AL FATIHAH….. MEKAH… AKU MAHU LAGI…

Assalamualaikum.. Diharap semuanya sentiasa sihat dan di dalam lindungan Yang Maha Esa. Sekejap je masa berlalu. Dah nak masuk seminggu berpuasa.  Bulan puasa kali ni, aku dah mendapat dua berita pemergian beberapa orang yang aku kenali. Satunya sebelum 1 Ramadhan. Bisan kepada ibu angkat aku di Ipoh dan yang keduanya pada 4 Ramadhan. Atok Ayu pula meninggal.

Zul Husni, wartawan hiburan Berita Harian menghubungi aku sebaik saja aku dan Eric tiba di Siem Reap. Kami di sini di atas urusan perniagaan Herbalife. Thanks Zul kerana menyampaikan. Dapat aku sedekahkan Al Fatihah kepada bekas mertua aku itu. Semoga rohnya damai di sana dan ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnnn…

Khabar yang aku terima dari bekas adik ipar pula selepas itu, katanya Ayu sempat bertemu dan mencium Atok kesayangannya itu. 5 minit selepas itu, Arwah pun menghembuskan nafas terakhirnya. Innalillah.. Pengalaman kedua Ayu melihat kematian.

Kali pertama dulu semasa dia berusia 5 tahun, ketika Mak aku meninggal. Kata bekas adik ipar aku lagi, Ayu sangat sedih dan tak habis-habis menangis. Kesian Ayu. Sabarlah Ayu. Inilah kehidupan. Yang hidup pasti akan mati. Kita akan kembali juga ke sisi pencipta kita satu hari nanti. Masa Atok dah sampai.

Al Fatihah buat arwah Pak Maas dan takziah kepada Puan Aishah Abu Bakar. Semoga dia tabah. Aku tahu wanita itu seorang yang sangat kuat mengharungi ujian hidup. Tanpa suaminya, sudah pasti dia akan kesunyian. Suaminyalah hidup dan matinya. Aku hanya mampu berdoa dari jauh…

Terus terkenang segala menori bersama Arwah. Sempat juga aku singkapkan kenangan sewaktu kami (aku, arwah Mak, Puan Aishah dan arwah Pak Maas) di Mekah pada tahun 2002 dulu. Waktu itu kali pertama aku menjejakkan kaki ke kota suci itu. Pengalaman bersama selama 8 hari itu, sangat bermakna dan terpahat di ingatan aku sampai bila-bila.

Memang akan aku kenang. Pertamanya kerana aku dapat 24 jam satu hari selama seminggu bersama arwah Mak. Keduanya, bersama mertua ketika itu. Memang niat aku mahu membawa mereka ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah. All went well dan boleh dikatakan kami sangat happy ketika di sana. Lupa semuanya. Dunia luar dan segala apa yang ada apabila berada di sana.

Kami tak habis-habis ketawa dengan senda gurau Pak Maas. Sentiasa dalam good mood ketika dia di sana. Memang nampak Arwah sangat fokus dengan ibadah. Pernah dia bercerita ketika dia membuat solat sunat di Masjiddilharam, dia terasa saf nya bergerak. Terfikir sejenak kami berempat.

Memang susah nak terjemahkan dengan kata-kata apabila sesuatu berlaku. Yang pastinya tiada apa yang buruk atau yang menakutkan sepanjang kami di sana. Segalanya sangat manis. Banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan sepanjang aku di Mekah bersama mereka.

Kenangan kali pertama itu, banyak mengajar aku tentang kebesaran Allah serta iman dan kesabaran. Aku diuji juga sebelum ke Tanah suci. Pertamanya, visa susah nak dapat. Kena pula masa tu selepas Haji. Susah betul nak apply Visa  untuk menunaikan Umrah. Yang keduanya pula, semasa aku mengeluarkan wang simpanan untuk membayar pakej umrah kami.

Duit yang dikira di bank memang cukup harga trip kami berempat. Setibanya di agency; tak jauh dari bank yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail tu – apabila dikira, ianya ada terlebih RM1000.00. Laaa… tadi masa keluarkan duit tu, dah aku lihat memang dikira berkali-kali dan betul jumlah yang aku keluarkan. Lain pula ceritanya bila tiba di agency.

Pelik kan? Segera kami hantar semula ke bank. Juruwang yang berikan aku duit yang aku keluarkan pun, terkejut. Katanya nasib baik dipulangkan. Kalau tak memang kena potonglah gajinya.

Pengalaman tu, memang sampai hari ni aku ingat. Agaknya Allah nak uji, aku ke Tanah Suci tu kerana apa. Adakah benar kerana Dia atau apa? Sepanjang aku dan Arwah mak dan bekas mertua di sana, segalanya indah. Kami mendapat kegembiraan yang amat sangat. Sukar nak gambarkan.

Kami dapat menunaikan Umrah berkali-kali tanpa sebarang masalah. Aku pula merasakan segalanya mudah. Dari Tawaf sehinggalah ke Saei. Terasa sangat bertenaga dan sangat dekat apabila menghabiskan satu pusingan tawaf dan saei.. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Sememangnya apabila kita dijemput ke Tanah suci untuk beribadah, selalunysa akan diberi kebahagiaan dan melihat yang indah-indah sahaja. Menjadi tetamu Allah, aku pasti itu yang sering dirasai semua.

 

P/S:  Jemput aku lagi Ya Allah.. Mahu ke tanah suci lagi. Tapi kali ni nak bawak Ayu dan Eric pula. InsyaAllah.

 

 

Advertisements

One Comment on “AL FATIHAH….. MEKAH… AKU MAHU LAGI…

  1. Innalillahiwainnalillahirajiun. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Alfatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: