CERITA YANG HILANG…..

Adoiiiiii…. Dah tulis punyalah panjang!!! Haaa… pandai sangat… Dah berjela panjangnya menulis… Tapi ada perenggan bawah tu nak buat cerita lain. Dah copy and paste kat dokumen lain. Ter replace pulak! Nah… yang panjang berjela tu hilang! Bodoh betul aku ni.. Dah tahu benda tu kena save dulu, tapi tak save! Huwaaaaaa…. Menangis!!!

Sedap pulak tu apa yang aku tulis. Agaknya Allah dah tulis untuk tak aku publish kan. Ada lah tu kebaikannya. Sedikit deep, tapi bagi aku cukup bermakna. Takpe lah aku cuba tulis balik. Kot terkeluar balik apa ayat yang aku tuliskan mulanya. Aduhaiiii.. menangis tak berlagu!

‘Makan hati’ juga bila berlaku macam ni! Stupid me… Eric bergegas bila mendengar aku menjerit! Katanya hilang dokumen lagilah tu. Kan dah kata kena save dulu. Aku kata aku tersalah save. Ingatkan aku bijak, rupanya laptop aku ni lebih pandai. Dah ditanya mahu replace ke apa. Aku jawab replace. Jadinya digantikan kesemua dokumen panjang dengan cerita pendek yang belum aku mahu publish kan. Itulah jadinya kalau tak fikir panjang. Kelam kabut sangat!

 

Aduhhhhhhhhh…. haaaa…. Adakala bangang juga aku ni hahhaha… So sekarang ni aku di dalam keadaan ‘bengang + banggang’ . Jadinya beng-ngang! Hahahhaa… Dah berlaku pun. Nak buat macam mana. Salah diri sendiri. Bukannya orang lain.

Nama pun manusia. Benda kecil pun boleh tersalah juga. Biasalah tu.. (cehhh.. Nak sejukkan diri sendiri! Hahahaa)

Punyalah serious apa yang aku ceritakan di dalam entry yang aku lupa nak save tu. Macam-macam hal aku sentuh. Menaip punyalah cepat sementara Zach tidur tadi. Ni dah pun bangun. Nasib baik ada papy nya melayan main. Dah siap susukan dia tadi, kelam kabut aku ke meja di ruang tamu rumah indah ni, habiskan baki tulisan. Dah siap nak baca, tersalah save pula..

Haa… jenuh la ni nak ingat balik menulis. Agaknya itulah cabaran penulis di luar sana kan… Sebut pasal penulis, teringat insiden yang berlaku sekarang ini. Walaupun aku jauh, aku ambil tahu juga. Ingatkan dah habis cerita itu. Ada lagi rupanya. Hmmmm… Memang takkan habislah tu.

Mengikut pengalaman aku,  ianya akan mengambil masa untuk selesai. Percayalah. Kata orang tua-tua, ‘sarang tebuan, jangan dijolok’ – ada benarnya. Hati yang terusik, sukar nak ditenangkan semula. Hanya masa yang menentukan.

Simpulan cerita dari gua.com membuatkan aku terpanggil untuk menulis juga. Benar komunikasi itu penting. Jangan salah berbicara, nampak keburukkan kita. Betapa pentingnya bahasa. Tajuknya lebih kurang dengan entry yang aku tulis sebelum ini tentang komunikasi dan artis itu. Sebab itulah aku katakan di atas apa yang aku tuliskan tersangatlah deep. Tapi aku tahu ianya bukanlah berunsur fitnah atau mahu menunjuk pandai. Hanya menegur dalam cara aku sendiri. Tidak sama sekali tajam.

Aku ni sebenarnya terkejut dan masih tak sangka yang perkara sedemikian berlaku. Aku tak sangka ianya dari artis yang aku pandang tinggi ahli keluarganya terutamanya ibu bapanya. Ada sebab kenapa aku berkata sedemikian. Seperti yang aku katakan, aku tak memihak pada sesiapa. Cuma sebagai peminat, pemerhati dan artis yang senior;  aku rasa ada perkara yang tak perlu ditegur dan dibangkitkan. Tak guna nak lawan pun.

Kesan dari perlawanan yang belum tentu menang ini; membuatkan ramai hati terguris dan mengundang pelbagai spekulasi. Soal lupa diri, bongkak, ego, tunjuk pandai dan sebagainya dibangkitkan.. Dah jadi soal berjangkit dan berbangkit. Aku sebenarnya sangat kecewa. Sepatutnya kehebatan dah pencapaian digahkan. Tetapi dek isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan; yang bisa melibatkan masalah perkauman – lain pula jadinya. Terkeluar semua perkara yang bisa membawa ke arah kehancuran. Harapnya tidak.

Memang benar rezeki dari Allah. Tak perlu risau akan apa yang dikatakan di luar sana. Tetapi bukankah lebih baik perkara yang sepatutnya menjadi baik diwar-warkan, dan bukan yang bisa membawa malu. Walaupun perkara malu itu kita tahu kebenarannya, namun ianya cukup membawa pilu.

Dah jadi makan hati dan kesedihan yang bisa menganggu fokus di dalam kerjaya harian. Dah bekerja penat, dah ada pencapaian. Tiba masanya untuk celebrate. Bukannya dengan menanggung susah hati yang memeritkan. Bagi aku ianya sangat annoying.

Ada benar kata bekas wartawan Media Hiburan, Yusof Abas. Katanya jangan bermain dengan perasaan dan bahasa manusia terutamanya penulis. Jangan salah kata. Jika tersilap, pena menjadi senjata tajam dan berbisa.

Mendengarkan kata-kata itu, aku yang cukup ‘hijau’ masa tu, takut dan simpan kata-katanya. Bagi aku, bukannya aku takut tak tentu pasal. Jika ditempat yang benar, tak apa. Andai dipihak sebaliknya, lain jadinya. Jadi aku dalami maksudnya dan aku pelajari darinya. Dari kata-katanya itu, ianya mengajar aku untuk mengenali manusia yang bernama wartawan. Bukan golongan itu saja, tapi semua manusia.

Kita dilahirkan tidak sempurna. Namanya pun manusia. Kita tak lari dari kesalahan kerana kita bukannya maksum. Kesalahan dan kesilapan melakukan sesuatu itu, sudah terbiasa. Tapi di dalam kesalahan itu boleh dijadikan pengajaran di masa yang akan datang. Jika tahu belajar darinya. Kalau tak, tak kemanalah nampaknya.

Benar kata Eric (aku sering bangkitkan yang ini) Pandai dan bijak adalah dua perkara yang berbeza. Pandai di dalam pelajaran di sekolah, di universiti atau di peringkat yang lebih tinggi, tidak bermaksud seseorang itu bijak. Dan tidak juga buat seseorang yang tidak tinggi pencapaian pelajarannya, malah ada yang tak habis sekolah; tidak semestinya tak pandai.  Sebaliknya mereka ini bijak mengatur segalanya. Terutama dari segi kehidupan dan emosi. Ini yang kita gelarkan street smart. Tahu cari makan cara yang tersendiri.

Mengawal emosi adalah bahagian yang paling susah kalau kita tidak bijak menggunakan akal dan mengawalnya. Maka terjadilah pelbagai perkara. Sering berlaku adalah masalah komunikasi.

Aku amat kenal dengan seseorang yang sangat pandai dan bijak bagi aku. Kecerdikkannya pada mulanya membuatkan aku terpegun. Namun, dalam pada itu, lain jadinya apabila dia tidak tahu langsung menggunakan akalnya mengawal emosi yang terlalu rapuh dan sensitif itu. Perkara kecil, habis dijulangnya. Di situ menampakkan kebodohannya. Dengan itu, aku belajar apa itu ‘bodoh sombong.’

Apa yang berlaku di sekeliling kita, sememangnya boleh dijadikan tauladan dan pengajaran.Kita harus melihat bukan hanya dengan mata kasar, tetapi maksud yang tersirat di sebaliknya.

Keegoan diri kita adakala membuatkan kita lupa. Lupa untuk meneliti hal-hal yang berlaku pada diri sendiri dan juga di sekeliling kita. Ego ada yang baik dan ada yang tidak baik. Harus tahu mengawalnya. Jika tidak, kita mudah hampir dengan bongkak dan sombong.

Bila ego yang berlebihan – terutamanya yang tidak baik – membuatkan sukar untuk kita rasa bersyukur. Walaupun dari zahirnya, kita tahu kita bersyukur. Tetapi kita jadi lupa untuk dalami apa maksud bersyukur dengan apa yang kita kecapi. Bila tidak ada rasa bersyukur, sukar untuk kita menghargai.

Aku tak tahu nak tulis apa dah bila apa yang aku tulis mulanya hilang. Sedih sangat. Sedap pulak tu. Kenalah redha. Mungkin yang asalnya bisa menjadi isu yang sensitif jika aku publish kan. Takpelah. Adalah tu baiknya. Dah tak boleh nak recall apa yang aku coretkan. Tapi semuanya lebih kurang dengan apa yang aku tuliskan ini.

Yang nyata, aku kecewa dan rasa tak percaya. Kecewa sebagai seorang yang menghormati dan memandang tinggi. Rasa yang hebat itu hilang bila aku meneliti sesuatu yang aku rasakan sangat tidak munasabah. Kenapa harus memusnahkan kejayaan yang dibina bertahun. Kenapa harus menyebabkan ribut hingga boleh mencetuskan perbalahan yang sangat hebat antara kaum dan juga masyarakat.

Kita harus menjadikan ini sebagai satu pengajaran. Lihat dari pihak yang lain. Bukan sebagai peminat dan juga sebagai kawan wartawan tapi dari sudut perasaan seorang manusia biasa. Aku pun bukannya sempurna. Aku bukannya baik sangat dan bukan juga bijak. Cuma aku belajar dari segala yang aku lalui serta dengan apa yang aku ketahui.

Selalu ingat dengan pesan arwah emak.. “tarik rambut dalam tepung; tepung jangan selerak, rambut jangan putus.” Sangat dalam maksudnya bagi aku. Mungkin orang utara terbiasa dnegan pepatah ini. Keluarga aku memang arif benar bila sebut dua baris ayat ini. Bagi aku, maksudnya kita kena tahu handle orang. Kena bijak berkomunikasi. Andai ada yang tersentuh atau berkecil hati, selesaikan sebaiknya dan jangan sampai terputus silaturrahim.

Jadi manusia ni, kita ada tabiat kita yang adakala tak dapat kita betulkan. Sedari azali ianya begitu. Kalau nak tegur nak tegakkan kebenaran, ada caranya. Lihat dari segi agama kita mengajar kita untuk menegur. Bukan dengan kekerasan dan harus meletakkan ego yang ada jauh-jauh.

Adakala kita rasa kita cukup kuat dan hebat untuk menentang sesuatu. Tetapi hakikatnya kita tidak. Jika mahu pun, kena ada caranya. Cara yang sangat jelas komunikasinya, dan dengan cara yang bijak. Semuanya bersebab. Agama Islam mengajar segalanya. Cuma adakala kita lupa nak ingat apa yang kita pelajari dek emosi yang keterlaluan. Kita manusia biasa…

P/S : Di belakang aku ni, bukan main hebat berdiskusi untuk menjernihkan sesuatu antara anak dan ibubapa.. Walaupun ianya hanya untuk melicinkan persiapan sambutan hari jadi Zachary yang pertama esok (3 oct) Yang penting mereka berkomunikasi dengan baik dan jelas…

Advertisements

2 Comments on “CERITA YANG HILANG…..

  1. mendalam betul…ada betulnya yang nurul katakan.
    pada mula, saya pun terfikir kenapa mereka kejam padanya.tapi bila asyik berlarutan .
    habis semua korek sejarah 14 tahun lepas..itu cabar ini..saya dah muak pulak.

    hal yang ingin didengarkan kejayaan.isu kecil ini pulak yang makin membiak.

    apaun seronoknya romeo jr main dgn papy dia yer..”selamat hari hari zach,semoga sentiasa sihat,makin cute,dan sentiasa dalam lindungan ALLAH”.begitu juga dgn mummy zach take care. and enjoy the holiday yer.

    p.s ; habis video dlm youtube nurul kat sana i tgk..sebab baru tau u punya channel..keh..keh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: