ANJING…. BERDOSANYA AKU!

dog-breeds

Anjing… Makhluk Allah yang diciptakan – amat digeruni terutamanya di dalam masyarakat Melayu kita. Ada juga yang bukan Melayu takut anjing. Mak mertua aku pun takut anjing. Sama je dengan aku!

Macam-macam isu ye kebelakangan ini berkenaan binatang yang sering dikaitkan dengan kecerdikkannya serta tak kurang juga dengan kegarangannya menyalak.

Hmmm… apa yang boleh dikatakan akan isu yang digembar gemburkan sehari dua ini…. Tak ada apa. Hanya bagi aku, kita semua belajar akan sesuatu. Aku yang memang takut anjing ni, siap mengkaji semula. Sebelum timbulnya isu yang diwar-warkan oleh Berita Harian Isnin 20 Oktober itu; aku sememangnya telah mengkaji akan kenapakah kita dikatakan tidak boleh menyentuh anjing.

 

Kebetulan beberapa bulan yang lalu, satu majalah terbitan Utusan yang bernama Infiniti memperkatakan tentang isu anjing. Tentang bulunya dan juga air liurnya. Sangat menarik apa yang aku baca. Mungkin di internet masih ada. Penulis yang menulisnya, sangat bagus. Aku pasti dikajinya habis-habisan.

Sedikit sebanyak ianya memberi aku pengetahuan kenapakah anjing jatuh di dalam kategori najis mughallazah. Ada sejenis kuman yang mudah hidup di dalam air liurnya apabila anjing menjilat bulunya. Ini terutamanya kepada anjing di jalanan dan yang tidak terjaga. Jadi, air liurnya yang sering meleleh itu, bisa menyebabkan kita manusia terkena beberapa penyakit yang tidak diingini. (aku tak pasti apakah penyakitnya). Salah satunya seperti penyakit anjing gila.

vicious_dog

Kuman yang hidup di bulu anjing juga terdapat pada kucing dan arnab. Tetapi ianya tidak sebanyak yang ada pada anjing. Ini disebabkan air liur anjing yang meleleh, boleh menyebabkan kuman tersebut hingap di tempat lain termasuk pada manusia. Itu yang aku baca dari majalah Infiniti itu. Patutlah kita sebolehnya diminta mengelak dari memegang anjing.

Namun begitu, disebutkan lagi di dalam majalah tersebut, ada beberapa scientist di France telah mengkaji tentang tindakan menyamak selepas menyentuh anjing. Mereka mengkaji kenapa perlu menggunakan tanah.

Telah dijumpai beberapa kesan saintifik yang menarik kenapa tanah digunakan untuk menyamak. Ianya mengandungi ejen mineral dan bahan-bahan baik bagi membersih, membunuh dan menghindarkan kuman.

Haaa.. hebatkan?! Kalau aku tak baca tu, aku pun tak tahu. Aku ni kan ke takut anjing. Jadi, aku kaji semula. Maklumlah, andai aku di France atau di mana-mana rumah kawan Eric, ada antara merek mempelihara anjing. Eric tahu aku tak suka sebab aku takut akan binatang yang garang itu. Dia aka pastikan kawannya mengurung atau jauhkan anjing mereka dari aku.

Aku takut anjing ni sedari aku kecil. Seperti yang pernah aku ceritakan, aku dibesarkan di sebuah kampung tersusun yang terdiri dari 3 kaum utama di negara kita. Jika ke kedai membeli barang, aku dan keluarga akan ke kampung Cina. Ianya terletak d belakang kuarters klinik di mana kami tinggal.

Di belakang kampung berkenaan, memang banyak anjing. Kami adik beradik memang dipesan jangan dipegang anjing atau jangan rapat dengan mereka. Kami diajar membenci dan sebolehnya membaling batu padanya andai ada yang mengejar atau cuba mengigit kami.

Memang seringlah aku dan adik-beradik aku buat. Anjing dah jadi seteru kami sedari kami kecil sehinggalah meningkat dewasa. Nampak anjing je, memang lari bermeter-meter! Adakala anjing tu tak buat apa pun, tapi kami yang mula dulu membaling batu padanya. Sehinggakan anjing-anjing itu bila ternampak kami, mereka mula menyalak dan mahu attack!

Apabila kami tunduk seakan mengambil batu, berlari lintang pukang semuanya. Namun, tak lama helah kami bertahan. Anjing kan ke binatang yang cerdik juga. Mereka tahu itu hanyalah acahan kami. Selepas itu ianya dah tak boleh digunakan lagi bagi menakutkan semua anjing itu. Mereka dah tahu dan mereka akan mengejar kami. Setelah itu, tiada lagi helah yang boleh digunakan bagi menghalau anjing-anjing tersebut dari mengejar atau mengganggu kami.

Jack Russell Terrier Snarling

Memang selalu kami dikejar dan disalak anjing. Satu perkara yang aku sedar sekarang kenapa ianya berlaku sedemikian. Kesedaran itu timbul apabila aku mengkaji dan sering menonton rancangan ‘Cesar The Dogs whisperer’ di National Georaphy Channel. Rancangan itu membuka minda aku untuk mengenali perangai dan tabiat anjing. Bukannya nak membela, tapi sekadar untuk pengetahuan. Rancangan itu, sungguh menarik bagi aku dan Eric.

Cesar-Millan-the-dog-whisperer-25204452-300-300

Rupanya disebabkan tabiat kami menakut-nakutkan anjing itulah yang membuatkan mereka mengejar dan menyalak aku dan adik beradik aku. Salah kami sebenarnya. Berdosa pula rasanya kerana kami telah ‘mendera’ emosi anjing-anjing jalanan itu dengan tidak sengaja.

Anjing bisa menghidu ketakutan dan segala emosi yang manusia rasakan padanya. Itu yang aku tahu kemudiannya. Masa kecil dulu tak tahu apa. Hanya mendengar apa yang disuruh dan apa yang aku lihat.

Satu hari pernah juga berlaku yang arwah mak panik dengan salakkan dan anjing yang mengejarnya dari belakang, dan ianya membuatkan mak jatuh dari motosikal yang ditunggangnya. Arwah mak yang bertugas sebagai jururawat; telah menjadi rutinnya melawat di semua kawasan kampung kami bagi memeriksa semua pesakitnya. Termasuklah kaum Cina dan India yang juga merupakan penduduk di situ.

Aku pernah mengikut arwah mak bekerja dan pernah juga disalak anjing. Ketika itu usia aku baru 6 tahun. Sampai demam dan kena sakit mata! 3 ekor anjing yang dimilikki pesakit mak itu, memang nampak sangat garang. Aku sangat takut masa tu. Memang aku tak lupa insiden itu sehingga sekarang.

Disebabkan demam dan sakit mata yang aku kena selepas insiden itu, kami semua menyalahkan anjing. Kata orang-orang tua, anjing itu telah menegur aku sehingga terkena sakit mata! Relevan tak? Padahal masa tu dah memang musim sakit mata! Hahahaha…

Aduhai.. Anjing pula disalahkan. Agaknya ada yang anjing-anjing tu hidu dan mereka tak suka. Sebab itulah disalaknya. Ataupun mereka hidu bau yang aku dan adik beradik aku suka mendera anjing. Sebab itulah dimarahinya.

Semua yang berlaku di atas, membuatkan aku dan adik beradik aku menjadi benci akan anjing. Sebab itulah kami sering menganggu dan membaling batu pada mereka. Berdosanya kami kepada makhluk Allah itu.

Walaupun anjing dikatakan binatang cerdik dan sangat baik bagi sesetengah golongan manusia terutamanya di Barat, namun, ianya dibenci oleh sesetengah pihak terutamanya di negara-negara Asia. Ada juga yang menjadikan anjing makanan. Ya! Mereka makan anjing! Eeeee… naik kembang tekak! Terbayang pula andai ada yang makan kucing. Sanggup pula mereka nak menelan daging haiwan peliharaan yang menjadi teman baik seperti anjing dan kucing.

Kawan aku, seorang warga negara Sweden dan tinggal di Indonesia; mempunyai 5 ekor anjing. Setiap hari, itulah teman-temannya. Tak ada teman wanita, tapi cukup dengan anjing-anjingnya. Itu kebahagiaannya. Satu hari dia menghubungi aku dan mahukan alamat kerana mahu menghantar T-shirt yang mempamerkan kempennya bersama satu persatuan di Indonesia.

bogdan and dog 2 bogdan dog 1

Kempen itu adalah untuk tidak memakan anjing yang dinamakan ‘Dogs are not food’. Aku letakkan di Instagram sebagai menyokong tindakan kawan aku itu. Bagi mereka yang sayangkan anjing, memakan anjing seperti memakan manusia yang lain.

dogs are not food

Bagi aku, eeee…geli! Kenapalah nak makan binatang yang tak sepatutnya dimakan… Di negara China, menurut kawan aku tu; setiap tahun berpuluh ribu anjing dibunuh dan dimakan apabila tibanya satu perayaan yang dinamakan Perayaan Yulin. Katanya sepanjang dua hari perayaan itu berlangsung, 25,000 ekor anjing didera dan dibunuh. Kejam betul. Anjing tu memang jatuh najis tapi dia tak sekejam manusia yang mendera dan membunuhnya pula… Issshhh… Gila!

Chinese volunteers rescue dogs destined for restaurants in Chongqing, China

Apa yang dibentangkan oleh Berita Harian tempohari, menimbulkan pelbagai reaksi dari semua yang membacanya. Ada sebab ianya jatuh di dalam kategori najis. Tapi ianya makruh. Boleh sentuh tetapi diharuskan untuk menyamak tangan dan bahagian kulit yang menyentuh anjing. Jika tidak apa yang kita pegang dan makan, (kalau tak silap aku) dikatakan menjadi haram juga.

Kenyataan yang mengatakan bertentangan Islam di akhbar yang popular itu, bagi aku, agak salah. Tidak bertentangan cuma ianya tidak digalakkan. Ayat yang digunakan penulis itulah yang menimbulkan haru biru dan kelam kabut semua orang.

Namun, ianya memberi banyak kebaikan bagi kita semua. Aku percaya, mereka yang agak terlupa akan kategori-kategori najis yang diajar di dalam agama Islam; seperti aku juga; membuka buku semula, melayari internet dan sebagainya untuk mencari jawapan serta bagi mengingatkan semula apakah maksudnya jenis-jenis kategori najis itu.

Apa yang aku pelajari, kita mudah ingat najis yang berat iaitu perkara atau benda haram seperti khinzir kerana ianya dilarang sama sekali. Tetapi kategori najis yang dibenarkan dan makruh, jarang sekali kita ambil pusing. Oleh sebab itulah menimbulkan pelbagai persoalan dan reaksi.

Apa-apa pun, ambil positif akan sesuatu yang diperkatakan dan kaji sebaiknya. Jangan langsung terima bulat-bulat dengan sesuatu yang diperkatakan. Tak kiralah apa perkara sekali pun.. Apa-apa pun, sebagai hamba Allah, kita perlu berbuat baik dengan semua makhluk ciptaanNya. Bukan sesama manusia sahaja, tetapi semua binatang yang lain juga.

P/S: Masih takut dengan anjing!

Advertisements

7 Comments on “ANJING…. BERDOSANYA AKU!

  1. walaupun itu makhluk ciptaan Allah, tapi yang mana telah dihukumkan haram perlulah diikuti. Islam itu mudah.

    • Salam.
      Definitely. You are right. I didn’t say don’t follow. I just say respect all Allah’s creations. Please understand that matter. Islam it is very simple and easy. Only us sometimes complicate things. Take care and hope you will always be fine and happy in Allah’s protection. Aminn..

  2. terbaek entri Nurul ni.. teman suka baca.. =) .. kesian tengok anjing yang didera dna dibunuh untuk dimakan diperayaan Yulin tu.. apa dosa anjing2 tu .. sedih tengok..

  3. saya juga silent reader blog Nurul…suka baca…terpegun dgn idea serta susunan ayat2….iyelah ms kita kecil kita disogokkan nmpk jer anjing mesti baling batu atau lari/jgn dekat dgn anjing. Bila dah besar duduk di kawasan perumahan yang penghuni membela anjing..jd dah biasa. Kebetulan di kawasan perumahan saya ada anjing jalanan…dan ada seekor anjing tu telah ditinggalkan oleh ibunya masa dia kecil. Kami sekeluarga memberi dia mknan tp mmg x pernah sentuh dia. Dan dia seolah2 faham yang kita x akan sentuh serta pergi berdekatan dgn dia. Selepas itu dia bunting ..melahirkan 6 ekor (3 ekor mati) tggl 3 ekor… bila kita bg mkn (jika ada lebihan mknan) dia akan mkn tp dahulukan anak2 nya dulu (kasih seorang ibu walaupun haiwan) dan jika anak2 nya behave@ gelojoh dia akan marah anak2nya dgn cara menggigit telinga anak2nya. Hihihihihi…sekarang anak2nya dah besar dan dia tgh bunting lg. Bila kami tiada dirumah dia akan jaga rumah kami, jiran serta kaw sekitar…duduk diluar pagar….atau orang2 asing dtg menyalak.
    Anyway terima kasih Nurul…research yang sungguh bagus sekali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: