‘RAHSIA BESAR!’ ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH ALLAH..


Okay.. Pasti semua dah tonton dan dengar video di atas. Hahhaha… Macam-macam aku dan Eric ni. Simpan rahsia tau. Kalau tak, tak dapat aku videokan reaksi mereka di sana nanti!  Tak lama simpan. Hanya sebulan hehehe.. Kami akan bertandang ke sana (tak boleh sebut nama tempat. Takut dia tahu kita bercakap tentang mereka di sana!) tanggal 17 September sehinggalah 5 Oktober. Cuti lama sikit. Kami akan sampai di tanahair pada 6 Oktober depan.

Eric memang suka buat kejutan jika ada sesuatu yang istimewa kepada kedua orang tuanya. Ni pun bukan main ni aku kena twist ayat-ayat ni. Walaupun dalam Bahasa Melayu. Jangan tak tahu mereka berdua yang berada di Eropah – tak dilupakan sepupu kami – memang suka alih bahasa. Maklumlah zaman cyber. Digunanya pula Google translate. Selalu juga diaorang buka blog ni. Nak tengok apa aku buat.

Kalau letak gambar tu, memang akan di print nya terus. Disimpan baik-baik dan dilekatkan di dinding bilik mereka. Itulah bapa mertua aku. Ni aku kena tulis Bahasa Melayu yang tak boleh ada English. Kalau English diterjemahkan sebiji-sebiji ke dalam bahasa mereka. Kalau bahasa kita, lain sikit.

 

Dah pernah dibuatnya. Katanya kelakar dan terjemahan yang entah apa-apa. Aku tak tahu macam mana dan terjemahan mana digunakan! Hahahahha… Katanya dah taknak buat lagi.Buat buang masa katanya. Bila dengan video, diaorang tak boleh buat terjemahan dan tak ada sesiapa di sana yang boleh berbahasa melayu! Selamat… Hehehe..

Tapi in case… Tak tahulah juga.. tiba-tiba dibuatnya lagi terjemahan. Jadi nak selamat, Pingu kecil ku ni sarankan untuk umukan minggu ini dengan video sahaja. Lagipun dah tak boleh sorok dan dah tiba masa yang sesuai untuk kami umukan ‘rahsia’ kami ini.

Harijadi aku tanggal 27 Julai dan Eric pada 2 Ogos yang lalu, bukan main kedua orang tua itu bertanya dan membuat jenaka bila nak ada yang nombor dua pula. Kami hanya ketawa dan Eric kata amboi bukan main dia mengusik ye. Tunggulah tanggal 18 September nanti. Mesti yang sorang tu akan menangis dan yang sorang lagi terkejut tak boleh tutup mulut bila tengok di bahagian tengah badan aku membulat!

Diaorang memang peminat no.1 aku dari sana. Kalau aku buka statistik blog ni, hanya 2 atau 3 dari negara besar itu. Aku tahulah siapa. Jadi, sementara nak tunggu kami bertandang ke sana pada 17 September depan; kebetulan pula ada berita gembira ni, Eric sarankan untuk membuat kejutan. Saja nak buat begitu sebab gap nya tak jauh dengan kelahiran Zachary.

Nanti kalian boleh tonton video di channel youtube aku. Akan aku videokan bagaimana mereka terkejut nanti dan apakah reaksi kedua ibu bapa mertua ku itu! Tak sabar pula nak tunggu bulan September dan nak sampai ke sana.

Ada juga nanti video-video menarik dari Czech Republic kerana kami akan bertandang ke sana di atas urusan perniagaan Herbalife. Ramai berkata Prague sangat indah. Tak sabar juga nak ke sana. Kali pertama kami akan tinggalkan Zach bersama atok dan neneknya. Aku yang resah dan ini julung kalinya kami akan berjauhan dengan Zach selama 6 hari! Huhu..  aku takut aku yang tak dapat menahan rindu pada anak teruna aku tu!

P/S : Akan aku kongsi juga pengalaman kali ketiga (bagi aku) ini buat semua wanita yang sedang dan masih menanti cahayamata. InsyaAllah…

Advertisements

19 Comments on “‘RAHSIA BESAR!’ ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH ALLAH..

  1. Alhamdullilah nurul semoga bahagia disamping keluarga tercinta. ..love u always. .muach. .😘😘😘😘😘😘😘

  2. Eee…sukanya!Tumpang seronok dengaq.Alhamdullillah cheq makin bahagia.Take care tau.Tahniah nurul…Hugs u!

  3. Tahniah nurul n hubby …… Congrats to both of u. Take good care.

  4. tahniah…nakal sungguh menantu ni….tahniah!! Alhamdulillah rezeki..kim salam eric and kiss for zac

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: