KEJUTAN… KAMI YANG TERKEJUT! .. KANTOI!

Hantu betul! Hahahaha.. Ye je buat video berbagai masa nak announce pregnant tu… Siap peminat dan followers pun ikut sama simpan rahsia hebat aku ni daripada ibu bapa mertua aku.. Kononnya taknak ibu bapa mertua aku translate entry blog ni… Surprise kantoi ye harap maklum! Hahaha…

Memang mulanya diaorang tak tahu. Ibu bapa mertua aku ni sangat detail di dalam segala hal. Lagi pula ada ‘spy’ tak bertauliah iaitu cousin Eric yang sentiasa sekodeng Instagram aku. Salah aku sebab letak gambar yang tak crop. Sebelum tu memang crop. Bila dah letak crop sekerat badan pun, membuatkan cousin kami itu tertanya-tanya kenapa gambar semacam aje yang aku letakkan.

Itu yang pertama. Keduanya, kata bapa mertua aku Roland, dia dan Germaine sangat berasa hairan kenapa aku hanya tunjukkan muka dan hanya sekerat badan bila kami berhubung melalui Skype. Biasanya aku akan berdiri di belakang Eric dan bukannya di sisi atau dari tepi secara jauh sahaja. Kan ke aku dah kata, diaorang ni detail dan cerdik. Kalau ada sesuatu yang berbeza, memang sekejap je diaorang boleh nampak.

 

Ketiganya pula…. salah aku… Last minute aku letak pula gambar aku bersama pembaca blog ni dan juga peminat yang lain full body! Baju putih yang aku sarungkan itu mengiyakan mereka yang aku mengandung lagi. Lagi satu gambar yang kantoi, ialah gambar aku memakai baju hitam di carpet merah malam Royal Gala Supermokh The Musical!

Sepupu Eric yang berusia 40-an itu, siap screen shot dan email kepada bapa mertua aku! Dia memang detektif tau! Nak ikutkan Roland dan Germaine tak tahu kalau dia tak bertanya dan tidak menghantar email untuk bertanya samada aku mengandung kali kedua (bagi mereka) atau tidak. Kena pula Germaine dan Roland sibuk 2 minggu sebelum kami ke mari. Jadi, memang Roland tak sekodeng blog atau Instagram aku. Alahai Valerie… Jaga you! Hahahaa…

Mereka tahu yang Eric memang suka buat kejutan. Jadi, mereka hanya diamkan sahaja sehingga kami tiba di France semalam. Roland menyambut kami dengan membawa satu surat di dalam sampul kecil yang ditujukan kepada Zachary. Kononnya nak bertanya Zachary apakah hadiah yang dibawakan buat mereka berdua; adakah seorang adik lelaki atau perempuan.

Tak apalah… Janji dah sampai sini dengan selamatnya. Kami yang terkejut yang mereka tak surprise! Hahahha… Kalau tak kerana Valerie, memang ianya satu kejutan yang manis buat ibu bapa mertua aku walaupun mereka tertanya-tanya cara aku bercakap di Skype sangat berbeza.

Sudah pasti keduanya sangat gembira dengan kehadiran kami di ini. Tambahan pula ianya mengiyakan jangkaan mereka yang aku mengandung. Mereka sangat excited menantikan Februari depan. InsyaAllah keduanya kan berada di Kuala Lumpur penghujung Januari 2015.

Haiiii… Jenuh excited kami berdua di dalam perjalanan ke sini nak tengok reaksi Germaine dan Roland apabila melihat perut aku yang membuncit ni… Hampeh tak menjadi! Selalunya kejutan kami menjadi dan memang gempak! Eric kan ke pakar! Hehehee..

Pernah kami buat kejutan pulang ke sini awal dua hari dari tarikh yang sebenar dua tahun yang lalu. Menangis-nangis Germaine masa kami tiba ketika itu. Dia kelam kabut siapkan makan kami. Bimbang segalanya tak sempat disediakan. It was fun.

Roland memang dah arif benar dengan anaknya. Jadi, kali ini aku pasti mereka berhati-hati dan bersedia dengan kejutan-kejutan yang bakal kami berikan kepada mereka berdua. Sebab tulah kali ini kantoi!!!

P/S : Alhamdulillah video #kuasawanitadisini – satu revolusi majalah terbitan Karangkraf yang akan menampilkan aku sebagai artis muka depannya, mendapat 40,000 view di laman Facebook mereka. Terima kasih Rashdan Rashid! Nantikan majalah tersebut tak lama lagi di pasaran!

Advertisements

6 Comments on “KEJUTAN… KAMI YANG TERKEJUT! .. KANTOI!

  1. Hahaha kantoi ek.. Tp apa2 pun alhamdulillah uoll dah selamat sampai France.. Enjoy ur holiday ya!

  2. hahahaaa…kak nurul yg terkantoi..tp pape pun enjoy ur holiday..bestnyer dpt p france.hihihi

  3. haha ….konon nk buat kejutan ya , sendiri kantoi. Takpela, janji meraka happy dgn berita gembira tu kn. U r truly bless , happy holiday n take extra care.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: