WHAT AN AMAZING DAY! THANK YOU MY FOLLOWERS!

image

Seronok tak terkata. Sampai hari ni, (Ahad) masih terasa perasaan excited semalam bila dapat bertemu dengan beberapa pembaca dan follower blog ini. Terima kasih daun keladi. Tahun depan kita buat lagi aktiviti yang lain.

Ini aktiviti yang pertama yang dianjurkan bersempena dengan ulangtahun kedua www.nourulwahabdepp.wordpress.com ini. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Idea membuat blog ini adalah sebagai ganti untuk aku menulis buku. Selepas novel yang diterbitkan oleh Karangkraf pada tahun 2007 yang lalu, aku cuba juga menulis satu lagi buku. Tapi Tak menjadi. Lagi pulak masa tu pengaruh internet semakin berleluasa. Masa tulah aku kenal perkataan ‘blog’.

 

Pada mulanya tak suka bila dengar blog. Maklum sajalah, ada sesetengah pihak menyalah gunakan blog dan internet. Kebanyakkan kami golongan artis memang kurang gemar. Banyak fitnah dan gosip disebarkan secara berleluasa di internet melalui sesetengah pemilik blog. Oleh sebab itu, aku punyai interpretation yang buruk pada blog. Naif betul Nurul Wahab Depp masa tu. Masa tu tak berapa pandai internet dan tak belajar pun. Sebab tu aku terrrrrbuat kesimpulan yang sedemikian. Apalah aku ni… lain kali ambik tahu dulu dan siasat… lepas tu barulah buat kesimpulan! Pengajaran buat aku.

Ambil masa agak lama untuk menulis semula setelah aku hilang idea. Apa yang aku tulis tak menjadi dan tidak menarik. Banyak kali aku buang semua fail yang aku simpan. Dari penghujung 2007 sehingga 2010, aku blur…  maklumlah .. kehidupan agak berbeza masa tu dan aku juga seorang yang sangat skeptikal serta lain dari yang aku hari ini.

Segalanya berubah apabila aku bertemu Eric… Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat hambanya. Thank you Allah.

26 Ogos 2012… bermulanya blog ini setelah banyak yang aku baca dan belajar tentang blog.  Laaaa… Macam-macan boleh buat rupanya! Apalah aku ni Hahahhaa… salah seorang yang buat tanggapan aku berubah juga tentang blog; adalah Ina Mohd. Nasib baik ada generasi muda mengajar! Hahaha… rasa muda ye tak… hehehe.. terima kasih pingu ku. Aku sayang dia macam adik sendiri.

Dari tarikh itu, bermulalah arena penulisan aku di blog. New Life, New Style, New Rules – aku pilih dengan tanpa dirancang. Terus berlaku semasa aku tuliskan entry pertama dulu. Langsung Ina jadikan itu sebagai tajuk blog ini.

Aku bukan Budiey, juga bukan Rotikaya, malah jauh sekali seperti Redmummy serta penulis blog hebat yang lain. Aku berbeza dengan mereka. Aku menulis kisah aku dan cerita yang mungkin boleh dijadikan tauladan dan pengajaran buat semua. Ianya diambil dari pengalaman aku sendiri.

Terima kasih wahai pengikut dan peminat ku dari hari pertama hadirnya Nurul Wahab di bidang seni suara ini, sehinggalah aku kini setelah bergelar Nurul Wahab Depp. Majlis exclusive yang aku dan Ina adakan semalam adalah sebagai tanda terima kasih buat pengikut aku. Itu hanya sebahagiannya sahaja. Kali pertama anjurkan, aku nervous! Jadi, kami pilih hanya 10 orang. Semuanya hadir semalam. Alhamdulillah.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat piccabooth – kalian telah buatkan peminat aku happy. Masing-masing dengan gelagat masing-masing semasa mengambil gambar di booth yang kreatif itu.

wpid-img-20140905-wa0015.jpg

 

wpid-img-20140906-wa0053.jpg

Kehadiran wartawan Kosmo dan juga dari Murai.com menambahkan Seri Majlis kami yang serba sederhana itu. Terima kasih Kheme dan Irwan.

Kami dihidangkan dengan makanan yang sangat enak di Pak Abu Cafe di Jalan Telawi 3 Bangsar. Semua kami tambah berkali-kali.  Sangat sedap! Terima kasih Pak Abu kerana kesudian menyajikan hidangan yang sangat hebat itu.

wpid-img-20140906-wa0055.jpg

Juga tak dilupakan kepada Jamu Mak Dara yang menyediakan buah tangan serta door gift buat semua yang hadir semalam. Beg yang berharga RM235 itu, sudah pasti bakal membuatkan peminat aku ceria sepanjang hari.  Terima kasih Abib. May Allah bless you always.

wpid-img-20140906-wa0054.jpg

Lagi cerita dan gambar-gambar menarik di dalam entry yang akan datang Selasa ini. Ya… Selasa… banyak gambar Nak kena pilih! Esok nak ke Ipoh pula untuk bisnes kasut aku. Tunggu Selasa ya!

Terima kasih kerana membaca dan sering kemari! Love you.

P/S : Jenuh menulis dari phone. Balik semalam, ada beberapa lampu rumah dan plug tak hidup. Termasuk plug WiFi! Hantu betul! Susahnya hidup tanpa WiFi dan internet di zaman ini! Ohhh tidakkkkk….

Advertisements

15 Comments on “WHAT AN AMAZING DAY! THANK YOU MY FOLLOWERS!

  1. Hihihi..memang best sgt2. Alangkah beruntung saya sbb jadi antara yg 10. Alhamdulillah.
    terima kasih daun keladi,
    lain kali jemput lagi..

  2. omgeee ….sgt2 jeles n sedih tau akak tak dpt join. Insya’allah nxt time akak pastikn hadhir jika d jemput . But am glad and proud, am one of those yg d invite earlier. U guys sure have fun kn. Sis Nurul , hv a great day always and take care.

  3. sampai hari ni masih excited lagi ni..tengok gambaq ja sengeh…hahaha. thanks nurul, ina, abib, piccabooth, kafe pak abu, kosmo & semua kawan2 baru. a perfect saturday afternoon (06092014). Alhamdulillah.

  4. Nurul kena buat activity bulanan…. wahhhhh!! barulah ada chance untuk yang lain. #xsabar#jeles.

    • Hahahhaa… Nanti bulanan Bosan pula hahaha… Nanti next year jemput you pulak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: