RAMADHAN…. MENGGAMIT MEMORI…. SELAMAT BERPUASA!

Alhamdulillah.. Ramadan menjengah lagi.. Syukur.. Dapat kita merasai sekali lagi kenikmatan berganda yang Allah berikan buat semua pada bulan yang suci ini. Bulan ini bulan yang terbaik. Selamat menjalani ibadah buat semua umat Islam di seluruh dunia dan selamat berpuasa. Lakukan dengan sebaik mungkin.

Aku panggil bulan puasa ni bulan score point! Memang aku selalu pulun! InsyaAllah kali ini dapat melaksanakannya lagi. InsyaAllah. Semoga Allah menerima semua ibadah kita. Amin…

Bulan puasa juga bulan mengundang segala memori dan kerinduan terutamanya kenangan bersama ibu bapa dan keluarga. Yang masih ada tu, beruntunglah. Itu rezeki mereka. Kepada yang dah kehilangan seperti aku dan keluarga aku, memang bulan Ramadan ni mengundang kesayuan.

 

Mana boleh lupa kenangan berbuka puasa bersama arwah mak dan abah. Kenangan itu yang paling manis. Mak bertungkus lumus masak sebaik saja balik dari kerja. Setiap hari  mak buat. Sahur pun sama. Mak bangun awal siapkan makanan untuk kami adik beradik. Bila bercerita ni; seakan boleh rasa keadaan masa tu, dan boleh bau masakan dan situasi setiap kali bangun sahur.

Mak sentiasa sediakan apa saja yang kami suka. Dia pastikan semua dapat makan denganpuas. Terutamanya Abah. Bila berbuka, rumah kami bagaikan satu pesta. Maklumlah, adik beradik ramai.

Masa mula berpuasa, sewaktu aku di tadika kalau tak silap aku.. Bukan main sumbat makan bila berbuka! Mak selalu pesan, jaga.. jangan makan banyak-banyak. Jangan ikutkan perut yang lapar tu. Nanti muntah.. Waktu kecil, mana dengar cakap. Degil! Maklumlah, pertama kali berpuasa. lepas makan apa lagi, memang macam mak cakap lah…. Buuueeekkk.. muntah semua makanan! Kesian mak kena bersihkan pula.. Apalah aku ni..

Lepas satu jam, lapar balik! Hahaha.. ye lah.. dah keluar semuanya.. Perut kosong semula.

Setiap kali bulan puasa, Mak sediakan suji. Satu manisan Pakistan dan India (warna berbeza dengan India) yang paling aku suka. Suji mak sangat berbeza. Walaupun aku buat sendiri dan sama macam mak, tetap tak sama rasa. Air tangan mak memang best!

Suji tu selalunya aku simpan dari berbuka hingga ke sahur. Aku letakkan dan sorok betul-betul dalam peti ais (adik beradik kan ke ramai, makanan selalu  kena curi! Hehehe). Bila bangun sahur, selepas makan nasi, sambung suji… mmmmmm… Best gila! Sekarang i aku dah jarang buat sebab frust. Rasanya tak sama macam yang mak buat.

Ada juga Abah bagi challenge. Siapa puasa penuh dapat duit raya besar! Maksudnya double lah dari biasa. Bukan main aku pun sahut cabaran. Nak lawan abang. Aku tahu abang aku takkan puasa penuh! Masa tu lah.. kami di sekolah rendah. Abang aku tu nakal. Anak manja mak. Selalu mintak excuse! Hahahha.. Memang tahun tu aku dapat. Aku buktikan pada Abah yang aku dapat berpuasa penuh. Nak jadi anak contoh la konon! Hahahha..

Kelakar bila ingatkan balik… Memang kenangan sebegitu hanya sekali berlaku dalam hidup. Terutamanya kenangan bersama ibu bapa ketika mereka masih ada. Selepas mereka dah pergi, giliran kita pula bersama anak-anak berbuat yang sama. Itu antara cerita-cerita aku. Aku pasti kalian juga punyai pelbagai kenangan sepanjang berpuasa terutamanya sewaktu kecil.

Semoga Arwah Mak dan Abah diberi tempat yang baik di sana. Diampunkan dosa-dosa mereka serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.. ya rab bal alamin…

Kali pertama berpuasa selepas pemergian Mak – susah juga. Mulalah terkenang semuanya. Segala-galanya. Walaupun dah bersuami dan beranak masa tu, tetap terasa. Memang kasih ibu tu sukar nak lupakan.

Tahun ni dah tahun ke 11 tanpa mak. Sekejap betul masa berlalu. Pada kita yang hidup di dunia ni lah. Masa yang berlalu, tak dapat mengubat kerinduan. Lupa itu menjadi numb… Memori bersama mereka tetap akan terkenang.

Adik angkat aku, Ina Mohd a.k.a Pingu akan menjalankan ibadah puasa buat kali pertamanya tanpa ibu tersayang. Aku tahu, sukar baginya. Dia tu nampak je keras. Aku pasti menangis juga dia tu. Bukan dia saja macam tu, aku percaya yang lain yang baru kehilangan orang yang tersayang juga merasa sedemikian.

Jalani ibadah sebaiknya. Jangan terganggu dengan kesedihan akan kehilangan orang tersayang. Beribadah kepada Allah, insyaAllah ada yang terbaik yang akan diberikan olehNya kepada kita. Aku doakan mereka yang kehilangan, tabah menerima ujian Allah. Inilah kehidupan. Kita tak  boleh lari dari qada dan qadar Allah.

Selamat berpuasa! Maaf andai ada salah dan terkasar bahasa sepanjang aku menulis di sini. Terima kasih di atas sokongan semua. Aku amat hargainya. Take care!

 

P/S : Teringat juga seorang teman (bukan artis) yang menanggung derita suami mahu ceraikannya gara-gara perempuan lain. Macam manalah dia nak menyambut Ramadan dan nak Raya? Berkatnya bulan ini, diharapkan mereka dapat bersatu kembali dan keadaan mereka sekeluarga bahagian seperti sebelumnya. Aminnn…

Advertisements

4 Comments on “RAMADHAN…. MENGGAMIT MEMORI…. SELAMAT BERPUASA!

  1. Pingback: RAMADHAN.... MENGGAMIT MEMORI.... SELAMAT BERPUASA!

  2. Ramadhan Kareem Nurul ….akak pn sedih bila tiba ramadhan ni tiada ibu/ayah bsama lg. Moga ibu/ayah kt d tempatkn bsama orang2 yg beriman . amin yra.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: