PRAYING HARD FOR MH370….

Hari yang sangat sedih.. Hilang semua cerita lain.. Pasal bintang filem ke, pasal perampas ke, pasal politik.. dan yang lain-lain.. Hanya satu cerita yang menyelubungi Malaysia dan dunia hari ini.. Aku terkedu sedari awal pagi tadi apabila mendapat berita dari laman sosial twitter. Bingkas aku bangun dan segera switch on TV. Almost every news channel bercerita tentang insiden ini. CNN membuat full coverage malah menemubual VP Operation Officer MAS.

Langsung berasa sayu di hati.. Aku dah lah sorang-sorang di rumah. Eric telah tiba di Itali pada Khamis lepas. Dia akan balik petang Isnin dan tiba 11 Mac iaitu petang Selasa. Aaarrgghhh.. Rasa ini paling aku tak gemar. Sedih sangat.. Bimbang mula menyerang jiwa. Risau dengan suami yang bakal pulang dari jauh. 12 jam penerbangannya dari Paris selepas tiba dari Milan Itali. 14 jam jumlah penerbangannya.

Tak mahu melayan fikiran ku yang melayang jauh berfikir yang bukan-bukan. Kalau dilayan, fikiran kita ni memang akan lebih jauh perginya. Aku tak mahu fokus kepada perkara yang negatif. Ianya adalah satu energy. Jika difokus, menjadi doa pula. Nauzubillah.. Ya Allah lindungi suami ku di mana saja dia berada.. Amin..

 

Hari ni aku merupakan antara jutaan penonton setia Astro Awani.. Selepas CNN di paginya, aku langsung memilih siaran itu kerana mahukan berita terkini dari insiden tersebut. Satu hari termenung dan kelu. Tak sangka pun ada. Aku ni frequent flyers juga. Suami aku lagilah. Tak pernah terfikir syarikat penerbangan yang hebat seperti MAS; yang menerima banyak anugerah dan juga mempunyai reputasi yang tinggi; mengalami insiden sebegini serta ianya berlaku dengan pesawat boeing 777-200 .. Pesawat yang dikatakan paling selamat dan sangat canggih.

Bagaimana hebatnya pembuatan manusia, kita tak mampu melawan Tuhan. Allah Maha menentukan segalanya. Dia Maha Mengetahui.. Dia Maha Besar.. Kita hanya manusia hanya mampu merancang. Takdir semuanya datang dariNya. Kita tak mampu melawan takdirnya.

Aku tak habis-habis melihat senarai nama anak-anak kapal. Bimbang andai ada pula kawan aku yang bertugas di dalam penerbangan itu. Aku punyai ramai juga kawan-kawan yang bertugas sebagai pramugara dan pramugari. Tiada seorang pun kawan kau yang bertugas di dalam pesawat itu. Namun begitu, aku tetap sedih dan mengharapkan yang terbaik buat semua 239 penumpang pesawat MH370 itu. Lebih sayu apabila aku tahu ada 2 anak kecil di antara kesemua penumpang.. Ya Allah.. kesiannya..

Macam-macam spekulasi sepanjang hari ni. Mulanya berasa lega apabila ada kawan-kawan yang update yang mengatakan MH370 selamat mendarat di Nanjing. Pesawat itu dikatakan tiada elektrik dan pilot memandu secara manual dengan selamatnya. Lega sekejap. Tapi tak lama apabila MAS mengesahkan MH370 belum dijumpai dan berita itu adalah palsu. Hampa pula terasa..

Ada pula berita di satu laman web yang mengatakan mendapat berita dari tentera laut Vietnam yang mengatakan telah merekod satu pesawat terhempas dan kesemua penumpang mati.. Macam nak kena heart attack jap bila baca artikel tu. Ada pula warga Vietnam yang melihat satu objek jatuh ke bumi disangkanya meteor kerana cuaca kurang baik di sana semalam. Itu antara berita yang tidak disahkan oleh negara kita Malaysia. Jadi, aku putuskan tak mahu percaya apa yang aku baca.

Dalam pada macam-macam spekulasi, ada pula yang buat lawak bodoh dan kurang berperikemanusiaan serta mungkin dia menganggap perkara serius sebegini boleh dibuat main. Paling tak best yang buat lawak tu datangnya dari golongan artis. Kalau dia seorang pelawak, lain cerita. Ini tidak.  Yang best nya, pelawak pun tak buat joke dalam keadaan cemas sebegini. Memang ‘sangat lawak’ lah jenaka dia tu. Zed Zaidi, sampai bilalah nak berubah…

Aku tahu dia ni kalau bercakap memang tak fikir. Main sedap je mengeluarkan kata-kata tak kiralah melalui laman sosial atau pun ditemubual di TV. Tak payahlah pegang apa-apa jawatan lagi. Buat malu artis je. Dah cukup dulu dengan apa yang dikutuknya pada Aaron Aziz. Nyata dia ni kurang berakal. Bila dah tak berakal, maknanya memang tak berhati perutlah. Kalau terbaca entry ni, nak benci aku, bencilah. Aku tak mahu sokong orang yang kurang bijak dan kurang sensitivity terhadap perkara penting yang berlaku kepada insan lain dan dunia. Hope this incident will give him a good lesson. Biarlah, Zed Zaidi tak penting. Yang penting adalah keselamatan kesemua penumpang yang berada di dalam pesawat MH370.

Aku turut terkejut apabila petang tadi mengetahui ada salah seorang penumpang adalah anak saudara kepada Ketua Polis Kuching yang mana aku mengenali mereka semenjak aku berumur 17 tahun. Anak saudara Tuan Roslan Bek Mohamad dan isterinya Kak Lina juga dalam perjalanan menuju ke Beijing. Pastinya seluruh keluarga mereka sangat sedih sekarang ini.

Aku tengok di Lapangan Terbang Beijing lebih teruk. Ada yang meraung dan menangis tak henti-henti. Ye lah.. kalau kita pun menangis juga jika ahli keluarga kita berada di dalam situasi yang sama. Ahli keluarga yang dihubungi pastinya terkedu dan tak pernah sangka perkara sebegini akan berlaku. Aku yang takde sesiapa yang kena mengena ni pun, berasa sangat sedih dan tergamam.

Hanya doa mengiringi usaha pencarian yang sedang giat dilakukan. Sangat pelik dan sangat mendukacitakan. Dah melepasi 12 jam MH370 hilang dari menara kawalan dan tidak dapat dihubungi.. Aku tidak tukar siaran.. Hanya Astro Awani yang aku tonton. Hingga ke saat ini pun masih mendengar setiap update yang dibaca pemberita. Walaupun ianya diulang berkali-kali, tidak aku jemu kerana aku mahu tahu apakah cerita terbaru yang dikeluarkan. Semoga Allah meringankan beban semua dan memudahkan usaha pencarian dilakukan. Amin.. amin..

Pastinya semua mengharapkan yang terbaik. Jangan putus berdoa. Semoga MH370 ditemui dan penumpangnya selamat serta kembali kepada keluarga masing-masing seperti biasa. Itu harapan aku .. dan aku pasti semua juga mengharapkan sedemikian. Doa aku bersama semua penumpang MH370 dan juga semua anak kapal, serta keluarga mangsa. I feel you. May Allah ease…

Masih tergamam tatkala menghabiskan coretan ini.. Semoga MAS belajar dari kejadian ini dan memastikan semua pesawat di dalam keadaan yang baik sebelum berlepas. Aku pasti itu yang sering dilakukan syarikat penerbangan yang bereputasi tinggi ini.

P/S : Marah sikit dengan kakak aku bila baca FB dia tadi (dia tak tahu aku marah) . Dia ni penyokong kuat satu parti. Aku tak kisah nak sokong siapa pun.. tapi jangan pula membuat kesimpulan kejadian MH370 adalah balasan Tuhan pada pemimpin negara terhadap keputusan mahkamah semalam… Bukankah kita semua percaya Qada & Qadar Tuhan? Semuanya berlaku di atas ketentuanNya..  Andai ada yang meninggal, bukankah kita percaya bahawa ajalnya telah sampai? Dan bukannya di atas sesuatu perkara yang kita tak suka berlaku pada kita dan dibalas Allah.. Kan ke tak baik tu….  Alahai kakak ku sayang…

Advertisements

5 Comments on “PRAYING HARD FOR MH370….

  1. Sedih dan sebak bila dapat tau kes ni. Bayangkan pesawat boleh hilang tanpa kesan. Kalau terhempas mana serpihan kapal… kerusi-kerusi penumpang? Ini semua kehendakNya. Hanya mampu berdoa agar semua selamat. Betullah Nurul, saya baca dlm twitter artis tu naik geram pun ada. Fikirlah dulu sebelum cakap… bila org ramai dah marah dan maki baru nak sedar. Pada yang fanatik sgt dgn politik tak perlulah babitkan perkara ni. Janganlah jadi mangsa politik. Befikiranlah secara rasional dan matang.

    Nurul…. apa baby Zach tgh buat? Dah meniarap ke? Si mata bolat. 🙂

  2. off n on airmata dok keluar. baca post ni pun airmata keluar. rasa nak tolong tapi apa k.niza boleh tolong? tiada kepakaran. hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Awani is fav channel for the past 2 days, berat hati nak datang ofis sbb next press conf is at 12 noon. mana nak cari tv time tu. im still hoping the best for all of them. mana tau kot2 they are not in the sea but safely landed kat mana2 hutan & waiting for pasukan penyelamat. how i wish.

    tweet zed zaidi sangat memalukan. mula2 baca mmg terkejut..sbb capable of saying such thing. dlm hati dok pikir..dia ni human ke? jawatan yg disandang tu patut step down dah…sbb rasa tak layak sbb he is thoughtless & brainless.

    semoga Eric selamat sampai ke Malaysia 🙂
    Hugs to Zach ❤

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: