AYAT NAK SIMPATI…. BELASAH KANG!!

‘Belasah!’ – perkataan yang paling famous minggu ni bagi aku dan semua yang berada di sekeliling aku! Hahahha… Susah nak cerita.. Tapi aku cerita jugalah! Hahahah.. Banyak boleh dikaitkan dengan perkataan ‘belasah’ ni.. Pukul, buat je, makan… dan apa lagi? Macam-macam lah! Yang lain-lain tu tak payah lah aku huraikan. Ikut bagaimana penggunaannya oleh sesorang itu. Apa saja yang aku dan Pingu terutamanya, bercerita, mesti ada perkataan ‘belasah’ ekoran satu cerita yang dibawa Pingu lewat petang Isnin lalu.

Naik kelakar dan terkejut pun ada. Hahhaa.. Ada la sikit berkaitan aku tapi sikit pun tak luak jika nak difikirkan atau nak marah dari apa yang aku dengar. Gelak lagi ada la.. Sedikit lucah tapi  kelakar! Hahahha… Mesti semua naik hantu .. apa yang aku nak cerita, ni tapi taknak cerita hahhahaa… tak boleh sebut, nanti jadi kontroversi. Sangat sensitif.

Apa yang aku nak simpulkan adalah cerita sesetengah sikap lelaki. Cerita ‘belasah’ ni berkaitan lelakilah. Lelaki yang suka ‘kiss and tell’ sebab nak tunjuk ego atau nak menagih simpati. Macam-macam perangai lelaki tapi perangai sorang lelaki ni sangat rare. Aku naik hairan adakalanya bila aku dengar ceritanya. Tak mahu pun ambil tahu tapi ada je cerita sampai. Ada setengah cerita tu buatkan aku gelak besar! Jadi bahan hiburan pula pada aku dan geng! Hahhaha..

Hati-hati lelaki.. Jika kamu tak fikir panjang apa yang kamu cerita atau sebut, memang jadi bahanlah bagi kaum hawa. Hahhaa.. Ada setengah orang tak kiralah lelaki atau perempuan tak fikir panjang kalau nak cerita atau nak cakap apa-apa. Main belasah je cerita.. Kan ke dah kena gelak! Hahahha..

Hairan dengan perangai lelaki yang suka sangat nak menagih simpati dengan bercerita hal buruk isteri atau memburukkan isteri. Kata mengongkong la apa la – just to get attention from another woman. Kesiannya lelaki macam ni. Bini yang kat rumah tu kerja keras bukan main. Jaga anak, jaga suami, buat kerja rumah dan busy dengan kerjanya. Yang si suami ni syok dok memintal ayat nak mengayat anak dara orang lain. Lebih teruk kalau yang pernah bercerai. Dibukanya semua cerita bekas isteri hinggalah ke dalam kain!

Cerita aku la tu yang aku dengar minggu ni. Hahahha.. aduh.. Tak habis-habis lagi ke mamat ni?! Mulut mengalahkan perempuan. Buat hal sendiri lah ye. Toksah buruk-burukkan orang lain. Takde faedahnya. Lebih teruk burukkan isteri sebab nak ngorat perempuan lain. Ubah-ubah le perangai tu. Usia bukannya makin muda. Dah semakin meninggi. Fikir sedalamnya. Hidup ni ada karma. Dok mengata atau buat hal kat orang, esok-esok kita kena pula.

Naik seram aku tengok dan dengar kebanyakkan lelaki yang macam ni. Kalau nak mengorat sekali pun, cakap je lah kat mana-mana minah yang dimahukan. Toksah burukkan isteri atau orang lain. Terus terang saja. Entah apa lah perangai macam ni ek.. Nakkan orang lain, burukkan isteri. Kesian isteri tu. Bukan langkah yang bijak wahai lelaki! (Lelaki yang perangainya macam yang aku cakap lah. Yang tak tu, jangan terasa)

Hari mood nak jadi reporter gossip! Hahahha.. Nak cuba-cuba tulis gossip pulak.. Hari ni je lah.. Esok-esok lain pulak hahhaha.. Cerita yang aku dengar tu buat aku berang sikit. Tapi lucu! Hahhahaa.. Tu yang terus bagi idea nak jadi reporter gossip! Mamat yang aku cerita kat atas ni, famous orangnya! Perangai je tak senonoh.. Aduh mamat ni.. Tak berubah! Mamat ni bercerita sesuatu pada seseorang yang juga famous. Yang famous ni perempuan.

Dia ni sangat suka pukul canang dan cerita semula apa yang didengar. Tapi bagus juga. Biar orang yang dikata tu tahu. Haaa… Baru dia tahu yang sikap dia tu pun perlu diubah. Dah berubah menutup aurat, bagus juga jika jangan bercerita aib orang walaupun apa yang didengar itu mendatangkan keraguan dan bercakap mengenainya semula kerana mahukan kepastian. Apa yang kita dengar orang lain cerita, kena fikir dua tiga kali akibatnya sebelum kita bercerita semula. Takut mendatangkan dosa dan bahana pula.

Biarlah dia. Satu hari orang tahu juga siapakah dia dan perangainya yang suka menagih simpati perempuan. Entah berapa ramai perempuan yang dia nak pun tak tahu. Tak pernah cukup. Dah memang ciri-ciri playboy tu ada dari dulu.

Nak jadi playboy tu, tak kisah lah.. None of our business. Tapi toksah buruk-burukkan orang lain. Naik geram bila dia buat macam ni pada semua isteri-isterinya. Terbabit perempuan lain sekali. Yang perempuan yang mendengar pun rasa kesian lah kat mamat yang famous ni. Apa la punya nasib dia ni dapat isteri semuanya suka mengongkong dan tak beri kasih sayang… Kesian….. Kononnya lah! Hahahha

Ada juga yang terperangkap dengan ayat mamat ni. Hmmmm… zaman sekarang ni ramai perempuan yang bijak. Namun mudah juga terperdaya. Tapi aku percaya, dia susah sikit sekarang nak cari mangsa sebab semua dah tahu siapa dia ni. Memang suka perempuan.

Aku harap semua perempuan yang sering terjumpa lelaki berstatus suami orang, fikir dua tiga kali jika mereka mula bercerita buruk tentang isteri mereka. Toksah kesian. Itu saja je nak dapatkan simpati. Belakang isteri dikutuk-kutuk, depan; pijak semut pun tak mati.

Geli dengan perangai lelaki yang macam ni. Apa la perasaan isteri kalau tahu yang si suami sering bawak cerita tak betul tentang nya…

P/S : Sudah puas terkena dulu…

Advertisements

2 Comments on “AYAT NAK SIMPATI…. BELASAH KANG!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: