PRAGUE… BEAUTIFUL CITY! HANTU PUN ADA!

Salam from Prague! Tempat yang sungguh indah dan penuh dengan tempat bersejarah. Udara yang sangat nyaman serta tenang. Sekarang ini musim luruh. Tetapi adakala terasa seperti musim sejuk kerana suhunya yang sangat rendah. Sepanjang kami di sini, suhu serendah 10 darjah celcius. Untuk orang Eropah, ianya tak sejuk. Ada yang memakai seluar pendek dan berbaju lengan pendek. Selamba berjalan. Aku… dah mengigil! Selimut macam dah turun salji! Hahaha…

Puas berjalan! Sampai sakit semua muscle! Exercise yang sangat bagus buat aku ketika ini. Minggu depan bakal masuk bulan baru. Jadi, baguslah berjalan dan ambil udara nyaman di sini sebelum kembali ke Malaysia serta back to my normal life.

Di Prague untuk 6 hari – rasa masa bergerak sangat perlahan… buah hati – satu tinggal di Malaysia; satu lagi di Saint Die France. Sakitnya jiwa… makan hati juga nak menunggu Isnin (baru Khamis masa entry ni ditulis). First time Tinggalkan Zach. Nampaknya dia enjoy sangat dengan atuk dan neneknya. Akulah yang merana…. takpe.. sekejap je… yang kakak tu okay. Apa-Apa dia akan whatsapp atau sms.

 

Dah besar dan boleh bercakap ni, lain. Senang nak bagitahu apa pun. Yang masih kecil tu yang sering teringat. Atuk Zach selalu hantar email buat kami berdua di Prague ni. Satu email darinya. Satu lagi kononnya Zach yang tulis kan. Aku tahu kenapa Roland berbuat demikian. Satu hari nanti, bila Zach dah dewasa, dia akan tahu yang atuk dan neneknya pernah menjaganya. Jaga dengan baik, walaupun hanya seminggu. How sweet Roland is. Alhamdulillah…

(I know Roland will translate this and read. Sebab dia bagitahu yang dia tahu aku sering bersyukur punyai husband yang baik serta mertua yang penyayang.) Kan aku dah cakap, dia rajin ke mari. Ikuti apa yang aku lakukan. Rupanya masih translate walaupun dia tahu adakala translation ke French haru biru! Hahahaa…cest pour vous Roland. Merci pour tout.

Di Prague – memang sangat best. Puas berjalan dan menikmati keindahan seni bina yang sangat mengagumkan. Alhamdulillah.. Ada rezeki ke sini lagi. Sungguh pun begitu, sebenarnya kami tak sempat nak melawat habis semua kawasan kerana kami hanya ada dua hari untuk mengunjungi tempat indah di sini. Tak cukup dua hari. Ada beberapa kawasan yang tak sempat kami pergi. Antaranya underground tour in Old City Prague dan juga Ghost Tour!

Ya… Ada Ghost Tour! Kata orang Prague, Prague terbahagi kepada 4 bahagian. Antaranya new town dan old town. Old town tu lah yang ada Ghost town tu. Siap ada map dan pelakon berwajah seram untuk semua pelancong yang berkunjung ke sana. Dengar pun dah seram kan?

Kata orang sini lagi, orang Czech percaya akan wujudnya hantu. Tambahan pula, apabila mereka mula mendirikan New Town di Prague, mereka menjumpai tulang rangka yang dipercayai kawasan itu diduduki oleh penduduk terdahulu. Kata mereka dari kurun ke 18. Jadi, kawasan itu tidak diganggu dan mereka percaya roh orang-orang di situ masih wujud. Di situlah juga dibuat Ghost Tour! Seram nak pergi. Eric bila tahu je, dia mulalah nak mengusik aku. Dia nak pergi. Nasib baik tak sempat!

Old Town pula, ianya dikatakan penuh dengan pelbagai sejarah. Sayangnya tak sempat. Kami hanya sempat melawat Istana besar di sana. Ianya adalah istana yang paling indah dan paling gah di serata dunia. Memang besar dan senibinanya sangat indah. Itupun kami tak sempat nak melawat habis. Hanya di luar dan ambil gambar sahaja. Segalanya rush!

Kami tak sempat nak buat dua lawatan itu sebab masa yang tidak mengizinkan. 4 hari setengah kami berada di mesyuarat dan perjumpaan Herbalife. Ye lah.. Ke mari pun kerana Herbalife. Takpe… InsyaAllah datang lagi next time. Tapi untuk melawat saja. Kalau datang ke Prague hanya untuk 2-3 hari, memang tak cukup. Sekurang-kurangnya 5 hari di sini. Kena ambil masa untuk menikmati dan mempelajari segalanya tentang sejarah mereka.

Di sini juga ramai yang minat dengan muzik. Pemuzik jalanan pun ramai yang bagus-bagus. Bukan saja penduduk Czech sendiri, tetapi dari Rusia, Italy, Romania serta beberapa lagi negara Eropah Timur. Sangat menarik.

Tentang makanan dan orang-orang di sini pula; hmmm… macam-macam juga.. Makanan sangat enak. Tapi kena berhati-hati memilih buat yang Islam. Banyak juga restoran yang diusahakan orang Islam yang berasal dari Turki dan Tunisia. Orang-orangnya pula, kebanyakkannya memahami Bahasa Inggeris tapi ada juga yang kurang berbahasa.

Maksud aku yang sedikit ego dan sombong. Maklumlah, tempat tarikan pelancong. Di restoran atau di mana-mana, mereka sering dikunjungi. Jadi, jika ada salah faham atau apa-apa, memang jawapan mereka sangat sombong malah dihalaunya kita. So, kena banyak bersabar. Hanya segelintir yang sedemikian. Ramai yang okay.

Really a nice place to be! Kalau ada masa dan kelapangan, datang ke mari dan saksikan sendiri kewujudan bandar gah ini. Nak tahu lagi, boleh tengok di Youtube. Setengah video dah siap publish. Jenuh la si Pingu ku edit! Berlambak video!! Hahahhaa.. Sabar ya cik adik manis…

P/S : Sakit hati baca komen sorang makcik yang menentukan siapa masuk neraka dan syurga ekoran kes Shila Amzah. Kita bukan Tuhan…Kita bukan maksum.. Hanya hambanya yang kerdil…

Advertisements

4 Comments on “PRAGUE… BEAUTIFUL CITY! HANTU PUN ADA!

  1. Akak tgok ur youtube channel tu , akak suka hotel dlm ship yg nurul stay tu. Mcm yg pernah akak stay masa kat halong bay,hanoi the junk cruise . Bila la dpt pi Praque ni ya. Hv a nice holiday nurul.

    • Hai..boleh lihat di Instagram saya..Saya ada berkongsi di sana.. Terima kasih 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: