AKU KAYA?! … KALAULAH AKU KAYA….

Banyaknya aktiviti dan event yang perlu aku hadiri selepas majlis ekslusif ulangtahun kedua blog ini.. Haaa…ambik.. Busy betul. Tak sempat pun aku sentuh laptop aku ni. Sentuh pun untuk shopping online! Hahahaha… Ye.. dok gila shopping online pulak. Orang lain dah buat berkurun lama. Aku baru nak start! Ini semua Ayu punya pasal! Issshhh.. addicted rupanya online shopping ni.. Kena control perasaan. Kalau tak habislah nanti… Maklumlah perempuankan kuat nafsu shopping ya. Control…control.. sebelum ‘bankrupt!’

Eric geleng je kepala tengok aku. Mana tak nya, dalam dok busy ke sana ke mari, tak sempat nak fikir pasal baju musim luruh dan musim sejuk di Eropah nanti. Ya… Esok kami dah bertolak ke France dan Prague. Naik panik sekejap bila fikir last last minute ni banyak hal nak kena buat. Tak sempat itu ini. Itulah kita ni… suka buat kerja last minute! Itupun kalau ini aku consider not bad. Sempat prepare 5 hari awal. Sikap yang perlu diubah.

Itu pun rasanya macam last minute juga. Lagi pulak dalam keadaan dan bentuk rupa aku yang semakin mengembang dan membesar di bahagian tengah posisi badan; lagilah aku panik apa nak pakai. Itu sebablah aku ni rajin online shopping! Cewaaahhhh.. Alasan skema sangat! Hahahha…Takpe dah pack dah semua. Tinggal sikit je lagi. Dah habis dah online shopping. Tak boleh shopping selalu. Pengsan nanti! Haahhaha

 

Semua acara pun dah selesai. Termasuklah hari jadi Ayu Nazirah yang jatuh pada 11 September yang lepas. Nak cerita juga pasal dia di blog ni last week. Tapi tak sempat.. Aku hanya terjemahkan perasaan aku padanya di Instagram dan kad ucapan harijadinya. Dah 16 tahun anak dara aku tu… Dah besar panjang dan semakin tinggi dari aku. Dia sangat bangga part ni.. Dia rasa dia Kimora Lee.. Hahaha..

Aku adakan majlis yang sangat ringkas buatnya. Ianya satu kejutan di salah satu tempat kegemarannya iaitu Pizza Hut. Ya,… dia suka Pizza dan pasta! Mak mamak, bapanya jawa-bugis; anak Italian! Hahahah.. Kami selalu buat joke macam tu dengannya. Dari kecil keju, pasta dan pizza memang tak berenggang! Kalau ditanya nak makan apa, itu saja jawapannya. Itu belum lagi kalau aku masak ayam masak merah. Memang kesukaan dia juga.

Majlis itu dihadiri oleh makcik-makcik dan pakcik-pakciknya. Begitu juga dengan beberapa orang sepupunya. Tak ramai hanya kami 10 orang. Dia tak sangka. Memang kejutan itu agak menjadi. Happy betul dia. Lebih-lebih lagi dapat hadiah kegemarannya dari Ina Mohd, iaitu gambar dan koleksi aksessori kumpulan popular dari Korea iaitu EXO. Ya! Dia masih peminat setia K-POP! Aku ingatkan dalam setahun dua je sukanya.. Rupanya dah bertahun ni! Serious bebenar minatnya!

Ayu.. Ayu.. Banyaknya kenangan kami bersama. Aku sangat berbangga menjadi ibunya. Dia sangat matang. Adakala aku terfikir dan naik sedih juga mengenangkan perjalanan hidupnya dari kecil hingga sekarang. Dia perlu memahami sesuatu yang dia tak perlu fikir ketika dia berusia sangat mentah. Namun, aku fahamkannya supaya dia bersedia menerima takdir ibu bapanya.

Aduh.. sedih sangat bila teringatkan insiden dia menangis dan lebih teruk aku terpaksa pulangkan adik angkatnya. Hati dan perasaannya sangat hancur. Bila fikirkan aku yang penyebab kesedihannya, aku rasa aku tak dapat maafkan diri aku… Lama juga aku simpan dan ianya membuatkan hati aku remuk.

Syukur alhamdulillah.. Tahun-tahun sedih itu sudah berlalu. Aku tahu dia kini benar mengerti. Malah dia tahu hidup kami kembali bersatu dengan kehadiran bapa tirinya dan juga Zachary. Dia sangat sayangkan adiknya. Walaupun ada beberapa ‘hick up’ permulaannya, (maklumlah dia pun perlu adjust diri dalam situasi baru dan ianya bukanlah mudah), namun, segalanya berjalan lancar. Dia banyak belajar. Kini Ayu kembali gembira. Aku pasti segala kenangan tetap bersemadi di dalam jiwanya.

Selamat Hari jadi anak ku. Mama sayang Ayu dunia akhirat. Mama mungkin tak dapat beri sepenuhnya apa yang Ayu mahukan dari segi wang ringgit. Tapi apa yang mama ada hanyalah kasih sayang dan doa-doa mama untuk anak mama sentiasa happy, sihat tubuh badan, sentiasa di dalam lindungan Allah Taala dan mahu buat yang terbaik supaya Ayu hidup dengan sempurna. Harapan mama tak banyak. Mama mahu Ayu happy dan berjaya dunia akhirat. Tiada yang amat berharga di dunia ini kecuali happiness dan doa seorang ibu. (I know she will cry when she reads this!)

Bila sampai part mahu buat yang terbaik dan berusaha untuk memberi gaya hidup yang sempurna pada anak-anak aku;  terfikir pula tentang apa yang ditanya wartawan sebuah majalah popular Malaysia tatkala selesai sessi penggambaran muka depan majalah yang bakal diperbaharui itu. Ayu yang turut sama berada di lokasi fotografi itu, hanya mendengar sessi temuramah yang amat serious itu!

Soalan yang sangat bagus yang diajukan Julie itu, membuatkan aku bercerita padanya semua pengalaman aku dengan lebih terperinci. Bagaimana aku bangun dan apa yang telah aku lalui ketika aku menukar fasa hidup aku. Tahukan part yang mana.. Hehehe.. Bagaimana susahnya aku mengutip semula sisa hidup aku, melangkah keluar hanya membawa sedikit wang simpanan yang tinggal selepas simpanan 6 angka habis digunakan untuk membentuk satu syarikat kerana mahu membina satu empayar perniagaan bersama bekas suami.

Ianya satu cerita untuk memotivasikan wanita-wanita yang sama nasibnya dengan aku dulu. Satu sumber kekuatan untuk mereka jadikan reference.

Aku cerita juga apa kesilapan yang telah aku lakukan di dalam mengurus wang ringgit aku. Dari susah, menjadi senang hasil usaha dan berkat rezeki dari Allah Taala. Hati sangat jitu ketika itu. Aku letakkan sepenuh harapan dan aku yakin Allah Taala akan berikan aku rezeki dan kebahagiaan. Memang ya. Itu yang Allah berikan.

Bila dah dapat, sudah tentu ianya satu ujian. Aku tak reti nak manage pula. Aku hampir broke selepas aku beli dan bina rumah sendiri. Tulah excited punya pasal. Sebab itulah dulu aku cerita di dalam entry ‘I Was Broke..’ sebagai satu pengajaran buat semua. Money management sangat penting.

Dalam kesusahan aku itu Allah hantarkan pula aku seseorang yang boleh aku bersandar. Alhamdulillah semua itu sudah berlalu. Kini aku harus berusaha lagi. Julie memandang aku tepat ke wajah aku bila aku cerita pengalaman-pengalaman itu. Dia sendiri tak sangka dan agak terkejut. Katanya lagi, ramai berpendapat aku kini kaya.. Senang sebab suami sangat kaya!

Aduhai Julie ku sayang.. begitu juga yang lain di luar sana…. (haaa… ini yang nak nyanyi lagu ‘kalau aku kaya’ ni..) Untuk pengetahuan semua, kami tidak kaya. Hanya sederhana. Aku dan suami masih bekerja untuk mengejar impian kami supaya mendapat apa yang kami mahukan iaitu gaya hidup yang senang dan selesa. Semua orang perlu bekerja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Begitu juga kami.

Kata Julie lagi, bukankah posisi suami di syarikatnya sangat tinggi? Aku hanya ketawa. Aku tahu apa yang disandang Eric membuatkan semua orang berfikir kami sangat kaya. Ingat, Eric ni bekerja dari rumah – membuat bisnes network marketing dan dia merupakan salah seorang pengedar syarikat besar dari USA itu dan di bawah posisi President Team. Dia bukanlah seorang Presiden Herbalife. Itu jawatan yang sangat berbeza. Dia hanya menjalankan bisnes Herbalife.

Jika dia seorang presiden syarikat itu (aduhai…) memang kami tak tinggal di sini. Kena tinggal di US! Aku tak perlulah usaha kuat untuk karier aku. Kalaulah kami benar kaya, kalau aku betul-betul kaya, Aku punyai driver, (malah selalu sebut where is my driver di depan orang.. eh! hahaha), aku punyai 4 orang gaji. Satu kemas rumah, satu masak, satu jaga aku saja dan satu lagi jaga anak-anak aku. Ada tukang kebun. Tinggal di rumah banglo atau mansion. Tinggal di kawasan elit.

Aku miliki kereta mewah. Dipandu ke sana ke mari. Aku punyai bodyguard. Pakai baju berjenama hebat sahaja. Tas tangan jenama Hermes iaitu Birkin, Chanel… Kasut paling mahal berjenama antarabangsa… Aku tak punyai hutang dan segalanya dibeli tunai!  Haaa… apa lagi… Semua yang hebat-hebatlah!

Ternyata itu semua hanyalah satu mimpi. Yang nyatanya, aku masih memandu kereta yang diperbuat dalam tahun 2003 itu. Kereta yang sama sebelum dan selepas kahwin. Tak punyai driver. Adapun pemandu limo yang adakala kami ambil sebab malas nak pandu kereta. Tidak punyai rumah banglo. Tapi kami cukup bahagia di apartmen yang serba sederhana ini.

Ada pembantu yang datang 3 kali seminggu membersihkan rumah. Dia juga sebagai nanny menjaga Zachary jika aku dan Eric ada urusan bersama di luar.

Realitinya, aku masih punyai hutang. Apartmen aku sendiri dah dijual tapi masih gagal menyelesaikan hutang dua kereta aku yang membebankan.

Kalaulah aku kaya, jenama kasut aku tu dijual di butik. Aku sendiri tidaklah punyai banyak jenama pakaian atau kasut hebat seperti yang aku sebut tadi. Aku tak perlulah berusaha buat bisnes untuk mendapatkan wang lebih. Suami tak perlulah ke sana ke mari berjumpa organisasinya.

Handbag  pun dihadiahkan oleh Deq Sha. Itulah salah satu beg kegemaran aku berjenama hebat yang aku bawa ke sana ke mari. Adakala jadi beg Zach! Dihadiahkan pun sebab adik aku tu kesian tengok aku bawa beg yang sama sehingga dah naik lekang pemegangnya! (Lagipun aku ni bukannya pandai memilih handbang. Dan paling susah aku nak beli. Sebab tu tak tukar-tukar). Aku nak juga ada beg Chanel dan Birkin. Kenyataannya, masih tak cukup wang simpanan untuk aku salurkan membeli beg jenama hebat itu. Wang simpanan ketika ini, hanyalah untuk Bali. Jadi, simpan dulu hajat untuk beg tangan aku tu.

Kami hanya pasangan suami isteri yang sederhana. Kami berdua bekerja keras sekarang ini untuk mendapatkan apa yang kami mahukan. Aku juga tak boleh berbelanja sakan buat masa ini. Jika dah capai hasrat kami itu, mungkin lainlah ceritanya. Buat masa ini, kami tidak mewah.

Banyak lagi yang perlu aku dan Eric lakukan. Dia punyai impiannya, aku juga begitu. Kami berdua punyai hasrat menggunung tinggi. Semua orang mahu senang. Begitu juga kami. Tapi dalam mengejar kesenangan itu, (bukan di dunia sahaja) ianya bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak boleh ambil jalan yang singkat. You have to work hard. Kerja siang malam. Kalau tak susah, takkan dapat. Benda yang datang bergolek, tidak kekal lama. Kita akan hargai apa yang kita ada jika kita merasa kesusahan untuk mendapatkannya.

So, itulah panjang lebarnya bercerita dengan Julie siang tadi. Barulah Julie tahu. Aku pasti, lepas ni semua orang tahu. Kami tak kaya . Hanya sederhana. Alhamdulillah atas rezeki Allah dan kami sangat bahagia. Sekarang ini kami berdua berusaha untuk kaya setelah kedua kami jatuh berkali. Tunggu nanti cerita olahan Julie pada Oktober depan. Aku tak boleh sebutkan di sini sebab belum boleh reveal. But you can search in IG #kuasawanitadisini. Then you will see.

Semua pengalaman itu mengajar aku; serta Eric banyak juga membimbing aku dalam soal kewangan. Banyak yang aku belajar. Tugas aku pula, membimbing dia ke jalan Allah. Satu perkara yang bukan juga mudah.

Patutlah adakala tu aku susah nak dapat show… Rupanya semua menyangka aku ni dah tak perlu wang. Dah senang lenang! Hantu betul!… Taklah!!.. Aku masih perlu bekerja untuk mendapatkan wang! Aku perlukan duit! (Help! Help! Panik jap! Hahhaa..)

Biasalah tu… Di dalam masyarakat kita, ada segelintir orang yang suka membuat kesimpulan akan sesuatu yang dilihat dan dipandangnya tapi tidak pula difahaminya. Disampai-sampaikan… maka jadilah satu cerita yang tidak benar tapi dipercayai semua. Lebih teruk jika sesuatu yang negatif disebarkan sehingga menjadi satu fitnah. Itu sangat buruk.

P/S:  Tak sabar nak sampai France! Khamis ini kami tiba di sana membawa kejutan! Tak sabar juga nak bagi Germaine baca Quran di dalam versi French! InsyaAllah hajat aku akan tercapai….

Advertisements

18 Comments on “AKU KAYA?! … KALAULAH AKU KAYA….

  1. Salam sis..
    Mengalir air mata baca..tak tahu part yg mana satu..pasal ayu atau pasal impian atau?? Semuanyala… klu kita xpernah jumpa; mungkin xla seterharu mcmni kot..hahaha..tp bila pernah jumpa (sy antara yg bertuah)..terasa dekat dgn k.nurul dan penulisan pengalaman wlu hanya melalui blog.
    Teruskan menulis supaya ia menjadi panduan dan ingatan utk semua.
    Ya.. semuapun nak senang dan kaya.sy pun punya impian yg sama..Moga2 semua impian kita tercapai..amin3x
    Slamat bercuti utk k.nurul sekeluarga.Zach nak balik kgtu jumpa atok dan nenek..
    Semoga apa jua yg dilakukan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selamanya.

    Sayang k.nurul selamanya..

  2. I am not your fan but I know you in this industry since I am 12. tp saya suka baca blog and saya sgt kagum sbb u seorg yg jujur dlm kehidupan. Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup u sis. Semoga selamat perjalanan ke France and keep on.blogging.

    • Salam NH.
      I’m glad that you came and read. Syukur alhamdulillah..amin..amin.. take care

  3. Salam nurul..

    Wanita cekal yg terus gigih dlm hidup.. Proud of u sis! Dlm hidup ada pelbagai onak dan duri utk ditempuh.. Insyaallah semoga kita terus diberi kekuatan dlm mengharunginya.. Selamat balik kg ya! Haha kelasss balik kg kat france tu! Kirim salam org france ya!! Rindu eiffel tower!! Hehehe

    • Wsalam. Thanks dear. Amin..amin.. thanks for reading. Nanti Kita Kirim Salam Eiffel tower ya hehehe

    • Tu dia..amat tersentuh jiwa membacanya… Apapun, aku tahu kakakku ini kuat orangnya & tak mudah mengalah… Tabahkan kati & teruslah berusaha…jangan putus asa kakakku….

    • Salam Dina
      Dulu saya ada anak angkat. Saya pulangkan selepas saya bercerai kerana ibu bapanya bersatu semula. Lagipun saya nak concentrate pada ayu masa tu. Ayu sangat sayang adik angkat nya tu. Tapi now she is okay. Thanks for asking

  4. That’s 1 of the reason i like about u. seorg yg tabah & cekal. good inspiration utk others including me. although im older than u but it doesnt mean i can’t learn from u. as i told u before, you are beautiful in & out. my doa for u & your family.

  5. Am really touch after reading dis …..Be strong dear sis. I like that part Tugas aku pula, membimbing dia ke jalan Allah. Satu perkara yang bukan juga mudah.
    My doa for u and family, take care dear, safe jrney and happy holiday.

  6. Menitis air mata bila baca part anak-anak. Yelah sendiri ada anak. My doa mudah-mudahan Nurul bahagia dunia dan akhirat.

  7. assalam kak nurul…saya dr Brunei…dulu saya pernah tengok akak sewaktu buat show dbrunei brsama bekas suami eheheh…. waktu tu saya tak dapat nak ambil gambar dgn akak psl bodyguard yg jaga akak tu menakutkn ahahah….tp sempat salam akak saya hepy juga la….btw sebelum ni saya tak tahu akak ada blog dan ini kali pertama saya masuk dan baca ehehehe….seronok baca semua…dan part sambut bday ayu ni yg saya mngalir air mata membacanya…….untung ayu ada ibu mcm akak….doa saya buat akak dan keluarga semoga akak berbahagia hingga ksyurga, dberikan rezeki yg luas n bjaya dunia akhirat…. iloveyou

    • Wsalam

      Thanks for reading dear. Datang selalu ya. Dah lama saya tak ke Brunei. Still hope one day boleh ke sana lagi Insyaallah
      Take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: