EXCITED! TERKEJUT… & THANK YOU SHILA!

‘Unconditional…unconditionally.. I will love you.. Unconditionally..’ Tengah gila dengan lagu ‘Unconditional’ dari Katy Perry! Tiap-tiap hari nyanyi pada Zachary.. Senyum je dia bila dengar aku nyanyi lagu tu.. Ya.. tengah mood nak dengar lagu best-best.. kempunan lagu baru dan lagu yang menusuk perasan! Maklum saja dah lama tak dapat lagu best. Album mini yang terakhir aku keluarkan di bawah syarikat aku sendiri hampir 2 tahun yang lalu – Jun 2012.

Memang tak dinafikan aku susah nak dapat lagu best seperti yang aku mahukan (last dulu Tam Spider & Sharon Paul) .. Aku gopoh memilih lagu sehinggakan pelaburan besar aku jadi satu pembaziran. Alahai nasib.. Kelam kabut lagi.. kan ke dah terkena.. Nak kata takde experience deal dengan semua komposer; tak juga. Sikap gopoh aku membawa padah. Aku tak tahu mana silapnya (walaupun aku tahu tapi taknak cakap kat sini, jadi isu besar pulak nanti) dah alang-alang tenang, malas nak cari gaduh –  mainan politik juga ya. Aku ni tak reti nak hipokrit dan malas nak gaduh-gaduh. Jadi aku biarkan saja. Bila dibiar, inilah jadinya. Tak apa, bagus juga.. Biar perlahan-lahan. Bak kata omputih, ‘slowly but surely…’

Minggu lepas; minggu terkejut aku! Mana taknya, Shila Amzah nak buat lagu! Alhamdulillah. Semuanya bermula dengan satu perjumpaan aku dengannya bersama ibunya yang jelita yang dikenali sebagai Mama Zie. Aku panggil dia Kak Zie. Masih muda bagi aku. Tak sampai hati nak bagi titlle ‘Mama’ pada Kak Zie!

Perjumpaan yang tak disangka di satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh seorang Datin, (yang dulunya penyanyi) memberi aku satu idea untuk bertanya pada penyanyi muda yang amat sibuk jadualnya antara Malaysia dan Shanghai. Aku tanya andai dia mahu menulis atau mencipta lagu untuk penyanyi lain. Ada beberapa artis yang hanya compose lagu untuk mereka sendiri tapi tadak untuk orang lain. Lagu ciptaannya sendiri seperti ‘Patah Seribu,’ bukan main hit! Lagipun aku mahu pencipta muda. Fresh idea!

Lain pula dengan seorang komposer lagi. Yang ini memang terkenal dan sangat aku kagumi. Lebih kagum dengannya kerana dia berlaku jujur pada aku dengan mengatakan dia tidak boleh buat lagu untuk aku. Katanya bekas suami dah set kan satu level yang tinggi untuk aku di dalam muzik. Jadi dia yang humble ni tak berani nak buat. Dia risau andai dia tidak setanding itu. Lagi satu pula katanya dia tak sampai feel. He cannot feel me. Dia beritahu aku setelah 2 tahun aku menunggu. Kali kedua pergi berjumpanya, baru dia bagitahu. Dengan kejujurannya tu berterus terang membuatkan aku salut dengannya! Tiada dendam dalam hati. Aku suka orang yang bercakap terus terang. Biar tahu hal yang sebenar dari dibohongi. Truth hurts, lies worth kata omputih!

Bila meninggalkan seseorang yang namanya besar di dalam industry; inilah bahagian yang aku terima dan terpaksa tempuhi. Mungkin ramai tak tahu. Dah banyak tahun aku pendam dan simpan saja dalam hati ni. Tuhan saja yang tahu apa mainan politik yang ada di luar sana tu yang sering aku hadapi dan dengari. Terima saja. Tak berani nak syak atau tuduh yang bukan-bukan. Allah itu ada. Dia Maha Mengetahui segalanya. Aku berserah…

Aku pernah juga mencipta lagu aku sendiri tapi tak sehebat mereka yang benar ada bakat mencipta lagu. Banyak bakat baru sekarang punyai citarasa sendiri dan mereka ciptakan sendiri lagu mereka. Satu kelebihan yang tidak ada pada aku. Jadi, aku perlu minta lagu pada mereka yang berbakat mencipta seperti Shila.

Shila Amzah, menjawab pertanyaan aku kali kedua di Instagram nya. Katanya lagu dah siap hanya menunggu masa untuk berjumpa dengan aku. Masa tu dia di Shanghai. Dia ada beritahu aku masa kami berjumpa di majlis makan malam tu yang dia lebih fokus menulis andai dia berada di Shanghai. Lebih tenang katanya. Nak menulis atau mecipta lagu ni memang memerlukan ketenangan. Aku sedia arif dengan tabiat seseorang komposer itu. Jika berserabut, memang tak boleh nak mencipta. Emosi tidak boleh terganggu.

Lewat Isnin minggu lalu, aku dihubungi Pingu ku – katanya Kak Zie nak jumpa. Shila ada masa 1 jam di antara meeting untuk bertemu berkenaan lagu yang dia ciptakan untuk aku. Aku yang masa tu tengah kelam kabut dengan Zachary – terus bawa si kecil tu sekali ke meeting tu. Kebetulan ada masa pula petang tu. Semuanya berlaku dengan tak sengaja.

Dalam perjalanan ke sana, di dalam kepala ni berfikir ‘betul ke Shila ni nak buat lagu untuk aku?’ Aku terkejut dan tak sangka sebenarnya bila dia benar jujur menyiapkan satu lagu untuk aku ketika dia berada di Shanghai. Ternyata si gadis manis ni memang seorang yang berpegang pada kata-katanya. Andai dia mahu, dia akan lakukan. Alhamdulillah. Hingga ke hari ni masih tak sangka dan terkejut. Excited pun ya juga. Aku masih menunggu nak dengar lagu tu.

Meeting kami tu diserikan lagi dengan hilai tawa dari bapa Shila, ND Lala. Abang ND aku kenal semenjak aku mula memasuki bidang ini. Lama juga aku tak bertemunya semenjak dia busy dengan bisnes yang diusahakannya sebelum Shila menempa nama seperti sekarang. Sempat kami bercerita tentang satu majlis yang aku dan Abang ND turut serta di Kem Wardieburn Setapak Kuala Lumpur. Abang ND sebagai pengacara majlis dan menyanyi juga malam tu. Majlis tu sempena Hari Raya. Aku yang disuruh menyanyi lagu popular M.Nasir ‘Satu Hari Di Hari Raya,’ – tak ingat dengan lirik lagu tu. Haaa… apa lagi… na na na na na lah yang keluar! Hahahah.. Abang ND yang berada di sisi pentas, sempat tersenyum dan ketawa. Selesai persembahan na na na aku tu, Abang ND sempat berseloroh katanya aku terlebih makan buah kana! Hahahhaa.. Pun boleh abang! Hahaha.. Waktu muda, aku ni kurang fokus! Sebab tu lah tak ingat lirik!

Itu antara kenangan yang sempat kami cerita pada Shila. Abang ND tak lekang dengan joke nya. Seorang yang berjiwa besar, sopan santun dan sangat positif. Dalam ketawa kami tu, sempat aku bertanya – sebenarnya lama aku nak tanya tapi tak tertanya-tanya. Petang tu aku ajukan soalan aku. Dah lama nak tahu mana datangnya nama ND LALA. Jawapan yang sangat bernas dan sangat menarik. Sungguh kreatif abang ND patutlah anak-anak pun sama macam bapanya!

Buat masa ini aku menantikan email dari Shila yang mengandungi lagunya tu. Tak sabar sebenarnya! Thank you Shila. Really appreciate it! Can’t wait to sing your song! Kalian semua boleh saksikan video meeting kami di Youtube Channel aku – Nurul Wahab. Tengok sendiri apa Shila cakap!

P/S : Apa agaknya tajuk lagu tu nanti? ‘Berbekas Di Hati?’ hahahha.. Antara aku dan Shila ada persamaan cerita tentang cinta. Tunggu saja!

Advertisements

5 Comments on “EXCITED! TERKEJUT… & THANK YOU SHILA!

  1. Assalamualaikum kak nurul. Sy dh lama follow blog kak nurul tp ni bru nk komen. Sejujurnya saya jugak suka sgt dgn bakar shila amzah. Kreatif dan berani. Sptmana najwa Latif yg jg cukup2 berbakat mencipta lagu. Sy berpendapat artis spt mreka berdua akan mampu bertahan lama.

    Oh ye kak nurul. Sy cukup suka dgn lagu kerna terluka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: