NOVEMBER…. KONSERT… KONSERT.. KONSERT!

Hello hello hello… Agaknya sihat ke tidak semua pembaca aku hari ini? Harapnya sihatlah ye.  Tiba-tiba tersedar hari ni yang blog dah hampir bersarang. Dah beberapa hari tak menulis. Al maklumlah… Bnayak event dan konsert lately ni. So aku pun tak ketinggalan join sekali. Alaaa… Baru satu je konsert yang aku pergi pun…

Tak sempat nak pergi ke konsert Mariah Carey tempohari. Kata Pingu, toksahlah.. Dengan hujan dan tempat tak sesuai untuk aku yang sedang mengandung ni. Kena tergelincir ke apa ke, dah nanti jadi satu masalah pula. Tapi menyesal jugalah tak dapat pergi.

Kena marah juga dengan Eric. Katanya, aku ni penyanyi. Bila ada diva semacam Mariah Carey datang, seharusnya aku pergi. Banyak yang boleh aku pelajari! Itu kata Eric. Sampai jadi satu kemarahan pula. Tak adalah marah teruk. Marah-marah manja! Hahahaha… Suami aku ni kalau bab-bab tu, memang disuruh pergi.

Aku ni pula dah terbiasa dikawal dalam kehidupan yang lepas. Jadi, adakala tu, terbawa-bawa pula. Terlupa yang kini berbeza situasi dan juga berbeza pemikirannya. Jadi, apa sahaja konsert, aku kena pergi kata Eric lepas ni. Banyak yang boleh dijadikan rujukan.

Sebut pasal konsert antarabangsa di negara kita ni, teringat pula satu kenangan satu masa dulu. Dalam tahun 2008 rasanya. Masa tu Celine Dion datang ke mari untuk World Tour nya. Ya Allah! Punyalah seronoknya.. Beli tiket yang berharga 1000 ringgit! Celine kan ke kegemaran aku! Idola dari tahun 1995!

Tiket dah beli.. Semua dah ready.. Tiba-tiba last minute ada pula show yang aku kena buat. Keputusannya semua di tangan aku. Antara Celine Dion dan show di hadapan DYMM Sultan Kelantan. Susah juga nak buat keputusan.

Namun dek kerana aku ni ‘mata duitan’, aku lepaskan Celine Dion! Ya… Aku lepaskan!! (tekup muka dan menangis!) What was I thinking?! Bukan senang nak tengok idola aku tu beraksi. Aku boleh lepaskan pula. Sekali je dia datang. Tak ada lagi. Kalau nak, kena pergi ke Vegas sana tu (masa tu dia perform di sana).

Apa jadi tiket aku tu? Heehee.. Dek kerana nak ambil hati kononnya bakal jadi ibu mertua, aku berikan sahaja kepada ibu teman lelaki aku masa tu. Nak buat baik lah konon aku pun masa tu… Habis je konsert tu, dapat SMS dari wanita hebat itu. Katanya tempat duduknya tak bagus. Kerusi tak selesa… Amboi.. Dah bagi free, nak complain pula. Nasib baik tak jadi mak mertua! Hahahha..

Dua kali dah aku lepaskan peluang keemasan untuk aku menonton konsert antarabangsa. Tapi, ada juga yang aku sempat pergi dulu. Macam-macam juga yang dah aku tonton. Cuma dua bintang itulah yang paling hebat bagi aku. Aku nak tunggu Katy Perry pula datang ke Malaysia. Aku suka juga dengan gadis gila-gila itu. Bukan aku saja, Zach pun!

Bulan November ni, memang bulan konsert bagi aku. Dimulakan dengan persembahan komedi oleh Harith Iskander di Stadium Putra Bukit Jalil – yang berjaya mengumpul 8000 peminat dan penonton stand up comedian! Hari Rabu di penghujung bulan Oktober itu, cukup membuktikan rakyat Malaysia menyokong pelawak seperti Harith Iskander. Satu pencapaian yang sangat mengagumkan yang dapat aku katakan.

HARITH

Di Malaysia, kita punya ramai pelawak. Setakat ini hanya membuat persembahan di televisyen atau di majlis makan malam sahaja, tetapi harith telah memecah satu tradisi bagi arena komedi. Bagaikan satu konsert besar, satu dewan bergegar dengan gelak ketawa setelah dihiburkan oleh Harith. Syabas Harith! Memang kami semua terhibur.

Selepas Harith, beberapa hari selepas itu, aku tak lepas peluang menjejakkan kaki ke Dewan Filharmonik pula. Rasa seperti baru saja selesai menyaksikan persembahan hebat gadis manis Dayang Nurfaizah. Persembahan yang cukup membanggakan. 15 tahun lamanya berkecimpung, cukup mematangkannya walaupun adakala terkesan rasa gugupnya. Ye lah.. Kalau aku pun akan rasa yang sama. Tambahan pula membuat persembahan di dalam dewan gah Filharmonik Petronas itu.

Cukup puas dengan kesan bunyi dan akustik Filharmonik yang hebat tu; ditambah pula nyanyian yang sangat baik oleh Dayang. Dia antara penyanyi junior yang aku suka. Buka mulut je, dah boleh buat semua terpesona. Nyanyi apa pun lagu, semuanya sedap. Kata Dayang malam itu, ramai yang kata dia nyanyi lagu orang je sedap. Salah tu.. Bagi aku, lagu apa pun didendangkannya, semuanya bagus. She has her own style and feel.. A soulful singer.

Memang patut dibanggakan. Tahniah Dayang. InsyaAllah selepas ini dapat melebarkan sayap ke negara lain pula. Mungkin tidak negara China, aku rasa Indonesia atau negara Barat pun dah okay. Pasti kami semua akan berbangga dengan anak kelahiran Malaysia Timur itu. You should Dayang!

Ada cerita lain juga sebalik persembahan Dayang malam itu. Yang berlaku pada aku dan Pingu lah. Bukannya Dayang. Punyalah lama tak pergi Filharmonik, aku membayangkan KLCC Convention Hall! Aku letakkan kereta di tapak kenderaan di sebelah Dewan Plenary. Jam dah 8:05 masa kami tiba. Dah masuk ke dalam, baru sedar yang aku salah parking! Hahahaha.. Apa lagi, nak keluar dan pusing semula ke arah depan KLCC, dah tak sempat. Haaaa.. apalagi.. Menapak jelah!

Mak buyung yang bernama Nurul Wahab Depp ni tak sedar diri mengandung. Nak juga pakai kasut Newrules Collection dia tu. Apa lagi, sakit pinggang kena jalan pergi dan balik! Hahahaa.. Tapi tak adalah sakit sangat. Saja nak drama lebih! Hahhahaa..

Kami sampai ngam-ngam 5 minit sebelum persembahan bermula. Semuanya on time! I like it! Ingat, kalau menyaksikan persembahan di Filharmonik, pastikan datang awal. Kalau tak, nak makan pun kelam kabut. Itulah yang berlaku pada aku. Dah sampai, lapar pula! Kelam kabut beli makan yang disediakan di depan dewan itu. Nasib naik tak tercekik! Hahahaa..

Semua tempat atau dewan persembahan harus mencontohi apa yang dilakukan oleh Dewan Filharmonik Petronas. All must be on time! Syabas. Aku sangat suka. barulah semua belajar tentang punctuality. Masa itu sangat penting.

Selepas Dayang, aku dah bersedia dengan tiket persembahan Kumpulan Kembara yang bakal berlangsung pada 20 haribulan (malam preview) sehingga 23 November di Istana Budaya. Aku akan pergi 20 November.

M

Tak sabar juga nak tengok sifu beraksi. Satu figura hebat industri yang tidak perlu dilepaskan peluang untuk menyaksikan persembahannya.

Setelah itu, 22 November pula, aku akan ke KLCC Convention Centre pula. Kali ini giliran Kris Dayanti membuat persembahan di sana. Harapnya kali ni jangan aku letak kereta aku di bawah Dewan Filharmonik pula! Hahahaa…

Konsert solo Kris yang dibawakan oleh One Drop Perfume itu seharusnya juga tidak dilepaskan. Aku tak mahu ketinggalan kerana Kris juga seorang penyanyi yang cukup hebat. Banyak juga memori dan kenangan bersamanya dulu. Dulu lah… Dah lama. Dia pun dah banyak berubah. Maksud aku berubah menjadi lebih bagus dan lebih maju. Itu yang harus dicontohi.

KRIS

Pengalaman menjadi artis jemputan bersamanya dulu di Konsert Diva pada tahun 2007 itu, cukup memberi aku satu memori dan pengajaran yang tak akan aku lupakan. Peluang bekerja dengan Erwin Gutawa dan semua team hebat dari Indonesia itu, cukup membuatkan aku bangga. Cara mereka bekerja sangat berbeza dengan orang kita. Mereka terlalu professional. Kita juga professional. Tetapi lain caranya.

Aku pasti ramai yang dah beli tiket Konsert Kris Dayanti itu kerana ramai yang menyukai suara dan nyanyiannya. Aku juga sama dengan mereka yang lain. Yang bagus, harus dicontohi dan diikuti. Bila sampai bahagian ni, kata suami aku, kita tak boleh ego. Tak boleh fikir siapa yang dah senior atau junior. Asalkan penyanyi atai seseorang itu bagus, kita harus ikuti.

Aku rasa bulan Disember ni pun ada lagi konsert. InsyaAllah kalau masih larat, aku akan muncul juga menyaksikan konsert! Musim konsert ye… Masa mengandungkan Zach, hanya konsert Dato Siti Nurhaliza yang aku sempat jengah. Agaknya sebab tulah Zach pun suka muzik. Bukan main suka menari sekarang. Siap dah pandai tapping kaki!

Memang jenuh la nanti menahan pergerakkan baby kat dalam ni. Di Konsert Dayang tempohari pun, bukan main dia bergerak. Lepas tu terus aktif je hari-hari. Maklumlah, minggu ni dah masuk 24 minggu. Dah 6 bulan usia kandungan aku. Bulan depan 7 bulan. Aduhai… rasa pantas kali ini…

Dalam pada tu, aku nak ucapkan tahniah Cik Ta dan Zain Saidin di atas kurniaan indah Allah Taala. Comel sangat baby girl tu!  Memang muka Zain. Sebijik! Memang Cik Ta nak kan anak perempuan. Alhamdulillah Allah makbulkan doanya. Aku tumpang gembira. Semoga keduanya sihat.

P/S: Tunggu giliran aku pula lepas bersalin nanti. Ada sesuatu yang besar…. Ingat Mei 2015 ya! Book your date, InsyaAllah.. Doakan semuanya berjalan lancar! InsyaAllah..

Advertisements

13 Comments on “NOVEMBER…. KONSERT… KONSERT.. KONSERT!

  1. May 2015, May 2015, May 2015… ok dh ingat dh & tak kan lupa..Insya Allah. sabaq menanti 😉

  2. akak make sure i block may 2015 for u Nurul …..hv a pleasant day n take care of ur health Hot Mama .

  3. Salam Nurul,

    I mmg peminat u sejak u mula-mula jadi artis sampai dah jadi mak org. I masih simpan lagi gambar yang diambil bersama u dan ex u masa u all buat persembahan di Singapore Expo kalau tak silap tahun 2003. Masa tu kita ambil gambar dgn my 1st child. Skrg dia dah 12thn. the 2 of u have always been my idol of romantic couple (disebaliknya org tak tau kan).

    The best part now is you are pregnant wif ur 3rd child and me too…. but it’s my second pregnancy with 3 babies. Skrg dah 7 1/2 mths. So I deliver dulu sebelum u. I enjoy reading ur blog and watching ur video and melihat keletah Zach….he’s so adorable. I wish u well and easy delivery. Hang kalau dok berpantang, pantang betol2 na…supaya blh awet muda selalu.Cheq pun nak buat lagu tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: