KAMU-KAMU ITU.. KAMU YANG TAK TAHU…

Setiap orang dalam hidup ini ada cerita dan pengalaman hidup masing-masing. Bila dah ada cerita  masing-masing, semuanya ada hak dan cara masing-masing untuk meluahkannya. Aku, dia dan mereka.. Semuanya ada cerita tersendiri. Cara aku, aku menulis. Aku cerita apa yang aku rasa aku perlu cerita. Aku simpan yang mana yang sensitif. Status sebagai seorang artis; melarang aku bercerita 100%. Adakala aku berseloroh. Adakala aku hint tentang seseorang yang ada kaitan dengan aku hanya sekadar mahu meluahkan rasa.

Aku cerita tentang seseorang itu andai individu itu ada mengganggu aku. Orang luar mungkin tak tahu. Aku buat dalam bentuk jenaka. Ada setengah pihak terasa hati pula. Ini diari aku. Kisah aku. Yang kurang gemar dan benci akan aku, jangan sentuh dan jangan sesekali datang ke mari membaca. Buat apa mahu menambah kebencian kamu terhadap aku. Kamu tidak duduk di dalam situasi aku serta kamu bukan aku. Kamu tak tahu apa yang aku lalui dan apa yang aku rasa.

Adakala cerita lama muncul kembali apabila emosi aku diusik dengan pelbagai tohmahan yang disebarkan. Orang luar tak tahu. Hanya telinga milik aku yang mendengar dan hati aku yang merasa sakitnya. Ketawa aku hanya sebagai menutup kesengsaraan yang mungkin tidak dapat dilihat oleh mata kasar sesiapa saja yang berada di hadapan aku. Tapi cukup faham bagi mereka yang berada di sisi aku setiap waktu aku dihimpit pilu.

 

Cukup cerita yang lalu. Entry ketawa aku semalam, ada pula yang tersalah anggap. Bukan aku ketawa akan kesengsaraan atau kesusahan orang lain. Aku ketawa kerana berasa lucu. Ianya seakan menonton cereka komedi. Bukankah selalunya kita ketawa bila ada yang mencuit hati? Hmmm.. Entahlah.. Tidak langsung pula aku rindu akan kehidupan yang lalu. Malah langsung lupa akan mereka yang melukakan. Dah lama aku buang tapi di belakang tulisan dan di belakang tabir, ada yang menyentuh dan menganggu terrotori aku. Aku sebut, aku tulis apa yang aku rasa di laman ini untuk dibaca mereka yang faham perjalanan aku selama ini. Aku tulis apa yang terlintas di fikiran dan apa yang hati aku mahu ceritakan. Pada aku, yang tidak memahami, tak perlu cuba untuk memahami.

Mungkin kamu tak tahu, aku terkena juga tempiasnya. Aku disoal juga walaupun sudah tiada kena mengena. Hasilnya, tajuk utama yang buatkan aku tercengang juga. Salah aku.. Pengalaman 20 tahun, masih belum cukup mengajar aku. Aku tak pandai untuk mengelak kerana yang bertanya itu juga adalah manusia yang punyai perasaan.. Sama seperti aku. Jadi aku jawab. Sebagai menutup rasa marah akan diri sendiri dan rasa bersalah pada suami; aku berseloroh dan ketawa. Aku sulamkan di dalam tulisan aku di dalam diari ini. Kamu tidak tahu akan perkara itu kerana aku tidak mahu kamu tahu. Semuanya kerana mahu menjaga hati dan menjaga privasi. Bimbang andai menjadi kontroversi.

Aku hargai teguran yang diberi. Tapi bukan teguran yang sengaja untuk menyakitkan. Kamu tahu siapa kamu. Semoga Allah beri petunjuk dan aku tahu aku bukan sepandai kamu dan bukan sebaik kamu. Harap kamu-kamu itu jangan lagi kemari hanya sekadar untuk menyakiti. Ketahuilah kamu-kamu itu yang aku amat bahagia kini dan aku bangga dengan setiap apa yang telah aku lalui.

Allah Maha Mengetahui dan aku bersyukur kerana Dia berikan aku peluang kedua serta satu kehidupan yang sangat bahagia bersama lelaki yang boleh aku sandar dan terima siapa aku yang sebenarnya. Dia beri aku sepasang ibu bapa mertua yang faham dengan keadaan aku yang sukakan privacy antara aku dan anak mereka. Mereka bukan Melayu. Sikap terus terang kami menjadikan kami lebih akrab. Orang luar tak tahu.. Langsung berkata akan luahan tentang privacy yang aku dan suami dapat semula seminggu yang lalu, sebagai sesuatu yang kasar yang mungkin akan melukakan hati kedua mertua andai dia memahami Bahasa Melayu. Ketahuilah kamu, kedua orang tua itu tahu.

Hidup lama, dah lama aku padamkan.  Langsung tidak terasa yang aku pernah melaluinya. Memang tak mahu disebut. Hanya setakat minggu lalu dan minggu ini disebut. Itupun ada berkaitan yang kamu tidak tahu apa yang berlaku di belakang aku. Jadi aku sebut dan ceritakan. Kebanyakkan yang aku ceritakan tentang masa lalu sebelum ini, adalah cerita yang bisa dijadikan teladan dan bukannya untuk diketawakan atau untuk dicerca. Kalau aku masih mengenang, masakan aku marah apabila disebut nama itu di belakang nama aku sebelum ini. Aku mahu lari dari nama itu dan orang itu. Andai terlintas sesekali di minda akan ceritanya, pantas aku buang dan lontarkannya jauh-jauh. Adakah kamu tahu? Kamu tak tahu..

Kamu mungkin tak punya pengalaman seperti aku, jadi kamu agak kurang fasih dengan apa yang aku tulis di dalam bahasa yang mudah bagi aku untuk difahami umum. Mungkin juga kamu-kamu itu baru beberapa kali membaca tulisan aku. Mungkin kamu tak tahu bagaimana cara aku sedari awal – 18 bulan yang lalu – cara aku menulis diari aku ini. Nyata kamu tak kenal dan tak mahu tahu siapa aku dan apa yang aku cuba kongsi dan ceritakan apa yang aku tahu. Kamu belum tahu siapa aku..

Aku maafkan kerana aku bukan seorang yang suka menyakiti hati orang lain. Terima kasih di atas teguran dan komen yang kamu pasti mahu menyakiti insan yang bernama Nurul Wahab Depp. Aku bukan seorang yang dungu dan bukan juga seorang yang tidak boleh diajar. Mak Abah aku cukup ajar untuk menghormati dan memaafkan andai ada yang menyakiti – tidak kira sesiapa pun. Mungkin sekarang kamu tahu.

Aku pun tak tahu cerita hidup kamu. Jadi bukan hak aku untuk mencerca atau memberi komen yang bisa menyakiti hati kamu kerana aku tak lalui apa yang telah kamu lalui. Aku tak rasa sakit yang kamu rasa. Aku tak punya hak untuk membuat kesimpulan atau mengadili kehidupan orang lain yang telah banyak melalui pelbagai suka dan duka kerana bukan aku yang melalui dan aku tahu bagaimana rasa sakitnya andai ada yang berbuat sedemikian. Aku tahu.. Kerana telah merasainya…. Adakah kamu tahu? Mungkin kamu belum tahu…

P/S:  Hmmm..  Asyik makan tauhu je semenjak jadi vegetarian ni… Itu yang asyik sebut tahu.. tahu…tahu.. Hahahahaaa… oopppss.. Nurul, jangan ketawa, nanti kena marah lagi! Asyik nak buat lawak je.. Kena masuk Maharaja Lawak lah kalau macam ni! Hahhaha…

Advertisements

12 Comments on “KAMU-KAMU ITU.. KAMU YANG TAK TAHU…

  1. Mungkin niatnya betul cuma sususan ayatnya membuatkan nampak kasar. Semua orang mendoakan yang terbaik dan it’s true sapa yang pernah rasa jer faham walaupun orang itu telah dimaafkan. So, berhati-hati dengan ayat yang gunakan supaya tiada sesiapa yang terasa hati. Keep the positif mood okay kak. Muaxxx to Zachary…

    • Ya true irina.
      Thank you. Take care.

      Zach Ada Ni. Dah Nak tido… 😉

  2. Mmg susah nak jaga hati org sbb bukan seorang tetapi beribu mata hati yang baca dalam blog Nurul ni. Lagi suka ayat-ayat Nurul sebab mudah faham, santai dan bersahaja. Blog ni Nurul punya jadi boleh tulis apa sahaja yang Nurul hendak kongsikan. Terpulang pada pembaca sama ada suka atau tidak sebab tak paksa utk jengah masuk dalam blog ni. Dah la tu Nurul… be yourself and cheerful.

  3. asslm nurul, biasa la,manusia kan.mulut tak sama ada kecik besar,kalau besar tapi suara sedap macm ning ok lah jugak.lantak kat depalah.sakit memang sakit tapi kalau layankan lagi lag sakit gila..hehehehehe,

    chill nurul, dia satu je yang tak suka u,orang lain ok suka je….

  4. nurul, post gambar zach yang dah ada rambut pls, nak lihat kehensomannya, he he

  5. Reblogged this on and commented:

    SENGAJA NAK REBLOG SEMULA TULISAN INI LUAHAN PADA FEBRUARI 17, 2014. SEMACAM SESUAI PULA….

  6. Pingback: TIADA LAGI DIPLOMASI DI SINI…. |

  7. Alah sis…klo ade lg mulut2 puaka tu doakan yg baek je..sbb benda tu nt akn berbalik pd dorg jgk..rugi je melayan mulut2 puaka tu. Ingat, kte x mati dgn cacian org..dan x hdp dgn pujian org..mte hdp dgn ape yg ade pda kte yg Allah da bg…maka..sodddd..baa..roo 🙂

  8. Chill Nurul..
    I pn terasa sonce we got same nickname.. Nurul juge.
    Anyway n anyhow.. stay calm n positive ok.
    Allah sentiasa bersama org yg sabar..
    Take care of ur family k

  9. Stay tough n positive Nurul! 😉😄
    Allah takkan membebankan hambaNya dgn sesuatu yg kita are not capable to..

    Chill dear

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: