HARI GELAK DAN HARI RINDU…

Hahahhahhaahahhaha.. jap… Nak gelak jap. Hahahhahahaa.. Baru lepas tengok sesuatu di TV3 Hahahahahahhaha.. adoiii.. Nak gelak lagi! Hahahahaa… best betul lawak ni hari ni.. Hahahahhaa.. Bagus..bagus.. Ada lawak Ahad!  Sorang-sorang kat rumah ni best juga kalau ada lawak macam tu.. Kalau siapa yang tengok Melodi hari ni, dia tahu lah apa maksud aku! Hahahhaa…. Adoiiii.. Jahatnya aku!

Hari ni hari menonton TV .. Ye lah, Hari ahad pulak tu. Memang best lah tengok TV. Rasa dah lama tak tengok Melodi, tu yang buka tadi. Ini semua poyo! Hahhahaa… Kerja Si Pingu yang telah menyebut sesuatu pada aku.. Cehhh.. Nak salahkan dia.. Padahal dah diri sendiri terpanggil nak tengok rancangan yang famous satu Malaysia itu! Best rupanya Melodi yang baru ni. Syabas Michelle! Semenjak dia produce, makin hebat Melodi. Tambahan pula dengan pengacara hebat seperti Awal dan Zizan.. I like!

Tengok TV tak lama pun… Sementara Zach tidur.. Bila dah bangun kena concentrate kat dia. Dah cepat nak melata si kecil tu. Dah meniarap dan dah mengesot ke sana sini. Lama dia tidur; lama juga bila dia terjaga untuk bermain. Hari ni bermulanya 8 hari yang akan datang aku berdua dengan Zach saja di rumah. Eric ke Cambodia atas urusan perniagaannya. Baru pergi beberapa jam, dah kerinduan.. Ya Allah.. Lindungi suami ku yang berada di negara orang.. Amin..

Semalam ke Ipoh ada persembahan di AEON Kinta City.. Punyalah kelakar.. Tak pernah aku sesat di Ipoh dan tak pernah pula terlepas simpang dari highway PLUS tu nak masuk ke kota menarik Negeri Perak itu. Tak pernah aku terlepas simpang tol yang sekarang ini dipisahkan dari lane yang menuju ke Utara. Aku tersasul mengikut jalan paling kanan.. Apa lagi.. kena U-turn di Kuala Kangsar! 25km dari Bandar Ipoh! Aduhhh… Azab! Berangan .. Gitulah jadinya! Nasib baik masih awal. Kalau bertolak lambat semalam, memang jadinya lawatan sambil belajar saja! Hahahah..

Dah selepas u-turn, salah masuk simpang pula. Masuk ke Ipoh tapi simpang yang paling awal.. Ipoh Utara. Sepatutnya masuk Ipoh Selatan.. Lepas tu, dah ke mana-mana aku pandu. Tak kenal sangat jalan di sana walaupun sering juga aku membuat persembahan di hotel-hotel di Ipoh. Aku dan Pingu sesat hingga ke Simpang Pulai. Nasib baik organiser call half way dan bawa kami ke highway semula. Dari Simpang Pulai, masuk semula ke exit yang betul untuk ke AEON Kinta City.. Ya Allah.. ujian betul!

Bila dah sampai, kelam kabut berlari cari toilet dulu! Hahahhaa.. Nervous sampai nak terkuncil! Panic pun ya sebab takut tak sempat nak buat show. Mati laaa organiser marah! Alhamdulillah.. Show berjalan dengan baik setelah aku tiba 20 minit sebelum show bermula. Sempat selfie untuk instagram, maknanya okay la tu kan! Hahahha…

Aku bergegas pulang ke KL semalam selepas show kerana Eric perlu ke Cambodia awal pagi. Zachary aku tinggalkan dengan Eric untuk 6 jam itu… Bukan main seronok dapat spend time dengan anak kesayangannya sebelum nak ke Cambodia. Alhamdulillah. Zach was good. Tidur lena pulak tu semalam.

Itu cerita aku semalam.. Sepanjang perjalanan balik semalam, masih kelihatan bunga api di sekitar Ipoh. Ada yang masih merayakan Tahun Baru Cina walaupun dah habis dah perayaan itu.. Sekejap je dah lepas 15 hari.. dah tak dapat tengok lagi Tarian Singa atau Tarian Naga.. Aku paling suka tengok Tarian yang hebat itu. Bukan calang-calang orang boleh perform di dalam kostume naga atau singa tu. Ianya memerlukan latihan dan kemahiran yang tinggi. Aku sering terpegun. Baru-baru ni dapat tengok di Bukit Bintang. Siap bawa Zach serta Roland dan Germaine. Diaorang lagilah tak pernah tengok. Mana ada tarian macam tu di France!

Setiap kali Tahun Baru Cina, aku akan terkenangkan kampung aku. Kampung Selamat adalah kampung tersusun. Di belakang kampung Melayu, adalah Kampung Cina. Jadi, bila tiba perayaan itu, di tokong di belakang rumah aku tu memang tak pernah sunyi dengan gendang dan mercun.

Jangan tak tahu, di kampung aku tu sering juga diadakan persembahan teater dan opera Cina… Sudah terbiasa di Kampung Selamat dengan bunyi kuat nyanyian opera Cina dan juga gendangnya. Dulu  Mak ada juga pergi tengok. Kata Mak best. Tapi kena berdiri di luar sebab acara itu adalah untuk upacara tokong.  Best nya tu dari segi tengok persembahan je. Fahamnya tidak pun.. Bukannya kebiasaan Melayu untuk pergi ke pentas berdekatan dengan tokong itu.

Pernah masa aku kurang dari 7 tahun, melalui kawasan itu dengan abah. Dari dalam kereta tu, aku boleh lihat beberapa pelakon dan juga penyanyinya. Make up nya sungguh hebat dengan pakaian yang berwarna warni. Pada aku ianya sungguh menarik. Teringin juga nak pergi tengok.  Tapi tak pernah pula bertanya mohon kebenaran mak untuk pergi menonton.

Sekarang ni, bila dah besar macam ni, rasa rugi dulu masa kecil aku tak pergi menonton. Ye lah, bukan kebiasaan kami. Tak ramai melayu pergi, jadi, aku pun tak pernah nak ajak Mak atau Kakak-kakak aku. Tapi bila melalui pentas teater Cina tu, rasa teringin nak naik ke atasnya! Nak rasa macam mana bila berada di atas dan melihat ke bawah.

Aku ni dari kecil, memang dah suka dengan pentas. Pantang tengok pentas. Satu lagi kamera. Kalau ada je abah bawa balik kamera, siap aku dulu akan pose. Kalau tak ambil gambar aku, aku akan merajuk dan menangis! Drama  betul Nurul ni! Hahahaa. Pentas, kamera dan muzik… Kesukaan aku!

Kini pentas bukan lagi benda asing bagi aku. Aku dilahirkan untuk pentas dan akan terus berada di atasnya dengan terus menyanyi dan menyanyi.. cewaahhh.. emo pulak bunyinya! Hahahha.. Tiba-tiba teringat dan sering tergambar di dalam memori aku ni akan Kampung halaman aku yang dah lama aku tinggalkan. Ianya menyimpan seribu kenangan. Lebih indah apabila Mak dan Abah masih ada. Rindu nak bonceng motosikal kerajaan yang mak miliki dulu..

Mak aku kan ke Jururawat Desa.. Jadi, banyak barang-barang seperti Pen dan Buku ada tertulis ‘Hak Kerajaan’. Masa kecil dulu naik pelik juga. Mak sering takutkan anak-anaknya supaya jangan bermain barang-barang kerjanya dengan menyebut “jangan main.. Nanti kerajaan marah! Itu harta kerajaan.. Jangan sentuh!’ Dengar macam tu je, naik takutlah semuanya. Tapi ianya hanya laku semasa kami berumur 7 atau 8 tahun je. Lepas dah masuk sekolah, dah pandai sikit, amaran mak dah tak laku! Hahaha..

Habis kami kerjakan… Paling teruk, motosikal mak.. Aku, abang aku serta semua kakak-kakak aku sering menggunakannya.. Siapa nak naik kena isi minyak sendiri. Jenuh kumpul duit nak isi minyak motor. Masa tu minyak murah lagi. Satu liter hanya 90 sen atau RM1. Duit lebih dari sekolah, kumpul sama-sama untuk isi minyak. Adakala seluk juga poket baju uniform mak sebab tak cukup duit!

Bila dah dapat isi minyak, habislah kami kerjakan motor mak.. Tapi hanya boleh pandu selepas jam 4 petang. Dari pagi sehingga habis mak bekerja, motor tu adalah hak mak! Mak dah tak larat nak larang kami yang suka naik motor mak. Adakala memang mak izinkan sebab kami terpaksa ke kedai dan sebagainya. Asalkan jaga keselamatan.

Banyaknya kenangan.. Hari ni hari rindu kampung dan keluarga.. Ini semua gara-gara meeting petang tadi dengan Hazri dan juga Pingu ku. Kami ada plan untuk sambutan Hari Ibu dalam bulan Mei nanti. Kami bakal mengadakan persembahan bagi meraikan semua ibu. InsyaAllah.. Doakan semuanya berjalan lancar ya.. Pentas… Aku datang! Hikss!

P/S: Sebenarnya nak bercerita lain.. Lain pula jadinya bila Zachary dah 2 kali bangun selepas hanya 15 minit tidur! Hilang idea! Hahhaa.. Terus carca marba jadinya! Hahaha… Issshhh.. Gatal hidung lah.. Resdung ke?! Alamak!.. Taknak lah kena operation pulak nanti! Heehhee… *evil laugh* oooppppssss….

Advertisements

4 Comments on “HARI GELAK DAN HARI RINDU…

  1. oiittt…. mulut tu cover sikit luas sgt gelak tu. Nurul… bila nk buat concert? Rindulah nk dgr suara. Mini concert pun ok… sanggup je beli tiket.

    • Hahahaha.. Memang suka gelak Erin hahaha.. Tapi gelak yang baik je hehehe…

      Book your date in may tau untuk mother’s day. Nanti nurul bagitahu date bila confirmed

  2. hai my love nurul!!

    semalam i tgk jugak hidung tu,i senyum je,sebab hari tu u ada bagi hint sikit dalam entri yg lepas.

    biar lah luncai terjun dengan labunya.

    tertunggu2 u kot2 kuar dalam HMI …hari sabtu tu tengok hazama,alyah,dayang dgn tomok,if best u ada sekali,pastu u nyanyi lagu-lagu u yang berantu tu..ishh..

    takpe nanti i email kat rtm..miss u ya…

    kiss n hug untuk romeo jr zachary.

    • Salam Nor
      Hehehe.. taknak cerita Lagi Pasal Tu. Dah kena tegur and kena marah .. I tak publish komen Tu. Biar mereka Dan keluarga mereka je yang memendam rasa hahhaa..

      Insyaallah Kami tengah contact Producer HMi juga untuk appear. Nak sangat… will.let you know Kalau Ada Rezeki.

      You take care. Thank you for your love. Will do to Zach. ♥

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: