KAK PAH… SATU DALAM SEJUTA… YOU WILL BE MISSED.

Al Fatihah… Buat Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini… Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman… Amin..amin… Radang paru-paru yang membawa ke fibriosis; pengakhiran hayat penyanyi agung negara kita. Tiada lagi insan yang suka memberi nasihat dan seorang yang sangat prihatin.

Berita aku terima lewat beberapa jam kerana di Siem Reap ni wifi hotel kurang baik berfungsi. Susah nak berkomunikasi dengan sesiapa pun. Memang sangat terkejut apabila aku mendapat whatsapp dari Pingu aku. Masa Kak Pah dah sampai.

Sebak melihat gambar Alif mengimamkan jenazah ibunya. Semoga syurga tempatnya. Mendidik anaknya dengan baik sekali. Impian semua wanita apabila jenazahnya nanti diimamkan anak sendiri. Satu pengajaran yang sangat baik buat semua.

 

Terus terngiang suara lembut arwah di telinga apabila mendapat berita pemergiannya. Suara lunaknya menyanyi dan bercakap. Kak Pah pernah juga menasihati aku. Kami bertemu dalam satu progam beberapa tahun yang lalu. Masa tu aku baru beberapa bulan bercerai.

Dia minta pada production yang bawa kami untuk program amal itu; untuk dia naik kereta dengan aku. Aku bawa kereta sendiri. Dia tak mahu naik dengan pihak produksi sebab nak sembang dengan aku. Padahal van itu cukup selesa. Masa tu bulan puasa.

Kami ke Seremban untuk melawat rumah orang-orang tua. Banyak yang arwah nasihatkan sepanjang perjalanan. Sempat juga memberi aku tips. Kalau memandu perjalanan jauh, jangan lupa sesekali bukakan tingkap kereta supaya angin luar masuk untuk neutral kan air cond di dalam kereta. Air cond lama-lama tak bagus. Itu pesannya. Memang setaip kali aku memandu; setiap kali buka cermin kereta, teringat kat arwah. Terima kasih Kak Pah.

Nasihatnya lagi pada aku masa tu, untuk fokus dalam karier dan jangan sebarangan memilih pasangan hidup. Cari duit betul-betul. Hidup sorang bukannya mudah. Lelaki ni macam-macam katanya. Pilih yang sebaik mungkin.

Kak Pah juga langsung tidak komen tentang ex aku apatah lagi memburuk-burukkannya. Hatinya sangat baik. Dia tahu dia tak perlu memihak kepada sesiapa. Tambahan pula dia juga pernah melalui perkara yang sama dulu. Dia tahu peritnya.

Selesai program kami, nak balik malam tu pun, dia nak balik dengan aku. Aku tak kisah dan aku suka bersembang dengannya. Aku tahu, banyak yang akan aku pelajari darinya.

Kami tiba ke KL agak lewat malam itu. Aku tinggal tak jauh dengannya ketika itu. Aku hantar pulang ke rumahnya. Aku memang tahu di mana rumahnya yang terletak di Petaling Jaya itu.

Ingat lagi masa tu dia sedang renovate rumahnya yang tersergam indah itu. Ajak juga dia aku masuk, tapi aku tak singgah. Hanya di pintu pagar sahaja kerana agak keletihan dan aku mahu pulang. Dia jemput aku datang lagi. Katanya bila-bila yang aku mahu. Dia akan sediakan makanan. Memang itu yang sering aku dengar dari rakan wartawan seperti Kak Cham dan Roslen Fadzil. Kata mereka Kak Pah memang suka sambut tetamu dan sangat gemar menjamu tetamunya makan.

Cerita Kak Pah dan tetamunya diceritakan pada aku semasa aku mula-mula menyanyi dulu. Memang aku ingin sangat berjumpa dengan Biduanita Negara itu. Aku dah punya kesempatan. Namun aku siakan jemputannya. Aku tak pernah ke rumahnya selepas aku menghantarnya malam itu. Rugi! Kalau tak, lebih banyak yang aku dapat pelajari darinya.

Ralat teramat. Aku juga terkilan dan kesal kerana aku tidak berada di KL untuk melawatnya buat terakhir kali. Aku tahu dia tak sihat selepas aku pulang dari Bali tempohari. Namun, kesibukkan jadual membuatkan aku tak terfikir untuk menjenguknya. Tambahan pula, ujibakat AF beberapa minggu lepas, tak jauh dari rumah arwah…

Itulah orang kata.. Kita manusia ni… suka lupa.. Aku pun sama.. Aku pasti ramai juga di luar sana macam aku. Kita sibuk mengejar dunia, hingga adakala kita terlupa akan ikatan silaturrahim sesama insan. Lupa akan tuntutan agama juga. Aku jadikan ini sebagai pengajaran. Definitely I have to be better! Kena ingat rakan-rakan yang banyak menasihati dan perlu sering bertemu mereka. Hidup mati itu di tangan Allah. Dia yang menghidupkan dan mematikan. Jadi, memang tak boleh siakan waktu yang masih ada.

Tak apalah… Bukan bahagian aku untuk melawat dan berjumpa dengan Datuk Sharifah Aini buat ke sekian kali. Arwah dah pun selamat kembali kepada PenciptaNya. Hanya doa yang dapat aku kirimkan. Semoga arwah damai di sana. AL FATIHAH…

 

P/S : Rindu suara lunak Kak Pah mengaji dan berzanji… Satu dalam sejuta….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: