KOMUNIKASI MELAMBANGKAN SIAPA KITA….

Dalam dok busy packing.. busy dengan Ayu dan Zach; ambil dan hantar Baju Kurung Pahang… Last minute shopping barang Zach untuk France dan ke salon; sempat lagi menyelak dan membaca cerita hangat yang diperkatakan di sana dan di sini. Di merata blog dan suratkhabar…

Isu ini sangat sensitif. Banyak reaksi yang timbul di antara peminat dan pihak wartwan sendiri. Malah mengundang satu perasaan tidak sangka dan terkejut bagi aku. Baru selesai beberapa hari persembahan hebat Shila Amzah.. Aku sendiri sangat berbangga dengan adik manis ini. Nama yang sangat besar di tanah besar China itu, membuatkan kita rakyat Malaysia sangat bangga dengannya. Lebih-lebih lagi yang berbangsa melayu. Seorang insan seni yang dididik ibu bapanya dengan sempurna, menjadi satu figura yang disegani di negara hebat, malah tanahair.

Aku sendiri menyatakan betapa bangganya aku kepada ibu Shila. Aku hantarkan pesanan ringkas kepadanya. Plan mulanya, mahu juga menyaksikan konsert julung kali yang diadakan itu. Tapi biasalah. Aku juga salah seorang Melayu yang suka buat kerja last minute! Suka cari tiket saat akhir! Memanglah tak dapat!

Kata Mama Zie yang aku gelarkan ‘Kakak’ itu, tiket semuanya habis dijual. Kalau tak silap aku,  beberapa hari sebelum konsert. Katanya lagi 80% adalah peminat berbangsa Cina. Dari yang muda, sehinggalah yang tua – turut sama hadir menyaksikan konsert Shila itu. Alhamdulillah. Tahniah Shila. Sangat hebat bagi seorang anak gadis yang serba sederhana.

Hey guys… ladies and gentlemen, tua dan muda… Apa jadi pada kita? Orang kita? Kita kena ubah sikap kita. Kena ikut teladan bangsa Cina yang aku ceritakan di atas tadi. Itu satu rujukan yang baik untuk kita ikuti. Jangan lakukan perkara last minute. Ini pesanan untuk aku juga. Aku juga sama macam kalian. 20% yang dapat menyaksikan konsert itu, aku pasti antara orang kita yang tidak melengahkan keadaan dan segera mendapatkan tiket konsert tersebut serta mereka ini adalah peminat setia Shila Amzah.

Bukan di dalam soal konsert sahaja. Dalam segala hal. Aku ingat lagi, ketika aku adalah salah seorang artis undangan untuk Konsert 3 Diva di Stadium Putra Bukit Jalil beberapa tahun yang lalu. Konsert itu memanglah ditujukan untuk 95% orang Malaysia yang berbangsa Melayu. Pengalaman menyaksikan penganjur panik, membuatkan aku tahu ketika itu yang orang kita memang suka last minute. Baru aku tahu yang aku juga begitu. Apa yang berlaku di sekeliling biasanya kita akan lihat ke dalam diri kita. So, itu yang aku dapati akan sikap diri aku. Memang panik penganjur tu. Tapi dia menarik nafas lega bila tiket habis dijual – last minute….On the day of the concert itself!  Habis semuanya!

Memang konsert itu penuh dan berjalan dengan lancar. Tapi sikap kita ini, yang seperti ini, aku rasa kita semua perlu mengubahnya. Perkara yang dibuat last minute, kebanyakkannya mengundang pelbagai masalah…

Last minute packing, macam yang aku buat sebelum ini, lebih bermasalah. Bila last minute, macam-macam barang boleh terlupa… Yelah… dah kelam kabut nak cepat. Fikiran bercelaru nak fikir itu ini. Itu cerita akulah. Buat juga kerja last minute aku ni pun. Tapi sekarang, aku di dalam fasa perubahan. Ya lah.. suami aku tu selalunya sediakan segalanya awal. Itu satu contoh yang aku rasa sangat baik diikuti. Namun, aku berusaha perbaiki sikap aku kini.

Soal last minute juga.. Tapi bukan soal tiket konsert atau mengemas barang…. Tapi soal yang sangat berbeza… Why last minute ada kontroversi pula ni? Kata Kak Zie, Isnin mereka berlepas ke Shanghai semula. Aku yang kagum dengan pencapaian Shila, sempat berpesan pada Kak zie untuk sampaikan pada anak daranya untuk enjoy the moment. Semua penyanyi mahukan seperti apa yang dikecapinya. I’m so happy for her.

Namun, kekaguman aku terbantut – last minute! Siapa yang bertanggungjawab sebenarnya membuat kenyataan di Instagram sedemikian rupa? Siapakah dia? Kita semua tahu kenapa, tapi kenapakah begitu emosinya? Bukankah perlu diselidiki dahulu sebelum membuat kenyataan? Ramai yang mengatakan ianya datang dari pengurus Shila. Dah jadi tak best pula. Patutnya cerita kemegahan Shila yang akan digahkan, tapi oleh kerana tidak sabar pengurus; keluar pulak cerita sikap yang negatif yang menutup kehebatan konsert Shila.

Di repost pula oleh ibu dan anak. Aku di sini bukanlah mahu memihak kepada sesiapa kerana aku tahu posisi kedua pihak.  Jauh sekali aku nak jadi batu api untuk memanaskan lagi keadaan. Tujuan aku menulis ini adalah untuk menyatakan rasa terkejut aku.

Aku tak baca suratkhabar. Aku akui. Memang nyata apa yang aku lihat yang di repost, banyak suratkhabar berbahasa Cina yang mengeluarkan cerita konsert Shila. Aku pasti ianya tidak disebabkan lain. Masyarakat Cina juga merasa bangga dengan gadis Melayu yang comel ini. Tapi yang menulis kenyataan bagi pihak Shila itu, jadilah bijak sedikit berbicara.

Ada banyak cara untuk menulis jika mahu menegur. Kenapa langsung diterangkan rasa kecewa itu? Memang kalau aku ditempat Shila, aku akan kecewa juga kerana suratkhabar berbahasa Melayu lambat keluar. But, can you check the fact first? Kenapa perlu tarnish the image that all of you penat bina selama ini?

Sarang tebuan jangan dijolok. Semua kita sebagai manusia punyai maruah. Tak kira apa sekalipun tugas dan jawatan kita. Begitu juga wartawan. Dulu, kita sering mendengar wartawan hadir tidak diundang. Ramai mengherdik mereka dengan mengatakan yang bukan-bukan.

Ada yang macam tu. Itu dulu. Zaman kini telah berubah. Wartawan – yang benar wartawan punyai etika. Memang ya mereka perlukan cerita. Tapi jika tak dijemput, memang tak akan datang dan dibuat ceritanya!

Aku tahu kerana banyak juga majlis yang aku buat, termasuk majlis perkahwinan aku. Kalau tak jemput, tak adalah mereka. Semua dari kita sekarang mahu menjaga maruah di zaman ini. Ianya menunjukkan kita sudah punyai tahap pendidikan dan tatasusila yang tinggi.

Terbantut terus rasa bangga aku tu… Dalam hidup ini, komunikasi sangat penting. Terjadinya insiden ini, ianya membuatkan aku mengkaji. Tulisan aku ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Jauh sekali nak menunjuk pandai. Aku di tengah. Aku kenal Shila malah aku sukakannya; aku juga baik dengan wartawan. Jadi aku tahu kedua pihak ini.

Wartawan bagaikan polis, bomba atau mana-mana pasukan yang bersatu. Satu diusik, semuanya terasa. Kerana apa? Mereka juga manusia yang bermaruah. Soal wartawan Melayu suka menulis gosip.. Ada benarnya. Kenapa? Bukankah kita orang Melayu suka juga bergosip sesama kita? Jangan katakan tidak. Di dalam masyarakat kita, itu soal biasa. Ingat cerita Opah watak Gayah? Macam tulah kita semua. Antara teruk atau tidak je. Jangan tidakkan, itu kita. Masakan direka watak dan drama bersiri sedemikian rupa.

Aku ada kawan wartawan yang benar rapat yang sering menyatakan perasaannya yang tak suka membuat gosip. Dielaknya sebaik mungkin. Memang dia jarang menulis artikel sedemikian rupa. Katanya tak mahu dipanggil di akhirat kelak kerana berdosa dengan si polan itu dan ini. Bukan seorang wartawan saja yang berkata sedemikian, tapi ramai. Ini cerita belakang tabir.

Ada wartawan yang terpaksa buat gosip kerana dia menulis untuk kolumn itu. Jenuh juga mencari dan berfikir. Adakala ditanya pada aku. Kalau tak ada cerita, dimarahi orang atas pula. Harus dicari tapi bukan direkai. Itu cerita rakan wartawan yang aku kenal lah. Yang mana yang aku tahu.

Cerita artis yang boleh dijadikan contoh pula… Yang makan hati dengan wartawan pun, ada juga. Ramai sebenarnya. Tapi kebijaksanaan mereka menangani wartawan dan usikan, membuatkan aku salut. Aku takdelah rapat sangat dengan mereka, tapi aku hormati cara mereka berfikir.

Ingat tak bagaimana Ziana Zain dicemuh ketika dia mula menyanyi? Kalian ingat dia tak makan hati? Ada ke dia buat apa-apa kenyataan? Erra Fazira, Dato Siti Nurhaliza dan ramai lagi. Diuji macam-macam. Tapi apa yang mereka lakukan, ‘telan’ sahaja. Bercakap banyak pun, tak guna. Nak melawan, itu bukan kuasa mereka. Ada cara lain yang mereka lakukan.

Cerita Aishah di majlis perkahwinan; kisah best friend aku sendiri Ning Baizura – cukup memberi satu rujukan baik buat aku (aku tak tahu yang lain) supaya tahu dan belajar menangani keadaan terutamanya dengan wartawan yang menjadi pengantara membawa cerita kepada umum.

Cukup menakutkan dengan trajedi penyanyi terkenal 80-an Zaiton Sameon. Itu semua cerita-cerita bagi aku sebagai artis harus dijadikan tauladan dan pengajaran. Pencapaian kita, adakala boleh membuatkan kita berubah. Lebih-lebih lagi kalau ada manager yang kuat yang membuatkan kita rasa besar kepala. Kita rasa kuat dan kita juga terlupa. Lebih teruk kalau kesilapan manager yang merosakkan nama baik dan kehebatan seseorang artis itu. Percayalah, aku dah pernah melaluinya. Jadi, aku tahu.

Aku pula belajar bagaimana menangani wartawan kerana aku belajar menjadi insan dan memahami tugas dan tanggungjawab setiap manusia tak kira apa sekali pun jawatan mereka. Termasuklah wartawan. Aku belajar fahami mereka. Rupanya sikap dan hati mereka sama sahaja. Yang membezakan adalah tugas mereka. Susah.

Ketika kes perceraian aku dulu, aku dihimpit dengan pelbagaian persoalan juga. Macam-macam ditanya. Ianya satu sumber cerita untuk mereka jual. Beri keuntungan kepada syarikat dan dengan itu mereka memperoleh pendapatan setiap bulan. Bukankah itu satu tanggungjawab?

Aku ingat lagi kata Nurul Hisyam dan Syazwan Zakaria yang benar mahu menemubual aku selepas rakaman rancangan Mentor yang dibuat di Shah Alam. Ketika itu sangat hebatlah cerita aku yang baru berpisah. Satu pasangan ikon nak bercerai. Siapa tak mahu tahu cerita tu?

Kata mereka berdua yang mewakili ramai wartawan di situ; mereka faham situasi aku dan bekas suami ketika itu. Sebolehnya tak mahu menggangggu kerana ianya sangat merumitkan. Tetapi mereka punyai tanggungjawab kepada boss dan tugas. Orang atas suruh kejar, mereka terpaksalah buatkan. Kami bercakap dari hati ke hati. Ada wartawan yang sedemikian yang boleh ceritakan segalanya dan beritahu apa yang perlu ditulis dan apa yang tak perlu. Tapi ada yang tak boleh diceritakan segalanya. Maklumlah, nama pun manusia. Siapa yang sempurna?

Aku terasa kecewa sedikit degan statement yang dibuat oleh seseorang bagi pihak Shila itu. Rasa tak sangka. You have to be smart. Ada cara lain kalau nak tegur sekalipun. Emosi perlu dikawal. Tak kira apa sekalipun tugas kita.

Jadi menteri atau artis, lagilah kena kawal emosi. Kita public figure, diperhatikan dari segala segi. Salah bicara, ianya menampakkan ketidakbijaksanaan serta menapakkan bagaimana kita berfikir, sikap dan mentaliti kita. Bahaya… Nah.. sekarang semua wartawan naik hantu and I don’t think they will stop there.

Menjadi artis kita perlu bersabar dan perlu ada diplomasi. Ianya bukannya apa.. dua perkara itu menunjukkan kebijaksanaan dan bagaimana educated nya kita untuk menangani pelbagai jenis manusia.

Perlu ingat juga; tak kiralah artis atau peminat. Sebelum seseorang artis itu dikenali (jika dulu sebelum adanya internet) wartawanlah orang tengah antara artis dan peminat. Artis sangatlah memerlukan wartawan kerana perlunya publisiti. Itu hakikat yang sukar disangkal. Jadi, bila statement seperti yang kita baca ini terkeluar sedemikian rupa, sudah pasti mengundang rasa kecewa dan sakit hati pihak wartawan.

Para peminat adalah penyokong sangat kuat. Tak kira apa sekalipun kedudukan penyanyi atau artis kesukaannya – mereka akan backing sekuatnya. Itulah dia penyokong. Tapi tidakkah kalian juga rasa kerana media cetak dan media massa yang membuatkan kalian ‘jatuh hati’ dengan seseorang artis itu selain dari bakat dan personalitinya? Jadi, kalian juga harus ada diplomasi di dalam komunikasi.

Aku tak suka juga berlaku begini. Semacam hick up di dalam perjalanan karier Shila Amzah. Susah nak bina nama dan mendapatkan kepercayaan umum terhadap bakat dan kebolehan yang kita ada. Bila dah dapat, bila dah terkenal, ini pula jadinya. Nasib baik zaman ini zaman cyber. Jika wartawan tak mahu support lagi, artis ada internet. Ada youtube, ada Instagram, ada Facebook ada Twitter dan macam-macam lagi untuk share cerita dan sebagainya.

Tapi ingat ya, peminat seseorang artis itu bukannya semua yang muda mudi sahaja serta yang suka menempel 24 jam di media sosial. Market sangat besar di luar sana untuk suratkhabar dan majalah juga. Jadi, semua artis termasuk aku masih memerlukan media cetak, terutamanya yang berbangsa Melayu andai masih menyanyi lagu-lagu dan aktif berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu.

Aku tahu tulisan aku ini bakal mengundang pelbagai reaksi juga. Terutamanya kepada peminat fanatik Shila. Maaf, ini hanya secebis pendapat dan cerita dari seorang penyanyi senior yang telah 20 tahun berada di arena ini. Harap kalian tidak beremosi untuk membaca entry ini sebagai perkongsian dari seorang penyanyi dan juga peminat Shila, lagu-lagunya dan gembira melihat pencapaiannya.

Bila dah jadi macam ni, dah rasa tak best…. penat lelah usaha, tercalar sedikit bagi aku. Hanya dalam masa 5 minit. Aku yang rasa penat! Semuanya kerana aku tahu seorang artis dan penyanyi itu berusaha kuat untuk mendapatkan tempat di hati media dan hebat di mata masyarakat. Ianya bukanlah mudah.

P/S: tarik nafas panjang nak menulis cerita ni sebab takut disalah erti pula. Suka dengan pengakhiran kata-kata Maliah Surip Editor Kosmo :

Screen Shot 2014-09-17 at 11.14.25 AM

Advertisements

4 Comments on “KOMUNIKASI MELAMBANGKAN SIAPA KITA….

  1. yup sis, kami bangga she can pull the chinese crowd. But maybe there was misunderstanding on communication here and there. Hope both side can settle it maturely. Bon Voyage for your paris trip sis! do take care 🙂

  2. Well written sis ….never mind this is just ur personal view. Keep it up.

    On the last minute issue tu mmg sikap semula jadi manusia. Hehehe ….akak always note down n hv a list of Wat to do List. Mcm your wish list gitu.

  3. Panjang Nurul menulis. Berkali-kali saya baca supaya faham dan tak salah faham. Apa pun selagi kita hidup, kita tetap perlukan antara satu sama lain walau siapa pun dia, walau rendahnya dia kat mata kita. Selamat bercuti Nurul !

  4. saya juga sedikit kecewa.maybe emosi mereka tersentuh sewaktu memuatnaik di IG.dan saya tetap sokong dia sebab dia ikon yang mengharumkan nama negara,tak syok la luar negara harum mewangi dalam negara bau taik.shila kena cepat bersihkan nama.orang malaysia ni sangat senang say maaf then mereka akan lupa.

    sangat sayang dengan karier shila.sebab selepas dia menang asian wave mmg saya follow cerita dia.maybe ini pengajaran bagi dia dan Allah bagi hint kat dia.sebab allah sayang dia.kita semua sayang dia.

    maybe saya bukan artis saya tak masak dunia artis dan wartawan tapi bila baca entri dari nurul..now saya tahu..bukan senang nak hidup sbgai artis.mentally sangat perlu kuat.

    btw, thanks nurul sebab share.

    love u much..

    pss..: stil nak merajuk sebab tak dapat pergi jumpa u..sampai sekarang sedih tau..hahahaha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: