SAYU… BERGABUNG DAN BERKABUNG…

Sayu… Hari diselubung duka. Walaupun tiada saudara mara atau kawan yang aku kenali, aku tetap merasai kesedihan yang dirasai oleh semua kaum keluarga dan orang terapat mangsa pesawat MH17. Ya Allah.. Sangat hebat ujian ini buat mereka.

Macam-macam gambar yang tak perlu dijelaskan dengan kata-kata. Cukup yang menunjukkan anak kecil yang meratap, bayi yang tidak kenal akan erti kehidupan dan kematian, serta kaum keluarga yang masih sukar melupakan peristiwa 17 Julai 2014 itu.

Air mata ni dah berkali mengalir hari ini. Sebak.. jangan cerita. Naik sakit tekak menahan tangisan. Ya Allah tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman. Ampunkan dosa-dosa mereka.

Melihatkan anak kecil menangisi si ibu yang telah pergi, meruntun jiwa aku sebagai seorang ibu. Betapa beruntungnya aku masih hidup dapat memberi kasih sayang dan sekuriti kepada anak-anak aku. Kesedihan ini tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Aku percaya semua dari kita merasakan yang sama. Tak kira bangsa dan agama, kita bersedih dan bergabung untuk berkabung mengenang dan berdoa kepada semua mangsa. Rakyat Malaysia bersatu

Dalam keadaan aku ketika ini, air mata sangatlah mudah mengalir. Lagi pulak bila ada melihatkan anak kecil Allahyarham Pembantu Juruterbang yang berusia 8 bulan. Tak jauh dengan usia Zach. Imagine if it’s happen to me, to us.. Ya Allah.. kesian anak yang masih kecil. Hanya mampu berdoa kepada Allah dan memohon usia aku dipanjangkan. Biarlah sehingga mereka mampu melayari bahtera kehidupan mereka sendiri.

Aku amat tersentuh melihat dan menyaksikan berita keluarga anak-anak kapal MH 17. Langsung teringatkan rakan-rakan yang bertugas sebagai pramugara dan pramugari. Begitu juga yang pilot. Aku tahu bagaimana mereka bekerja. Mereka antara yang terbaik. Diajar memberikan servis dan menjalankan tugas dengan baik.

Ada juga aku hubungi beberapa teman yang masih bertugas. Pada hari kejadian, aku tanyakan di mana mereka. Hati berdebar tatkala menunggu jawapan message yang aku hantar melalui aplikasi telefon bimbit aku. Semua tak bertugas hari tu dan tak ada seorang rakan atau saudara aku di dalam pesawat itu. Rasa lega. Tapi dalam pada itu, terfikir juga yang lain yang menjadi mangsa.

Sebagai manusia, semua dari kita ada merasa belas kasihan. Itu pasti. Hanya mereka yang berjiwa iblis dan bertopengkan manusia tidak kenal apa itu erti hidup dan langsung tiada simpati. Ini aku tujukan buat mereka yang kejam menembak jatuh pesawat awam sehingga melibatkan kematian. Keadilan harus dituntut. Harapnya Kerajaan Malaysia dan juga negara-negara lain yang terlibat, turut sama berbuat sesuatu agar mereka yang bertanggungjawab dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

Kejadian pembunuhan tidak boleh dimaafkan dan tidak sama sekali cukup deggan mengungkapkan kata maaf atau bersimpati di atas apa yang telah pembunuh lakukan. Mereka ini sangat kejam. Takkanlah takde apa yang boleh dibuat untuk menangkap kumpulan pemisah itu..

Malaysia – kita ni takde kena mengena pun dengan krisis Rusia dan Ukrain pun. Tiba-tiba kita pula menjadi mangsa. Bukan pemimpin negara atau orang penting mangsanya, tetapi orang awam. Orang biasa yang punyai kerjaya, tanggungjawab keluarga, anak kecil, ibu bapa, suami, isteri serta saudara mara. Apa dosa mereka? Kalau sekali pun pemimpin negara dan orang penting menjadi mangsanya, bukankah mereka juga manusia? Punyai tanggungjawab yang sama sebagai insan.

Jika nak mempersoalkan perkara ini, memang takkan habis. Apa-apa pun, sebagai seorang Islam kita terima takdir Allah. Segalanya telah tertulis. Malaysia; kita; diduga lagi selepas kehilangan MH370.

Bersabarlah wahai semua kaum keluarga mangsa. Bukan satu perkara mudah untuk diterima. Hanya masa dapat meredakan kesedihan. Kehilangan tetap dirasa sampai bila-bila.

Penumpang itu satu perkara. Yang bertugas sebagai cabin crew itu lain pula ceritanya. Meemang tugas mereka seperti berjuang di medan peperangan. Jika tragedi seperti ini berlaku, memang itulah pengakhiran hidup mereka. Bila difikirkan keadaan itu, rasa betapa mulianya mereka.

Tak kiralah apa yang di luar sana nak kutuk atau nak kata macam-macam. Kita tak tahu. Kita tak kerja seperti mereka. Jangan dipandang secara luaran saja. Yang bertugas memberi servis kepada orang lain, bukan satu tugas yang mudah. Kena pula yang kuat komplain. Ada sekali insiden yang kawan karib aku ceritakan yang berlaku dalam penerbangannya dari India. Susah nak puaskan hati semua orang. Bukan calang-calang tekanan yang diberikan.

Satu cerita lain pula  – Pernah satu ketika aku yang dalam perjalanan ke Cambodia awal tahun ini, diberi makanan yang sepatutnya dimakan oleh cabin crew. Aku yang ketika itu vegetarian, tak dapat makan sajian yang diberi. Aku tanya anadai ada vegetarian dish. Dicari juga dan diberikan pada aku. Kata pramugara muda itu, ianya adalah sajian cabin crew yang berbangsa India. Makanlah sajian itu kerana mereka dah makan. Entah betul atau tidak. Silap-silap dia lapar tak makan. Mahu jaga hati penumoang, diberi juga makanannya.

Itu antara satu cerita di dalam banyak-banyak cerita yang lain. Bila dengar musibah begini yang melanda, terasa sangat sedih dan sentiasa terbayang kebaikan yang dilakukan oleh petugas MAS. Ramai yang berkata yang bukan-bukan. Tidak sedarkah kita dengan apa yang Allah cuba tunjukkan dengan kejadian ini? Jangan sangka yang kita nampak itu, segalanya tidak baik. Mungkin tak baik di mata kita. Tapi di sisi tuhan? Siapa yang tahu. Tiada siapa. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Lihat saja hari ini. Satu dunia, satu Malaysia berdoa, bertakafur untuk mengenang serta mendoakan kesemua mangsa yang tiba pulang ke tanahair pagi tadi. Betapa banyaknya Fatehah yang disedekahkan. Jutaan doa mengiringi mereka ke liang lahat. Kita nanti? Belum tentu mendapat seperti mereka.

Mati dibunuh adalah syahid kecil. Itu yang aku belajar. Itu yang aku tahu. Selebihnya adalah urusan Allah. Dia yang mampu mengadili segalanya.

Peristiwa ini mengajar aku juga erti bersyukur. Bersyukur bahawa aku masih hidup untuk menjaga anak-anak dan keluarga. Hidup untuk beramal dan bertakwa kepada Allah. Aku bukanlah yang sempurna sebagai seorang Islam. Namun, aku berusaha menjadi yang terbaik. Aku tidak menutup aurat, tapi aku bukanlah seorang yang tidak mengingati Allah. Aku mungkin tak sembahyang 5 waktu, namun aku cuba lakukan walaupun satu.

Hidup ini sangat rapuh.. Bila tiba masanya, tak ada apa yang dapat menghalangnya. Al Fatehah…

P/S : Ada pula ramai ‘ahli ulama’ yang tak bertauliah di laman sosial mempersoalkan berkabung dan warna hitam. Bukankah semuanya bergantung pada niat? Lagipun semua warna diciptakan Allah Taala. Jadi, kalau niatnya betul, apa pula salahnya? Macam-macam…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: