CONGRATS MY FRIEND…. BERKESANNYA NUTRISI…

Alaaa.. Ni yang tak best ni… Bila surprise agak-agak macam tak jadi, rasa tak best! Hmmm… Entahlah si bapa mertua ku ni… Asyik dok meneka je.. Dah puas dah tak letak gambar yang nampak bahagian tengah badan aku atau apa-apa yang boleh pecah rahsia… Agaknya instinct orang tua…

Hari tu masa Skype dengan diaorang (tak boleh sebut nama hehehe) dia bertanya bila agaknya nak dapat sorang lagi.. Lepas tu masa birthday aku, ditanya juga. Dah setahun lagi tua… Boleh lah kot seorang lagi…. Aku dan Eric hanya buat-buat tak faham dan bertanya apa…

Mungkin agaknya kedua mereka merasakan usia mereka semakin tua… Bimbang tak sempat melihat cucu-cucu yang seterusnya. Biasalah jika dah di arena usia 70-an, apa lagi yang mereka fikirkan. Kita juga akan sedemikian. Memang selalu disebut ibu mertua aku tu. InsyaAllah. sempat nanti melihat cucu yang ini.

 

Semalam cerita Eric sejurus tiba dari Cambodia; dia  terima email dari bapanya dengan mengatakan tak sabar nak berjumpa kami berempat! Eric terkejut juga dan segera membalas emailnya dengan mengatakan bila pula nak datang berempat.. Kami akan berlima! Ada dua orang rakan baik kami akan turut sama ke sana nanti. Belum dibalasnya lagi.. Aduh… aku mulalah tertanya-tanya.. Ada ke gambar aku yang dah nampak perut ni?!

Harap-harapnya rahsia aku dan Eric ni, belum pecahlah…. Syok sikit nak buat kejutan bila kami sampai nanti. Lagi 3 minggu je lagi nak ke sana. Tak sabar pula kali ni.. Maklumlah.. ada surprise pulak tu kan!

Hari ni boleh tahan busy…. Selepas semalam hari resah dan gembira! Salah seorang rakan rapat dah pun selamat melahirkan bayi pertamanya. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira. Tahniah Noryn Aziz. She was so calm. Tapi dalam pada tu tak sabar juga tu! Hahaha.. It was so funny. Memang dia berjanji mahu beritahu aku jika dia sudah berada di labour room.

Seperti yang dijanjikan, aku ke sana untuk memberi semangat dan gambaran sebenar ketika sakit melahirkan. Kali pertama… You don’t know what to expect. Walaupun jangkamasa menunggu agak lama, tapi semuanya berbaloi bila Noryn selamat melahirkan jam 4:25 petang tanggal 25 Ogos di hospital yang sama ketika aku melahirkan Zachary. Doktor kami pun sama. Kebetulan jururawat yang menjaga bilik bersalin juga yang sama dengan aku dulu! Funny right?!

Sempat kami mengenang semula kenangan jam 4 pagi itu ketika aku ke bilik bersalin itu dengan dua jururawat yang sangat bagus itu. Terasa lega dan tenang juga Noryn apabila mendengarkan yang Hospital Prince court itu adalah hospital yang terbaik di dalam baby monitoring. Maklumlah first time. Jadi, macam-macam orang bercerita. Buat Noryn resah juga. Kerja aku semalam, hanya ceritakan yang positif sahaja dan buatkannya tenang. Alhamdulillah all went well. Happy sangat aku. Terima kasih Tuhan..

Sepanjang Noryn mengandung, kami kerap berkomunikasi. Aku bagaikan mak bidan atau doktor keduanya! Hahhaha… Alhamdulillah dalam usahanya mempunyai cahaya mata selama 4 tahun, berhasil apabila aku berikan beberapa tips dan petua. Hari ni baru boleh aku cerita segalanya kerana Noryn telah selamat melahirkan. Aku bercerita pun hanya untuk berkongsi bukan nak menunjuk atau riak.

Alhamdulillah segala usahanya berbaloi kali ini. Dia yang terlalu sangat mahukan baby, berkali-kali kecewa kerana kandungan yang tidak melekat. Syukur rezekinya tiba juga. Allah sudah takdirkan cuma menunggu masanya tiba.

Aku berikan tips yang sama yang aku tuliskan di dalam blog ini di bahagian ‘My Pregnancy.’ Cuma, kami kerap bertemu. Bila bertemu, lebih senang nak cerita dan berkongsi energy. Aku percaya akan good energy. Dia pula seorang yang patuh dan mengikut segala petua 100%! Alhamdulillah menjadi. Noryn di antara 3 orang lagi kawan yang aku kongsikan. Syukur semuanya dah selamat melahirkan.

Pagi tadi sempat melawat Noryn dengan baby nya yang diberi nama sama dengan salah seorang sahabat Rasullulah. Sangat comel, gebu dan sempurna tubuh badannya. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepada ibunya juga. Sempat aku berseloroh dengan Noryn dengan berkata finally you are a mother and you made it! Dia tersenyum bangga.

Selepas kesemua pengalaman ini, juga dengan nutrisi yang baik; sehingga ke hari ini, Noryn dan mereka yang mengambil Herbalife, tak tinggal mengambil minuman nutrisi tersebut. Ianya sangat membantu. Syukur dengan adanya Herbalife. Mungkin ramai yang tak percaya kerana ramai mengganggap Herbalife itu hanya untuk kuruskan badan. Ya betul! Tapi ianya melalui nutrisi. Ianya bukan ubat yang boleh melegakan penyakit. Tidak sama sekali. It’s not a medicine. It’s purely nutrition.

Kita semua memerlukan nutrisi untuk kesihatan yang baik.  Makanan sahaja tidak mencukupi kerana makanan yang kita ambil kebanyakkannya mengandungi banyak lemak dan karbohidrat serta pewarna, dan bahan-bahan pengawet makanan yang boleh merosakkan sistem badan kita. Oleh sebab itulah kita perlukan khasiat nutrisi tambahan. Tapi nutrisi yang bagaimana? Minuman shake Herbalife mengandungi 52 nutrien yang badan kita perlukan setiap hari.

Itu rahsianya. Dengan nutrisi, insyaAllah badan akan bertambah sihat, otak lebih cerdas serta yang mahukan zuriat, insyaAllah berhasil. Aku yakin… Lagipun, adalah salah satu tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan dan badan yang dianugerahkan Allah Taala. Masakan hisap rokok itu jatuh kepada hukum haram kecil kerana ianya bisa merosakkan.

Aku belajar dulu, kata Ustazah, Allah dah beri kita kesihatan yang baik semasa kita lahir. Tetapi kita yang merosakkan. Rasullulah SAW juga berkata perut itu adalah rumah sakit. Kenapa Baginda berkata sedemikian? Kerana semuanya bermula dengan apa yang kita masukkan ke dalam perut kita. Iaitu makanan. Jadi makanlah makanan yang baik dan berkhasiat.

Sekali lagi, tahniah my friend, Noryn Aziz dan suami. Ternyata bayi putih gebu ini bakal menyerikan lagi kehidupan kalian sekeluarga. May Allah bless always. Amin..

 

P/S : Satu hari semalam dapat komen dan bercerita tentang judgemental, aib dan riak manusia… Ada sesetengah orang mudah menunjukkan riaknya. Tambahan pula dah ada media sosial. Jika tak mahu diaibkan orang lain, jangan kita dulu yang mula mengaibkan diri sendiri. Apa-apa pun tak berniat nak mengaibkan.. Hanya berkongsi untuk dijadikan tauladan. terlajak kata di media sosial, di screen shot di zaman sekarang ni! so, BE CAREFUL!

Advertisements

One Comment on “CONGRATS MY FRIEND…. BERKESANNYA NUTRISI…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: