BUSY, BUSINESS, BUSINESSES…. BIRTHDAY!

Sibuknya aku mengalahkan Perdana Menteri.. agaknyalah! Hahaha.. Setiap hari berlalu sangat pantas. Itu yang aku rasa. Apatah lagi bila dah ada bayi kecil. Semua yang ada anak, akan faham apa maksud aku. Macam-macam yang aku buat sekarang ni.. Aduhh.. Naik gila kejap bila aku fikirkan balik..  Aku pasti ramai yang dah tahu. Terima kasih Harian Metro dan juga Murai kerana skop cerita perniagaan yang sedang aku usahakan.

Eric naik risau bila isterinya ada 3 kerja. In total 4! Ye lah.. jaga anak dan suami macam kerja juga! Masa untuk aku sangat terhad ketika ini. Adakalanya tak sempat nak fikir perkara lain… Terutamanya perkara yang remeh. Bagi aku kini perniagaan dan karier adalah yang utama. Aku perlu menentukan mana arah tuju bisnes ini dan juga harus menumpukan sepenuh perhatian. Sama juga dengan karier nyanyian aku.

Hari-hari aku dipenuhi dengan aktiviti seperti latihan vokal (semula) dengan Cikgu Sitit Hajar – seminggu sekali; 3 kali seminggu bersama personal trainer di gym – yang ni buat aku setengah mati walaupun hanya lagi 3kg perlu diturunkan. Mia, personal trainer yang aku kenali semenjak tahun 2001 lagi. Dia ni terbaik! Dengan Mia hanya 3 kali seminggu, tapi untuk aku sendiri aku cuba buat 4 atau 5 kali seminggu bersenam di gym.

Aku perlukan latihan yang intensif kerana aku perlu kuatkan semula kesemua otot badan terutamanya di bahagian perut. Bukan saja untuk turunkan berat badan, tapi untuk kualiti nyanyian aku juga. Bukan mudah kan…. Setengah orang fikir, jadi penyanyi ni senang. Bakat dah ada. Jangan salah anggap. Penyanyi sebenarnya seperti ahli sukan. Perlu latihan yang rapi. Stamina sangat penting.

Mungkin ramai yang tak tahu, aku mula belajar tentang teknik vokal bersama Cikgu Siti Hajar semenjak tahun 2002 lagi. Cikgu Siti banyak mengubah aku dan juga menjadikan aku lebih bagus dari sebelum ini. Dia juga seperti ibu aku. Untuk bulan April ini, dia kan ke rumah aku sekali seminggu.

Seronok betul minggu ni bila bertemu semula di kelas latihan vokal. Bila dah jumpa, macam-macam nak bercerita! Ada saja gosip kami! Hahahaha… Last time kami bertemu adalah tahun lepas untuk rancangan terbitan Astro. Tak puas bersembang. Aku pasti untuk kelas-kelas yang akan datang, akan lebih banyak kami bersembang dan sudah tentu cukup masa untuk menceritakan segalanya. Dia juga adalah punca keyakinan diri aku selain dari suami dan team yang sentiasa berada di belakang aku.

Jadual aku kini, Isnin, Rabu & Jumaat adalah untuk Mia; dari jam 1:30 tengahari sehingga 3 petang. Memang habis badan aku dipulas dan dikerjakannya! Hahhaa.. Sakitnya jangan ceritalah. Bila ada trainer, memang dah tak boleh lari. Kena buat apa yang disuruh. Latihan dan senaman yang sangat mencabar! But I like it! Bila rasa sakit tu, adalah kesannya. Tapi memang kena tahanlah sakit muscle tu. Kena pulak sessi pertama hari tu; esoknya aku ada photoshoot sepanjang hari.. Ada Zach pulak tu.. Haaaa.. memang terhenjut-henjut lah berjalan! Hahahha..

Hari Selasa untuk Cikgu Siti. Hari Khamis dan Ahad untuk Herbalife. Hari Jumaat hari aku practice lagu-lagu baru – yang mana buat masa ni belum sempat aku buat! Huwaaaaa… stress kejap! Belum sempat buat sebab masih sibuk set up company NW Newrules dan juga kasut aku tu.

Banyak perkara yang berlaku setiap hari sepanjang minggu. Tak tahu mana satu nak cerita dulu. Rasanya dah naik tunggang terbalik cerita aku. Aku pasti kalian faham. Bila dah penat badan dan minda ni, mulalah haru birunya. Ni belum masuk soal hati dan perasaan lagi. Aduh.. kalau ada yang menyakitkan, naik penat aku! Dah tak boleh nak fikir. Takde ruang nak cerita perkara yang remeh temeh.

Fokus aku harus aku benar beri perhatian. Usahakan bisnes dan karier berganda buat tahun ini. Tak boleh nak alihkan perhatian ke benda lain. Kalau ada kawan yang terasa hati dengan kesibukkan aku ni, aku tak dapat nak tolong. Namun aku pasti mereka akan faham juga nanti. Bukan masanya bagi aku untuk memandang kiri dan kanan serta memikirkan perkara kecil mahupun remeh. Aku perlu berpegang kepada sikap professionalisma.

Aku dah ada tanggungjawab yang banyak. Punyai syarikat dan punya kakitangan; aku perlu memastikan segalanya berjalan lancar. Ada gaji nak dibayar. So tak boleh dibuat main.  Lagipun, masa untuk relax dan bermain dah habis. Now it’s the time for me to really work on the business that I really want to do long time ago.

Ramai yang bertanya, kenapa sekarang baru nak buat. Sebenarnya aku nak buat perniagaan terutama kasut jenama aku sendiri, dah lama. Idea bermula dari tahun 2010. Aku ni suka kasut. Macam-macam idea aku ada. Tapi masa tu aku broke. Tak cukup duit nak start bisnes. Aku nak ada bisnes tapi biarlah bisnes berkenaan yang aku suka. Kalau tak, lain pula jadinya. Lagipun, aku mahu bisnes ini bukan untuk setakat satu hari, seminggu atau sebulan. Sebolehnya biar bertahun dan selamanya. Aku tak mahu hanya sekadar hangat-hangat taik ayam.

Itu cerita bisnes kasut. Lain pula cerita pakaian wanita yang juga dalam masa yang sama aku sedang usahakan kini. Semuanya kerana Germaine, ibu mertua aku. Kakak angkat aku, Habishah atau lebih dikenali sebagai Visha, seorang yang sangat bagus menjahit. Kalau untuk baju basahan dan baju kurung, aku tak cari orang lain. Aku cari dia. Sangat selesa.

Kini anak aku juga menurut jejak langkah aku. Jatuh hati dengan jahitan Ibu Visha (panggilan Ayu padanya). Keselesaan bagi aku sangat penting. Jahitannya sangat kemas dan halus. Jadi, bila Kak Shah menghadiahkan sepasang baju kurung buat ibu mertua aku pada Februari lepas, langsung Germaine menyarankan aku untuk segera membuat bisnes pakaian. Germaine yang sebelum ini memiliki butik pakaian di France, memang arif akan jahitan pakaian. Katanya kualiti penjahit pakaian seperti kakak angkat aku tu, sekarang ini susah nak dapat.

Saranan dia itu bermain di fikiran aku yang mana aku selama ini (sepanjang aku kenal Kak Shah – dah 16 tahun) terfikir juga nak buat bisnes pakaian dengannya. Tapi masa tu aku tak fokus dan busy ke lain. Busy mencari cinta! Hahahahaa… Lagipun kini dah ada macam-macam medium untuk mempromosikan bisnes. Jadi, aku rasa aku memilih masa yang sesuai untuk memulakan bisnes aku ni.

Bisnes pakaian sedang berjalan. Material dah aku beli. Gambar pun dah aku ambil. Hanya menunggu masa untuk memuat turun di laman web aku dan juga akaun Instagram yang dikenali sebagai NEWRULES COLLECTION. Di laman web aku alamatnya adalah http://www.nurulwahabdepp.com. Silalah lawat Instagram aku tu. Mungkin ada yang kalian suka. Segera buat order kerana aku bimbang akan kehabisan. Kesemua gambar akan aku letakkan minggu depan. So, kena tengok! Bisnes aku ni hanya dijalankan secara online – buat masa ini. Doakan juga ya semua urusan perniagaan ini berjalan dengan lancar.

Kasut pula, aku sedang pening memikirkan design! Aduhhh.. minggu depan ni, banyak juga kerja aku ni.  Termasuk nak register TradeMark untuk brand aku tu. Nama perniagaan aku yang sebenarnya ialah NW Newrules Collection. NW tu perlu aku daftarkan. Dah pun aku beritahu pada teman di sana. Kebetulan seorang peminat setia (yang kini dah jadi kawan) bekerja di Kementerian Harta Intelek. Alhamdulillah, Ally memudahkan kerja aku dengan memberi semua informasi apabila aku tanyakan padanya. Thank you Ally.

Aku bersyukur ramai antara peminat aku yang menyokong aku – antara mereka menjadi kawan dan juga ada setengah tu yang boleh aku anggap seperti adik. Karier nyanyian aku ini memberi aku banyak kebaikan dan pengalaman yang sangat berguna. Terima kasih Tuhan. Aku tak boleh nak trade pengalaman aku ni dengan apa jua sekali pun. Sangat berharga.

Sebelum aku tutup entry ni, aku ada satu cerita yang nak aku kongsikan berkenaan seseorang yang banyak menyokong aku yang asalnya peminat sehingga menjadi teman. Ada sebabnya kenapa aku nak ceritakan…

Dia seorang teman yang aku panggil adik dan menganggapnya seperti adik juga; asalnya dari seorang peminat. Kami kenal dalam tahun 2010. Rupanya dia dah lama minat aku tapi berhenti sekejap selepas aku berkahwin kali pertama dulu. Dia antara peminat yang tidak gemar aku berpasangan dengan Ajai. Dah jodoh ye tak… Selepas aku bercerai katanya, dia segera mengikut perkembangan aku sehinggalah ke hari ini.

Tidak aku sangka dengan pertemuan di majlis berbuka puasa itu, menjadikan kami lebih akrab. Dia yang jemput aku ke majlis itu. Kali pertama bersua, aku dapat lihat yang orangnya sangat rajin bekerja. Bertubuh kecil, sangat mudah untuk dia bergerak. Seperti lipas kudung!

Dari seorang peminat, menjadi kenalan. Selepas kami sering bertegur sapa, dia menjadi teman aku seterusnya seperti seorang adik pada aku.  Kebetulan anak tunggal. Akulah kakak yang dia ada.

Kini dia adalah mata, telinga dan bahu aku. Dia jari aku juga tatkala aku tak sempat nak menjawab segala pertanyaan peminat aku di fanpage aku. Dia juga menjadi suara aku di antara peminat dan client.

Pada aku dia sangat istimewa. Dia seperti adik kandung aku sendiri. Dia memahami aku dan mahukan aku menjadi lebih baik dari aku yang sekarang. Dia adalah Ina Mohd yang aku gelarkan sekenit, Pingu dan Si comel. Aku boleh sebut nama dia sekarang kerana dia dah bertugas sepenuh masa dengan aku. Dia penggerak aku.

Hari ini, tanggal 6 April adalah hari istimewanya. Dia dilahirkan di dalam keluarga kecil yang berasal dari Kampung Sungai Isap Kuantan Pahang. Kecil-kecil cili padi, insan ini berjiwa besar.. jadi, boleh tahan juga egonya! Maksud aku ego yang baik. Dia mahu buat semuanya dengan sempurna. Itu yang dia buat sepanjang mengenali aku. Sanggup ambil risiko untuk aku.

HAPPY BIRTHDAY INA MOHD. Semoga Allah merahmati kamu, bahagiakan kamu setiap detik kehidupanmu, semoga dipermudahkan dan dipertemukan jodoh yang baik-baik serta talian persahabatan kita kekal selamanya.

How bless I am. Aku bertuah kerana ada beberapa insan yang menghargai aku sebagai teman dan juga seperti kakak serta adik mereka sendiri. Aku tahu ramai menghargai bakat aku. Begitu juga yang menghargai persahabatan aku. Terima kasih Tuhan kerana menemukan beberapa insan yang percaya dengan anugerah Mu pada ku. Mereka setia dengan aku.

Sentiasa lindungi mereka kerana mereka penting buat aku.. Aminnnn…

 

P/S: Hari istimewanya mahu diraikan sendirian. Kakaknya hanya berdiam. Itu permintaannya jadi aku hormati. Aku tahu sebabnya. Semoga dia tabah…

Advertisements

One Comment on “BUSY, BUSINESS, BUSINESSES…. BIRTHDAY!

  1. i have been listening to cinta azali again n again n again…..& some other songs too. love the strength in your voice.

    Cik I_M yg comel,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: