INDAHNYA JUN…. DAN BEKU!

Salam Ramadhan.. Hari kedua berpuasa.. Ada lagi 28 hari.. Bagaimana agaknya keadaan semua berpuasa? Harapnya okay dan dapat menjalankan ibadah ini dengan baik. Aku… Penat ya amat. Dah tidur pun; nak tidur lagi! First day, tidur je aku.. Tapi best sebab tak payah masak semalam.

Kami dijemput berbuka bersama Bianco Mimosa – butik adik angkat aku, Deq Sha. Ramai juga yang datang. Jemputan semuanya kalau tak silap aku 700 lebih. Sangat meriah sambil dihiburkan dengan pertunjukkan fesyen koleksi baju raya mereka. Sangat menarik dan cantik-cantik belaka. Tahniah Bianco Mimosa!

Hari ni makan di rumah saja. Tak larat nak keluar. Lagipun, lebih senang makan di rumah. Lebih privasi dan selesa. Kalau ada jemputan tu, memang kenalah pergi.

Hari ini hari terakhir bulan Jun. Bulan ini sebenarnya sangat istimewa bagi aku dan Eric. Hari tu tak sempat nak update. Dah penutup bulan ni, baru aku ada masa nak menulis hehehee… Bulan Jun adalah bulan kami diijabkabulkan. Dah tahun kedua tahun ini. Sangat pantas masa berlalu. Alhamdulillah.. Dua tahun yang pertama mendirikan rumahtangga. Syukur segalanya sangat indah dari permulaan sehinggalah kini.

Sambutannya takdelah apa sangat. Kami anak beranak termasuk Ayu yang masa tu balik bercuti; keluar makan malam di salah satu restoran terkemuka di ibu kota. Simple and nice. Cukup indah untuk kami meluangkan masa bersama. Siap celebrate Father’s Day! Ayu siapkan card untuk daddy nya. Katanya celebrate awal sebab dia pulang ke sekolah sebelum tibanya Hari Bapa.

Apa lagi nak tulis.. penat punya pasal, otak dah beku. Tadi bukan main idea nak menulis hahhahhaa… Banyak sangat cerita dalam kepala ni.. Tapi bulan puasa ni, taknak sangat bercerita pasal orang lain. Tapi masalahnya, banyak sangat pulak cerita orang lain yang berlaku semenjak dua menjak ni.. Hmmmmm… Buat dosa je nanti hehe.. tapi kalau berbentuk nasihat takpe kan?

Dah sebut perkataan beku, teringat pula dengan satu cerita baru-baru ni tentang ‘beku.’ Tak tahu nak cerita macam mana atau nak katakan bagaimana. (hmm.. mulalah ni.. padahal nak cerita pasal anniversary tadi.. Hahahaaa.. Dah melalut ke lain pulak… ) Takut jadi sensitif. Maklumlah kalau cerita pasal orang yang popular ni, lain pula kesannya nanti. Takut kita yang kerdil ni terkena pula. Tapi ini hanya teguran dari senior kepada junior. Tak lebih dari itu.

Semua tahu kot pasal Artis yang ada masalah dengan Pengurusnya sehingga bekukan akaun company.. Hmm.. sebagai senior yang memandang dari jauh… Aku hanya boleh katakan, berpijaklah di bumi yang nyata dan sedarlah siapa yang membesarkan nama sehingga ke tahap ini. Jangan alpa dengan populariti. Semuanya sementara. Masa mula dulu, boleh je baik dan ikut kata. Kenapa bila dah famous dan banyak job, boleh ada masalah pula? Itu fikir aku lah…

Bila berada terlalu tinggi adakala kita gayat. Dalam gayat tu, kita taknak jatuh. Bila taknak jatuh, kita tukar fokus ke lain. Mulalah fikiran melayang merata dan adakala terjadinya buruk sangka.  Kena pulak yang ada di kiri kanan tu; yang hanya nampak kita bila kita sedang berada tinggi. Nak campur tangan atau mungkin mereka rasa nak kawal dan nak mendapatkan sesuatu. Mulalah mereka pun bagi idea yang bukan-bukan sehingga bisa menyebabkan sesuatu yang negatif atau dapat memburukkan hubungan antara artis dan pengurus.

Aku kenal benar pengurus yang sorang ni. Memang muda lagi. Banyak dia berubah dari dulu hanya sebagai PRO di sebuah syarikat rakaman yang aku naungi. Maksud aku berubah dari tak tahu apa, sehingga sesuatu. Semuanya berkat dari apa yang dia pelajari bagaimana nak handle artis di dalam industri muzik Malaysia ni.

Aku pun terkejut dengan perubahannya yang sangat bagus. Dulu, aku ingat lagi. Dia pernah kena marah dengan aku. (aku ni strict sikit dulu) Marah bukannya maki hamun ya.. I’m not like that! Aku tegur. Dia ambil dan dia pelajari. Dengan pengalaman lain yang dia ada, dia berubah. Aku tahu baik buruknya. Dia terlalu lurus bendul jika mahu dikatakan dia suka menyeleweng wang ringgit. Bukan dia. Namun, itulah kan… Mungkin ini ujian baginya. Tanpa ujian, kita tak kenal siapa kita dan dengan siapa kita berkawan. Kita tak tahu erti kejujuran dan keikhlasan.

Aku taknak lah cerita lebih-lebih. Takut aku pula ‘dibekukan’ artis junior yang cukup popular sekarang ini. Manis wajahnya. Sudah pasti ramai gadis yang menanti. Tapi pesan kakak yang senior ni, jangan leka dan jangan mudah terpengaruh dengan bahan negatif. Cari bukti dan barulah buat kesimpulan. Jangan simpulkan sesuatu yang kita tak tahu di mana hujung dan pangkalnya. Selesaikan sebaik mungkin. Jangan sampai ada yang teraniaya. Bila dah teraniaya, lain pula nanti kesannya pada kita.

Bimbang juga adik manis ni hanyut dengan cinta hingga lupa mana benar dan mana tidak. Ini pesan je tau. Ambik berkat bulan Ramadhan. Mudah mudahan dapat membetulkan mana yang salah dan dapat mendamaikan keributan.

Itu je yang nak tulisnya. Tiba-tiba teringat pulak cerita yang satu ni hehehe.. Lama sangat dah nak sebut juga pasal ni. Tapi risau jadi bahan lain pulak bagi sesetengah pihak. Tak mahu lah sebut lebih-lebih.. Itu je.. Hehehhe

 

P/S: Pernah melihat ada yang berada tinggi di puncak, jatuh tergolek dek perempuan manis menggoda… Aduh lelaki!

 

 

 

Advertisements

3 Comments on “INDAHNYA JUN…. DAN BEKU!

  1. Happy Anniversary. May Allah bless u & Eric forever.

    tertarik dgn “Bila berada terlalu tinggi adakala kita gayat. Dalam gayat tu, kita taknak jatuh. Bila taknak jatuh, kita tukar fokus ke lain”.

    sedih bila ada org yg rapat dgn kita bersikap spt itu. seakan lupa bila dia dibawah, kita ada bersamanya.

  2. Happy Anniversary to both of u ….Stay n grew stronger over the years. Next Baby Girl ya.

  3. Happy Anniversary Nurul & Eric. Alhamduilliah, May Allah bless you and fill your life with more Love and Happiness. Ok, lepas ni tulis blog tentang your Anniversary ya 🙂

    Molly

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: