KEKASIH KU TELAH PERGI… ADDOIII.. SAKIT!!

Adoooiiiii…. sakit muscles! Haaa…ambikkkk.. Nak sangat kurus kan… But I like it! Hehehe.. Bermakna semua otot bekerja. Ye lah .. sakit lah.. Minggu ni start concentrate on exercise and body. Dah habis perayaan Hari Natal dan Tahun Baru. Makan dah puas, sekarang masanya nak kuruskan badan betul-betul. Lagi 4kg ni.. rasa liat pulak! Sikit je lagi. Naik geram pun ada! Rasa macam nak potong-potong buang je lemak ni.. Hahaha..

Aku mulakan rutin di gym – 3 kali seminggu dan 2 kali horse rising. Ya…. dah lama aku tinggalkan arena menunggang kuda. Minggu lepas ke Selangor Turf Club di Seri Kembangan – tempat aku menunggang kuda dan belajar semenjak 5 tahun yang lalu. 3 tahun setengah aku bersama mereka belajar menunggang dan berhenti seketika. Semenjak Mac 2011 sehingga Disember 2013! Bayangkan… Lama kan!

Aku memang suka menunggang kuda. Satu exercise yang baik juga selain yoga dan gym. Semua otot badan bekerja apabila menunggang. Itu satu perkara, yang lainnya adalah kerana aku sangat sukakan binatang yang bijak ini. Kuda teman tatkala aku tertekan dan kesunyian satu ketika dulu. Jangan tak tahu, mereka punyai expression dan dapat merasa serta menghidu andai kita selesa, tertekan, takut dengan mereka. Begitu juga dengan keadaan lainnya. Terutamanya emosi dalaman  kita.

Kehadiran aku ke STC kali ini- selepas hampir 2 tahun tidak ke sana – mendapat berita yang kurang menyenangkan aku. Seekor kuda yang aku suka dan paling kerap aku tunggang telah tiada. Namanya Sorento. Kuda yang paling best yang pernah aku tunggang. Stallion hebat itu terpaksa dimatikan (in english – has to put him to sleep) setelah mengalami kemalangan selepas dimandikan. Sedih betul aku bila dapat tahu yang dia patah kaki kerana tergelincir. Dia sememangnya sudah punyai masalah tulang belakang, lebih teruk apabila tergelincir jatuh. Ini kuda yang ke-2 yang aku suka, terpaksa dimatikan selepas Supremo.

Supremo pula dimatikan pada awal tahun 2010. Dia punyai masalah kaki dan belakang serta telah tua. aku ingat lagi, tak boleh tidur aku dibuatnya. Aku terlampau attach dengan 2 kuda itu. Sedih sangat… Supremo sering aku tunggang semasa dressage competition yang diadakan oleh kelab setiap tahun.

Aku ingat lagi kenangan aku tergolek bersama Supremo. Agaknya masa tu aku tak betul-betul buat   regangan otot – maksudnya masa nak riding tu kena jalan dulu dan kemudian trot dan seterusnya canter. Jadi, dengan keadaan kakinya yang sememangnya masa tu tak lagi kuat; haaa… Apa lagi, dalam keadaan aku mula nak center (selepas 5 atau 6 pusingan) kami berdua tergolek di dalam arena yang sedia basah selepas hujan itu! Kali pertama aku jatuh agak teruk. Tapi aku dapat rasakan Supremo selamatkan aku masa aku nak jatuh tu.

Supremo yang menahan sakit di kakinya, sempat meletakkan kakinya ke bawah seakan memberi satu lunsuran selamat pada aku. Dia tahu agaknya yang aku akan jatuh teruk andai dia tak buat begitu. Aku tergelungsur ke depan kepalanya dan tergolek ke depan muka Supremo. Setelah itu dia jatuh terguling di hadapan aku. Andai kata aku terpelanting ke depan tanpa dibantu Supremo, pastinya muka aku akan tercalar teruk! Itu yang dikatakan coach aku masa tu. Katanya biasanya jika penunggang jatuh ke hadapan, memang muka dululah yang menyembah bumi. Maklum sajalah bagaimana keadaan muka selepas itu!

Kuda jarang sekali nak jatuh andai tiada masalah pada kaki dan belakang mereka. Sedih sangat tengok Supremo yang luka teruk di kaki dan di bahagian hidungnya. Aku hanya luka di siku dan lutut. Nasib baik tak ada apa di muka.. Alhamdulillah… Allah selamatkan. Itu satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan kerana aku dapat merasakan betapa bagusnya sesekor kuda itu apabila dia telah kenal penunggangnya.

Pengalaman dengan Sorento lain pula. Aku tak pernah jatuh apabila aku menunggangnya. Sorento seekor kuda yang suka menunjuk dan rasa dia sangat hebat. Dia seakan tidak suka berbuat salah. Apabila ditunggang, dia akan pastikan dia buat dengan baik. Tapi adakala nakal juga. Maksud aku suka nak buli penunggangnya andai ditunggang dengan was-was serta takut-takut. Kuda sangat bijak dan dia tahu apa perasaan penungangnya. Bukan saja melalui emosi, malah cara bagaimana kita menyentuh, kita duduk dan memegang tali lehernya.

Sorento ni lain pula habit nya. Dia suka menggigit! Hahaha.. Andai kata dia berada di kandangnya, jangan datang dekat. Jika cuba dekat dengannya, dia akan pastikan dia kan gigit sesiapa saja yang menghampiri! Ada satu ketika itu, seorang penunggang wanita berbangsa asing, cuba nak manjakan Sorento dengan mengusap kepalanya. Tanpa membuang masa Sorento apa lagi.. Attack!!! Kesian wanita tu, kena gigit di payu dara pulak tu! Nasib baik tak teruk dan dia pantas menolak Sorento. Kadang-kadang bukannya niat Sorento nak menyakiti, cuma dia nak maintain cool sebagai stallion!! Hahahaha..

Aku kadang-kadang ketawa sendiri mengenangkan perangainya. Dia teman yang paling best di arena apabila aku pun adakalanya terasa perasan best dan nak menunjuk-nunjuk! Hahahaha… Haaa.. tu bila dah terkenan dengan perangai kuda! Hahahaha… Aku terlampau attach dengan Sorento ni pada mula aku belajar kuda sehinggakan andai aku terlihat orang lain naik Sorento, naik cemburu aku jadinya! Hahahha… Bila timbul rasa tu, cepat-cepat aku buangkan. Susah juga mulanya. Tapi kena berada di alam yang nyata. Kalau tak, memang akan terbawa-bawa.

Beberapa kali Sorento dan Supremo featured in magazine and newspaper. Supremo kuda hitam yang sangat tinggi dan cantik. Sorento pula berwarna perang coklat dan sangat sedap ditunggang. Sangat cantik gambar-gambar mereka. Aku masih simpan setiap majalah dan suratkhabar yang punyai gambar mereka. Majalah Hai masa tu, tulisan Hamisma Hassan – penulis yang hebat bagi aku – datang ambil gambar dan aku tunggang Sorento. Dia macam tahu je masa tu. Bukan main dia pun menunjuk-nunjuk.. Hahhaha.. Supremo pula di dalam suratkhabar Berita Harian tulisan Serima Ibrahim. I thank them for taking these two horses’s pictures. Oleh sebab mereka, aku dapat melihat semula gambar dan artikel itu dan mengenang segala kenangan bersama dua binatang yang hebat itu.

Setiap kuda punyai perangai dan tabiat yang berbeza. Macam manusia juga. Semenjak aku menunggang kuda, aku dapat merasakan perubahan pada diri aku – fizikal dan mental. Aku lebih fokus dan punyai keyakinan diri. Bukan itu saja, Aku dapat melihat gerak geri insan lain andai seseorang itu berniat baik atau tidak. Semua tu kerana aku dah biasa dilatih untuk melihat bagaimana reaksi sesekor kuda itu sebelum ditunggang. Menjadikan aku lebih teliti dan terperinci. Ianya sekali gus terbawa-bawa di luar kandang kuda. Bagi aku, ianya satu perkara yang bagus untuk dipraktikkan.

Kuda sememangnya binatang ciptaan Allah Taala yang sangat bijak selain anjing. mereka juga sangat bagus dibuat teman. Kuda punyai sixth sense dan dapat menghidu segala emosi manusia di sekeklilingnya. Dulu dengan Supremo, aku sering bercakap dengannya. Aku luahkan kekecewaan dan sebagainya padanya apabila aku bawa dia keluar untuk makan di dalam kawasan kelab rekreasi yang serba hijau itu. Dia seakan mendengar dan memberi reaksinya apabila aku menangis atau aku ketawa. Aku tahu. Aku dapat merasakannya. Andai kuda boleh bercakap, habislah semua rahsia aku dah diberitahu umum agaknya! Hahahha..

Ini juga salah satu sebab aku tak pernah kesunyian ketika aku sering keseorangan dulu. 4 kali seminggu aku akan berada di kelab untuk menunggang dan bersama kuda-kuda di sana. Malah aku sering membantu pekerja kelab untuk membersihkan kuda dan memandikan mereka!  Jadi, macam manalah aku tak sedih bila Supremo dan Sorento meninggal?!

Bila aku kerap merasakan kehilangan binatang kesayangan, aku adakala seakan tawar mahu dekat dan terlalu attach dengan kuda lagi. Sedih dan amat terasa bila mereka tiada lagi. Nak mendapat semula feeling yang sama dengan kuda lain, ianya mengambil masa. Tapi tak lama bila sering menunggang.

Satu lagi cerita di dalam pengalaman aku menunggang kuda ialah apabila aku punyai kuda sendiri dulu. Pasti semua terfikir, wah.. hebatnya dan kayanya aku ada kuda sendiri! Kalau nak tahu, kuda taklah mahal sangat – kalau nak kuda yang biasa lah. Ya ada kuda hingga puluhan dan ratus ribu ringgit – itu kalau kuda yang punyai kualiti yang hebat dan dari negara luar. Kuda aku tu taklah mahal mana. Hanya 4 angka. Ye lah.. taklah mahal kalau nak dibandingkan dengan yang berratus ribu tu!

Dia kini telah bersama orang lain dan kerap memenangi pertandingan acara lompat yang diadakan kelab-kelab kuda di Kuala Lumpur ini. Itu lain pula ceritanya. Namanya Hulk. Sangat gagah dan penakut seawal dia di Kelab STC. Hulk dibawa dari kelab lumba kuda dan diserapkan ke equestrian. Jangan tak tahu, setiap kuda boleh dilatih mengikut apa yang kita mahu dia lakukan. Tapi ianya mengambil masa yang lama untuk nak jadikannya seperti yang kita mahu. Perlu dilatih setiap hari.

Berbalik pada Hulk yang penakut tu – semuanya kerana layanan di kandang kuda lumba amat berbeza dengan equestrian. Kalau ada sedikit bunyi, dah naik takut dah Hulk! Nak melompat pun ada aku tengok bila dia terkejut! Hahhaha.. Dia yang mulanya tak selesa, dilatih oleh coach aku dan dalam beberapa bulan dia dapat menyesuaikan dirinya di kelab equestrian.

Aku ingat lagi apabila aku ditegur oleh coach aku. Mana taknya, dari Hulk seekor kuda yang penakut, jadi manja dan lembik gila! Hahahha.. Semuanya gara-gara aku yang terlalu sangat memanjakannya; hinggakan sukar coach aku nak train! Dia tak mahu dengar suruhan dan degil. Tambah-tambah lagi bila aku yang menunggangnya. Dia tahu aku sering memanjakannnya so padanya aku ni lembut. Kalau dia tak dengar cakap pun, aku takkan marah. Haaa… Tak ke sama macam perangai manusia tu?! Mana taknya coach aku naik angin! Hahhaha.. Hulk.. Hulk…

Hanya beberapa bulan Hulk dengan aku. Aku terpaksa lepaskannya apabila dia punyai masalah jangkitan kuman di kuku kakinya. Satu lagi kekecewaan bagi aku. Hulk direhatkan seketika dari ditunggang. Oleh sebab tu, aku lepaskannya. Dan sekarang, Hulk bukan lagi Hulk yang dulu. Dia bersama orang baru, tuan baru. Dia gagah merentas palang lompat tinggi bersama tuannya itu.

Mendengarkan keadaannya yang sekarang ini sebegitu, ada separuh hati aku gembira dan bangga; tapi separuh lagi…. CEMBURU dan RINDU!!! Hahhaa.. Dia berada di kelab kuda milik kawan baik aku di Kuang dan aku tahu dia menjadi semakin hebat. Perasaan aku bagaikan ditinggalkan kekasih dan melihat kekasih aku bahagia bersama orang lain. Itu perasaannya.. Hahahaha..

Hmmm… macam-macam cerita aku dengan kuda sebenarnya. Kalau nak cerita semuanya tak habis dan berjela-jela pula jadinya entry ni. Semua kenangan kembali menjelma di minda apabila aku mula menunggang semula. Minggu ni dah 2 kali ke kelab STC yang sememangnya banyak kenangan bagi aku. Bukan kenangan berkuda saja, kenangan bersama bekas kekasih (yang ni benar kekasih – cinta pertama aku selepas bercerai), kenangan bersama teman baik yang mengenalkan aku kepada Kelab STC (kini bukan lagi teman baik…)

Hmmmm.. hidup ni macam tulah.. macam-macam… Kena terima semuanya.. Adakala kita mendapat, adakala kita menanggung kekecewaan. Tapi apa-apa pun, kelab kuda itu sering membawa kebahagiaan buat aku. Jika manusia bukan teman ku, aku ada ciptaan Allah yang lain yang bisa mendengar seperti manusia dan dapat dijadikan teman.

Sebab tulah aku busy sangat minggu ni selepas Ayu dah naik sekolah. Zachary dah satu hal, kuda – lain pula halnya! Lagipun nak kena kurus cepat ni.. Minggu depan photoshoot dengan Media Hiburan dan Mingguan Wanita. I have to look good!  Wish me luck on riding dan nak kuruskan badan! Hehehehe… 4kg to go and I can do it! Tak kisahlah sakit-sakit otot, asalkan aku dapat semula berat aku dulu!

Advertisements

4 Comments on “KEKASIH KU TELAH PERGI… ADDOIII.. SAKIT!!

    • I powerbankkkkkk .. hehehhehe.. cantik u punye blog.. mcm u gak cantiknye.. 🙂 i wish u berjaya n makin berjaya. Amin 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: