EMOSI…. MAKAN DIRI…

Jerebu ni bikin mata pedih lah.. Tekak sakit dan tak tahan bau asap. Keluar rumah je, dah bau.. Haiisshhh… Tak sihat betul udara ketika ini. Agaknya setiap bulan Jun, memang hutan di negara jiran kita terbakar ek.. Dah jadi macam musim lah pulak. Seingat aku dah lebih sepuluh tahun macam ni.

Balik dari Bali tempohari melalui hutan di sekitar Dengkil, ada juga hutan di tempat kita sendiri yang terbakar dek cuaca yang amat panas. Kesian aku tengok semua ahli bomba bertungkus lumus memadamkan api. Memang lebuhraya Dengkil tu berjerebu dek asap dari hutan yang terbakar di sana.

Aku tak tahu di tempat lain macam mana. Di KL ni, dua tiga hari lepas memang agak berkabus. Hari ni agak okay. Alhamdulillah. Aku nasihatkan buat semua, minum air yang secukupnya dan kalau tak tahan atau takut dengan jerebu, pakai mask. Terbayang mereka yang mengidap asthma. Mesti teruk kena semput. haaiisshh.. Dunia kita dah semakin tua…. Ozon yang menipis tak dapat nak tampung lagi pencemaran yang banyak berlaku ketika ini.

Macam-macam hal yang berlaku.. Tak kiralah hal apa sekalipun..… Setiap hari ada saja yang kita baca secara online ataupun di dada akhbar. Ada saja kisah yang membuatkan kita semua terkejut. Cerita jerebu tu dah biasa. Ini yang terbaru pasal wanita yang membiarkan anak yang cacat kelaparan. Manusia yang macam ni pun ada.. Binatang tu lebih berhati perut pula dari dia yang bernama manusia. Kejam mengalahkan syaitan dan iblis. Apalah nak jadi. Semoga Allah beri petunjuk kepadanya dan lebutkan hatinya yang keras itu.

Aku yang baru balik melawat tengok Monkey Forest di Bali hari tu – bila tahu kisah perempuan ni, terus aku terkenang monyet yang mengendong anaknya ke sana ke mari. Bukan main sayang dan dibelai-belai serta disusukan anaknya sebaik mungkin supaya anaknya tak kelaparan. Itu binatang. Ini Manusia pula yang tak reti nak jaga anak. Sudahlah anak itu serba kekurangan. Ibu kandung pulak tu! Takde agaknya rasa kasih dalam hatinya… Dikandung anak itu 9 bulan. Takkan takde langsung rasa belas kasihan sekalipun tak sayang.. Tapi anak sendiri.. Takkanlah tak ada rasa langsung…

Bukankah setiap anak itu amanah Allah walaupun dia cacat? Dia pun tak minta dilahirkan cacat. Eeee… geram.. Nak je buat balik pada perempuan tu macam mana dia buat pada anak dia. Semoga Ramadhan yang bakal tiba ni, memberi pengajaran padanya bagaimana rasanya menahan lapar dan dahaga. Itu hanya beberapa jam, tak sampai pun satu hari tak makan. Isshhh… Kalau dapat jumpa, memang aku bahasakan! Kurang asam betul… Naik hantu pulak aku jadinya…

Bulan Mei lepas, naik menyirap juga darah aku bila terbaca dan tahu akan kisah kanak-kanak 6 tahun didera ibu kandung sehingga meninggal dunia.. Ibu kandung! Ya Allah.. manusia jika tidak tahu mengawal akal dan emosinya, memang bisa menjadi pembunuh dan macam aku cakap tadi, mengalahkan syaitan dan iblis! Issshh.. terbalik pula. Ibu tiri pula yang menjaga anak lebih baik dari ibu  kandung.

Kanak-kanak memanglah nakal. Kalau sekalipun marah pada bapa kandungnya atau stress dengan suami baru,janganlah anak-anak pula dijadikan tempat melepaskan sakit hati tu. Aku tak faham ibu yang sebegini. Susah melahirkan, senang pula mematikannya.

Kita yang membaca dan mendengar cerita tentang kematian kanak-kanak itu; naik sedih dan mengalirkan air mata. Terbayang bagaimana agaknya dia meraung kesakitan dan memohon berhenti dipukul.. Astarafirrullah… kejam sungguh ibunya.. Tak apalah.. benda sudah berlaku. Sememangnya syurga tempatnya. Dia bahagia kini di sisi penciptaNya. Ya Allah.. sangat sayu hati ni bila kenangkan semula.

Apa agaknya perasaan perempuan kejam itu? Aku tak baca dan ikuti betul-betul kerana tak tahan dan rasa tak boleh terima. Sedih dengan kejadian itu. Aku harap pihak berkuasa mengambil tindakan yang setimpal dengan apa yang dilakukannya. Apa yang dia rasa ketika ini.. Puas dapat membunuh? Kalau taknak anak itu, berilah pada keluarga lain. Ramai di luar sana yang mahukan anak kerana tak mampu melahirkan. Issshhh.. Kejam!

Hhhmmm… Ramai antara kita yang gagal mengawal stress. Memang kehidupan sekarang ada pelbagai tekanan. Jika iman tidak teguh dan tidak sabar, memang macam-macam boleh jadi. Lebih teruk bila insan yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Dalam apa jua keadaan, anak-anaklah selalu mangsanya. Terutamanya kepada keluarga yang berpecah kerana perceraian. Aku percaya ibu yang mendera anak itu, stress dengan kehidupannya yang punyai 5 orang anak hasil dari perkahwinan pertamanya dan sekarang bersama suami baru. Mungkin banyak tekanan sehingga tak mampu nak kawal perasaannya.

Bercerai hidup selalunya memberi kesan yang buruk kepada suami isteri. Anak-anak lebih teruk. Bercerai mati, itu lain pula ceritanya. Semuanya bergantung kepada keadaan seseorang individu itu. Apa-apa pun bergantung kepada bagaimana kita dididik dan dibesarkan. Ajaran agama sangatlah penting. Jika tak kuat pegangan, memang macam-macam boleh berlaku. Sebab itulah agama itu ada. Bila kita berpegang teguh pada agama, kita lebih waras dan lebih lojik. Itu pendapat aku.

Kisah lainnya yang aku dengar sekarang ini pula adalah kisah antara anak dan bapa. Kalau tadi kisah ibu kandung mendera anak sendiri, ini pula cerita krisis anak dan bapa. Ini juga kesan dari perpecahan keluarga dan perceraian ibu bapa. Aku tidak punya hak untuk mengadili cuma mengikut pendapat aku, aku percaya itu salah satu sebabnya sehingga menjadi salah satu penderaan juga tapi penderaan dari segi emosi. Aku ni kan ke nak belajar psychology dulu tapi tak dapat. So, suka sangat mengkaji! Hehehe..

Ibu bapanya dulu bercerai. Begitu juga dia yang selepas melahirkan anak pertama, mengikut jejak langkah yang sama. Mungkin dia juga tak mahu anaknya mengikut jejak langkahnya. Itu juga salah satu tekanan di dalam dirinya. Aku tahu dia pendamkan. Dek kerana tak mahu berfikir keadaannya (mungkin), dia cuba melupakan dan melepaskan perasaannya dengan berlibur, melancong dan mempunyai teman-teman yang dapat membahagiakannya.

Dia perlukannya kerana baginya itu adalah ganjaran padanya setelah lelah bekerja. Dia memang seorang yang kuat bekerja. Ada saja projeknya. Bakat pun bagus. Rezeki juga semakin menebal. Mungkin dalam pada dia menghiburkan hati sendiri, dia terlupa akan tanggungjawabnya kepada bapa sendiri. Tanggungjawab anak perempuannya, cukup baik dilaksanakannya. Dikongsi selalu di laman sosialnya.

Namun, hati bapa yang lembut dan kasihkan anaknya, mungkin terlalu merindui anak perempuan pertamanya yang sangat berbakat itu. Cukup didokong kontroversi cerita anak dan bapa ini. Siapa tak kenal dengan Amy Search dan Nabila Huda.

Abang Amy yang aku kenali, memang seorang yang sangat penyayang. Sangat baik hati penyanyi legenda yang cukup hebat itu. Aku dah menjadi ibu, aku tahu juga perasaan suami aku sebagai bapa. Begitu juga perasaan Abang Amy. Aku sangat menghornati figura popular ini kerana hatinya dan sudah pasti bakatnya.

Anak gadis bila dah bercerai, memang dipulangkan pada ibu bapa semula. Tak kira apa sekalipun keadaan ibu bapa kandung itu. Arwah Mak aku dulu selalu katakan begitu bila dia dapat menghidu masalah rumahtangga aku dulu. Jadi, mungkin itu yang Abnag Amy rasa. Nabila adalah tanggungjawabnya.

Aku percaya dia juga tertekan dengan keadaan yang berlaku sekarang ini. Kita semua manusia biasa. Tak kira berapa usia kita sekalipun, kita mudah hilang sabar. Nak pula hal anak-anak. Memang sangat sensitif.

Bagi aku pula, apa sekalipun, ibu bapa memang perlu diutamakan. Jaga hatinya. Jangan sesekali buatkan mereka susah hati dan tertekan walaupun kita rasa sukar nak menjaga hati mereka. Mereka juga dulu susah menjaga kita dari bayi hinggalah dewasa. Sakit hati ibu bapa bila kita kecewakan mereka. Tak kiralah samada kita (anak) di bahagian yang betul atau salah, kita perlu mengalah. Sekalipun kita tahu ibu bapa kita itu dulu lain, dan tak seperti sekarang, jangan dibandingkan dia yang dulu dan kini.

Manusia biasa… memang tak lari dari berbuat salah. Semua sama je. Termasuklah ibu bapa kita. Kita semua ada peluang untuk berubah dan bertaubat. Jadi, jangan diungkit kisah silamnya yang mungkin dapat menyinggung perasaannya yang kini telah jauh lebih baik berubah.

Memang susah nak hilangkan atau nak hapuskan rasa di dalam hati ni bila kita tertekan dengan sesuatu situasi yang sukar untuk kita terima. Contohnya keadaan anak bila ibu bapa bercerai. Perasan itu dipendam dan melekat di minda sehingga mereka dewasa. Unless, mereka mengambil inisiatif untuk berjumpa pakar psychiatric untuk membantu masalah emosi yang mereka ada.

Aku ambil tahu juga soal Abang Amy dan Nabila kerana aku sukakan keduanya. Bukan itu saja, sebagai iktibar untuk aku. Aku juga punyai anak perempuan yang menjadi mangsa perceraian. Susah juga untuk aku membaik pulih emosinya. Memang ini perkara yang sangat aku ambil berat.

Ayu masih ada sisa-sisa emosi yang tidak stabil. Tapi kini, alhamdulillah, dia semakin berubah dan lebih stabil. Cuma adakala tu, terkeluar juga. Aku sering minta dia meluahkan. Jangan disimpan. Sekalipun luahan itu boleh melukakan hati aku. Aku perlu tahu supaya aku boleh memulihkan emosi yang tidak sepatutnya dirasainya itu. Siang malam aku berdoa supaya di masa akan datang, dia dapat memahami dan buangkan segala fikiran negatif yang tak sepatutnya difikirkan kesan dari perceraian aku dan bapanya.

Ibu bapa dan anak dari keluarga yang berpecah perlu berkomunikasi supaya tidak mengundang masalah di masa-masa akan datang. Cakap memang mudah. Susah nak buat. Aku tahu.  Apa-apa pun aku percaya, ibu bapa yang berfikiran waras, akan cuba memperbaiki apa juga keadaan anak-anaknya dan cuba memberi yang terbaik terutamanya kasih sayang. Tapi yang tak stabil emosinya, jadilah macam cerita dua wanita yang aku ceritakan tadi.

Semua cerita di atas, aku percaya semuanya akibat kesan emosi yang berlaku dari perceraian. Tak kiralah pasangan suami isteri atau pun anak-anak. Masakan boleh berlaku penderaan anak dan juga membunuh.. Semoga kita semua jadikan iktibar dan sentiasa rapatkan diri dengan Allah dan agamanya supaya tidak berlaku masalah tekanan perasaan yang melampau.

 

P/S: Jangan putus berdoa buat anak-anak.. Semoga Abang Amy dapat menyelesaikan masalah yang tercetus antara mereka anak beranak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: