ANTARA JUARA LAGU DAN GRAMMY… MENGUNDANG MEMORI..

Semalam dan hari ni…. local dan international… dua anugerah yang berbeza .. Tengah menulis ni, tak senang duduk… bangun duduk..bangun duduk.. banyak performance yang best di Grammy Award ni.. Semalam pun macam tu juga… Dapat idea nak menulis. Zachary bangun.. Punah harapan.. Tak tidur sampai tengah malam. Niat nak menulis bila dia dah tidur.. Jangan harap.. Dua-dua sama tidur! Menulis dalam mimpi! Hahahha..

Grammy award pagi ni dapat tengok half way. Lupa.. Sedap chat dengan Ning; dua-dua kami terlupa! Hahahaa.. Produksi yang hebat dalam anugerah yang berprestij dunia. Lihat camera shot dan lighting … produksi yang sangat besar! Aku agak terkilan Katy Perry tak menang. She’s my new favorite dan lagu album barunya pun best! Madonna tampil serba putih dan sangat fit! Penyanyi ni seperti tak dimamah usia! I enjoyed the performance. Itu cerita Grammy. Semalam puas menonton Anugerah Juara lagu selepas banyak tahun tak tonton!

Lama benar tak tengok Anugerah Juara Lagu. Last 3 years, tak sempat balik dari France. Juara Lagu biasanya Januari. Tahun-tahun sebelum ni aku banyak spend time di Eropah. Hanya tahun ni ada di KL. Dapatlah tengok semalam. Itupun nyaris lupa. Bila buka Twitter, ramai yang bercerita, baru lah teringat ada Anugerah Juara Lagu. Apalah Nurul ni tak ambik tahu! Nama je artis dan penyanyi.. hehehe.. Mana nak ingat, bukannya semua suratkhabar dan majalah aku sempat baca. Kadang-kadang takde masa. Lagi satu, tak dijemput.. macam mana nak ingat!

Aku ingatkan hanya aku tak dijemput… Rupanya rakan seperjuangan yang lain juga sama. Ning sempat berseloroh dengan aku di Twitter semalam. Yelah.. Sambil menonton, sambil tengok twit. Tengok pendapat semua orang tentang AJL.

Nak kata tak pernah menang Juara lagu tu, tak juga.. Tapi jarang sekali stesyen TV yang famous tu nak jemput. Kali terakhir aku pegi pada penghujung tahun 2009. Aku pakai lawa-lawa; baju rekaan Rizman Ruzaini yang sangat cantik. Bila tiba di sana, kena duduk kat bahagian penonton. Disisihkan seperti aku bukan artis dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu.. Terkilan sangat. Langsung lepas tu aku decided not to attend AJL. Itu kali kedua aku kena macam tu.

Kali pertama di anugerah lain yang diadakan oleh kumpulan stesyen TV yang sama. Aku hanya dapat melihat rakan-rakan artis di red carpet dari tempat duduk di bahagian atas bersama penonton lain di Stadium Bukit Jalil yang gah itu! Tak sempat bermula Anugerah urban yang seakan Grammy, (katanya) aku bangun dan meninggalkan anugerah yang dianjurkan buat kali pertama itu. Tak apalah.. Terima saja. Bukannya nak treatment diva, tapi itu perkara yang tidak sewajarnya berlaku. Aku diam saja. Tak bagitahu siapa-siapa. Inilah kali pertama aku ceritakan selepas 4 tahun. Takut kena ban pula.. Lupakan saja.

Anugerah Juara Lagu semalam, mengundang kenangan aku ketika memenangi anugerah itu 10 tahun yang lalu… Anugerah Juara Lagu ke 17.  Lamanya! I was just 26 years old! Rasa tua pulak! Hahahha.. Masa aku menang tu, penuh kontroversi sebab ramai tak sangka lagu simple ciptaan Aidit Alfian tu boleh menang. Pada aku, lagu tu catchy dan susunan muzik yang dibuat oleh Eddie Slam itu sangat menarik. Alhamdulillah rezeki Aidit serta kami (aku & Ajai a.k.a Pak Abu). Bila tengok semalam tu, banyak kenangan menjelma semula.

Semasa Anugerah Juara Lagu ke 17 itu, kali pertama juga aku bekerja bersama Dato Ramli M.S yang always PMS! Hahhaa.. Itu yang selalu aku panggil dia.. Mana taknya.. Dia kan ke garang! Pernah sekali tu dalam hari-hari rehearsal di PWTC (masa tu), aku ditengking kerana aku beritahu aku tak dengar monitor! Kena pulak selsema masa tu. Tak berapa sihat. Telinga semua block. Kena tengking depan semua orang.. Naik malu aku… Takpelah… Dengar je kata senior. Nanti kalau melawan lain pula jadinya.. Aku ni nampak je macam berani dan kuat, tapi takut melawan sebenarnya. Ramli M.S memang terkenal dengan mulut laser nya. May Allah bless him.

Kenangan yang sangat berharga buat aku. Anugerah itu sekaligus menguatkan lagi nama aku dan pasangan duet yang hebat masa tu. Sangat membantu. Terima kasih AJL dan juga fans yang vote hingga lagu tu bertanding di AJL. Itu adalah kali kedua aku masuk Juara Lagu. Kali pertama hanya di peringkat Separuh akhir. Lagu ‘Aku Cinta Aku Rindu’. Hajat penerbit yang target lagu tu masuk AJL tahun tu, tak kesampaian.. Rasanya tahun 1998, selepas aku melahirkan Ayu.

Mana taknya, aku termenangis di atas pentas! Hahahah.. Bila difikirkan balik, rasa kelakar. Apalah aku ni tak pandai kawal emosi. Semuanya gara-gara seorang wartawan tabloid – dia dah berhenti pun – dia tu sangat suka mencipta gosip dan kontroversi. Dikatanya aku bercerai masa tu. Aku yang masa tu penuh kasih sayang dan tak mahu bercerai di usia yang muda; sedihlah dengan perkhabaran yang disampaikan oleh seorang petugas wardrobe masa tu. Dalam keadaan terkejut tu, aku tak dapat kawal perasaan aku bila masa nyanyi, ternampak muka penulis dan dia sedang memegang suratkhabar tabloidnya tu.

Hancur berderai impian penerbit yang dah lama aku kenal masa tu. Dia pun  dah berhenti dari bertugas bersama TV3. Itu antara pengalaman yang banyak mengajar aku menjadi siapa aku hari ini. Jadi penghibur ni, hati kena kuat dan tabah. Kalau dengar apa pun, kena buang jauh-jauh semasa bekerja. Lepas habis menghiburkan atau menyanyi, barulah difikirkan. Sakit! Bukannya mudah nak buat macam tu.

Melihatkan rakan artis yang senior dan junior semalam, aku percaya macam-macam juga berlaku behind the scene dan mereka terpaksa menelannya dan melakukan yang terbaik. Aku buka TV semalam atas alasan nak tengok Hafiz. Tak sempat tengok persembahan pertama seperti Salam Music, Hyper Act, Stacy, Noh & Aizat, serta Black.. Aku kan ke terlupa! Tapi agak memuaskan hati melihatkan gaya persembahan semua selepas itu dengan sound system yang memuaskan. Boleh dikatakan produksi yang sangat berjaya. Syabas AJL 28!

Aku suka dengan persembahan hangat Dato M. Daud Kilau! Amy Search – my all time favorite! Idea  yang bagus bagi aku bila diselang selikan dengan rap macam tu. I like it! Syabas buat LY yang menang Juara Lagu kali ini selepas beberapa tahun tak dengar khabarnya. Akulah yang tak dengar. Orang lain mungkin tahu dia aktif seperti biasa. Dia seorang yang sangat rajin bekerja dan sangat baik hati.

Semalam aku lihat isterinya yang penyabar itu, tersenyum penuh syukur – terpancar di wajahnya apabila diumumkan kemenangan mereka. Aku tak pernah bekerja dengan LY tapi sering terserempak dan bersembang di studio dulu. Mungkin aku patut minta lagu dari dia juga lepas ni.. Betul .. aku langsung tak terfikir pasal dia sebelum ini. Bukannya tak tahu LY seorang komposer yang dikagumi juga oleh ramai pihak. Maklumlah mana nak ingat, banyak benda dalam kepala ni. Kalau dulu aku ambil dia buat lagu, mungkin tak berlaku penipuan seperti yang aku kena dengan komposer tu. Takpelah, dah tertulis.

Hafiz menyanyikan lagu ‘Bahagia Mu Derita Ku’ tu dengan baik sekali! Vokal yang sangat mantap! Hafiz, aku tak pernah jumpa tapi aku tahu dia dari hari pertama dia menjejakkan kaki di dewan audition Akademi Fantasia dulu. Tahun tu aku antara juri yang membuat uji bakat untuk AF. Tahun 2008 rasanya. Dah lupa. Hafiz diujibakat oleh Cat Farish di Sarawak. Dan di hari yang sama aku di Sabah bersama Edri hashim. Cat Farish tak habis-habis bercerita tentang Hafiz. Semua produksi Akademi fantasia sedia maklum akan vokal yang baik yang dimiliki Hafiz.

Nampak gayanya macam Hafiz bakal menjadi seperti Dato Siti Nurhaliza. Versi lelaki! Jika selepas ini Hafiz akan menang sebegini di tahun-tahun yang akan datang. Ada kualiti yang bagus dan dia seorang yang bersungguh dan determine. Apa salahnya ye tak?! Dapat aku lihat di Instagram Cikgu Vokalnya iaitu Cikgu Shafi akan kesungguhannya. Cikgu aku juga dan kawan aku tu.. Sangat bangga melihatkan kejayaan generasi muda seperti Hafiz. Dia seorang yang serious. Aku sokong penyanyi muda yang sedemikian.

Syabas Jac! I like the purple dress! Terkejut bila tengok Salmiah Hassan, Adibah Nor, Atilia Harun, dan Elvira turut sama di atas pentas! Teringat filem ‘Dreamgirls’. Jac; semua tahu memang bagus menyanyi. Tahniah di atas anugerah Vokal Terbaik AJL28.

Tahniah Hafiz, tahniah juga buat semua yang telah berjaya sampai ke Anugerah Juara Lagu – kemuncak rancangan TV yang sangat popular semenjak 28 tahun yang lalu. Ternyata semuanya telah berjaya dengan lagu masing-masing walaupun tidak memenangi apa-apa kategori.

P/S : Mahu lihat judges dari luar bukan judges kawan-kawan mengadili kawan-kawan… Ooopppsss.. Amacam, ada berani?! Teringat satu cerita.. Kesian kawan baik aku tak menang satu ketika dulu sebab jugde tak suka komposer lagunya. Bijak judge tu menghasut semua judge yang lain termasuk ketua juri. Tapi tak bijak bila memberitahu orang ketiga akan tindakannya tu. Akulah orang ketiga tu… Semoga dia berubah!

Advertisements

5 Comments on “ANTARA JUARA LAGU DAN GRAMMY… MENGUNDANG MEMORI..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: