SHORT BREAK.. NEWRULES…PERLU KUAT & BERSABAR!

Aaaaaahhhhh….. Best nya pemandangan… How I wish I can share with all – melalui mata aku – apa yang aku lihat ketika ini…Indahnya ciptaan Allah. Sememangnya heaven on Earth!  Short break untuk aku dan Eric di Phuket Thailand. 3 hari je tak lama. Kebetulan kawan baik Eric datang melancong ke Kuala Lumpur – pengalaman kali pertama mereka di Asia. Kami ambil kesempatan sementara mereka di sini untuk sama-sama berehat seketika dan memebawa mereka ke negara Thailand. Tak jauh tapi worth the trip.

Surprise yang dibuat oleh Eric untuk kawan baiknya ni, memang ternyata memberi satu pengalaman menarik buat mereka. Laut dan langit yang membiru – mereka tak henti tersenyum. Seronok benar dapat datang ke Asia. Udara dan cuaca yang nyata berbeza buat mereka.

Kelakar bila aku fikirkan apabila Eric memberitahu pasangan kawan baiknya tentang trip ini. Penuh kejutan. Setiap hari mereka bertanya kemana kami mahu bawa mereka berdua. Hahaha.. Nak tengok macam mana happy nya mereka bila mereka tahu, boleh tengok di Youtube Channel aku nanti.

 

Zach pun bukan main syok enjoy swimming! Dia dah macam tahu nak enjoy his holiday! Aku dan Eric perlukan break ni.. Keluar sekejap dari Malaysia.. Eric busy betul sebelum ni. Begitu juga aku. Sebab tu diam aje blog ni. Maaf ya pembaca setia. Aku sibuk benar set up bisnes yang baru saja aku ceburi. Aku pasti kalian yang mengikuti instagram aku, sedia tahu yang aku telah pun melancarkan bisnes pakaian wanita iaitu Baju Kurung Pahang.

Alhamdulilllah.. Dah pun selesai dan sekarang ini kami sedang menerima tempahan dan setiap hari menerima panggilan dari mereka yang berminat. Terima kasih kepada yang menyokong. Aku pasti kalian akan suka akan Baju Kurung Pahang tersebut. Sangat selesa dipakai. Yang berisi – macam aku sekarang ini – jangan risau. You can make the order too. Jangan takut tak muat atau apa. Baju Kurung Pahang ini amat sesuai juga dipakai oleh mereka yang bersusuk besar. Percayalah kalian akan menerima pujian dari yang memerhati kerana ianya memperlihatkan susuk badan seperti kurus dan menawan! Aku dah cuba, aku tahulah! Hehehe..

Idea nak mulakan bisnes ni, dah lama dulu terfikir. Tapi masa tu, tak semudah sekarang. Dulu kos promosi amat tinggi kerana tiadanya media sosial. Alhamdulillah ianya memudahkan. Bukan itu saja, idea ini dikongsikan oleh ibu mertua aku, Germaine.

Semuanya bermula dari kakak angkat aku yang menghadiahkan sepasang Baju Kurung Pahang yang dijahitnya sendiri kepada Germaine. Langsung Germaine jatuh hati dan mengesa aku segera memulakan perniagaan Baju Kurung Pahang ini. Kakak angkat aku tu memang pandai menjahit. Aku kenali Kak Shah dah lama.  Aku pula tak pakai baju kurung yang dijahit oleh orang lain. Hanya dia. Jahitannya sangat kemas dan selesa dipakai. Kalau tak percaya, kenalah cuba then you know what I’m talking about.

Buat masa ini aku pasarkan semua Baju Kurung Pahang di bawah jenama Newrules Collection ini melalui online dan ianya pada harga istimewa sempena pengenalan bisnes aku ini. Amat sesuai kerana tak lama lagi dah nak raya. So, kena beli cepat! Harga nya hanya RM280. Tak lama lagi akan naik ke RM350!

Kalian boleh ke www.nurulwahabdepp.com/newrules untuk membuat tempahan dan bayaran. Dan kami akan segera menyiapkan dan akan sampai kepada kalian selepas 10 hari. Jangan lupa check panduan saiz yang disediakan di bawah page website aku itu sebelum membuat tempahan. Kepada yang nak senang tengok koleksi aku sebelum membeli, bolehlah ke instagram Newrules Collection. Ada kami paparkan antara koleksi yang dibuat.

Seronok bila ada bisnes selain menyanyi. busy nya jangan ceritalah. Tapi aku enjoy. Soon kasut pula. InsyaAllah next month. Aku ni kan ke hantu kasut… So aku buat koleksi aku sendiri. Tunggu ya.. Mungkin ada koleksi yang aku buat itu, kalian akan suka! Eeeeee…. tak sabar!

Terima kasih kepada yang menyokong. I really appreciate it. Kepada yang kurang suka, tengok saja ya! Hahhaha… Jangan marah… Doakan bisnes aku ni berjalan lancar ya..

Ada yang komen harga mahal.. Ada yang kata ‘eeerrrkkk’ …aku tak pasti apa maksud mereka.. Maaf ya.. Kain yang aku pilih, berkualiti tinggi dan jahitan yang kemas sukar didapati sekarang ini, unless ditempah di butik hebat seperti Rizman Ruzaini atau pereka fesyen besar yang lain. Mereka juga punyai harga mengikut kualiti yang dibuat. Bagi Newrules Collection, ini readymade dan bagi aku ianya affordable.

 

P/S: Macam-macam pe’el manusia… Bila dah ceburi bisnes pakaian ni, baru aku tahu macam ianya dijalankan dan macam mana pula pemikiran pembeli.. Susah juga ya nak penuhi permintaan semua. Lebih susah kepada yang dengki dan yang mahu menjatuhkan.. Tak kisahlah.. Aku usaha, rezeki itu milik Allah dan datangnya dari Dia…. Aku hanya perlu kuat dan bersabar…. Alhamdulillah.. Thank you Allah.

Advertisements

One Comment on “SHORT BREAK.. NEWRULES…PERLU KUAT & BERSABAR!

  1. Tahniah dan semoga maju jaya dalam bidang yg Nurul br ceburi. Suka dgn usaha Nurul ni. Leh ke akak suggestkn jg moga Nurul keluarkn baju kurung yg berharga yg sederhana moga mereka yg berpendapatan rendah dpt beli. Terima kasih dear. Moga terus sukses…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: