BABY..BABY.. AND MORE BABY TO COME…

Bangun pagi dua tiga hari ni, terasa best sangat. Rasa hidup satu family.. Kami bertiga.. Aku, Eric dan Zachary.. Rasa janggal sikit sebab sebelum ni, bangun pagi je dah dengar keletung keletang di dapur kerana Germaine dan Roland menyiapkan sarapan pagi mereka. Selepas 6 bulan, tiada lagi bunyi pinggan mangkuk. Hanya bunyi blender.. Sarapan pagi kami berdua – Herbalife shake! Leganya.. Dapat semula privacy kami..

Tak banyak beza.. Seperti hari-hari yang lain, aku tetap busy sebelah pagi menyiapkan Zachary. Dia dah pun mula makan. Lebih banyak task aku di pagi hari. Susah betul nak bagi makan! Maklum saja, dia tak pernah makan sebelum ni. Hanya susu je yang aku bagi. Nak kenalkan makanan pertama pada baby bukannya mudah. Perlahan-lahan dia makan juga. Paling dia tak suka, rasa apple! Berkerut-kerut mukanya! Hahahhaa…

Cerita tentang perkembangan baby ni, memang seronok. Baru je 4 bulan, tapi Zachary dah banyak berubah. Dia tak jauh beza dengan Ayu. Kakaknya dulu pantas juga meniarap dan merangkak. Begitu juga Zach. Cuma Ayu dulu aku boleh biarkan dia main sorang-sorang di play mat sambil menonton tv di depannya. Tidak Zachary. Dia mahu aku atau Eric ada dekat dengannya. Ni pun dok menulis ni, dia kat sebelah je. Kalau tak ditenung mukanya memang melalak! Kalau meniarap pulak, adakala dia rimas sebab tak tahu angkat tangan ke depan. Dia dah boleh bergerak sedikit apabila meniarap. Habislah diterokanya bila dah boleh merangkak kelak! Baby boy tetap baby boy. Berbeza betul tenaganya dengan anak perempuan.

Ada hari Zach tak mahu tidur. Ada hari bukan main lama dia tidur. Tengok keadaan. Kalau dia keletihan, memang lama la tidur. Macam hari ni, tidur hanya 30-40minit, lepas tu bangun dan nak main semula. Naik kelam kabut juga aku! Dah lama takde anak kecik, naik janggal juga nak adjust! Tapi aku beruntung. Dengan bantuan Eric, aku tak rasa susah. Eric adakala bangun malam beri susu pada Zach. Jadi, aku dapatlah tidur yang nyenyak. Alhamdulillah.. Eric tak pernah merungut andai aku perlu keluar menguruskan sesuatu di luar. Dia bekerja di rumah, jadi, amat mudah nak baby sit. Tak susah juga jika nanti aku pregnant lagi.

Suami baik macam ni; bagi aku, perlu beri dia lebih dari satu anak. Itu yang dia mahu pun. Soon, Insya Allah.. Plan nya bulan Jun ni nak mengandung lagi. Kalau ada rezeki lah. Belum bincang betul-betul lagi dengan Eric. Tengok apa pendapat dia. Tapi selalu yang kami berseloroh dengan Germaine dan Roland; macam takde masalah pada Eric. Akulah yang masalah! Hahahaha.. Baru je nak kurus! Oh ya.. By the way.. I’ve lost 2 more kg selepas menjadi vegetarian! Ya… jadi vegetarian pulak! Semuanya kerana ibu Ning, auntie Satilah! I admire her. Dia sumber inspirasi aku. Bukan main cantik walaupun telah mencecah usia 70 tahun. She’s healthy and strong! Jadi, semenjak 1 Februari yang lalu, aku mula jadi vegetarian. Eric support je. Dia ikut juga aku makan sayuran dan banyak tofu.

Aku berubah menjadi vegetarian, bukan sahaja kerana Auntie Satilah. Aku mahu sihat. Cepat lose weight dan jauh dari penyakit berbahaya seperti kanser. Seorang sahabat baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat kanser tekak. Sangat sedih. Kanser satu penyakit yang sangat berbahaya. Mati itu pasti tapi biarlah mati kerana sakit tua dan bukannya kerana sakit yang berbahaya seperti itu. Kanser sangat jahat. Jagalah diri dan jaga pemakanan kita. Aku dah mula 4 tahun yang lalu menjaga makan dan minum. Pengambilan Nutrisi Herbalife sangat membantu. Lahir dengan keadaan yang sihat yang diberi Allah Taala adalah satu amanahNya yang perlu dijaga.

Bila tahu ada yang dah kembali ke rahmatullah, terasa hidup ini terlalu rapuh. Hari ini orang lain meninggal. Giliran dia. Esok lusa kita pula. Masanya je belum tahu. Ada yang pergi dan ada juga yang datang. Lately ni sedih juga dengan cerita-cerita mereka yang dekat dengan aku yang kehilangan insan tersayang. Kena redha… Itu sudah ketentuannya. Kita yang hidup ni, kena terus beramal dan buat yang terbaik dengan menghargai masa yang masih ada.

Dalam pada itu, aku juga seronok dan sangat teruja di dalam dua tiga bulan ni. Tak habis-habis mengucapkan syukur pada Illahi kerana ada beberapa sahabat dan teman yang beritahu aku yang mereka mengandung! What a wonderful feeling for a woman to know that they are pregnant! Tahniah teman. Kamu tahu siapa kamu. 4 kawan semuanya. Alhamdulillah. Adalah sikit aku bantu dari segi psikologi.

Kata Pingu, aku perlu buka tempat konsultasi untuk wanita yang mahu mengandung! Hahaha.. Mula la dia tu buat lawak! Ye.. aku ada bagi nasihat dan membantu… Usaha itu perlu. Yang lainnya kerja Yang Maha Esa. Kita hanya merancang dan berusaha. Alhamdulillah usaha serta doa-doa kami, dimakbulkan. Semua kawan-kawan aku tu, ikut apa yang aku lakukan semasa aku plan nak ada baby dulu. Ada pun di blog ni aku letakkan. Alhamdulillah menjadi. Kesemua mereka di antara minggu ke-9 hingga minggu ke-20 sekarang ini.

Seorang teman rapat yang aku kenal dah lama, juga baru saja mengandung. Dia orang yang ke empat. Kalian semua akan tahu nanti. Beri dia sedikit masa untuk membuat pengumuman. Dah lama dia tunggu. 2 kali keguguran, membuatkan dia kecewa dan sedih. Aku tak sangka dengan apa yang aku beritahu dia untuk lakukan, membuahkan hasil. Syukur Ya Allah kerana memberi satu lagi kebahagiaan buat teman ku itu. Aku sangat happy untuknya. Semoga Allah selamatkan dan suburkan kandungannya kali ini. Doakan ya untuk sahabat aku tu.

Ramai yang bertanya dengan aku.. Yang hantar email dan ada juga yang komen di sini, kerana mahu tahu bagaimana aku boleh mengandung lagi. Ada yang mengadu dah lama menunggu. Ada sampai 8 tahun. Aku sedih dan kesian dengan kesemua yang menunggu sekian lama dan macam-macam usaha telah dilakukan. Aku faham bagaimana rasanya. I was there..

Aku sering beritahu sahabat aku yang baru mengandung tu, untuk tidak terlalu excited setiap bulan. Why? Ianya akan menganggu hormon di dalam badan. Aku dulu pun macam tu. Excited ya amat! Bila test negatif, sedih ya amat! Kena relax dan kena buat macam tak tahu je. Jangan terlalu berjaga-jaga. Jangan terlalu stress untuk mengandung. Jangan fikir pun! Buat apa yang perlu dibuat tapi jangan fikir sangat. Berdoa dan berserah pada Allah. Dia yang menyusun segalanya. InsyaAllah, setiap usaha ada ganjarannya.

Itu satu.. Yang lainnya, makan makanan yang sihat. Macam aku, aku sering recommend Herbalife. Ada cara nak ambil untuk pregnant. So far, dalam 10 orang pelanggan aku, 7 menjadi. Ada cara-cara pengambilannya yang aku dah letakkan di page ‘My Pregnancy’. Cubalah! Ingat.. Jangan excited dan be cool! Yang memesan ni pun bukan main suruh be cool… Dia dulu pun haru biru juga! Kata Eric I want to see how you will be for the second one! Cakap memang senang ye tak?! Semoga Allah makbulkan doa semua pasangan semua isteri yang mahukan cahayamata.. Aammiinnnn.. Ya rabal’alamin…

Advertisements

9 Comments on “BABY..BABY.. AND MORE BABY TO COME…

  1. Kak nurul, suke bca blog k.nurul..sgt nice! Skrg ni tgh bcq blog k.nurul smbil dgr lgu aku cinta aku rindu..hehe

  2. kak Nurul always be my inspiration…bila baca entri kak Nurul, sya pun teringin nak menulis but bila start menulis, kepala trus jadi blank! hahaha…lucu sndri… 🙂

    • Salam City

      Terima kasih.. Kena cuba menulis. Kalau tak mulakan, tak menjadi.. All the best!

  3. asl kakak nurul..sya tgk akak pun x ikut sgt saranan doc..bg baby mkn 6bulan..saya dulu pun tahan juga hampir nak masuk 5 bulan bru bg anak makn..sbb kesian tgk reaksi dia yg betul2 lapa..asik gigit..asik merengek..x salahpun..tgk ape yg kita bg makan..

    • Salam Arniey..
      Ayu dulu saya kena bagi makan masa dia berumur 3 bulan setengah. Arwah Mak suruh bila dia sering menangis. Kena tengok juga. Tapi 4 bulan adviseable.. Ya tak salah asalkan bagi makanan yang lembut dulu seperti lobak merah yang dilenyek dan pisang. Take care

  4. Best baca your blog. Hope you have at least another 2 kids. Spread both your lovely genes. Amin 🙂

    • HI Melly.. Thanks a lot for reading. Do come often.. InsyaAllah.. Memang itu plan nya.. InsyaAllah.. Doakan ya.. Thank you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: