SALAH PERAMPAS…. ATAU… YANG MINTA DIRAMPAS?!

Salam buat semua yang lama menanti tulisan dari aku. Maaf ya.. Agak kelam kabut lately. Bukan busy sangat pun dengan kerja.. Ada lah juga sikit-sikit tapi banyak yang kelam kabut dengan kehidupan peribadi, dengan kawan-kawan dan juga dengan diri sendiri. Kelam kabut dan haru biru juga di dalam kepala ni. Naik serabut! Break down sekejap last two weeks. Bukannya masalah peribadi tapi dengan kerja.. Rasa nak buat macam-macam tapi tak tercapai dan tak termampu. I know I can do more tapi tak dapat buat. Jadi, aku crash sekejap. Jadi haru biru.. Kena pulak beberapa perkara dan aktiviti yang aku sepatutnya buat dan dah confirm mulut pun… tak jadi pulak.. Itu yang trigger aku naik hantu kejap! Hahhaha.. Tapi takde apalah.. rezeki tak ada. Ada yang lain yang akan datang. Kepala terganggu, aku taknak menulis. Nanti habis semua negatif keluarnya! Maaf ya semua, terutamanya kak Niza Noordin. Haa.. ni dah ada ni .. Dah okay balik nak menulis .. Jenuh nanti akak dan yang lain membaca! hehhehe.. Selamat membaca!

Hari tu nak menulis pasal Shah Rukh Khan, tak sempat! But I will publish once I finished. Shah Rukh Khan famous forever. Bila-bila nak cerita pasal dia pun boleh! Makin berumur makin menjadi ek… Aku nak juga jadi macam tu. But I must work harder! Will do.. In shaa Allah.. Banyak benor idea dalam kepala ni… Harap-harap dengan Pingu bekerja dengan aku sepenuh masa selepas ni, dapat memenuhi segala impian aku…. Yang nyata yang banyaknya impian dia. Dia nak aku jadi lebih bagus dan berjaya. I don’t have a manager… tapi cukup dengan sekenit tu yang selalu push aku buat itu ini. I need that! Thanks Pingu! Walaupun adakala bingit dan naik ‘benggang’ =  bengong+bangang – perkataan baru yang tercipta bila banyak sangat bersembang dan tak tahu mana nak stop. Nak cepat je.. itulah jadinya. Tergabung dua perkataan! Hahahaa .. Jangan tiru ya! Tak bagus untuk kesihatan.. Hahhahaa..

 

Macam-maca berlaku dua tiga minggu ni. Aku masih menemani kawan baik aku yang baru sahaja kehilangan suaminya 4 minggu yang lalu. Kesian dia. Hilang tempat bergantung. Aku bersama dua lagi teman ambil giliran untuk menemaninya. Dia tak boleh tinggal keseorangan sekarang. Not the time yet. Nanti asyik nangis je. Kalau ada orang dengannya, lain sikit ceritanya. But I know she will be okay. Lagi pulak kalau ada Zach dengan dia. Dia suka baby tapi tak punya satu pun. Jadi, hilang sikit sedihnya bila ada baby kecil macam Zach. Zach pun happy bila selalu dinyanyikan dan dilambung-lambung kawan baik aku tu! I’m happy to help her and I need to. Nama pun kawan baik. Aku tak kisah terpaksa mengangkat banyak barang Zach tatkala aku bertandang ke rumahnya.

Sedihnya bila kehilangan tempat berteduh. Hilang ibu bapa paling teruk. Bermakna hilang doa yang makbul dan tempat mengadu. Suami pula; hilang syurga. Aku terfikir; dan tak mahu fikir andai perkara seumpama itu berlaku pada aku. Aku tahu, mati itu pasti. Takut bila fikirkannya. Bagaimana menempuh hari-hari mendatang tanpa orang yang kita cintai. Tak ada bersama beberapa hari saja, dah buatkan aku haru biru.. Itu dah pasti balik.. eee.. Tak mahu bayangkan. Ya Allah panjangkan usia suami ku… Amin..

Itu cerita hilang suami kerana mati… Ni apa cerita rampas merampas dan cerai berai ni?!.. Issshhh.. Cerai hidup ni sakit tau! Macam-macam rentetan cerita akan keluar. Lebih-lebih lagi kalau bersangkut dengan seseorang berstatus artis. Cerita ni lebih berminat aku nak ceritakan berbanding cerita Teaterikal Suara Kita yang aku pergi tengok Isnin lepas. Itu kita cerita Ahad ni ya.. Meh nak cerita pasal kecoh kes Hanez Suraya dengan mamatnya!

Aku pernah jumpa Hanez hanya sekali tahun lalu di bilik make up Berita Harian kerana menghadiri sessi fotografi. Orangnya baik saja aku tengok. Tahu menegur dan menghormati orang lain. Agak kelakar juga. Adakala dia seakan di dalam dunianya sendiri. Itu yang aku nampaklah.. Tak tahu bagaimana dia punyai ramai haters – yang aku dengar dan tengok di FB dan Instagram. Hmmmm..  Tapi macam aku juga.. Aku rasa aku ni baik gila lah kan.. Tapi ada juga yang tak suka! Kalau dah tak suka, memang tak sukalah jadinya. Adakala naik kesian juga dengan kata-kata kesat yang dilontarkan padanya. Ye lah.. orang dah tak suka, mesti ada sebabnya. Aku tak berani nak campur.

Aku bukan nak cerita pasal tu. Aku nak cerita pasal isu perampas yang diberikan padanya. Memang bila ada isu ni, perempuan yang selalu diherdik, dihina dan dikata macam-macam. Takde pulak aku tengok si mamat yang nak kawin dengan Hanez ni ada page yang dibuat haters nya. Mungkin ada tapi aku yang tak tahu. Aku tidaklah follow sangat. Hanya mendengar dan baca sikit-sikit tentang isu ini.

Bagi aku, jangan hanya memandang serong pada yang dikatakan merampas itu. Mungkin yang offer diri untuk dirampas tu, yang punya salah. Lelaki ni buat apa pun nampak baik. Kita tak tahu apa yang diayatnya sampai lembut hati si perempuan. Kena pulak kocek tebal.. sangat senang nak tabur… bukan tabur duit saja, malah janji. Aku cakap ni based on experience. Lelaki status suami orang kalau nak, memang diburuk-burukkan isteri. Susah nak cari yang tak burukkan isteri kalau dia mahu menambah cawangan.

Dalam 5 pengalaman aku, 1 je yang tak burukkan isteri. Yang 4 lagi… hmmmm.. habis disumpah seranah isterinya. Hmmm.. terfikir sekejap masa tu.. gelak pun ada.. kalau kat isteri dia, dan ibu pada anak-anaknya boleh dikata macam-macam, kalau aku kelak, macam mana?! Sama je ye tak.. Dalam pengalaman perkahwinan pertama pun dah pernah kena. Lebih baik toksah la nak terjebak lagi dengan lelaki-lelaki lupa diri macam ni.

Itu fikir aku lah masa tu. Lagipun, aku taknak jadi nombor dua, tiga, empat.. sebolehnya lah.. Lagipun, itu pesanan arwah mak yang berstatus isteri nombor 2. Bukannya mudah. Kes mak aku, dia bukan nak merampas, tapi status jandanya mendorong dia menjadi isteri nombor dua. Arwah Abah tak pernah juga kutuk isteri pertamanya. Cuma dia takut dengan isterinya yang sememangnya garang!  Jadi, dia cari yang lemah lembut – macam mak aku. Nyata mereka hidup gembira hingga akhir hayat. Tak happy saja sangat la kan.. Anak mereka bersama 13 orang kot! Hehehe.. I’m proud of the number! Hahahha…

Eh.. dah lari tajuk.. hehehe.. Tak baik bila berduit, lupakan isteri yang melahirkan anak. Lupakan pengorbanannya, masanya dan sebagainya. Kalau dah awal-awal rasa tak happy dengan perempuan yang nak dinikahi, kenapa kahwin? Jadi kes menganiaya perempuan pula bila jadi macam kes Hanez ni. Ini pendapat akulah ya. Hanez pula pada aku agak kurang bijak menjawab soalan. Kenapa mencabar.. Kan ke dah jadi makin complicated.. Diam saja dan biar kes mereka suami isteri selesai dahulu. Tak baik pun nak cabar-cabar orang. Lebih-lebih lagi si isteri atau bekas isteri.

Jadi perempuan ni kena bijak dengan lelaki. Jangan langsung termakan cakap mereka. Check dulu kiri kanan depan belakang statusnya betul-betul. Aku tahu kalau perempuan yang takde pengalaman dengan lelaki macam ni, memang susah nak jangka atau nak tahu samada lelaki yang kita jumpa tu bercakap jujur ataupun tidak.

Apa-apa pun, kita yang mendengar dan berada di luar lingkaran dua insan yang sedang hangat diperkatakan ni; tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kita tak boleh nak judge mereka dan menjatuhkan hukum dengan mengatakan yang bukan-bukan. Hanya mereka yang tahu. Harapnya Hanez Suraya tidak mudah kabur dengan wang dan kebendaan. Lihat juga dari sudut yang lain. Ingat, perempuan ni mudah disukai lelaki dan mudah dicaci umum. Mudah juga nak dibuangnya kalau dia dah tak mahu kelak. Ramai dah terkena dan banyak yang dah berlaku yang kita dengar dan lihat. Semoga si isteri tabah menghadapi kehidupan yang mendatang. Jadi perempuan bukan saja kena bijak, tapi perlu kuat dan punyai sabar yang tebal.

P/S: Kalau kes yang macam ni, bukan saja si perempuan yang terkena dan dipandang buruk.. lebih sedih bila perempuan juga yang mengata perempuan. Yang si lelaki diam je silang tangan dan duduk membatu. Lelaki lain yang tak terbabit, langsung tak ambil pusing. Yang pedih menerima hinaan dan cacian adalah PEREMPUAN.

Advertisements

6 Comments on “SALAH PERAMPAS…. ATAU… YANG MINTA DIRAMPAS?!

  1. setuju nurul,
    tulisan nurul sangat2 bernas.

    ramai yang tak suka hanez sejak dia mula mencabar” jika benar kekasihnya suami orang, sila serang dia”

    tapi respek bini kekasih dia yang bermaruah, tak serang kan, semalam kat galaxy ada keluar lagi kes hanez, tapi i malas nak tgk, now i m waiting u kuar dlm HMI je ..bila agaknya.. 🙂

    terbayang2 je u nyanyi rindu gilerrr,

    • SALAM NOR. THANKS FOR READING

      INSYAALLAH SOON.. KENA CALL PRODUCER HMI. AKNA DIUSULKAN.

      TAKE CARE ❤

  2. elaki memang salah. People choose to not talk about it bcos there’s no point. Men are opportunists.

    However, only women can understand women. So how can we betray each other and let the men win? If all women stand firm, and jaga harga diri, banyak rumah tangga yang mungkin boleh diselamatkan. I don’t understand mcm mana ramai perempuan yg sanggup hancurkan rumah tangga orang lain demi kebahagiaan sendiri. Hancurlah juga hati naluri sesama wanita di saat itu!

    Setiap kebahagiaan wanita yg dihancurkan oleh wanita lain, seluruh kaum wanita akan terasa sama -dikhianati.

    And hence the reason why perempuan mengata si perempuan. 😉

  3. Thaaaank youuuu!!! 🙂 ❤

    my opinion, hanez should talk less sbb at the end she is making things more complicated for herself but i hope semua ini dapat diselesaikan cepat dan aman. mungkin dia pun kusut memikirkan hal ini jadi apa yg keluar dari mulut dia adalah ayat2 yg kurg bijak. moga lepas ini hanez lebih berhati2 & belajar dari kesilapan. InsyaAllah.

    tapiiiii rasa geram sgt dengan lelaki itu. nak huraikn panjang tapi mmg gerammm! hishhh!

    • sabaq sabaq.. hehehe… Cerita tu dah jadi tak famous. being saved by the missing flight!

  4. Assalam Kak Nurul, suka baca tulisan akak cuma jarang comment. Satu perkara yang saya suka dan kagum dengan akak ialah ketabahan akak yang bijak mengendalikan badai yang pernah melanda akak. X pernah menjaja atau memburukkan pihak yang di sana. Akak relax dan cool je. Walaupun tak selalu comment kat sini saya selalu stalk akak kat instagram tapi using my business account @tupperwaremurahmalaysia hehehe. X sempat nak log in dan log out guna private insta sebab sibuk layan customer. Maaf jika akak tak selesa. Semoga bisnes @newrulescollection akak meletop dan bawa rezeki melimpah ruah. Untuk cadangan maybe akak boleh masukkan nanti office wear. Mesti laris sebab hari2 orang nak pakai. Price pun kalau reasonable, tiada alasan untuk menolak. InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: