PENANGAN IKAN PATIN… MENGANDUNG…. SUNGGUH AKU BERSIMPATI!

Alhamdulillah kenyangnya.. Syukur di atas rezeki hari ini… Ya.. rezekinya di Ana Patin House Mutiara Damansara – near my house dulu. Sangat best lauk pauknya. Aku ni memang suka ikan patin. Nama je orang Penang. Tapi seleranya macam orang Pahang!

patin

Hari ni baru aku belajar rupanya ikan patin tu ada banyak jenis dan lain-lain rasanya. Terima kasih kepada Daphne Iking yang recommend kuat untuk makan di sana. Puteri, owner nya pula bukan main baik melayan kami yang baru kali pertama di sana. Anak kelahiran Temerloh itu sangat komited dengan bisnes barunya yang hanya berusia 6 bulan.

ana patin house

Nampak gayanya bisnes ini akan bertahan lama. Itu yang aku rasakan. Boleh nampak dari keyakinan dan kepandaiannya mendelegasikan tugas kepada semua pekerjanya. Kalian yang tinggal di KL, mungkin boleh menjengah dan cuba masakan Ana Patin House. Memang kalian akan ke sana berkali-kalilah nampaknya! Makan jam 4 petang; sekarang 9:49 malam, masih terasa kenyangnya. Pelahap benar aku tadi hahahha… Memang pantang jumpa ikan patin! Langsung tak makan malam. Cukup dengan apa yang kami makan di sana tadi.

Malam ini sendirian dengan Zach kerana Eric ke Cambodia. Ya…. Sebab itulah aku makan banyak ni! Hahahha.. Kalau ada Tuan Tanah yang bernama Depp ni, susah sikit aku nak ke Damansara dari Kuala Lumpur ni. Lagipun Eric kurang makan nasi. So tak best lah kalau aku je sorang yang enjoy makan dan dia tidak. Jadi, aku tunggu  masa dia tak ada di KL.

Pingu lah peneman makan aku. Kami ni memang banyak rahsia bersama. Especially soal makan. Dia selalu ugut aku nak bagitahu Eric! Kurang asam punya Pingu! Hahahaa.. Tapi selalunya rahsia tersimpan rapi antara kami berdua.. hehehe… Eric kan ke suruh aku jaga makan. Especially time aku mengandung ni. Tak mahu berat berlebihan sehingga memudaratkan kesihatan. Itu saja. Tapi biasalah, perempuan… Susah nak dengar cakap! Aku pun sama je!

Mananya tak gemuk! Memang makan je sekarang ni. Tapi aku pastikan makan yang berkhasiat sahaja. Pagi mesti ambil shake Herbalife. Tengahari atau malam, makan makanan biasa. Itu perlu. Berat aku dah naik 7.5kg! Baru 5 bulan setengah, dah naik double dari sepatutnya. Aduhai… Apa nak buat.. Selera kali ni lain sikit. Sebab itulah bulat je tu.

Sebut pasal bulat… Dalam pada aku duduk sorang-sorang ni (Zach dah tidur kerana kepenatan berenang petang tadi), TV pula tak banyak cerita menarik sehingga jam 10. Aku sempatlah tengok-tengok IG. Aku post kan gambar countdown aku bersalin nanti. Laaa… rupanya ramai yang tak tahu aku mengandung lagi!

Mungkin ada yang tak sempat nak ambil tahu. Ya .. aku mengandung. Minggu ini dan 22 minggu. Lagi 17 minggu lebih sahaja aku akan bersalin. Ada yang komen di situ katanya patutlah nampak lain sewaktu dia menonton persembahan aku di pentas Akademi Fantasia Ahad lepas. Ye .. Memanglah lain… Jawab aku kepada yang memberi komen.. Tak mungkin aku sebesar ini kalau aku tak pregnant. Akan aku pastikan aku tak gemuk.

af 1       af 2

Cikgu Siti Hajar, Guru Vokal aku juga tak tahu yang aku pregnant. Dia yang berada di depan pentas menyaksikan persembahan aku, nampak happy dan kemudiannya membalas message aku dengan berkata ‘nampak sihat! Tapi nyanyi sedap!’ Itu komennya. Tak penting pasal nampak sihat tu… Komen dari dia sebagai guru aku tu penting hehehe.. Dah aku katakan aku kini mengandung lagi. Mesti tercengang juga dia tu! Hehehe..

Countdown yang aku letakkan di Instagram itu aku kongsikan dengan semua bila tarikh sepatutnya aku melahirkan. Terasa sangat pantas. Aku pun terkejut. Kali ni memang aku rasa sangat cepat masa berlalu. Mungkin baby kedua (selepas Zach), jadi, excitement nya lain. Kalau Zach dulu tak tersabar-sabar nak cepat-cepat melahirkan. Maklumlah jaraknya lama dengan Ayu. 15 tahun lamanya!

countdown

Alhamdulillah kandungan sihat dan Hamba Allah di dalam ini sangat aktif. Tapi banyak tidur. Bagus…bagus..bagus.. Hehehe.. Mudah-mudahan lahir nanti pun, kuat tidur juga. Terasa semakin kuat tendangannya. Maklumlah dah sebesar buah betik dan 20cm panjangnya. Tulang juga dah semakin kuat. Boleh rasa tendangan dan pergerakannya semakin ketara. Alhamdulillah.

Ramai yang komen dan mendoakan yang terbaik buat aku ketika ini. Alhamdulillah. Terima kasih aku ucapkan. Aku dapat rasakan mereka juga gembira dengan apa yang aku kecapi kini.

Ada juga yang memohon supaya aku mendoakan mereka mengandung. Dan ada yang mahu lagi. Aku sering katakan, Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahukan. Ada perbezaannya di situ. Aku tahu dah berkali aku tuliskan dan aku sebutkan frasa ini. Ada banyak maksudnya. Kajilah dan berdoalah. Alhamdulillah Allah berikan lagi aku rezeki untuk menimbang cahaya mata lagi. Semoga dipermudahkan segalanya. Sama-sama kita berdoa ya.

Aku turut bersimpati kepada mereka yang telah lama menanti dan masih belum dapat menimbang cahaya mata. Berkali juga aku katakan, pemakanan nutrisi sangat penting. Jauhkan makanan segera kerana ianya mengandungi banyak bahan pengawet dan pewarna yang tidak baik untuk badan. Ubahlah kepada pemakanan yang sihat.

Tak ada perkara yang magis yang terjadi serta merta. Semuanya memerlukan masa yang panjang. Ujian Allah untuk melihat kita berusaha dan sabar. Aku tahu bukannya mudah untuk mengandung bagi mereka yang punyai masalah dan pada yang kali pertama.

Semakin ramai sekarang yang datang dan menghubungi aku untuk bertanya apa petua yang aku amalkan. Dah aku berikan dan sering aku kongsikan. Antara mahu buat atau tidak. Itu sahaja.

Jangan terlalu excited dan jangan terlalu dalam memikirkan hal untuk mendapatkan baby. Usaha tapi tak perlu fikir. Fahaman tentang badan dan bahagian reproductive kita juga perlu kita tahu. Bila faham, badan kita akan lebih bersedia. Banyak perkara yang perlu diambil kira.

Aku doakan mudah-mudahan Allah makbulkan doa semua wanita yang telah sekian lama menanti kehadiran cahayamata. Aku tahu semua wanita mahu rasa bagaimanakah indahnya melihat perut semakin membuncit dengan bayi yang membesar serta merasa tendangannya. Itulah salah satu kebahagiaan menjadi seorang wanita. Aku pasti.

Alhamdulillah rakan aku dah merasainya. Noryn Aziz kini bahagia dengan kehadiran Ummar. Bayi lelaki yang kini berusia 2 bulan, sangat comel wajahnya. Kulitnya mengalahkan anak kacukan mat saleh! Mirip ayahnya dan aku percaya dia bakal memiliki personaliti seorang tokoh politik juga. Karakternya dah jelas terlihat sekarang. Kalian akan tahu nanti bila Noryn muncul di dalam gambar bersama Ummar nanti.

Aku sangat bersyukur kerana doa dan usaha kecil aku dan Noryn berhasil. Rezeki dia. Sudah tertulis. Masa telah pun tiba untuk Noryn bergelar ibu. Nampak semakin berseri dan bahagia kawan aku tu. Noryn seorang yang mendengar dan dia juga ada determination yang tinggi ketika kami berdua mengkaji dan berusaha untuk dia mengandung. Berkat kesabaran dan doanya, Allah makbulkan. Alhamdulillah.

Aku sengaja cerita berkali-kali tentang Noryn supaya yang belum mengandung itu, mengikut contoh apa yang telah Noryn lakukan. Dia dengar cakap dan senang diajar. Dia percaya yang Allah akan berikan padanya. Oleh sebab itulah dia mendapat. Tahniah sahabat.

Tak tahu bagaimana nak aku jelaskan. Sebolehnya mahu  membantu semua wanita. Mahu je aku buatkan kelas untuk berjumpa dan bersembang face to face. To give them the energy and make them understand. Motivation is everything. Adakala di dalam berusaha, kita putus asa. Bila putus asa, semua energy positif, bertukar menjadi negatif. Perlu ada seseorag yang memberi sokongan. Tak kiralah sahabat, suami, keluarga atau ibu bapa. Good energy surroundings is important.

P/S : Mahu membantu dan aku sangat-sangat bersimpati. Percayalah.

Advertisements

3 Comments on “PENANGAN IKAN PATIN… MENGANDUNG…. SUNGGUH AKU BERSIMPATI!

  1. Aah. Waktu tengok konsert AF hari tu, saya macam kagum jugak Nurul punya nyanyian sedap. Kan baru ni ada keluarkan single lagu dance gitu. Pasni buat single lagu Balada la. Ambil komposer yang Best.

    • Salam. Thanks a lot dear. Insyaallah next year. Memang dari komposer yang best

  2. Salam..
    pengalaman anak rapat.. mula2tu hidup kucar kacir sikitla sbb permulaan lepas baby lahir dgn si abg yg rasa sedikit cemburu dgn tumpuan org ramai (ahli keluarga) pd baby baru..
    Sedikit demi sedikit boleh menerima dan menjadi pelindung yg baik untuk si adiknya.
    contoh bila saya hantar anak di taska, ada kanak2 lain cuba ambil barang adiknya; cepat2 dia ambil balik dan beri pada adik.
    abg umur 2tahun, adik umur 5 bulan..

    Apa2pun.. tahniah.ya..rezki Allah utk setiap org xsama.semoga selamat semuanya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: