‘BIRU’……

Aduhaiii… 3 minggu bercuti – aku bawak balik ‘extra baggage’ di badan aku ni! Matilah Datuk Dr Aziz bising nanti… Second trimester ni memang susah nak control makan. Pelahap betul aku! Hahahha… Mak mertua pula masak best-best. Aku apa lagi.. Tibai je lah kerjanya! Eric hanya ketawa bila sampai di KL, kami berdua segera menimbang berat badan kami. Dia naik 2kg. Tak apa lah, dia tak pregnant. Aku ni yang kena jaga.

Kalau dulu masa mengandungkan Ayu, naik 27kg, Zach 15kg, biarlah yang ini juga tak lebih dari 15kg. Tapi nampak gayanya aku dah terlepas sasaran. 5 bulan berat dah naik 7kg! Tinggal lagi 8kg. Aku kena hati-hati. Risau juga ni. Masa holiday tu, shake hanya ambil dua kali. Maklumlah holiday lah katakan.

Balik je ke rumah, bermulanya shake semula. Tak ada croissant, tak ada butter dan tak ada bagguette. Hanya shake.  Jetlagged – jangan ceritalah. Yang dah dewasa ni tak apa. Kesiankan dia.

Zach bangun 12 tengah malam selepas tidur jam 7:50 malam pada hari pertama sam[ai balik ke KL. Dah bangun tu, taknak tidur. Nak main pula dia. Aku dengan Eric terpaksa berjaga. Jenuh paksa tidur. Tak mahu dia. Pukul 3 pagi baru tidur. Nasib baik hanya satu malam macam tu.. Hari ni dah okay. Dah balik kepada waktu biasanya iaitu waktu Malaysia.

Esok ke Bali pula. Percutian percuma yang diberi Herbalife itu, akan mengambil masa selama 4 hari di pulau indah milik Republik Indonesia itu. Ye… Memang seronok! Alhamdulillah rezeki kami. Jenuh juga nak qualified nak dapat percutian yang dipromosikan semenjak tahun lalu. Bercuti puas-puas sebelum nak bersalin ni.

Dalam sibuk unpack dan packing semula, aku sempat menjenguk anak kawan aku yang terlantar di Institut Jantung Negara (IJN) semenjak 3 minggu lalu. Suzi yang bertugas sebagai pramugari MAS itu menjadi rapat dengan aku semenjak 2007yang lalu. Anak-anaknya memang seakan anak aku juga.

Anak yang kedua aku gelarkan ‘Biru’. Dia sangat istimewa. Dilahirkan mempunyai komplikasi jantung – meruntun jiwa setiap yang memandangnya. Dia sangat aktif dan petah berbicara. Itu yang membuatkan semua sayang akannya.

Semasa di France aku dah tahu ‘Biru’ masuk hospital. Semalam segera aku hubungi Suzi mahu tahu perkembangannya selepas dikhabarkan paru-parunya collapse dan dipenuhi air. Aku boleh bayangkan bagaimana keadaan Suzi ketika itu. Seorang ibu, mana boleh tahan melihat anaknya menderita tambahan pula kes ini sangat berbahaya.

‘Biru’ kini tidak lagi biru kerana dua tahun yang lalu dia telah menjalankan operasi ke atas jantungnya yang ditunda semenjak dia lahir. Suzi tak sampai hati dan bimbang untuk melakukan operasi itu ketika dia masih kecil. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahun ini, tiga minggu lalu, satu lagi operasi. Tetapi kini di bahagian paru-parunya pula.

biru at blog

Ketika sampai di wad HDU IJN itu, ‘Biru’ yang dinamakan Sharmayne itu, sedang menangis. Bad mood kerana tak punya idea melukis. Dia suka melukis. Kata Suzi, paginya doktor baru sahaj mencabut tiub dari paru-parunya yang mengeluarkan lebihan air dan darah. Mungkin sebab itu dia agak moody.

Aku hampir menangis.. Tapi menahan air mata kerana tak mahu Sharmayne bersedih dan ibunya juga menangis. Aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba ambil hati dan buatkannya happy. Sempatlah kami ber-selfie. Lepas tu dia okay. Mula tersenyum semula.

Aku sedih sangat bila tengok Sharmayne begitu. Sama juga dengan kawan aku Suzi. Kuatnya wanita ini. Boleh tahan juga dugaannya. Dulu lebih teruk kerana dia juga memegang status ibu tunggal. Alhamdulillah dugaannya beransur-ansur pergi selepas bertemu jodoh semula tahun ini. Bayangkan dulu semasa dia keseorangan. Dialah menjaga segalanya soal kedua anaknya. Lebih merumitkan dengan keadaan Sharmayne ketika itu. Suzi sering kerisauan walaupun dia seorang yang happy go lucky – terserlah juga kebimbangannya.

Bukan Sharmayne saja di wad kanak-kanak HDU IJN itu. Ada juga yang lain. Bayi kecil pun ada.. Ya Allah… Sedihnya kau tengok ada yang menangis rimas dengan wayar dan tiub di dada dan di badan. Ada yang masih tidur kerana baru lepas operasi. Si ibu dan bapa menunggu di sisi tubuh kecil yang tidak tahu apa-apa itu. Sayu sangat melihatkan keadaan semua pesakit kecil di sana.

Kita yang di luar ini sangat bertuah dilahirkan sihat tubuh badan, sempurna organ dalaman sebagai manusia. Begitu juga dengan anak-anak kita. Syukur Ya Allah… Bila tengok bayi kecil menangis tadi, rasa luluh jiwa ni. Tak tahu nak terjemahkan.

Allah Maha Mengetahui atas segalanya. Dia yang menentukan segalanya. Semua kita ada bahagian masing-masing. Ujian menjadikan kita cekal dan selalunya ada rahmat di sebaliknya. Masih terbayang-bayang keadaan di sana. Kali pertama sebenarnya aku menjejakkan kaki ke sana.

Banyak cerita yang diberitahu Suzi. Ada bayi yang berusia 17 hari masuk semalam ke sana. Tak sempat dioperasi, meninggal dunia. Semuanya telah ditakdirkanNya. Aku doakan kesemua ibu bapa dan keluarga yang sedang mengalami kesulitan seperti yang dilalui Suzi dan Sharmayne; dirahmati Allah dan dikuatkan iman serta sabar menghadapi segalanya. Berdoalah kepada Allah. Semoga kembali seperti sediakala dan disembuhkan penyakit yang menimpa anak-anak kecil ini… Ammiiinnnn…

P/S: Masih terkedu dan sayu… .. Ya Allah sembuhkan Sharmayne dan selamatkannya.. Ammiinn…

Advertisements

6 Comments on “‘BIRU’……

  1. Bila tgk anak2 kecil sakit mmg cepat sgt hati ni tersentuh.. Semoga ‘biru’ cepat sembuh.. Insyaallah..

  2. semoga dipermudahkan untuk “Biru” dan mamanya… semoga segalanya berrjalan seperti yg diaturkan Insya Allah.. Welcome home sis…and happy holiday too..

  3. get well soon Biru. moga diberi kekuatan utk Biru n Suzi. Insya Allah.

    have fun in Bali 😉

  4. Moga Biru dan family tabah hadapi dugaan dan d permudahkn segala urusan. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: