HIPOKRASI YANG BERBEKAS DI HATI…

Issshh.. Siapa suruh tengok entah.. Gatal betullah nak ambil tahu.. Tak perlu pun tengok apa, dia buat apa, di manakah dia, bagaimanakah dia… Takde faedahnya pun. Dah lepas pun.. Dah bertahun…. Entah apa mood sekarang ni… (tahu lah kan dalam keadaan sekarang ni yang ‘berisi’) ada saja.. Hormon menguasai…

Haaa… mungkin ada yang bila terbaca di atas pembuka kata ni, ingatkan yang aku check or sekodeng bekas suami .. Tidak sama sekali.. Itu dah takde feeling dan dah dibuang jauh-jauh. Tak pernah dibuat pun.. Tak tahu dan tak nak tahu pun hehehe… (takut ada pula nanti hamba Allah yang bagi komen kononnya masih ingat.. Macam lah dia boleh baca hati kita)

Ini cerita lain. Takde kena mengena dengan hidup aku dengan ‘Pak Abu’ tu. Dua minggu lepas.. Suami aku Eric ke satu seminar yang diadakan di ibu kota. Semua semestinya tahu akan movie ‘Wolf of wall Street’ . So si mamat Jordan Belfort – watak Leonardo DiCaprio di dalam filem itu – dijemput untuk membuat satu seminar di Kuala Lumpur. Memang sangat bagus untuk hadiri seminar sedemikian.

 

Bukan nak cerita pasal tu. Nak cerita tentang satu perkara yang berlaku di seminar tu. Eric yang duduk baris kedua dari depan; sedar akan seorang wanita yang saiznya agak besar memerhati semenjak Eric duduk di kerusinya. Hatinya berbisik yang dia kenal akan wanita itu. Pernah dia berjumpa. Tapi tak ingat di mana.

Langsung disapa wanita itu. Katanya dia tahu yang Eric adalah suami Nurul Wahab. Wanita yang berusia 60-an itu tak habis-habis memuji Eric. Katanya Eric sangat segak dan tampan. Ditanyanya bagaimana aku. Dan langsung diberi business card nya yang terbaru untuk aku. Siap ada kata-kata manis yang ditulisnya di dalam buku nota kecil yang selalu dibawanya kemana-mana untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang ditemui. Jadi, untuk kali ini, aku dapat lagi satu.

Memang indah ayat di dalamnya. Didoakan aku dan dikirimkan kasih sayangnya. Eric yang balik lewat malam selepas seminar itu, tak habis-habis menguntum senyuman dan mengusik aku. Ceritanya, apabila wanita itu memandangnya; sama seperti yang aku ceritakan di atas. Eric sedia maklum akan perwatakan wanita itu. Aku dah ceritakan padanya ketika kali pertama terserempak dengannya tahun lalu.

Kami menghadiri satu majlis perkahwinan di pinggir kota. Selepas selesai majlis yang indah itu, aku terpandang satu susuk tubuh yang aku kenali dan aku kalau boleh tak mahu berjumpa lagi kerana masih ada resentment di dalam diri aku ni di atas apa yang dia telah hina aku beberapa tahun dulu.

Kata aku pada Eric tatkala memandang wanita itu, do you want to see the real hypocrite? Let me show you. Kami pun hampiri wanita itu dan memberi salam. Dia langsung tersenyum dan seperti biasa dipuji-pujinya kami. Kebetulan pula ketika itu, aku dan Eric baru sahaja muncul di suratkhabar berbahasa Inggeris sempena Hari Memperingati Kekasih. Katanya digunting dan disimpannya kerana bangga dan sukakan aku!

Aduh! Hebat betul lakonan wanita bergelar Datuk ini. Bila masa pula mahu diguntingnya dan siap nak simpan gambar orang yang pernah dibenci dan dihinanya. Bila pula ada rasa kasih pada seorang bekas janda yang pernah dicintai anaknya dulu. Lupa pula dia agaknya ketika dia menghantar pesanan ringkas pada aku dengan herdikkan yang hebat apabila kisah cinta aku dan anaknya dihidu media.

Dia juga tak ingat bila berkunjung di salah satu syarikat majalah hiburan Malaysia dan mengutuk aku pada seorang Editor majalah yang juga kawan rapat aku. Manusia memang mudah lupa. Haiiii.. terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata… Hmmm.. Terlajak hina, lebih teruk. Mudahnya untuk seseorang yang sering memberi motivasi positif kepada ramai, mengeluarkan kata-kata celaan yang sepertimana dikatakannya pada aku.

Susah aku nak maafkan. Seorang wanita yang sangat hipokrit. Manis di depan tapi di belakang kalau tak kena dengannya, macam-macam dikatakannya. Seorang wanita yang sangat gah dan dipandang tinggi. Dia seorang yang sangat berjaya – di mata peniaga dan ahli politik wanita yang lain.

Berbalik kepada cerita dua minggu lepas, selepas aku baca nota kecil itu, kata Eric hantar saja SMS padanya. Perkara itu dah berlalu dah lama. Lupakan saja dan maafkan dia. Sekarang aku dah dengannya. Biarkan sahaja wanita itu begitu. Mungkin dia dah sedar.

Mendengarkan nasihat suami aku tu, aku pun message lah pada wanita itu dengan mengucapkan terima kasih di atas doa dan kasih sayangnya pada aku dan keluarga. Aku katakan padanya, aku deserve kebahagiaan yang aku dapat kini dan ya, suami aku handsome sebab itu dia suami aku! Hahahha (itu diajar Eric! Hahaha)

Dibalas message aku. Katanya dia rindukan aku. Dihantarnya bertalu-talu gambar keluarganya, alamat Instagramnya, Facebook dan sebagainya. Aduhai.. Semua gambar dia nak aku tengok. Dia juga menjemput aku ke majlis rumah terbukanya. Hmmm… Part ni susah sikit. Tak tahu nak pergi ke tak. Kata Eric pergi. Alaa… tak best. Eric pula tak ada masa tu. Kata suami aku bawa saja pingu dengan aku.

Macam boleh lupakan sedikit apa yang dia dah katakan dan hina aku dulu. Betul juga kata suami aku. Mungkin dia dah berubah dan mahu aku maafkan dia. Bukan aku marah atau masih punyai perasaan kepada anak kesayangannya itu.. (walaupun dia adalah cinta pertama aku) Itu aku dah buang jauh-jauh.. Cuma aku tak dapat terima hipokrasi manusia yang sepertinya. Aku sebenarnya marah pada wanita itu lebih dari anaknya.

Anaknya memang anak emas. Menurut segala kata ibunya sehingga sanggup melukakan hati orang lain. Itu tak kisah. Memang kena dahulukan ibu. Yang aku tak boleh terima adalah kata-kata hinaannya. Sudahlah dia dulu pernah rapat dengan aku. Dia juga yang kenalkan aku dengan anaknya. Disuruhnya aku keluar dengan anaknya. Tapi akhirnya, hinaan pula dilemparkannya.

Tiba hari rumah terbukannya itu hujung minggu lepas, kebetulan hujan lebat teramat sangat. Aku yang sedang berbadan dua ni, dan nak kena bawa Zach lagi, macam tak boleh pergi je.. Susah dengan anak kecil dan nak mengendong perut lagi. Nak berdepan dengan hipokrasi lagi… Hmmm.. Aku rimas. Aku batalkan niat untuk hadiri majlis itu.

Hati kecil kuat berkata jangan. Tak mahu pula dikatakan menunjuk-nunjuk pula pada anaknya yang kini aku hamil lagi. (Dulu dia bagi alasan tinggalkan aku dan tak jadi kahwin sebab takut aku tak dapat berikannya zuriat lagi) Tak mahu pula dia terasa.. (Akan terasakah dia.. Tak kot! Hahaha). Tapi kalau ikut hati geram dan akal jahat aku, mahu saja aku tunjukkan. Tapi tak mahu pula dibalas Allah Taala. Tak mahu riak pula. Cukuplah Allah dah berikan apa yang aku mahu dan aku perlukan.

Bagi aku, aku memandang pada hati. Mulianya manusia adalah hati yang baik, bersih dan murni. Dari hati baik, akan lahirnya kata-kata indah buat semua yang dikenali. Bukan harta benda ukuran mulianya seseorang. Tetapi hati dan bagaimana mindanya. Jika mindanya bagus tapi hati tidak seiring serta sukar memuhasabah diri, maka lainlah jadinya. Aku bukan nak menghukum atau nak adili siapa dia. Cuma pengalaman yang aku lalui, cukup buat aku serik nak rapat dengan orang koporat seperti wanita hebat ini. Aku tahu ada juga ahli korporat seperinya yang baik-baik juga.

Bila dah luahkan ni, rasa lega sikit. Rasa boleh buang apa yang aku simpan dalam hati aku ni. Aku ni memang.. Kalau dah terluka sekali memang ingat selamanya. Boleh maafkan tapi susah aku nak lupakan.

Semoga Allah beri petunjuk pada wanita itu dan aku harap dia akan berubah. Aku tak pasti aku akan jumpa dengannya lagi atau berbaik semula dengannya seperti dulu. Susah aku nak pastikan. Biar masa saja yang menentukan. Jika ditulis Allah aku akan berbaik semula dengan wanita itu, mungkin ada rahmat di sebaliknya. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Syukur aku tak jadi anak menantunya. Syukur aku bertemu suami yang sangat penyanyang dan tak suka akan hipokrasi. He is the guy that what you see, what you get. Setiap yang berlaku, sememangnya ada kebaikan yang mahu Allah berikan. Walaupun perit ketika ianya berlaku. Lega semuanya dah lepas. Semua pengalaman ini mengajar aku erti hidup dan bagaimanakah manusia.

Memang benar usah dikenang perkara yang lepas. Kalau tidak berkomunikasi memanglah tidak ingat. Tetapi terjumpa pula. Terus teringat dan mengundang amarah dan kenangan lepas. Hati manusia kalau sudah terusik memang sukar untuk dilupakan..

P/S : Tak mahu ajar anak-anak hipokrit. Juga tak mahu anak-anak hormat aku hanya kerana harta benda dan bukan kasih sayang yang sebenarnya…

Advertisements

13 Comments on “HIPOKRASI YANG BERBEKAS DI HATI…

  1. nurul…uuuu panas tau, buat i nak google je tau.takpelah nurul ,u skg ni ni sgt2 bahagia dgn mr eric nan ensem tu..nurul pun bertambah berseri2 sgt…mcm anak dara..cewahhh..i igt lps u bersalinkan zachary tu..ada harapan akan nmpk u menyanyi dlm tv atau apa sahaja rancangan tv..tapi rezeki u sgt murah…zach akn dpt adik lagi.Alhamdulillah.

    i tunggu jugak lagu dari shila amzah utk u.tp dia kan sibuk..mcm2 i tunggu u keluar kat tv tau. yang i bengang tu..tv xde pulak nk kuarkan cerita u..masuk wanita hari ini pun ok sgt dah..(ke ada kuar i x tgk?)

    so nurul, i doakan u sentiasa bahagia, dan sentiasa dalam lindungan Allah.

    love u.

    • Salam Nor.
      Hahahhaa… Kalau google pun tak jumpa hahahha… Takpe.. Dah lepas pun. Hari tu memang ter emo sikit dan rasa marah yang lama tu datang balik. Geram dengan manusia yang hipokrit. Itu saja. Pengajaran buat kita semua juga supaya jangan jadi macam tu.

      Alahai… kesian you Nor.. Takpe.. Cuba ke youtube channel saya. Macam-macam ada di situ. Insyaallah lepas bersalin nanti saya akan keluar tv . Nantikita inform di sini ya.

      Take care and love you too

  2. Syukor nurul lg bahagia kn skrg ….ada hikmah d sebalik kejadian tu, Stay bless sis …

  3. Yang lepas biarkan kak nurul..dan berkat kesabaran,, Allah hadiahkan kegembiraan, kebahagiaan kan..alhamdulillah. .till jannah insyaAllah.,

    • very true. I bersyukur juga. Setiap spa yang berlaku tu, ada sebabnya dan rah mat di sebaliknya. Hanya allah tahu apa yang Dia mahu berikan pada kita. Thanks Azura

  4. suka baca blog ni…memberi inspirasi.n kekuatan.pada saya….semoga bahagia till.jannah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: