PUNAHNYA HARAPAN, BERAKHIRNYA PENANTIAN…

Mimpi aku malam itu.. 6 malam sebelum ini… dalam banyak-banyak mimpi malam itu; aku tiba-tiba berada di dalam satu kapal terbang. Sangat malap lampunya.. Hanya lampu biru di laluan antara tempat duduk. Tiada siapa di dalam kapal terbang itu…. senyap sunyi.. Hanya beberapa saat aku berada di dalam pesawat itu semasa aku bermimpi.. Dan kemudiannya beralih ke lain..

Mungkin terlampau berfikir akan tragedi serta semua penumpang MH370 sehingga ianya terbawa-bawa ke dalam mimpi. Namun, berita dua hari lepas yang diumumkan Perdana Menteri, membuatkan aku termanggu seketika. Langsung teringat dan terfikir akan mimpi aku beberapa malam sebelumnya.

Aku terdiam seketika… Rasa sedih yang amat sangat. Apakan daya, semuanya sudah berlaku. Sedih menyelubungi semua. Bukan aku saja. Itu sudah pasti. Terfikir bagaimanakah keadaan semua di dalam MH 370 pada saat ianya hilang di Selatan Lautan Hindi. Sampai ke hari ni masih tertanya-tanya kenapakah MH370 jauh tersasar dari laluan ke Beijing.. Apakah yang berlaku sebenarnya. Hanya Allah mengetahui.

 

Hati sangat sayu bila melihatkan temubual keluarga anak-anak kapal, dan penumpang. Semalam pula aku mendapat berita dari isteri Tuan Roslan Bek, Ketua Polis Kuching yang mana anak saudaranya salah seorang penumpang yang bernama Suhaili. Katanya, mereka sekeluarga redha dan pasrah. Namun, jauh di sudut hati, masih menantikan andai ada bukti kukuh yang mengatakan MH370 benar terhempas di Selatan Lautan Hindi.

Mereka berulang alik dari Kuching ke Alamanda dalam beberapa minggu ini. Kedua suami isteri dan ibu bapa saudara Suhaili itu, baru saja tiba di Evelyn Hotel untuk minggu ini lewat malam kelmarin. Dia yang lewat membalas message aku memohon maaf kerana terlalu sibuk dan sangat kelam kabut dengan apa yang berlaku kepada keluarga mereka. Aku faham. Sebagai seseorang yang aku kenali, sudah pasti aku ambil berat. Yang tak aku kenali pun, aku ambil tahu juga. Aku pasti, bukan aku saja, tapi seluruh rakyat Malaysia dan dunia.

Aku pernah menonton satu temubual di tv tentang seorang lelaki India yang mana anaknya berada di dalam pesawat itu. Anak tunggalnya.. Segala keperluannya disediakan oleh anaknya itu. Dia tak punya banyak wang kerana bertugas sebagai pengawal keselamatan. Tapi cukup untuk menyara anak tunggalnya itu sehingga berjaya. Anaknya dalam perjalanan ke Beijing di atas urusan pekerjaannya. Meninggalkan seorang anak lelaki bersama isteri. Kata ayahnya itu, cucunya berpaut di kaki bapanya kerana tidak mahu bapanya pergi meninggalkan mereka. Yang buatkan aku sedih; dah la itu anak tunggal.. Semua keperluan si anak yang sediakan dan dia ada mengatakan baju yang dipakai masa temubual itu pun, anaknya yang belikan. Dia menanti anaknya pulang.. Dan tak mampu lelapkan matanya…Aduhhh… sangat menyayat hati…

Cepatlah semua penyelamat sampai ke kawasan yang menunjukkan terdapat beberapa objek di laut Selatan Hindi. Walaupun dah hampir 20 hari mencari.. Hari ini dah 122 objek yang timbul. Semua nak tahu juga objek itu dari mana. Keadaan cuaca dan laut bergelora membuatkan perjalanan penyelamat tergendala. Ya Allah.. permudahkanlah segala urusan mencari dan menyelamat.. Entah dah berapa ribu kali aku sebutkan doa ini.. Makbulkanlah..

Walaupun telah diumumkan mungkin tiada nyawa yang selamat, tapi jauh di sudut hati masih mengharap andai ada yang selamat dan berjaya berada di mana-mana pulau terpencil yang ada (andai ada) di perairan lautan Hindi yang besar dan dalam itu. Manalah tahu.. Semuanya dengan pertolongan Allah.. Dia Maha Mengetahui dan Maha Besar.. Harapnya ada..

Pertemuan dengan kakak angkat aku petang selepas dikejutkan dengan berita MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi, membuatkan aku dan Pingu terfikir sejenak apabila mendengarkan apa yang diluahkan tentang MH370. Katanya semua yang berada di dalam MH370, terutamanya yang Islam, pergi dengan diiringi doa oleh manusia seluruh dunia.. Kita kelak jika pergi hanya dari katil sendiri, belum tentu ramai yang mendoakan. Betapa bertuahnya mereka..(jika dilihat dari sudut agama Islam) .. Mereka yang dipilih Allah.. Mudah-mudahan mereka diterangi di sana dengan jutaan doa dari kita yang masih hidup ini. Rezeki mereka.. Kita? Belum tentu.. Bila terfikir akan perkara ini, terasa reda sedikit hiba yang ada.

Tak tahu lagi macam mana nak expressi kan rasa sedih ini.. Bila dah sedih, ambil masa pula nak sembuh.. Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan. Kita yang masih di sini, lebih banyak tanggungjawabnya di dalam kehidupan yang masih ada ini..

Redakan kesedihan.. teruskan perjalanan ini bersama doa semoga kita berada di dalam lindungan Yang Maha Esa… Time to move on.. Semoga tiada lagi yang menuding jari kepada sesiapa untuk mencari salah; dan tiada pula pihak mempolitikkan.. Ini ketentuanNya.. Terimalah dengan redha..

 

P/S: Penat tengok CNN yang tak sudah-sudah dengan berita yang entah apa-apa tentang Malaysia semenjak berlakunya misteri kehilangan MH370. Takkanlah Malaysia ni kejam sangat nak membunuh rakyatnya sendiri dengan menaiki penerbangan yang sekian lama punyai rekod yang baik… Adakala terasa pelik dengan cerdik pandai yang ada di sana….

Advertisements

4 Comments on “PUNAHNYA HARAPAN, BERAKHIRNYA PENANTIAN…

  1. Assalamualaikum Kak Nurul,

    saya pun sedih even takde saudara mara. rasa macam tak percaya pasal kejadian ni. sangat pelik. ape pun, kuasa Allah tu, takde siapa bole mengatasinya. berharap juga ada yang terselamat selagi tiada mayat dijumpai

  2. hanya Allah tahu… sedih bila muslim jadi mangsa bangsa asing.. terlalu banyak fitnah…
    semoga kita muslim dan rakyat malaysia bersatu teguh…

  3. Salam Kak Nurul..

    percaya ke tak ada survivor?

    sebenarnya..hati saya kuat mengatakan they are out there some where.

    Ya Allah… cepat2 lah temukan bukti. kalau benar terhempas, permudahkan lah pencarian jenazah2 dan jugak bukti kapal.

  4. Still hoping the best…manalah tau kan there are survivors. Kuasa Allah…miracle boleh berlaku.

    bila dengar wartawan dari CNN mengajukan soalan kpd DS Hishammuddin during PC…geram betul sbb dia datang dari channel yg memburukkn Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: