BILA CINTA BERTUKAR BENCI…. MAKAN DIRI..

Stress! Internet connection kat apartment ni tiba-tiba problem pula. Sekejap ada, sekejap tak ada.. Dah macam biskut dah! Tahu le aku ni suka makan biskut! Hehehee.. Entah kenapa lately ni problem di dalam office kami ni. But it’s okay. Esok Eric will fix it. Betapa susahnya bila takde internet sekarang ni. Maklumlah semua kerja berkaitan dengan penggunaan internet.

Zaman dulu takde internet, boleh pula kita hidup ye! Terfikir sekejap.. Ye lah, dulu takde Facebook, Instagram, Twitter dan juga portal serta blog yang sentiasa memaparkan isu-isu semasa… Sekarang ni, suratkhabar dan televisyen dan bertukar ke internet. Semua berita terkini boleh didapati. So, memang meranalah kalau ada masalah dengan internet!

Minggu ni minggu busy juga buat aku. Ada beberapa acara – antaranya menjadi artis jemputan di dalam rancangan Kilauan Emas Astro. Hari Rabu ni 30 April aku akan ke Astro. Kepada yang bertanya selalu kenapa lama aku tak muncul di kaca TV; haaaa…. Minggu ni tengok puas-puas! Hahahahaa.. Memang ye.. Aku jarang di TV. Nanti dulu… Bila dah betul-betul kurus, baru nak muncul banyak-banyak sikit! (ye lah tu… Alasan je tu.. Sebenarnya takde jemputan – hanya Astro yang rajin jemput! Terima kasih Kak Aina! hehehe)

 

Minggu depan aku akan membuat persembahan di acara yang dianjurkan majalah Glam pula sempena ulangtahun ke 10 majalah yang terkenal itu. Seronok dan excited nak nyanyi dengan band yang diketuai oleh suami penyanyi Jazz, Dato Shiela Majid; iaitu Acis. First time aku akan bekerja dengannya. I can’t wait for that show!

Apa lagi nak update … Hmm… bisnes Baju Kurung Pahang.. Semakin hari semakin laris. Alhamdulillah.. Kepada yang belum order, cepat order sekarang. Tapi jangan risau kalau lambat pun, banyak lagi stok!  So, take your time.. Hehehe..

Tadi sebenarnya dok mencari bahan berita bila aku dapat cerita dari Pingu ku katanya Adam dan Fiza sah bercerai. Aku terkejut sekejap. Tak terkata apa. Rasanya macam baru semalam je mereka bernikah. Aku ni kalau dengar perkataan cerai, memang naik semacam rasa. Aku tak suka dan dah pun melaluinya. Bukannya mudah. Sudah ketentuan Tuhan..

Hanya mereka berdua yang tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam rumahtangga yang dibina tak sampai setahun. Kalau dah tak sehaluan, memang lebih baik bawa haluan masing-masing dari merana dan makan diri sendiri. Cerai dibenarkan andai ianya mendatangkan kemudaratan kepada pasangan. Itu yang aku belajar dululah.. Kesian dengan keduanya. Semoga mereka tabah.

Berkahwin ni bila kita tak satu kepala, memang susah. (Tell me about it!) Been there and done that. Macam nak pecah kepala dan jantung ni. Kena pula kalau bercakap bahasa yang sama tapi maksudnya jadi berlainan. Dah jadi macam ayam dan itik. Padahal cakap bahasa yang sama. Kalau dah pemikiran tak sama, memang itulah jadinya. Perit!

Ujian Tuhan buat hambaNya, berbeza-beza. Perceraian biasanya membuatkan seseorang wanita itu lebih kuat dan tabah menghadapi hidup yang mendatang. Aku sering katakan kepada semua wanita, jangan takut dengan perceraian. Ada hikmahnya. Cuma perlu kuat. Ada yang malu bila berlaku dua tiga kali.

Buat apa nak malu. Jodoh itu di tangan Tuhan. Memang ramai yang akan mengata dan menuding jari, tapi mereka tak tahu apa masalah kita sebenarnya. Dan yang melaluinya pula, jadikan pengajaran. Ambil iktibar dan perbaiki diri. Jadi wanita, bukannya mudah. Tambahan pula di dalam masyarakat melayu kita. Semuanya kena perfect.

Lelaki mahukan kita sempurna, tetapi mereka belum tentu menjadi yang terbaik untuk membimbing kita serta mereka lupa yang wanita ini lemah dan serba kekurangan. Mereka push to the limit sehingga seseorang wanita itu hilang sabarnya. Itu kebanyakkannya yang berlaku sehingga terjadinya bercerai berai. Kadang-kadang terfikir, ke mana hilangnya cinta yang dilafaz-lafaz masa mula jatuh hati… Senang sangat cinta bertukar ke benci.. Ada yang bercerai cara baik; itu yang lebih bagus kerana mereka sedar akan hakikat kenap atidak dapat bersama lagi.

Aduhai… Cerai ni sesuatu yang sangat sakit. Aku tak mahu lagi melaluinya. Terlalu komplikated.. Insyaa Allah.. Yang ini yang terbaik dan aku mendoakan juga jodoh aku berpanjangan. Sebelum berdoa tu, langsung dalam kepala ni tak ada perkataan cerai atau menggambarkan perceraian berlaku. Kata suami aku, jangan langsung membayangkannya kerana kehidupan kita ni selalunya dipengaruhi dengan cara kita berfikir.

Memang betul apa yang dia katakan. Aku dulu (dalam kehidupan lepas) sering menggambarkan dan berfikir akan perceraian. Sebabnya kenapa aku sering terfikir kerana memang dah nampak bunga-bunga tak ngam. So hati ni kuat berkata aku akan berpisah satu hari nanti.

Memang berlaku pun pada aku. Ketentuan aku. Dah berlalu. Yang baru saja berlaku… Hmmm.. bukannya mudah nak mengutip semula sisa hidup dan hidup seorang diri semula. Tak kiralah pada yang lelaki ataupun yang wanita.

Ada juga perpisahan yang dirujuk dan membawa bahagia. Rezeki mereka.. Aku terjumpa seseorang yang bertugas di sebuah hotel terkemuka di ibu negara last week. Abang yang ramah itu menyapa aku dan Eric. Katanya lama tak nampak kami berdua di sana. Dia sempat mendukung  beberapa saat sebelum Zach menjerit! Katanya dia baru juga mendapat bayi perempuan. 3 anak perempuan. Sulung sudah pun 21 tahun, yang kedua 15 tahun dan yang terakhir ni 1 setengah tahun. Belum berjalan dan belum bercakap. Katanya lagi dek dimanja oleh kakak-kakaknya. AKu sempat bagi tips padanya. Jangan didukung selalu. Biarkan dia melata di lantai.

Tambahnya lagi bayi perempuan yang last tu insiden tak sengaja.. Semuanya gara-gara dia dan isterinya berpisah sementara. Tidak bercerai. Katanya lagi, tiba-tiba mereka rasa tak sehaluan. Jadi, mereka putuskan untuk tinggal berasingan. Namun, selepas dua bulan, mereka merujuk dan bersama semula. Agaknya baru rasa rindu bila berjauhan. Mereka kembali dan… nah! Rezeki Allah.. Dapat lagi sorang bayi perempuan yang comel – penyambung kasih dan mereka kembali bersatu. Aku pasti peluang kedua ini, mereka lebih bahagia. Alhamdulillah..

Sempat dia bercerita dalam pada aku dan Eric menunggu kereta kami tiba di parking hotel itu. Memang perkara biasa bagi aku menerima semua cerita seperti abang tadi tu… atau ditanya bagaimana untuk meneruskan kehidupan selepas perceraian. Mungkin pada mereka aku ni dah pernah lalui. Jadi aku faham. Ya aku faham tapi aku dah pandang ke depan. Aku mahu semua yang laluinya juga, berbuat demikian.

Jangan ada rasa takut untuk menghadapi masa yang akan datang. Live day by day. Aku banyak belajar dengan suami aku. Antara katanya pada aku; jangan fikir apa yang akan berlaku esok pada hari ini. Live in the moment kerana esok tu kita tak tahu apa yang akan berlaku. Bila kita fikir dalam-dalam sekarang, dan fokus kepada ketakutan kita yang kita fikir akan berlaku esok; maka akan berlakulah ia; atau, kita akan merasa tak seronok dan spoil mood untuk hari ini dan sekarang kerana terlalu fikir akan perkara yang kita belum tahu pun bakal berlaku esoknya.

Dah berlaku pada aku macam tu dulu. Salah satu sebab boyfriend aku yang anak mak tu lari! Hahahha.. Lately ni asyik terfikir dia pula. Dia belum kahwin (rasa aku lah) lost contact dah pun dan tak mahu contact. Memang bukan jodoh kami. Dia muda 4 tahun. Hmmm.. aku pasti susah juga kalau aku kahwin dengan dia dulu. Sekarang ni baru boleh berfikir lojik macam ni. Dulu masa kena tinggal, bagai nak rak melalak! Hahaha.. Macam nak mati sedihnya. Macam dia sorang je yang terbaik. Nah! Berkat kesabaran aku, jumpa juga jodoh yang sangat baik dan menjaga aku sebaik mungkin. Syukur.

Esok-esok aku cerita pasal bila masa yang sesuai untuk memulakan perhubungan baru selepas bercerai. Bila masa yang benar bersedia. Ini penting. Aku dah kena so aku nak share. Tapi kena tunggu hehehe..

Aku harap, mereka yang melalui perceraian juga akan menemui jodoh semula. Jodoh yang baik-baik dan membawa bahagia hingga ke akhirnya. Dalam hidup ini, kita perlu tabah dan perlu sentiasa dekat denganNya. Dia yang mencipta, Dia yang Maha Mengetahui segalanya. Rahsia hidup kita adalah milikNya. Jadi kena banyak berdoa dan bercakap dengan Dia. Dia Maha Mendengar.

 

P/S: Seronok nak ke wedding Misha Omar dan Feroz Jumaat ni. Dah book flight ticket dan Hotel! Pengalaman pertama Eric ke Kelantan! Kata Mimie Omar ajar dia makan makanan kelantan especially Nasi Berlauk! He will try. I’m sure!

Advertisements

2 Comments on “BILA CINTA BERTUKAR BENCI…. MAKAN DIRI..

  1. Kak nurul, saya pon ada pengalaman yang sama mcm kak nurul n now menjadi ibu tunggal pada 2 org anak yg masih kecil berumur 3 & 2 thn,, skrg sy dlm proses mengenali seseorg dlm hidup sy,,, sy nak mohon pendapat kak nurul.. sejak pengalaman yg lepas, sy mcm jd takut nak berumahtangga kembali, fobia pon ada gak..tp seseorg yg sy kenal ini masih bujang, muda setahun dari sy tp pemikiran agak matang,,, nmpk penyayang pd anak2 sy,,cuma masalahnya sy yg kurang yakin pd dia n pd perhubungan ini.. per pendapat kak nurul??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: