WANITA DISANJUNG, IBU DIHARGAI..

A SONG FOR MAMA…

You taught me everything
Everything you’ve given me
I’ll always keep it inside
You’re the driving force in my life, yeah

There isn’t anything
Or anyone that I could be
And it just wouldn’t feel right
If I didn’t have you by my side

You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me

And no one else can be
What you have been to me you will always be
You will always be the girl
In my life for all times

Mama, Mama you know I love you
Mama, Mama you’re the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know lovin’ you is like food to my soul
Yes it is

You’re always there for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did

And you took up for me
When everyone was downin’ me
You always did understand
You gave me strength to go on

There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me and say to me
I can face anything

And no one else can do
What you have done for me
You’ll always be, you will always be
The girl in my life, ooh oh

Mama, Mama you know I love you
Mama, Mama you’re the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know lovin’ you is like food to my soul

Never gonna go a day without you
Fills me up just thinkin’ about you
I’ll never go a day
Without my mama

Mama, Mama you know I love you
Mama, Mama you’re the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know lovin’ you is like food to my soul

Lovin’ you is like food to my soul, oh yeah
You are the food to my soul, yes you are

 

Selamat Hari Ibu buat semua ibu di seluruh dunia! Hari ini hari penghargaan buat semua yang bergelar Ibu kerana ibu adalah insan yang paling penting di dalam hidup setiap individu yang lahir di dunia ini.

Menjadi Ibu bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Setiap wanita mahukan ‘title’ ibu kerana ianya adalah sesuatu yang sangat istimewa.

 

Dilahirkan sebagai seorang wanita, adalah sesuatu yang juga istimewa kerana wanita disanjung tinggi. Menjadi seorang ibu, lebih bermakna kerana ibu dihargai. Namun, menjadi ibu perlu mengalas segalanya. Ibu sering berkorban apa sahaja untuk anak-anaknya.

Dulu sewaktu kita kecil (kepada yang perempuan) mungkin kita tak tahu dan tidak sedar betapa hebatnya tanggungjawab seorang ibu. Kita tak tahu susah payah dan jerih perihnya ibu kita membesarkan kita. Betapa susahnya dia melawan segalanya. Dari kesakitan melahirkan kita, keletihan berjaga di malam hari; mengantuk matanya ketika bekerja di siang hari, berkejar masa menyiapkan sajian tak kira bila-bila masa dan sebagainya. Kita tak pernah terfikir ketika kita kecil dan terutamanya ketika kita remaja.

Bila kita dah berkahwin dan berpeluang bergelar ibu, barulah kita tahu bagaimana rasa kasihnya kita kepada anak-anak kita.. Mahu membuat yang terbaik di dalam segalanya dan tahu bagaimana untuk berkorban terutamanya masa dan tenaga. Hebatnya kuasa Tuhan. Hidup ini sememangnya satu pusingan. Semua wanita akan merasa apa yang ibu kita rasa dulu. Yang belum menjadi ibu atau yang masih menunggu menjadi ibu, masa kalian akan tiba. InsyaAllah..

Sebab itulah wanita disanjung dan ibu dihargai…

Kepada kaum lelaki, aku pasti bila melihat isteri masing-masing sakit melahirkan, baru terfikir di benak fikirannya betapa susahnya ibu melahirkannya dulu.

Tahun ini tahun ke 11 aku menyambut Hari Ibu tanpa arwah mak. Aku tahu dia tenang di sana. Di sisi Allah Taala. Aku tahu dia memperoleh tempat terbaik di sisiNya kerana melahirkan dan membesarkan kami 15 orang adik beradik. Mak aku berkorban segalanya demi anak-anaknya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan diberikan syurga buat wanita yang bernama Salmah Ibrahim.  Dia adalah contoh terbaik buat aku untuk menjadi seorang ibu yang sempurna buat anak-anak aku. Al Fatihah…

Kepada yang masih mempunyai ibu, jangan diabaikan. Jangan ambil kesempatan ke atas dirinya kerana dia masih hidup serta membiarkannya. Hargailah insan yang melahirkan. Buat yang terbaik hari ini dan di hujung minggu ini untuk menggembirakan hatinya. Biar dia rasa bahagia kerana melahirkan anak-anak yang tahu membalas kasih sayangnya selama ini. Seorang ibu itu, tak mahu apa pun, hanya sekadar ucapan sudah memadai. Dia pasti akan rasa bersyukur dan lapang dada kerana anak-anaknya tahu mengenang jasa-jasa yang dicurahkannya.

Tiada kata atau bahasa yang indah untuk menggambarkan atau menterjemahkan kasih ibu. Ianya sangat halus. Itulah salah satu zat Allah yang diberikan kepada hambaNya yang bernama wanita. Kasih ibu membawa ke syurga.. Hargai Ibu dan peluklah dia.. Ucapkan terima kasih padanya dan curahkan kasih sebagaimana dia mencurahkan kasihnya pada kita.

Kepada yang baru kehilangan Ibu, jangan bersedih.  Terima ketentuan Illahi dengan redha. Tempatnya mungkin lebih baik di sana di sisi penciptaNya. Sedekahkan Al Fatihah kepadanya. Aku pasti dia akan tenang di sana.

Selamat Hari Ibu.

 

P/S: Bersiap nak ke KLCC kerana mendapat jemputan dari Kosmo untuk bergambar bersama peminat dengan si kecil ni.. Hope to see all of you there

Advertisements

2 Comments on “WANITA DISANJUNG, IBU DIHARGAI..

  1. Assalam kak nurul… harap sihat hendaknya….
    Tercari2 jugak blog akak, akhirnya jumpa… best nye baca hehe… santai sahaja…
    Dikesempatan ini, harap masih x lambat nak wish happy mothers day…
    Semoga akak berjaya dalam semua bidang yg akak ceburi..
    Doakan saya jugak.. nak jugak bergelar seorang ibu..
    Saya keguguran bulan 4.. tiada rezeki.. redha..
    Salam kenal,
    Adhwa (yg selalu sms hehe)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: