PENYESALAN….. RASA BERSALAH YANG BERPANJANGAN…

Mata tak boleh lelap selepas bangun pukul 5 pagi tadi.  Aduhh… Kelalaian sendiri… Zach yang bangun pukul 3:30, diangkat ke katil kami dari biliknya. Dah 7 malam dia tidur nyenyak sepanjang malam. Biasanya dia akan bangun 2 kali untuk minum susu. Tapi semenjak dapat kaki ni, sedap betul dia tidur. Agaknya nasihat doktor untuk beri susu penuh krim bersama susu tepungnya, membuatkan dia tidur nyenyak. Alhamdulillah.

Namun, pagi tadi lain pula jadinya. Padahal dia memang keletihan sangat selepas pulang dari berjumpa Ryan di rumah Noryn. Dia tak mahu makan, malam tadi. Nak tidur terus. Dah diagak kami, akan bangun juga ni malam nanti kalau tak cukup makan. Itulah yang berlaku. 1:30 dan 3:30 pagi. Dah minum susu habis pun pada kali pertama bangun. Lepas dua jam bangun lagi.

Eric yang bangun dan angkat Zach ke dalam bilik kami. Memang aku tahu dia paling seronok lah kalau dapat tidur di antara Mama dan Daddy nya. Ke kiri ke kanan dipusingnya. Zach ni sekarang suka sangat nak tidur di atas perut aku. Tak kira apa posisi aku. Agaknya dia boleh rasa pergerakan dan denyutan jantung adiknya.

 

Lagipun, dia dah tahu dan boleh rasa yang dia akan mendapat adik – aku rasa lah.. Doktor pun cakap macam tu. Tapi bagi Eric, lain pula. Dia tak pernah mengiakan. Mat saleh ni lain sikit budaya dan kepercayaannya tentang perkara yang sebegini. Tapi orang-orang tua mereka, percaya akan hakikat tersebut.

Berbalik kepada cerita pagi ni yang aku tak boleh tidur ni…. Zach yang tidur antara kami, ke hulu ke hilir bergerak. Dia kalau nak tidur memang macam tu. Cari posisi yang selesa dan kemudian barulah nak lena. Dia nak tidur atas perut aku dan seterusnya ke sebelah kanan aku di tepi katil. Ada bantal panjang sebelahnya. Agaknya tak lama, kami terlelap. Lena betul.

Tiba-tiba terasa Zach bergerak dan ….. bedebum! Jatuh katil! Aduhai…. Kelam kabut kami berdua bangun! Nasib baik jatuh dengan kepala di atas bantal panjang yang aku letakkan di sebelahnya. Dalam pada nak jatuh tu, aku terjaga sebab terasa dia bergerak tapi dah terlambat nak sambut kakinya. Apa lagi… Menangislah anak kecil Depp tu!

Boleh tahan tinggi juga katil kami… Menangis teresak-esak Zach sebab terkejut. Cepat-cepat buka lampu dan check semua anggota badan dan kepalanya. Nasib baik takde apa-apa. Alhamdulillah. Tapi risau jugalah aku. Yang paling penting kepalanya tu. Zach memang tak asing lagi dah lately ni dengan jatuh sana sini. Pernah juga dua kali luka di bibir kerana jatuh ketika baru nak berjalan. Isshhh… Anak lelaki memang lebih lasak dari anak perempuan.

Dek kerana insiden 5 pagi ni, aku tak boleh tidur. Rasa bersalah ya amat. Kami berdua bersalah. Kelalaian kami, bisa mengundang penyesalan. Alhamdulillah, selepas aku berikannya susu, dia tidur semula. Aku pula yang tak dapat tidur… Macam-macam dalam kepala. Cuba tak dilayan, tapi datang juga. Emosi mula menguasai fikiran aku ni yang mengenang semula pelbagai insiden di masa lalu walaupun banyak perkara yang dah aku lupakan. Namun, ada beberapa perkara yang masih melekat di minda dan perasaan aku.

Aku teringat ketika Ayu jatuh katil dulu. Insiden yang sama berlaku ketika Ayu berusia 6 bulan. Nasib baik katil tak tinggi macam sekarang ni. Tapi boleh tahan juga Ayu cedera. Luka di pipinya meninggalkan bekas sehingga sekarang. Kalau tak silap aku di pipi kanan nya. Dia pun aktif juga dulu.

Aku yang terlelap (juga), tak perasan yang Ayu masa tu baru boleh merangkak laju, mengesot ke tepi katil kerana ternampak ada benda di bawah yang menarik perhatiannya. Apa lagi, bedentum jugalah jatuhnya! Lebam dan luka di pipinya membuatkan aku panik. Terus ke klinik dan alhamdulillah, hanya luka luaran.

Rasa bersalah yang aku rasa sekarang ni, membangkitkan semua rasa yang pernah aku alami dulu. Berjangkit-jangkit ke lain. Banyak sebenarnya yang aku rasa bersalah yang berkait soal anak. Yang tak patut aku fikir, dan yang dah aku redakan pun; datang dan rasa semula pagi ni. Alahai… Jenuh beristigfar!

Banyak sebenarnya. Antara aku dan Ayu. Semasa dia kecil, dia terpaksa dan dengan tak sengajanya melihat aku keluar rumah angkat beg, melihat aku menangis, bergaduh, menengking dan sebagainya. Perkara-perkara itu yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayat aku kerana aku tahu emosinya terusik. Sedangkan aku pun rasa emosi aku terganggu dengan semua kejadian itu, apatah lagi dia. Rasa bersalah tu, lebih kurang sama dengan rasa bersalah dengan apa yang berlaku pagi ni. Terus terkait sekali.

Itulah orang kata… kesan dari perceraian ni memang banyak. Walaupun yang lain dah boleh lupa, namun, ada beberapa perkara yang akan tersemat selamanya. Terutamanya yang melibatkan emosi anak-anak. Bagi aku, macam mana pun, mereka akan terganggu.

Rasa bersalah dengan anak-anak dalam soal yang sebegini, memang akan berpanjangan, sehinggalah mereka faham apabila mereka dewasa. Ada aku bincangkan dengan Ayu. Ada beberapa persoalan yang mungkin telah terjawab di fikirannya. Kematangannya menjawab segala apa yang aku katakan berkenaan insiden lama, membuatkan aku berasa lega. Namun, tetap ada rasa bersalah itu dalam diri aku. Menyesal ianya berlaku?… Tidak sama sekali. Cuma rasa bersalah kerana melukakan emosi dan perasaan anak kecil.

Tengoklah ni.. Dari rasa bersalah dalam insiden lain, terbawa-bawa ke rasa bersalah dengan insiden yang lain… Jauh benar perginya… Emosi orang mengandung…  Macam tulah.. Boleh fikir dalam-dalam sampai  macam tu sekali. Yang tak patut fikir pun, jadi terfikir.. Apa lah aku ni.. Menulis ni pun, tarik nafas dalam-dalam… Dah rasa lega sikit. Kena kuat nak handle fikiran aku hari ni. Nak istigfar banyak-banyak… Lagipun dah nak masuk subuh… Eloklah bertafakur dan mohon rasa bersalah aku ni hilang perlahan-lahan… Bismillah…

Hanya dengan pegangan agama dan juga cara kita menangani emosi sendiri sahaja, yang bisa menghapuskan perasan bersalah itu secara perlahan-lahan. Tidak dengan sekelip mata.

P/S : Kena monitor Zach hari ni… Jangan lalai dengan keselamatan anak-anak dan jangan lakukan kesalahan yang aku lakukan…

Advertisements

10 Comments on “PENYESALAN….. RASA BERSALAH YANG BERPANJANGAN…

  1. baby dah membesar mmg gitulah lasaknya kan.. sian Zach .. eh awak jgn la layan emosi sgt.. nanti sian baby dlm perut tu… tp yer lahkan.. kita boleh ckp jgn layan tp fikiran ttp juga pikir kan.. bertabahlah ya.. awak kan kuat.. insyaallah semuanya ok..

    • Alhamdulillah.. lepas Tulis pagi hari tu I dah okay. Hehehe.. saja kekadang drama! Hahahha

  2. Salam sis..
    pernah gak jadi pd anak no.2.dah nampak dia tidur nyenyak..xkacaula.xnak alih atau usik duk tgh sikit sbb pg2 byk kijer kena buat sebelum g kerja.bantalpun xletak untuk sendal.dlm hati sempatla solat subuh jap (solat kat bawah)..
    masa tgh solat.. skali dengar ‘dumm’.. terus berlari naik.
    Nyesal xsudah.xpasal2 ambik cuti.bawa g klinik.
    mujur xde apa2.muntah2pun tak sbb org tua2 kata klu baby jatuh dan muntah.. maybe ada kecederaan dalaman..

    Sharing is caring…

    I love u.

    • Ye ke tini.. laaa.. sama juga.. tulah kadang2 Kita tak terfikir. Nak cepat je. Tapi Jadi Macam ni buat Kita belajar. Thanks for sharing dear

  3. Sis, My husband also membesar atas penceraian ketika berumur 7 tahun. mmg sedih katanya bila mengenangkan apa yg terjadi antara ibu dan bapanya…tapi itu membuatkan dia lebih menyayangi anak2nya agar tidak kekurangan kasih sayang drp kami. Ayu will understand… no worries k. take care and chill always. tak sabar nak tunggu adik Zach pula 🙂

    • Salam murni. Oh ye ke.. Insyaallah.. tu lah.. biasa lah Kita as parents Macam mana pun rasa berSalah. Hope Akan jadiacam hubby awak. Thanks murni.

    • Alhamdulillah dia okay. Takde muntah. Tu La monitor juga Hari tu. Lega dia okay

  4. nurul.
    masa anak saya kecik dulu saya selalu letak bantal di lantai sekeliling katil. incase dia jatuh pun takdalah sakit sgt….huhu..

  5. pe yg kak nurul rasa sma mcm sya..yela dah jd ibu ni mcm2la yg duk pk smp smggu xabis lg…igt bik pe yg tjd kat ank kita..meyesal mmg xsudahla jwbnya..pk yg positif2 jewww…take care n xsabau nk tgk new bb..heheee.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: