MASIH MENANTI DAN BERHARAP….

Tulislah sesuatu… cepatlah mula.. Zach sedang tidur tu. Keletihan selepas belajar swimming – kali pertama hari ini. Bukan main suka dengan air. Mak dia pun naik penat juga. Penat excited! Tak swim pun … Hanya melayan dia. Banyak hari menunggu nak menulis.. Ada hari tak rasa nak menulis. Ada hari tak sempat nak menulis… Ada hari, aku malas.. Hehehe..

Fikiran juga melayang merata.. Jari juga sibuk berjalan menekan telefon meneroka seluruh laman maya sosial.. Aduh.. mengantuknya.. Penat betul minggu ni.. Trip ke Cambodia selamat 5 hari – at least bagi aku rest sikit. Takde lah rehat yang macam mana… Hanya berasa lega menukar pandangan mata di negeri orang. Tetap penat dengan si kecil yang dah mula  melata. Tapi bukan sesuatu yang menyusahkan aku.

Melihat Zachary semakin membesar, membuatkan aku sering bersyukur dan tersenyum. Cepatnya dia membesar. Lagi seminggu dah genap 6 bulan. Alhamdulillah. Dia sentiasa sihat. Makin pandai macam-macam. Dah kenal nama sendiri juga. Gusinya yang dah mula gatal-gatal, setiap hari; adakalanya dia meragam. Tapi tetap senyum dan sangat sosial andai sesiapa saja yang menyapanya.

Begitu juga ketika di Phnom Penh Cambodia minggu lepas. Trip pertama Zach ke sana. Siap naik tuktuk! Atuk nya di France sempat menonton di Youtube dan segera menghantar email pada Eric dengan bertanya okay ke Zach naik tuktuk! Takut betul mereka berdua tu. Bimbang andai sesuatu berlaku pada Zach. Di dalam TukTuk tu, Zach tidur lena! Hahahha..  Bunyi bising enjin motor, tak dihiraukannya. Agaknya sedap berangin. Aku selubungkan muka Zach kerana di Phnom Penh agak berdebu. Jadi kena berhati-hati dengan baby kecil macam Zach.

Break yang sekejap itu – hanya untuk 5 hari kerana Eric ada urusan bisnes nya di sana dan juga untuk kami berehat bersama. Dia sangat busy setiap kali awal tahun. Kami tak sempat meluangkan masa bersama dengan panjang. Eric travel banyak lately – semenjak Oktober lepas hinggalah Mac. 6 bulan keluar masuk Malaysia. Minggu lepas tu adalah trip terakhirnya untuk beberapa bulan yang akan datang. Aaahh.. Lega.. Kalau tak, aku naik rimas sebab sering keseorangan. Lagi satu rasa lega kerana tahu dia akan sentiasa di rumah dan tak terbang seperti beberapa bulan yang lalu. Hati risau juga dengan keselamatannya setiap kali dia travel.

Lagi pulak dua minggu lepas masa Eric nak balik dari Itali, kena pulak dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370. Lagilah hati aku tak senang. Risau. Bukan risau saja, perasaan bercampur dengan sedih dan tak percaya ianya berlaku kepada MAS.

Sehingga ke hari ini masih sedih. Sungguh misteri kehilangan pesawat hebat milik MAS ini. Hari ini (kala entry ini ditulis) dan dua minggu. Masih tiada tanda-tanda di manakah ianya berada andai ianya selamat mendarat. Tiada pula tanda-tanda ianya mengalami kecemasan dan apa-apa kemalangan. Minta dijauhkan..

Salah satu sebabnya juga aku tak boleh menulis. Aku salah seorang rakyat Malaysia dan penduduk dunia yang masih terkejut dengan berita kehilangan MH370. Boeing 777-200 itu sangat bijak sembunyi dari semua sistem radar hebat dunia yang dipunyai oleh semua negara maju. Di manakah mereka? Setiap hari aku berdoa semoga mereka yang berada di dalam pesawat itu ditemui dan kembali dengan selamatnya.

Ketika aku, Eric dan Zachary di dalam perjalanan ke Phnom Penh last week, hati kami dibisik pilu dan terasa dengan kehilangan anak-anak kapal dan kapten apabila kami melihat bagaimana semua kakitangan dan anak kapal menjalankan tugas mereka. Kesian dan simpati dengan anak-anak kapal di atas MH370. Terasa sangat sayu. Pramugari dan pramugara kita di antara yang terbaik yang menerima anugerah di atas servis yang sangat memuaskan.

Aku ni pula ada ramai kawan yang bertugas dengan MAS. Bilang salah seorang kawan aku, dia sedih dan sedikit sebanyak, moral mereka jatuh. Katanya dengan spekulasi dantuduhan macam-macam membuatkan mereka kecewa dan amat terasa. Aku hanya mampu berikan kata-kata semangat dan perkara ini telah tertulis. Soal spekulasi pula, tiada siapa boleh kawal. Kita manusia; ada banyak jenis manusia. Semuanya boleh bersuara memberian pendapat. Cuma ada sesetengah pendapat tu, diiakan walaupun ianya hanya pendapat biasa dari manusia biasa yang lain.

Di dalam pesawat ke Phnom Penh tu, hati aku sempat berbisik dan fikiran mula mengusik dengan berkata, andai kata aku dan suami yang berada di dalam MH370 itu.. atau pesawat yang akunaiki itu menerima nasib yang sama… bagaimana keadaan kami? Mungkin hanya kami yang tahu..

Tapi kali itu dan hari itu,  bukan nasib kami atau semua yang membaca entri ini untuk berada di dalam pesawat besar itu. Nasib kita baik. Kata suami aku, kita tak tahu dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita. We never know.. Kita hanya mampu berdoa agar kita  sentiasa dilindungi Yang Esa dan tidak menerima apa-apa malapetaka. Namun, Hanya Allah Maha Mengetahui… Dia yang mencipta, Dia yang menentukan segalanya serta Dia yang menghidupkan dan mematikan…

Kita; Malaysia – menerima liputan yang sangat hebat dari media antarabangsa semenjak kehilangan MH370. Sehingga CNN membuat laporan khas dan setiap hari dalam beberapa hari ini. Membicarakan dan bertanyakan pendapat dari mereka yang pakar dalam bidang aviation dan yang berkaitan. Semua mata mengalihkan pandangan kepada Malaysia.

Liputan luas itu membuatkan semua bangsa asing yang aku kenali, menyatakan perasaan mereka. Aku juga disapa oleh seorang pelancong Inggeris ketika aku berada di Phnom Penh dengan mengatakan betapa dia juga berasa sedih untuk semua penumpang dan rakyat Malaysia dengan apa yang menimpa kala ini. Orang luar pun berasa sedih… Kita sebagai rakyat Malaysia, lagilah..

Insiden ini membuatkan kita semua amat terasa… Aku tersentuh apabila menonton di TV minggu lalu yang mana semua bangsa dan agama turut sama berdoa dan mengadakan upacara untuk memohon dipermudahkan dan dipertemukan pesawat MH370. Betapa bersatunya rakyat Malaysia.. alhamdulillah..

Entah apa yang mahu Allah tunjukkan buat kita dengan kehilangan MH370. Ujian yang sangat hebat buat semua. Kita orang luar; bagaimana keluarga penumpang dan anak-anak kapal? Mereka lebih merana… anak isteri, ibu bapa dan suami yang ditinggalkan.. aku pasti perasaan mereka bercampur-campur dan harapan lebur setiap kali tiada berita yang sahih yang bisa diterima. Buntu, sudah tentu.

Semua orang terasa. Lebih-lebih lagi kepada yang dah berkeluarga. Aku tak boleh nak fikir keadaan dua bayi di dalam pesawat itu. Apakah nasib mereka? Apakah yang berlaku sebenarnya?

Don’t stop our prayers to all of them on board Malaysia Airlines MH370. Kepada keluarga anak-anak kapal dan juga penumpang, perkataan sabar sudah pasti naik muak di telinga kalian dan aku pasti dah tak boleh nak faham dengan maksud sabar lagi. Kepada yang umat Islam lebih mudah menerimanya kerana kita percaya akan Qada dan Qadar. Namun begitu, ianya tetap perit. Apa jua berita yang bakal kalian terima; terima dengan redha.

Ramai yang mendoakan semoga semuanya selamat. Aku antara yang berjuta berdoa. Tidak pernah melekap di depan TV seperti sekarang ini. Siaran Astro Awani dan CNN tak pernah aku dan suami pasang seharian. Dah dua minggu begitu. Tak cukup di sini, di Phnom Penh pun. Tak puas hati dengan berita CNN, buka pula Astro Awani secara online. Aku antara ramai yang menanti kepulangan MH370.

Tiba di KLIA semasa aku dan Eric pulang dari Cambodia tempoh hari, aku didekati dua pegawai imigresen wanita. Mahu melihat Zach katanya. Rupanya mereka di antara ramai pembaca blog aku. Lupa pula nama mereka berdua. Aku tak sempat nak take note. Tanya mereka tiada ke update entry baru. Balas aku, aku tak dapat menulis kerana terlalu sedih dengan keadaan dan berita yang membuatkan kita semua buntu.

Hari ini kuatkan juga kerana dah macam-macam terbit dalam kepala ni nak bercerita. Rasa sunyi pula dengan diri sendiri kalau tak menulis. Tiada cerita yang menarik atau kelakar. Hanya cerita ini. Cerita penuh misteri dan hiba.

Semoga Allah makbulkan semua doa rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Semoga MH370 kembali dengan selamatnya.. Ammmiiinnnn…..

P/S : Bangga dengan semua rakyat Malaysia yang bersatu membantu secara formal mahupun tidak. Secara nyata dan secara seyap. Dengar cerita ada underground movement yang mengumpul segala keperluan petugas keselamatan, polis, kakitangan KLIA ; sehinggalah kepada penasihat dan perunding keluarga mangsa – dengan memberi air dan makanan. Mereka ini, tidak mahu dikenali. Betapa murninya jiwa insan yang faham akan keadaan yang berlaku serta sedia menyalurkan bantuan. Syabas dan semoga Allah memberkati. Apa saja bantuan yang diberi, aku pasti ianya bertujuan baik. Niat yang baik, insyaAllah dibalas dengan baik. Asalkan jangan sampai menjadi isu mahu cari nama serta memalukan orang kita dan negara.

Advertisements

3 Comments on “MASIH MENANTI DAN BERHARAP….

  1. Hi The Lovely Nurul,

    Great write-up! Insha Allah, one fine day MH370 will return. Here in SG, we’re praying for those onboard.

    Much Love from ME : )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: