanita mengandung sangat sensitif dan memang mudah moody. Especially yang sama saiz dengan aku ni haaaa… Lagi pulak pregnant back to back. Alhamdulillah rezeki. Takdelah aku nak complain. Memang aku nak bina family aku bersama Eric. Cuma tulah… Adakala tu terkenang juga masa badan kurus kering… ramping.. Tambah pula kalau tengok gambar-gambar lama.

Stress jap! Hahahhaa… Stress tu takde lah stress yang besar. Tapi bila benda tu dah ada dalam kepala kita, tiba-tiba bertembung dengan yang kita kenal atau tidak; menegur dan mengingatkan semula akan stress yang dah sedia ada dalam kepala! Masa tulah ‘meroyan!’

Aku kena semalam sewaktu aku menghadiri satu event. Hos nya datang dan menegur aku. Katanya ‘Are you having twins?” Aku yang mood happy masa tu, tak terfikir nak jawab kat dia yang sarcastic sikit! Aku rasa aku dibenarkan menjawab sesuatu yang sedemikian untuk berikan kesedaran sikit. Tapi Nurul Wahab ni adakala lembab nak menjawab bila tiba part yang macam tu.

Bila dah balik rumah, baru terfikir. Issshhh… geram pula tak dapat  nak smash minah tu. Aku tak tahu dia dah pernah mengandung atau tidak. Badannya memang cantik sebab dia mengambil Herbalife. Event Herbalife lah semalam tu. Nak kata kita besar ye… kononnya dalam cara baiklah tu bertanya adakah aku  mengandungkan bayi kembar. Tapi mukanya agak terkejut bila aku kata baru 25 minggu.

Maksudnya apa? Memang dia nak kata aku besar lah tu. Bagi mereka yang berbangsa Cina, memang majoritinya mereka sukar nak gain weight bila mengandung. Cuba faham sikit… Tak semua jenis badan manusia ni sama. Ada besar, ada kecil. Debik kang! Semalam rasa sakit sangat hati. Aku hold dulu nak menulis. Kalau menulis tu, memang emo habislah! Hahahhaa…

Bercerita dengan Eric semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, katanya setengah orang memang tak peka. Lepas dah satu jam di rumah, aku sebutkan lagi sebab tak puas hati hahaha… Kata Eric sudah-sudah le tu. Sakit hati tu biarkan dua minit je. Jangan lebih-lebih! Kata aku, memang lah.. Tapi dah taknak bagi chance. Selalu senyum je kalau orang komen macam tu. Kali ni aku belajar nak ajar dan komen semula apa yang mereka komen. So they know! *evil mode*

Kalau di France, orang di sana kata perut aku kecil. Ini mengikut pengalaman aku tahun lepas sewaktu berada di sana selama sebulan. Masa tu dah 7 bulan. Kata mereka perut aku kecil. Ye lah… Mat saleh mereka bersaiz besar dan tinggi. Jadi bayinya memang besar walaupun perut mereka tak sebesar mana. Pada mereka, bila tahu Zach hanya 3.02kg bila dilahirkan; ianya terlalu kecil. Kebiasaan mereka, berat biasa bayi mereka ketika dilahirkan ialah 4kg lebih!

Ada juga kawan Eric yang pernah menegur aku ketika aku hanya 5 bulan mengandungkan Zach. Yang ini lelaki. Komennya buatkan aku naik hantu juga. Tapi last year aku baik sikit. Tahun ni lain. Hehhee.. Katanya “oh.. he’s gonna be big this fellar..” Aku diam je… Kebetulan tahun ni kami bertemu lagi di mesyuarat Herbalife di Singapura tempohari.

Lelaki Australia itu datang pula menyapa nak say hello. Kebetulan aku sedang mendukung Zach. Aku pun apa lagi dengan pantasnya mengatakan pada .. “Hi.. This is the big fellar!” Haaaa.. ambik kau… Berubah muka… Zach bukannya besar mana pun!

Salah oranglah kan nak komen macam tu. Aku ni jenis mengingat dan menyimpan kalau ada yang bagi komen yang aku rasa tak patut dikomen. Selepas setahun pun, aku masih ingat! Hahahah.. Harap-harap mamat tu takde lah lagi nak komen yang bukan-bukan. Perkara ni bukan sekali berlaku. Hal lain pun dia komen yang sarcastic juga. Nasib baik bukan kawan baik kami. Kawan hi hi, bye bye je.

Kali pertama bertemu dulu, dia dan teman wanitanya yang berasal dari Vietnam, menyangka aku ni kaki surgery muka. Diceritakannya pula pada kawan baik Eric. Yang bestnya, kawan baik Eric yang lurus bendul tu pun, bercerita semula pada aku. Berbulu sekejap aku. Dia tak tahu yang aku ni gila shading bila make up. Shading adalah satu teknik make up untuk membentuk muka semula dengan menggunakan warna-warna gelap dari warna asal kulit. Yang mengajarnya Deq Sha lah. Cara dia cakap tu, memang menyakitkan hati. Kalau benar aku buat, tak kisah dia nak mengata.

Dah lah kita ni tak kenal pun. First time jumpa, tak payahlah nak mengumpat di belakang. Dikatanya macam-macam pulak tu. Masa tu body aku agak perfect lah (cewaaahhh) lepas tu make up memang 2 inci! Hahhahaa… Meh sini nak ajar supaya muka dia pun boleh nampak macam pernah buat plastic surgery! Hahahaa.. Biasalah kan manusia ni. Muka elok ke, badan gemuk, muka buruk; semua nak dikatanya.

Sebab tulah aku agak berdendam dengan mamat Australia tu. Memang mudah sangat diaorang ni  nak mengumpat. Maklum sajalah tak belajar apakah keburukan mengumpat dan berkata di belakang orang seperti orang kita. Haaa… kan ke dah jadi lain. Komen sikit je, dah kena smash sekarang!

This is what I read from What to Expect.com. Bukan saja di Malaysia ni punyai ramai yang suka menegur. Di serata dunia. Ini nasihat dari website itu :

what to expect

Tak juga aku bangga diri suka-suka nak smash orang semula. Bukan cara aku. Tapi adakala, terpaksa juga. Demi nak menjaga diri sendiri. Moral of the story, bagi aku, kita semua harus belajar akan sensitivity sesetengah pihak. Terutamanya kepada yang sedang mengandung. Jangan terlampau mudah nak komen akan bagaimana rupa bentuk dan betapa besarnya mereka.

Mengandung ni, walaupun happy, ada stress nya juga. Belum lagi masuk bahagian moody dan emosi tak stabil. Jadi wanita ni, memang macam-macam hal. Susah nak kawal emosi terutamanya di dalam keadaan tertentu.

P/S : Saja lepas emosi petang-petang hari yang mendung ni.. Nak cerita hal lain, pegi lain pula hahhaa.. Selalu macam tu

Advertisements

6 Comments on “SMALL MATTER… MOODY…. AND SMASH!!

  1. i think pregnant women are beautiful..no matter what size. seronok tengok. 🙂

  2. Assalammualaikum nurul.

    Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon ampun dan maaf diatas keceluparan saya terdahulu yang membuatkan nurul masih marah dan terasa. Saya betul2 menyesal kerana telah menyakiti hati orang lain. Doa saya moga nurul selamat melahirkan dan membina sebuah keluarga bahagia. Sekali lagi maafkan saya.

    Terima kasih.

  3. As salam.. nurul biaq p kt depa yg dok mengata..semiga Allah akn membalaskanya.. u are the best!! Take care ok.. i♥♥ u, my ‘feberet’ artis….

  4. Nurul…awak yg cantik ,tinggi lampai ni pun org kata mcm2 yer,,abaikan, masa saya dulu lagila buruk dah la rendah, badan besar pulak tp anak semua saiz kecil walaupun belah saya dan suami ada genetik pakistan mari.. hahaha…tp saya berazam elok je lepas bersalin walau ketiga-tiga scissor,perut saya lagi kempis dari org yg bersalin normal, badan saya lagi cepat kurus….. saya pasti nurul pun boleh buat camtu….pedulikan kata orang,, kita nak bahagia je dengan anak dan suami…….

  5. Salam Nurul,

    Biaq pi kat depa. Pregnant women are beautiful and they are blessed to go through pregnancy. Ramai yang nak merasai pengalaman mengandung tapi tak dapat. Just ignore those negative people and keep being positive. Org mengandung punya hormon keeps changing and its beyond the women control so tak payah nak comment segala. It’s a big sacrifices that women go through.Some men finds their pregnant wife is sexy ok…..

    Yg penting for u now is Relax sista,sista Relax,,,, 😉

  6. Assalamualaikum.

    Hi kak nurul. Just take it easy, ini hidup kita. Usir jauh2 pada komen2 negatif itu , yg positif mari2.Yang penting kak nurul enjoy fasa mengandung ni dengan tenang & yakin hingga sampai waktu melahirkan. Tengok kak nurul pregnant 2nd baby buatkan saya tak sabar jugak untuk pregnant balik. All the best to u kak. Muaaahhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: