RAYA YANG HAPPENING…. MASA DAN BERJANJI…

Bagaimana dengan Raya kalian? Tahun ni bagi aku dan Eric, ianya sangat meriah. Kali ni benar rasa Raya. Mungkin agaknya kami dah bertiga dan adik aku pula datang beraya bersama selama seminggu. Zach pun bukan main syok dapat duit raya. Dia tak faham pun apa dalam sampul tu. Yang dia tahu sampul tu semua colourful dan dia rasa best boleh koyakkan! Itu je.. Boleh tahan juga Zach dapat duit raya. Mama dia dulu pun tak dapat banyak tu semasa seusia dia! Ye lah, lain dulu, lain sekarang.

Apa-apa pun Raya kami sangat meriah dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Seronok makan! Aduh… Baru nak kurus! Mana taknya, ada beberapa jemputan dan aku sendiri pun masak di rumah pada raya kedua. Kami dijemput dari Raya pertama lagi untuk beraya. Raya pertama kami di Dusun Tua Hulu Langat. Resort kecil milik Doktor aku tu, sangat indah dan nyaman. Musim buah pulak tu. Eric tak lekang dari tempat buah manggis, pulasan dan rambutan! Langsat dan Mata Kucing juga dimakannya! Zach pun sukakan manggis.

Seminggu beraya, sampai dah tak larat nak makan. Eric bila dengar ada open house, katanya tak mahu lagi. Tak larat dah nak makan! Hahaha.. Sekarang ni dia hanya makan makanan yang simple. Dah tak mahu nasi dan sesuatu yang berat.

 

Raya kali ni juga mengajar aku pelbagai perkara. Antaranya berhubungan masa, teman dan janji. Sangat aku faham kini. Masa itu sangat penting. Janji pula, harus dikotakan bila dilontarkan. Teman… As usual. Ada yang dekat, ada yang makin jauh – antara sengaja atau tidak. Aku hanya jemput yang rapat-rapat saja kerana mereka ini teman yang menghargai persahabatan.

Ada juga menunggu tetamu tak sampai-sampai. Macam menunggu bulan jatuh ke riba. Tak apalah. Adalah tu hikmahnya. Walaupun aku masak special untuk mereka sahaja yang mohon bertandang, tapi bukan rezeki untuk mereka jamah masakan aku dan untuk kami bertemu hari tu. Naik kecil hati juga. Tapi tak apalah.. Pujuk diri sendiri saja.

Manusia ni adakala berubah mengikut peredaran masa, mood dan keadaan. Aku tak tahu orang lain, aku cuba untuk berubah menjadi yang terbaik. Bukan kepada aku yang semakin buruk, tetapi kepada aku yang tepati masa serta aku mahu sentiasa kotakan janji aku. Lagi pulak selepas berkahwin dengan lelaki berbangsa Perancis yang sentiasa mementingkan masa dan janji; lagilah aku kena jadi lebih baik.

Oleh sebab itu, aku berubah. Namun susah juga jika sekeliling aku tak sebegitu. Itulah yang berlakunya rasa kecil hati dan sebagainya. Tak apalah. Biar masa yang meredakan bengkak di hati ini.

Masa sangat penting. Lagi pulak buat kita yang beragama islam. Selalu diterangkan di mana-mana pun tentang masa. Masa yang berlalu tak akan kembali. Aku belajar hargai masa kerana aku juga dulu selalu buang masa tanpa sesuatu yang berfaedah.

Dulu aku juga suka berjanji. Adakala aku mungkir. Aku belajar untuk ingat apa yang aku katakan especially berjanji dengan orang lain dan kepada orang yang rapat dengan aku. Bimbang ada yang terasa hati bila aku tidak kotakan. Maklumlah dosa sesama manusia ni dibawa ke mati. Jadi, kena jaga hati semua. Jika ada sebarang salah faham, kena cepat-cepat selesaikan. Kita tak tahu bila kita nak pergi.

Soal janji dan masa, ada juga orang kita yang berkata, mat saleh tu lain. Kita melayu. Ikut cara kita. Ya memang benar ikut cara kita terutamanya adat dan budaya. Itu dua perkara yang berbeza. Apa bezanya kita dengan mat saleh? Warna kulit saja bagi aku. Mereka juga manusia seperti kita. Cuma pendedahan, pemikiran, adat, budaya dan ada antaranya pegangan agama yang berbeza.

Tapi kenapa mereka boleh hargai masa? Kenapa mereka boleh berterus terang andai mereka mahu lakukan sesuatu atau tak mahu. Bukannya aku mahu bezakan antara orang kita dengan mat saleh. Tidak sama sekali. Apa yang aku mahu katakan di sini, ambil yang baik yang ada pada sikap mereka. Belajar berterus terang seperti mereka. Jadi tak ada yang berkecil hati. Bukankan menipu itu lebih teruk dari berterus terang atau mengatakan yang benar?

Kita juga boleh jadi seperti mereka. Bukannya tak ada dalam masyarakat kita yang sebegitu. Ada yang menjadi lebih berjaya. Kenapa? Mereka tahu hargai masa dan tepati janji-janji mereka. Antara yang paling dekat yang boleh kita lihat adalah Bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pernah kita dengar dia lewat tiba di mana-mana? 5 atau 10 minit tu perkara biasa. Tapi Tun selalu on time.

Bila tulis part kat atas ni, pasal janji dan masa; tak habis-habis tarik nafas panjang. Mahu orang  yang rapat dengan aku juga, berubah menjadi lebih baik di dalam perhubungan, masa dan berjanji. Tak kiralah di dalam bekerja atau peribadi. Bila secara peribadinya kita bukan yang jenis suka tepati masa dan kotakan janji, ianya akan menjadi habit dan akan mengganggu soal kerjaya juga. Dalam perniagaan, masa sangat penting.

Bila rapat, timbulnya sayang dan ada setengah antara mereka tu, seperti adik serta keluarga sendiri. Apa yang boleh aku nasihatkan, aku berikan. Itu pun kalau mahu dengar dan mahu berubah menjadi lebih baik. Kalau tak, terpulang. Aku ni kan ke mak-mak sikit hahhahaa. .. Ada je nak share dan nasihat. Bila nasihat orang lain, aku pun sebenarnya ingatkan diri aku sendiri juga.

Ramai yang rapat dengan aku menjadi lebih maju dan mereka punyai perniagaan sendiri. Lagilah aku mahu mereka menjadi lebih bagus. Ini pada mereka yang benar aku sayang lah. Yang kawan jauh pun aku bangga lihat mereka berjaya. Lagilah yang rapat.

Banyak pengajaran yang aku pelajari kali ini bagi Raya tahun ini. Last year lain pula ceritanya. Belajar juga. Belajar beraya dengan mertua yang bukan Melayu dan bukan beragama Islam. Jenuh juga jelaskan apa itu Ramadan dan apa itu Aidilfitri. Tapi seronok dengan diaorang. Tahun ini bila Roland skype pada Hari Raya, dia dah tahu Raya je mesti ada rendang. Dia sangat sukakan rendang dan kuah kacang. Aku janji bulan depan aku ke sana dan akan masakkan untuknya! Itu janji ya. Kena kotakan!

 

P/S : Ramai orang kita tahu yang kita ni memang susah nak tepati masa tapi masih tak mahu berubah serta bangga mengatakan ‘janji Melayu…biasalah tu..’ Hmmmm… berubahlah wahai bangsa ku! (Aku kan ke pengikut setia Tun M. Ikut idola ku tepati masa!) Dah macam politician menulis dah aku ni hahaha.. Nak merdeka.. semangat patriotik!

Advertisements

2 Comments on “RAYA YANG HAPPENING…. MASA DAN BERJANJI…

  1. Pingback: RAYA YANG HAPPENING.... MASA DAN BERJANJI...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: