FANTASI YANG RIBUT ……. ‘WOO..WOO…WOO…’

Bangun juga pagi ni… Tak seperti pagi-pagi yang lain.. Selalunya selepas bangun susukan Zach, memang sambung tidur. Tapi pagi ni tak boleh lagi.. ‘hantu’ menulis datang semula.. Bermain-main di kepala. Agaknya selepas dah berulang kali dan siap ‘disindir’ editor kecil ku. Katanya 25 Jun genap sebulan kakak oi blog you tu bersarang.. Aku bingkas menjawab, takpe jadikan sebulan! Dengan mencebik manja, dia berlalu dan menjeling pada aku. Aku hanya ketawa hahhaa.. Saja nak usik dia… Hehehe

Pagi ni, dengan semangatnya aku bangun jam 5, kerana aku tak dapat tidur semula selepas susukan Zach. Mana nak tidurnya, asyik dok bercakap sendiri je. Dalam hati lah… Seakan-akan aku menulis. Walaupun semalam tidur lambat, aku bangun juga. Kalau tak bangun menulis, sia-sia je apa yang aku dok bercakap sorang-sorang tu. Lagipun hari ni genap sebulan blog ni menyepi! Tak elok biar lama-lama hahhaha…

Sepanjang minggu lepas, aku bersama Eric dan Zach berada di Bali. Ke sana untuk berehat seketika sambil melihat kawasan dan rumah mana yang kami suka. Soon insyaAllah akan berpindah ke sana. Eric rancang untuk menyewa dulu sebelum kami bina apa-apa di atas tanahnya. Kalau tak ada aral melintang dan dapat apa yang kami mahukan, insyaAllah pertengahan tahun depan berangkatlah kami ke sana. InsyaAllah.. Harapnya menjadi.

 

Bukanya mudah nak pindah ke negara orang. Macam-macam hal kena ambil tahu. Antaranya pas tinggal di sana dan segala hal berkaitan imigresen. Semua negara ada undang-undangnya untuk orang luar tinggal di negara masing-masing, termasuklah negara kita Malaysia.

Soal cukai, berapa lama boleh tinggal, bagaimana nak ambil visit pass, kelayakan tinggal di negara asing dan macam-macam lagi. Pening juga. Mana taknya aku tak boleh menulis. Banyak sangat hal dalam kepala! Itu belum lagi masuk hal Baju Kurung Pahang dan kasut Newrules Collection yang sedang rancak dijual di Instagram dan juga website. Alhamdulillah, berjalan lancar. Buat masa sekarang, Baju Kurung Pahang Newrules masih lagi ada stok. Kepada yang tak sempat nak tempah baju raya dengan tukang jahit masing-masing, kami masih ada baju kurung untuk dijual. Jadi, segeralah hubungi kami untuk order. Masih banyak stok! Tolong habiskan ya! Heheheh.. Please… SEGERA!

Balik dari Bali Jumaat lepas – aku setengah ‘rentung!’ hahhaah.. Al maklumlah, Bali agak panas sekarang tapi berangin. Cuacanya sangat nyaman. Best! Balik KL je… alamak! Dah la ‘rentung’, jerebu pulak! Alamatnya kalau dari jauh aku berjalan di luar, kelamlah… orang lain tak nampaklah aku! Hahahhaa..  Dah macam kunta kinte haaaa… Hahhaa.. Zach pun sama. Kami banyak berjalan di sana. It was fun.

Sabtu dan Ahad, aku dah di booked Kak Aina, Executive Producer Astro untuk rancangan hebat mereka; Akademi Fantasia. Ini kali ke sebelas bagi tahun 2014. Aku ni memang suka jadi judge untuk pusingan pertama AF ni. Macam-macam ragam yang datang! Hahaha.. Kali ni ujibakat diadakan hanya di 4 negeri seperti, Pulau Pinang (tempat lahir hamba!) , Johor Bahru, Sabah dan Kuala Lumpur. Aku buat di KL.

Kali ni aku jadi juri untuk stage ketiga. Kalau dulunya (dalam tahun 2008) aku buat stage kedua bersama Edry Hashim. Tapi kali ini pasangan aku itu telah ‘curang’ dan dipasangkan dengan Guru Vokal Cikgu Syafi. It was fun! Kelakar sangat.

Dua hari yang penuh emosi. Ketawa gembira dan juga air mata. Macam-macam yang aku tahu dan aku pelajari. Semuanya di antara  usia 18 sehingga 28 tahun. Ada juga yang di bawah 35 tahun. Tapi yang paling ramai adalah 20 tahun. Which is very interesting! Ada yang bakatnya sangat menarik. Siap boleh berlawak! Spontan pulak tu…

Aku yang berpasangan dengan Cikgu Fatimah Abu Bakar, keras perut menahan lucu. Adakalanya berdekah juga kami ketawa, memecah kesunyian studio besar FINAS Petaling Jaya yang sangat sejuk itu. Dah rasa macam duduk dalam igloo! Hahahaha.. Sampai tak sejuklah kami ketawa!

Ada juga perkara yang mengundang air mata. Antara peserta yang layak ke peringkat ketiga, harus  bercerita tentang latar belakang dan kami sebagai juri harus ‘mengorek’ cerita semua peserta. Mahu tahu apa sebenarnya tujuan mereka memasuki AF. Maklum saja AF ni nama dan branding nya sangat besar. Ada yang masuk tu hanya nak menumpang nama gah program itu sahaja. Kali ini, pihak penerbitan mahukan kelainan. Mahu hanya yang serious sahaja.

Beberapa wartawan yang dijemput untuk menyaksikan dan membuat liputan AF, menghampiri kami dan memberitahu bahawa kami terlalu strict kali ini! Jawab aku kepada Rudi Imran yang menyuarakan pendapatnya – We have to. Kalau tak, dapat bakat yang hanya so-so. Tak mahu. Kami mahu yang benar mahu jadikan nyanyian ini sebagai karier. Bukannya tempelan ataupun yang sementara.

Pun begitu, kami mencari pelapis kepada semua penyanyi hebat Malaysia yang sedia ada sekarang. Ada juga yang datang dengan membawa karakter dan imej kepada penyanyi yang sedia ada. Aku gelarkan mereka ini copycat.

Tak salah. Manusia ni dilahirkan dengan secara semulajadinya mudah terikut ikut gaya seseorang yang kita gemari. Tak payah tengok jauhlah. Adakala kita tertiru cara kawan baik kita bercakap. Atau kita mudah copy suara penyanyi lain apabila kita menyanyikan lagunya – andai kita tak kenal identiti suara kita sendiri. Itu perkara biasa. Cikgu Siti Hajar pernah juga berbincang perkara ini dengan aku ketika di kelas vokalnya dulu.

Suara yang menjadi ikutan ialah suara Dato Siti Nurhaliza. Siapa tak sukakan suaranya! She is awesome dan bagi aku dia satu dalam sejuta!  Ada seorang gadis comel molek yang berusia 23 tahun dan masih menuntut. Aku tak lupa wajahnya. Sangat manis. Boleh menyanyi dan boleh dikatakan bagus juga. Tapi sayang, suaranya kala menyanyi, raut wajahnya, bibirnya ketika dia melantunkan suaranya; malah bercakap pun sama macam Dato Siti! Sebijik!

Bila ditanya siapakah penyanyi kegemarannya. Memang sangkaan aku dan Cikgu Fatimah tidak meleset. Memang ya Dato Siti. Aku katakan padanya aku minat juga. Tapi tidaklah sampai mahu menjadi Siti Nurhaliza yang kedua. Biarlah dia seorang sahaja penyanyi yang bersuara sepertinya. Aku tak mahu Siti kedua, ketiga mahupun keempat. Dia menpunyai keunikkan yang tersendiri. Orang lain tak boleh dapat keunikkannya itu.

Sayang sangat.. Aku tahu dia serious. Tapi kami tak dapat nak lepaskan. Ceritanya dia dah pernah mencuba dua tiga kali juga di ujibakat AF. Tapi hanya di peringkat ketiga. Kesian juga. Tapi aku berikan tips untuknya supaya dia perbaiki kelemahan dan belajar kenali identiti suaranya. Harapnya dia kembali lagi tahun depan.

Ada juga yang datang hanya nak cuba nasib. Ini yang paling aku kurang gemar. AF bukannya satu akademi untuk cuba-cuba. Ianya seperti sebuah sekolah. Dulu kalau kita mula sekolah rendah, kita tak cuba-cuba nasib kan untuk masuk sekolah dan belajar? Kita masuk benar untuk belajar. Begitu juga dengan Akademi Fantasia. Memang kami betul-betul tapis supaya mendapat bakat yang bagus.

Banyak juga yang rare talent. Mereka ini punyai ‘wow’ dan x-factor! Itu yang kita mahukan. Muka menjadi pilihan kedua atau ketiga. Bakat yang lebih utama. Itu belum dikira dengan sikap lagi. Itu penting juga dan bahagian itu pihak penerbitan yang handle. Tak mudah juga aku tengok mereka bekerja. Tapi yang pasti semuanya komited untuk mengcungkil bakat baru yang dapat mewarnai industri muzik Malaysia.

Ada yang beremosi. Cerita mereka membuatkan kami juri tak tahan air mata. Apalagi Cikgu Fatimah yang mudah mengalirkan air mata itu. Aku pun tumpang sekaki. Ada yang berkongsi cerita yang mereka dari broken family. Ibu bapa bercerai, ibu meninggal, ayah entah ke mana dan sebagainya. Tak kurang juga yang mahu mencari wang untuk menyara keluarga dan untuk ibu yang bekerja keras seorang diri menyara anak-anak yang ramai. Yang paling sedih cerita anak yang menjadi mangsa perceraian.

Part ni memang lah aku tak tahan. Aku ada anak yang juga menjadi mangsa perpisahan. Aku faham dan memang dapat rasa bagaimana perasaan mereka. But, this is life. Aku rasa nak peluk-peluk semua mereka yang punyai masalah yang sama. Memang anak-anak sangat terjejas apabila ibu bapa bercerai walaupun mereka katakan mereka ok. Jauh di sudut hati mereka, hanya Tuhan yang tahu. And they know what they feel. Sedih.. Part ini yang kami semua menangis!

Ada juga yang mereka cerita untuk meraih simpati supaya dapat memasuki AF! Ya.. Ada! Hahaha… Drama kan?! Tapi kami pihak juri dan bahagian penerbitan boleh tahu. Yang benar ceritanya, terpancar di wajah dan matanya. Mata tak boleh menipu….

Tengoklah nanti (rasanya disiarkan selepas Hari Raya) di dalam Kapsul AF tak lama lagi.

Kalau dulu yang pertama kali aku buat ujibakat, aku lebih serious. Adakala naik angin juga (masa tu belum jumpa Encik Eric Depp!) bila dua tiga kali muka yang sama datang. Mana taknya, kalau selang tahun, tak apa juga. Ini selang hari. Dah kena reject hari ini, maknanya esok sama juga kerana orang yang sama dan suara yang sama. Ada sesetengah dari peserta tak faham kenyataan itu dan mereka ini antara yang mahu cuba nasib. Biasanya aku nasihatkan untuk datang tahun depan. Maksudnya kena perbaiki kelemahan and be better. InsyaAllah akan dipilih.

Tapi faham sajalah kan… Sesetengahnya tak mahu datang lagi (kalau yang tak serious) sebab tak mahu beratur panjang dan berebut untuk mendapatkan borang. Ya… Berebut! Tahun ini di KL memang chaos! Ada video yang aku tonton dari pihak penerbitan yang mana peserta berasak untuk mendapatkan borang. Ada yang tersepit di dalam ribut ramai yang menolak. Perempuan pulak tu. Nasib baik tak ada yang cedera atau pengsan. Sudahlah hari cukup panas Sabtu dan Ahad itu.

Kesian juga kepada mereka yang sampai di tempat ujibakat jam 5 pagi. 12 tengah malam pun ada. Yang tidur dalam kereta, yang tak makan dan sebagainya. Demi Akademi Fantasia.  Sangat kesian. Tapi usaha seperti itu tidak mencukupi untuk diambil kira  menuntut di AF. Bakat paling utama.

Dalam pelbagai keriuhan dan keributan hujung minggu lepas di ujibakat AF, kami gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar. Semua juri, setiap hari habis tugas pada tengah malam. Memang dah terbiasa begini setiap kali ujibakat AF diadakan. Total semua yang datang untuk dua hari tu, lebih dari 1000 orang. So, imagine!

Ada juga yang complain. Nyanyi sebaris je dan langsung diberi merah. Dengarlah dulu sampai satu atau dua verse. Kata aku dan juga juri yang lain – don’t worry, if you can sing, perkataan pertama je kita dah tahu. Memang lain yang boleh menyanyi dan yang tak boleh. Bukan hanya bakat, tapi mutu suara, feel menyanyi, lontaran suara, voice control, sebutan serta tempo juga, diambil kira. Walaupun hanya permulaan oooooo saja pun, kami dah tahu.

Tapi biasalah kan, kita tak dapat nak please kan semua pihak. Tapi aku salut kepada mereka yang tak dapat masuk ke peringkat keempat dan hanya berjaya di peringkat ketiga. Mereka tak complain dan mereka mahukan tips supaya mereka boleh perbaiki diri. Itu yang kita mahu. Faham sajalah kan yang complain tu yang macam mana hehhee.. Tak mahu aku sebut. Nanti disalah anggap pula.

Banyak complainers antara kita. Jadilah seorang yang bersyukur dan terima keadaan diri di dalam kehidupan. Jangan membandingkan dengan apa yang orang lain ada. Jika sedemikian, itu adalah tanda-tanda menuju jalan kehancuran dan menjauhkan rezeki serta peluang yang Allah Taala telah sediakan.. Belajarlah bersyukur padaNya…. Ini yang aku pelajari sepanjang hujung minggu lepas.

AF punyai garis panduan dan kriteria yang dimahukan untuk memilih penuntutnya. Bukan hanya ada bakat. Ianya perlu menyeluruh dan punyai kelebihan dan keunikkan yang tersendiri. Memang susah nak luahkan dengan perkataan. Tak semua memahami. Jadi, kita tunggu dan jangan lupa saksikan AF pada Ogos nanti.

Aku pun tak sabar nak tengok siapa yang aku ujibakat, yang aku pilih dapat memasuki Akademi Fantasia! Yang pasti kali ini, AF kembali menyengat!

 

P/S:  Kesan dari jadi juri Af setiap kalinya tak dapat lupa lagu-lagu yang dinyanyi peserta! Sampai ke dalam mimpi haaaa… Kali ni asyik dok ‘wo..wo..wo..wo..’ intro lagu Hafiz! Helpppp!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: