CERITA BULAN MAY.. MISHA OMAR… HELLO PANDA!

Salam.. Hello.. How are you? Yes… You! Hehehe.. Hope semuanya sihat. Thanks kepada semua yang asyik menjengah dan membaca walaupun takde coretan baru dari aku. Bukan tak mahu menulis, nak sesangat. Maaflah kepada yang menunggu. Tak sempat tu, satu perkara. Hal lainnya sebab kepala ni dah blank. Banyak sangat nak fikir Beginilah jadinya.

Dari lepas wedding Misha Omar 2 May, nak tulis macam-macam. Siap nak share pengalaman ke Kelatan buat kali pertama pada Eric – pun tak sempat nak tulis. Siap ada gambar Misha yang cantik molek dalam persalinan bersandingnya. sangat lawa penyanyi ‘Bunga-Bunga Cinta’ tu..

Cerita ini mungkin dah lapuk pada kalian sebab dah banyak majalah, suratkhabar serta cerita di laman-laman sosial dan online dah kalian baca. Aku baru nak cerita hahahhaa… Takpe. Sama je cerita dengan yang kalian dah baca kalau tentang perkahwinan Misha. Tapi yang aku nak cerita ni lain sikit hehhee.. Sorry lah ye.. Cerita yang dah agak ketinggalan. Dah hampir tiga minggu, baru aku nak cerita …

 

It was a nice wedding. Terima kasih Mimie dan Misha Omar di atas jemputan. Makanan sedap dan hiasan sangat menarik. Lebih enak dengan nyanyian rakan artis yang lain. Aku.. Hmmm… Tak tahu kalau majlis tertutup, penyanyi wanita boleh menyanyi di negeri Kelantan. So, tak le aku bawak minus one. Rasa bersalah ya amat tak menyanyi buat kedua pasangan Raja sehari yang indah bersemayam di atas pelamin.

Kata Eric lain kali bawak je satu CD kalau pergi ke majlis kawan-kawan yang rapat berkahwin. Kan ke dah tercabar egonya! Tak habis-habis dia gelakkan aku malam tu kerana dia asyik teringat macam mana reaksi aku semasa aku berhibur dengan rakan artis yang lain. Dia kata nampak muka rasa geram nak lepas gian!  Hahhaha.. Takpe, pengajaran.

Pengalaman lainnya, Eric sempat merasa makanan kelantan. Nasi Kerabu Golok dijamu oleh Zul Husni (Wartawan Berita Harian) yang merupakan kawan baik Mimie Omar dan Misha. Bukan main dia bersusah payah menunggu kedai makan itu buka. Maklum sajalah hari itu hari Jumaat. Semua kedai tutup sehingga pukul 3 petang. Puas kami makan! Eric ni quite adventurous. Dia suka mencuba. Habis Nasi Kerabu dia makan! Hahahha..

Best betul kenangan di Kelantan. Lama betul aku tak ke sana. Rasanya dah 5-6 tahun kalau tak silap. Nasib baik Misha kahwin di sana. Dapatlah juga aku ke sana semula. Kenangan sangat manis kali ini kerana ianya adalah perkahwinan rakan artis yang aku sukai. Sungguh indah dan ada beberapa momen yang menyentuh hati.

Aku terharu dengan family Misha. Mereka sangat akrab dan saling menolong antara satu sama lain. Keluarga lain pun begitu juga, aku tahu. (mungkin keluarga aku agak berbeza, sebab tu aku rasa pelik dan tersentuh!) Tapi anak-anak arwah Pak Omar ini sangat bersatu. Ucapan Misha malam itu buat adik beradiknya; selepas adiknya Syafinaz meluahkan rasa hati serta ucapannya –  membuatkan semua tetamu sebak dan ada yang menangis.

Fitnah hebat yang melanda Misha dan keluarga sebelum itu, membuatkan semua tetamu malam itu turut merasa betapa beratnya ujian yang ditanggung mereka sekeluarga.

Aku mula rapat dengan Mimie dan Misha sekitar tahun 2010. Kami tinggal di dalam kawasan yang sama. Tak jauh. 5 minit je perjalanan ke rumah masing-masing. Kami juga sering ke kelas yoga bersama dulu. Kelas Yoga itulah yang merapatkan kami. Bukan itu sahaja, Mimie juga merupakan rakan bisnes aku di dalam Herbalife. Dah hampir 3 tahun dia bersama kami.

Sedikit sebanyak, dari pengamatan aku semenjak mengenali adik beradik ini – mereka sangat baik dan gila-gila! Maksud aku happy go lucky dan suka berjenaka. Terutamanya Misha tu. Memang tak kering gusi. Ada saja yang nak dijenakakannya. Itu kalau dia berseloroh…

Pada aku Misha seorang yang sangat bijak bertutur. Bahasa yang digunakannya, selalunya amat teratur bak seorang pakar bahasa.  Malam itu, ucapannya melekat di setiap benak dan jiwa yang mendengar. Aku hormati Misha dan Mimie. Terbit rasa sayang kepada mereka berdua.

Mereka berdua juga membuatkan aku terharu dengan keakraban dan betapa bersatu hatinya mereka. Mimie, kakak yang sangat bertanggungjawab. Kata Misha, Mimie berkorban segalanya demi kerjayanya. Dia jaga sebaik mungkin adik beradiknya. Tambahan pula, ketika ini, mereka telah kehilangan ayah tercinta beberapa bulan yang lalu. Aku diberitahu Mimie semasa mereka pulang melawat arwah yang sedang sakit.

Takdirnya apabila arwah dijemput kembali kerahmatullah dan tak sempat melihat salah seorang anak daranya bersanding. Namun, aku pasti arwah tenang di sana dan dia tahu yang anaknya bahagia sekarang.

Mimie, aku salut! Aku nak contohi sikapnya. Kental betul jiwa anak gadis sulung Pak Omar ni. Dulu aku takut dengan dia sebenarnya! Hahaha.. Serius ya amat! Rupanya dia ni okay je. Cuma dia serius bila bekerja dan very protective! Have to. Di kota besar macam KL ni, memang kena bersikap sedemikian. Kalau tak tegas, memang kena pijak ranap!

Malam itu aku dan Eric duduk semeja dengan Datuk  M.Nasir serta  isterinya, Datin Marlia Musa. Lama betul tak jumpa M.Nasir. Kalau kalian perasan, aku antara artis yang tak pernah menyanyi lagu ciptaan beliau! Kali itu terlintas di fikiran aku dan aku segera bersuara kepada Eric.

Kebetulan pula, dari kami sampai ke hotel di Kota Bharu, sampai lah nak turun ke ballroom, kami terserempak dengan Datuk dan Datin itu. Berkali-kali. Kata Eric that is the sign! Segera hubungi Datuk dan minta lagu-lagu ciptaannya! Aku tak lepaskan peluang itu. Aku katakan padanya, kali ini aku mahu…

Bukan itu saja, lepas balik dari Kelantan, aku ada show dengan Glam sempena ulangtahun ke 10 majalah itu. Tahu tak, kami rupanya berkongsi pentas! Jumpa lagi! Memang ianya satu petanda! Sempat aku sembang dengan Datuk dan sebutkan lagi. Nampak gayanya macam dia bersetuju. Hope he will compose and write me a song. Nak sangat nyanyi lagu beliau.

Aku ni dah macam lost touch dengan jenis lagu yang perlu aku nyanyi. Aku tak boleh buat lagu-lagu yang sama macam dulu. Fans aku dari 19 tahun yang lalu, mungkin ada yang dah beralih arah.. Yang tak dengar muzik lagi… yang dah tak beli album.. yang busy dengan keluarga.. yang berhijrah dan sebagainya. Aku perlu muzik yang segar.. dan muzik untuk generasi sekarang. Yang penting tak jauh dari konsep yag pernah aku buat kerana peminat aku kenal aku sebegitu.

Aku sempat nyatakan pada Datuk dan Datin yang duduk di sebelah aku di majlis Misha itu. Aku katakan aku rindu nak buat lagu-lagu yang berkualiti dan bagus. I miss making good music. Komposer yang benar tahu kelebihan aku. Jangan salah anggap. The last composer I worked with.. you know who, pun tak tahu apa kelebihan aku hehehhe… ooopppsss.. Not in these few years.. I’m talking about long long time ago hehehe..

I miss the moment of making good songs. That’s all. Good songs yang dulu aku dengar dan buat, bukan untuk aku pun. Tapi untuk rakan artis yang lain. Semangat itu lain. Aku pasti Datuk M. Nasir dan isterinya faham bagaimana perasaan itu. Susah aku nak dapat lagu seperti mana yang aku mahukan. Dari dulu sampai sekarang.

This time biarlah ambil masa lama sikit. Aku nak kaji betul-betul dan tunggu the right timing. It’s okay to wait. Good things come to those who wait. My time will comeback again…

Aku tak tahulah apalah nasib tahun ini.. Banyak perancangan dan projek tak menjadi.. Takpe.. Allah Maha Mengetahui. Mungkin ianya bukan rezeki aku dan mungkin belum masanya. Hanya Dia yang menentukan segalanya. Berserah kepadaNya. Aku yakin aku takkan kehilangan.

 

P/S : Banyak cerita yang aku tertinggal… antaranya panda! Hi Panda. Welcome to Malaysia.. Hope you will survive in this weather! Ahaks!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: