OKTOBER… BULAN BERMAKNA.. HAPPY BIRTHDAY ZACH!

8

Alhamdulillah Zachary dah pun setahun. Bukan main seronok atuk dan neneknya bila aku dan Eric putuskan untuk sambut harijadi pertamanya di Saint Die’. Sepatutnya kami nak ke Paris untuk dua malam sebelum kami pulang ke KL. Tapi aku rasa adalah lebih baik tinggal di sini saja. Maklumlah cucu pertama. Takkan nak celebrate tanpa diaorang. Kesian pula.

Awal pagi Roland dan Germaine bangun – dah rasa macam Hari Raya dah semalam! Hahahha… Roland siap belikan breakfast seperti hari-hari biasa. Di sini kalau tak ada fresh bread dan croissant, tak sah! Itulah makanan kami setiap pagi di sini. Memang sedaplah! Badan pun makin debab! Asyik makan je.. 3 kali sehari…Hahahhaa.. Asyik sumbat karbohidrat je setiap pagi. Takpe kata Germaine. On holiday. Nasib baik pregnant. So boleh makan. Ceh… Alasan! Hahahha..

Zach pun bukan main suka roti setiap pagi. Dulu sebelum ke mari, pagi makan cereal yang aku sediakan. Sekarang bertukar selera! Maklumlah dah ada gigi. 4 batang – dua atas, dan dua dia bawah. Bukan main suka sengeh kalau jumpa orang. Nak tunjuk giginya yang besar macam arnab tu! Hahahha..

 

Zach banyak berubah sepanjang kami di sini. Dia dah pandai nak mengusik orang dan dah pantas berjalan. Semakin stabil setiap hari. Di KL kami kena bilang langkah setiap kali dia berjalan sebagai  tanda motivasi padanya. Di sini, dia jalan sendiri malah siap buat ‘tour’ di dalam rumah ni.  Tak berhenti berjalan. Bukan main dia. Kena pula atuk dan neneknya sering bawa ke taman untuk berjalan bersama. Dia berjalan sambil dipimpin oleh Germaine. So dia rasa dia dah besar! Bila selalu buat macam tu, dia rasa yakin untuk berjalan sendiri.

Aku dan Eric tinggalkan dia tujuh hari dengan atuk dan neneknya – puas mereka spend time dengan Zach. Balik dari Prague minggu lepas, memang ketara perubahannya. Ya Allah… Bukan main dia mendapat sepenuh perhatian sehinggakan atuk dan neneknya tak buat apa. Asyik dengannya saja. Patutlah happy bebenor! Kata Germaine tak menangis langsung. Hanya ketawa dan buatkan atauk dan neneknya happy. Anak kecil memenag begitu, tanpa ibu bapanya, memang akan okay. Nampak je batang hidung mak sendiri, habis mengada-ngada! Itulah yang berlaku masa kami sampai ke rumah tempoh hari!

5

Dah besar anak teruna ku. Dah setahun. Semalam excited punya pasal, tak sempat nak menulis. Aku ambil masa untuk masakkan makan tengahari buat Germaine dan Roland. Manakala mereka berdua spend time dengan Zach. Roland sukakan rendang. Jadi itulah hidangan kami semalam. Kami bagaikan sambut Aidil Adha awal dua hari!

7

Eric sibuk menghias ruang tamu dengan belon. Rumah ini tak sunyi dengan ketawa kami melihatkan Roland yang tidak pandai  meniup belon! Hahhaa.. Ya! Sepanjang hidupnya dia tak tahu meniup belon langsung! Minum air dari botol pun dia tak tahu. Aku pun baru tahu akan hal itu. Eric ketawa dan mengusik bapanya. Puas aku melihat dua beranak itu gembira menyiapkan segalanya untuk birthday party yang kecil itu. Bukanya ramai pun jemputan. Hanya makcik dan pakcik Eric.

Kami berenam semalam puas melihat gelagat Zachary. Dia yang tak tahu apa-apa tu, hanya ketawa riang bila ada tetamu dan belon. Yang dia tahu, practice berjalan ke sana ke mari. Jenuh juga aku mengejar.

6

Ada video yang aku rekodkan dan akan diletakkan di Youtube minggu depan. Lambat sikit sebab Pingu balik kampung sambut Raya Aidil Adha. Kesian dia kena tinggal lama. Kami sampai KL nanti, dia pula tak ada. Lepas tu langsung ke Bali untuk 5 hari bersama Herbalife. Pingu bakal kena tinggal lagi. Dia dah tak rindukan aku. Dia lebih rindukan Zach! Maklumlah Zach kan ke boyfriend kecilnya. Cougar!!! Hahahaa…

2

Setahun berlalu dengan pantasnya. Masih ingat tanggal 2 Oktober perjumpaan dengan Doktor Aziz yang menyangka aku belum lagi mahu bersalin ketika itu. Katanya minggu selepas itu mahu bertemu semula. Sangkaannya meleset apabila malam itu, aku dah sakit dan 3 pagi kami bergegas ke hospital.

Jam 10:28 pagi tanggal 3 Oktober, Zachary selamat dilahirkan. Sama hari dengan pemergian Arwah Abah aku. Aku pun tak sangka yang Zach akan lahir seawal itu. Dia sepatutnya lahir 15 Oktober. Tak apa, senang aku nak ingat tarikh penting itu. Dua yang penting. Arwah Abah dan kelahiran Zachary. Setiap yang pergi, digantikan Allah Taala. Aku, diberikan Zachary Depp. Bayi lelaki yang memang aku mahukan.

1

Bila difikirkan semula, aku amat bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar dan amat mudah melahirkannya. 3.02kg beratnya. Terharu melihatkan wajahnya yang mirip seperti arwah kedua ibu bapa aku. Langsung tak ada mat saleh rupanya! Hahhaa.. Eric sempat berseloroh apabila kali pertama dia melihatkan wajah Zach. Tanyanya pada aku : “where have you been?” Hahhaa.. Doktor yang masih di situ hanya ketawa melihatkan gelagat bapa kali pertama itu.

Ya, Zach sangat gelap semasa lahir. Ikut sebelah mamak! Kuat betul darah keturunan aku ni hahhaa… Selepas 4 bulan barulah kulitnya berubah menjadi cerah sedikit dari sebelumnya. Sekarang ni dah banyak seperti Eric.

Sepanjang kami di sini,  lebih cerah kulitnya. Dah nampak macam anak mat saleh. Pada aku lah… Tapi wajah Zach lebih banyak ke arah Melayu. Rambutnya sedikit coklat dan matanya sedikit cerah dan coklat kehijauan. Mungkin akan berubah selepas usia dua tahun. Sekarang ni tak boleh nak jangka bagaimana wajahnya nanti. Biasanya bayi berubah wajah.

4

Zach adalah kebanggaan aku, Eric dan Ayu. Beruntungnya Zach mempunyai kakak yang sangat ambil berat dan kasihkan adiknya. Ayu menghantar video kepada Zach melalui telefon bimbit aku dengan menyanyikan lagu kegemaran Zach sempena harijadi adiknya itu. Ayu nyanyikan lagu  ‘Roar’ dari Katy Perry. Ya… Zach suka Katy Perry.

kakak 1

Jangan tak tahu, setiap kali masuk kereta, itulah lagu yang kami pasang dan dia langsung akan tertidur. Di mana-mana saja. Kalau dengar album Prism Katy Perry tu, memang dia akan menari. Tidak pun, akan tertidur. Dari menangis jadi diam dan menghenjutkan badannya tanda suka. Hahhaa.. Kelakar kalau diingatkan semula. Banyak kali juga aku dan Pingu nak rekodkan gelagatnya. Tapi tak buat-buat.

Di France ni, banyak juga video yang aku rakamkan untuk Youtube dan juga Instagram. Malangnya, entah kenapa, Instagram aku buat masa ni, tak boleh nak upload video. Sakitnya hati!!  Dah cuba macam-macam tapi gagal juga nak post video. Aplikasi lain okay je. Ada satu hari tu, langsung tak boleh post apa-apa walaupun gambar. Aku siap log out dan delete aplikasi Instagram. Kemudiannya baru okay. Tetap juga video tak boleh nak post. Aaarrgghhh.. lantaklah! Hahaha.. Tak apa, Youtube kan ada.. Hehehee..

Hari ini hari terakhir kami di sini. Nampak Germaine dan Roland sedih dan stress kerana Zachary bakal meninggalkan mereka buat 4 bulan yang akan datang. Jangkamasa yang lama buat mereka sebelum mereka ke KL tanggal Januari depan. Mereka akan ke KL untuk membantu kami dan menyambut cucu kedua mereka yang bakal lahir Februari depan. InsyaAllah ianya akan lahir di pertengahan atau penghujung bulan kasih sayang itu. Rasa aku, mungkin pertengahan. Doktor jangkakan 28 Februari. Jangan 29 haribulan Februari, sudah!! Dah kena celebrate birthday 4 tahun sekali nanti!

Apa-apa pun, tak kisah asalkan ianya lahir dengan baik  dan sihat tubuh badannya. InsyaAllah. Asalkan selamat semuanya. Agaknya bagaimanalah Zach nanti apabila melihatkan adiknya. Sekarang ni pun dia macam pelik bila melihat perut aku yang memboyot! Ditepuk-tepuknya dan mahu gigit! Jenuh aku mengelak!

3

Zach…Zach… Setahun dah berlalu. Dah 365 hari dia di dunia ini. Kami semua amat berbangga melihatkan perkembangannya. Walaupun selama itulah juga aku dan Eric tak cukup tidur kerana berjaga malam menyusukannya; itu bukan satu alasan untuk kami tidak gembira dan berbangga dengan kehadirannya. Dia membawa cahaya dan kebahagiaan buat kami sekeluarga. Lebih lagi kepada Ayu, Germaine dan Roland. Alhamdulillah di atas kebahagiaan yang tidak terhingga ini.. Syukur Ya Allah… Terima kasih….

P/S:  Al Fatihah buat Arwah Ustazah Hamidah. Genap setahun pemergiannya pada 5 Oktober – 2 hari selepas Zach dilahirkan. Semoga Allah tempatkannya dikalangan orang-orang yang beriman. Amiinnnn…

Advertisements

8 Comments on “OKTOBER… BULAN BERMAKNA.. HAPPY BIRTHDAY ZACH!

  1. Salam.selamat hari lahir zach. Smoga jadi anak yg soleh dan taat kepada mummy and daddy.taat lah dgn kedua org tua mu. Itu lah tiket syurga untuk duhai anak.

  2. Happy 1st Birthday Zach …..stay healthy and may allah bless u abundantly.

  3. awesome write up about zach, simple but meaningful.
    Alfatihah buat ayahanda & ustazah Hamidah.

  4. Happy Birthday Zach. Anak saya pun baby october. 20/10/2012… genap dua tahun nanti. nak celebrate dgn theme Frozen! haha

  5. waahh. kali ni best baca cite kak nurul, siap ada gambar lagi… nanti upload byk2 gambar yer ..
    Hepi Besday Zach, moga menjadi anak yg soleh..membahagiakan ibu bapa,atuk dan nenek….

    • Thanks dear. Datang lagi tau hehhee.. Insyaallah.. thanks dear. Amin..amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: