6 BULAN…. MASA UNTUK PULANG… HIDUNG?!

Ambik dua hari nak siapkan entry ni.. Amboiii.. busy bebenor aku ni… Hari ni kena habiskan. Ambik masa juga sebelum ke airport later. Ya harini hari terakhir Germaine dan Roland di sini. Hampir 6 bulan mereka berdua di sini. Seronok diaorang dapat tengok cucu pertama mereka dilahirkan dan dapat enjoy KL puas-puas. Sekejap je masa berlalu dan dah habis pun Januari…

Februari… datang lagi… Bulan penuh bermakna bagi aku. Setahun yang lalu pada 5 Februari, aku mendapat berita yang aku mengandung baby pertama aku dan Eric. Bulan ni juga bulan cinta bagi aku.. Walaupun bulan-bulan lain juga penuh dengan cinta, bulan ini lebih utama. Jangan salah anggap. Bukan membesarkan Valentine’s Day tapi bagi aku ianya adalah hari memperingati kekasih. Bulan kedua di tahun 2014 yang penuh dengan pelbagai cerita bagi aku. Ayu dah balik ke JB selepas 5 hari bercuti di KL. Anak dara aku tu makin tinggi. Stress selalu dengan homework! Puas juga aku lepaskan rindu padanya. Begitu juga dengan ibu bapa mertua ku.

Penuh emosi juga diaorang bila nak balik ni. Maklumlah, agak lama di sini kali ni. Selalunya sebulan atau dua bulan maksimum di sini. Germaine menangis macam ‘mati laki!’ Hahaha.. (joke okay!) Ye lah.. Sedih lah dia nak tinggalkan cucu pertamanya yang ditatang semenjak Zachary dilahirkan. Tak pernah ada cucu.. Tahu je lah macam mana kan.. Mereka memang menunggu kelahiran Zachary. Naik rimas juga tengok menangis macam tu. Drama la juga. Aku ni kan ke tak suka orang yang emosi lebih-lebih! Tapi kena faham jugalah. Dia orang tua. Terima seadanya. Agaknya bila aku 70 tahun nanti pun, macam tu juga. Sensitif selalu!

6 bulan di sini, bukan main seronok Germaine dan Roland bermandikan matahari. Mat saleh memang suka matahari. Kalau dapat kulit gelap sikit, bermaksud lebih sihat. Dan jika balik ke negara mereka, jiran dan saudara mara tahu mereka baru balik dari holiday. Pada mereka, kalau putih sangat, seakan mati. Kita ni sini, kalau boleh nak sembunyi dari terkena matahari sebab tak mahu kulit gelap.

Roland setiap hari sepanjang di sini akan bawa Germaine keluar berjalan pusing-pusing di sekitar Bukit Bintang dan sedaerahnya. Adakala jauh juga diaorang jalan. Dari Bukit Bintang ke Dataran Merdeka atau hingga ke Tasik Perdana! Naik merah padam muka Germaine. Ada sekali tu, hujan lebat, basah kuyup bila tiba di rumah. Kalau hari panas pula macam sekarang ni, berpeluh-peluh keduanya balik dan Germaine selalu komplain dengan mengatakan suaminya gila berjalan! Hahaha.. Aku sendiri terkejut bila diaorang balik ke rumah dan beritahu betapa jauhnya diaorang berjalan. Adakala tu, nak ajak aku juga. Aku kata taknak sebab takut makin gelap! Hahaha

Aku selalu diketawakan Eric bila berada di bawah matahari. Dia tahu aku bangga dengan warna kulit aku tapi aku tak mahu lebih gelap dari sekarang. Aku akan cari tempat berteduh. Dia dah faham sangat dah. Kalau kat swimming pool tu, dia cari payung besar-besar untuk aku! Hahaha… Sebenarnya cahaya matahari sangat penting. Terutamanya pada waktu pagi, sebelum pukul 12. Jangan tak tahu matahari pagi sangat bagus kerana banyak vitamin D dan K. Jadi sekarang ni, aku riding waktu pagi dan aku absorb banyak yang mengandungi Vitamin D & K!

Berbalik kepada cerita Germaine dan Roland; sepanjang mereka di sini, banyaklah juga mereka membantu aku dan Eric dengan menjaga Zachary apabila kami berdua perlu keluar bersama. Kelahiran Zachary memberi peluang kepada mereka berdua untuk datang dan spend time lebih lama dengan Eric yang sememangnya sedari usia muda, telah merantau ke luar negara France.

Germaine sering bercerita pada aku yang mereka suami isteri rindu akan anak lelaki tunggal mereka tu. Ye lah ibu bapa mana yang tak sayangkan anak. Lebih-lebih lagi hanya ada seorang anak. Eric mula merantau semenjak usianya 20 tahun lagi. Setiap hari without fail mereka sering memikirkan anak tunggal mereka itu yang berada di perantauan. Eric seorang yang adventure. Suka tinggal luar dari France kerana mahu melihat dunia luar dan mahu menguasai bahasa Inggeris sebaiknya. Dia ke Amerika Syarikat sebelum mula merantau ke negara lain.

Selepas bertemu Herbalife, lebih jauh dia merantau. Dari US, balik ke Eropah, iaitu Itali, kemudiannya ke Brazil, selepas itu India, Indonesia, Thailand, Singapura dan Malaysia. Lebih 15 tahun dia menetap di Asia. Bayangkan betapa rindunya Germaine dan Roland mahu tinggal sebumbung lebih lama dengan anak kesayangan mereka itu. Kalau Eric balik ke kampungnya pun, hanya seminggu dua sahaja di sana. Kali ni benar lama dan puas mereka meluangkan masa bersama Eric.

Mereka berdua ni sangat penyayang. Dengan aku pula, diberi kasih sayang sepenuhnya. Hinggakan kawan-kawan rapat aku juga dicium Germaine dan dipeluk-peluknya! Sayangnya sama macam sayang aku. Aku beruntung kerana semenjak kedua ibu bapa aku meninggal, aku seperti kehilangan dan sering merindui mereka. Dengan adanya kedua ibu bapa mertua aku ni, aku rasa seolah aku dijaga dan disayangi oleh ibu bapa aku sendiri.

Hari ni aku dan Eric awal pagi dah keluar bawak keduanya breakfast di tempat kegemaran mereka. Lepas tu siap singgah di Jalan Bukit Bintang berdepan Pavilion kebetulan ada lion dance. Mereka tak pernah tengok lion dance. Bukan main suka Germaine dan Roland. Aku tahu, malam ni sebelum nak boarding flight, ‘banjir’ akan melanda KLIA! Germaine dulu yang akan menangis. Aku pun, for sure! Roland nampaknya lebih susah nak meninggalkan anaknya dan juga Zachary.

Banyak kenangan manis sepanjang mereka di sini. Ada juga berlaku selisih faham, tapi sekejap je. Salah aku juga. Maklumlah lepas pantang hari tu, hormon belum stabil. Aku jealous bila tengok mereka pegang baby! Tapi takdelah teruk mana. Aku dapat kawal walaupun ada sedikit terasa di hati. Eric bijak mengawal keadaan dan semuanya selesai dengan baik. Ye lah.. Susah juga sebab budaya dan bahasa yang berbeza. Walaupun aku faham bahasa Perancis dengan baik sekarang, adakala aku salah tafsir juga. Begitu juga dengan Germaine dan Roland. Jurang perbezaan bahasa tu yang selalunya jadi masalah. Kini kami faham dengan perangai masing-masing.

Bagi aku pula, ini kali pertama mertua datang tinggal bersama dan dalam jangkamasa yang paling lama. Tak pernah sebelum ni.. So tahu je lah.. Macam-macam perangai terkeluar bila dah duduk serumah. Tapi takde lah masalah teruk sampai jadi bermasam muka. Nasib baik diaorang faham macam mana perempuan kalau lepas bersalin. Emosi kurang stabil. Tapi bukanlah aku kena depression ke apa. Hanya mood berubah dan cepat naik angin. Now I’m back to normal. Jangan salah sangka ya!

Puas juga aku belajar bahasa Perancis. Bapa mertua aku seorang yang suka menulis dan susun bahasanya sangat baik. Dia belajar di peringkat yang agak tinggi. Germaine pula seorang yang tak tahu duduk diam. Kerja rumah dah jadi kebiasaannya. Aku ni tak suka tengok orang tua buat kerja. Bagi aku, bila dah berumur, kena berehat. Tiada istilah rehat di dalam kamus mereka berdua. Masa mak aku masih hidup dulu pun, aku tak suka jika dia mula buat kerja rumah bila dia berada di rumah aku. Aku taknak susahkan orang tua yang dah sememangnya berkorban membesarkan aku. Sama juga dengan ibu bapa mertua aku. Mereka dah puas bersusah payah membesarkan Eric.

Itu antara yang jadi salah sangka bila aku sering tak bagi peluang Germaine buat kerja. Dia kata dia di sini untuk bantu kami. How sweet she is. Aku tahu mereka tak pernah merasakan yang mereka tu dah 74 & 75 tahun. Kudrat masih kuat dan di dalam kesihatan yang baik. Cuma selsema dan demam je kalau sakit pun. Tapi tetap aku tak suka nak suruh-suruh diaorang buat kerja. Sehingga Eric jelaskan, barulah aku faham. Rupanya mereka tak kisah bila disuruh. Selepas itu, semuanya okay. Aku biarkan Germaine buat kerja rumah. Memang dah kebiasaan dia. Kalau dia duduk saja, dia rasa hopeless. Aku perlu faham juga.

Teringat juga kenangan kalau aku buat mana-mana show. Kalau mereka da bersama, merekalah yang paling kuat bertepuk tangan dan bersorak bila aku naik stage. Itu kalau dapat mereka pergi. Kali ni, banyak kali mereka tak dapat ikut sebab terpaksa menjaga Zachary. Disuruhnya Eric rakam dan balik tu Eric selalu tunjukkan. Dapat aku lihat bangga di wajah mereka berdua kerana punyai aku sebagai menantu. Sebelum jadi menantu dulu pun, aku dapat rasakan yang mereka bakal memberi aku sepenuh sokongan ke atas karier aku. Rasa sangat best. Rasa dapat support dan aku rasa lebih confident. Kata Germaine, jangan sesekali aku berhenti menyanyi kerana dia sukakan suara aku dan gaya aku apabila aku muncul di majalah atau suratkhabar. Sempat juga diaorang merasai pengalaman mengambil gambar untuk majalah di sini. That day ada photo shoot untuk majalah Nona dan juga Media Hiburan. Roland siap sedia dengan kameranya. Aku rasa kali ni beribu gambar diaorang bawak balik!

Petang ni aku biarkan Eric melayan ibu bapanya menonton movie dan bersembang bersama. Hanya tinggal beberapa jam sebelum ke KLIA. Aku pasti aku juga bakal merindui mereka seperti mana mereka akan lebih merindui kami yang tinggal di negara yang sering disinari matahari dan indah bila berada di kolam renang. Di tempat mereka sering sejuk – sekarang ni lagilah. Baru nak habis winter. Esok mereka bakal memakai baju tebal semula. Kalau nak swimming pun, kena bayar dan swimming pool tertutup. Jadi, memang akan terkenang selalu lah tu nanti.

Semoga mereka selamat tiba di Saint Die France.. Apa yang aku rasakan tatkala mengakhiri entry ni, aku mula rasa sedih dan rindu gelak tawa mereka.. How I love them so much…

P/S : Kata pingu, mana entry baru blog? Tapi dia saja taknak tanya sebelum ni .. katanya, sebab dia tahu aku busy melayan orang emo.. kang aku emo sekali! Ye.. betul lah tu! Emo dah ni haaaa… Emo jadi terberhenti sekejap apabila dapat panggilan Majie Kosmo Ahad yang bertanyakan sesuatu related to Pak Abu a.k.a Ajai! Hidung? Mana ku tahu! Telinga masalah tu, ku tahu lah! Setakat tu je ku ingat. Sekian terima kasih. No further comment! Haahhaha.. Dia dapat nama tu pun sebab masalah telinganya yang berair. Dah lah.. taknak cerita.. cukup setakat tu. Dah hampir 4 tahun tak berkomunikasi dengannya. Hanya melalui isterinya. Bertembung atau melihat gambar pun tidak.. Cukup senang cara begini buat masa ini…  Sekian Terima Kasih!

Advertisements

7 Comments on “6 BULAN…. MASA UNTUK PULANG… HIDUNG?!

  1. aduuuuh sedihnye nak tgalkn cucu tu kn , setelah sekian lama bsama2. Pasti depa tu sunyi sepi n pulang semula ke sini, cayala. hahaha….its different feeling when u have baby around in d hse.

  2. x dapat bayangkan kalau2 dah tua nanti coz SA ada anak dara sorang tu je..belum bercadang nak kahwin semula…mesti nanti SA pun sensitif macam Germaine kan….

  3. Dear, how you communicated with your ex thru his new wife, is indeed a good proper way!! I so so agree with your approach to get message across to him. I so understand why you chose that way..Its better, clearer, no-nonsense message get acrossed and message sent.
    The only thing that still ‘links’ you to him is your daughter. I am sure she is mature enough now to know why things didnt worked out between you and your ex. Life has to move on and I am so happy to see where you are now. To those who simply loves to pass negative remarks, well, its their choice to say but you too has your choice to simply ignore…
    Best wishes from me in everything that U do dear.. May Allah bless you in everything..Insya-allah..

  4. suke baca entry pasal zachary and mentua kak nurul..buat saya ketawa sensorang cam orang meroyan kat office ni..hahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: