HAPPY NEW YEAR 2014.. INTRODUCING BABY Z!

Selamat tahun baru buat semua! Tahun 2014… Semoga menjanjikan seribu kebaikan buat semua.  Semoga dapat mencapai semua azam yang dibuat bagi tahun 2014 ini.

Seperti yang dijanjikan, ini dia gambar Baby Z! 3 Januari ni, Baby Z dah masuk 3 bulan. Alhamdulillah Baby Z tak banyak ragam. Sekarang ni dah pandai bersembang. Yang paling kami suka, bila dia bangun pagi dia akan senyum kepada aku dan Eric. Dia juga dah mula mengiring dan belajar nak sentuh barang.

Nama sebenarnya ialah Zachary Depp. Kami panggil Zach dan adakala Eric panggil Zakaria. He somehow likes the name. Aku yang pilih nama tu. Dah lama suka dengan nama Zachary ni. Semuanya bermula di Sekolah Menengah Bakti Tasek Gelugor. Sekolah aku dulu.

Adalah sorang mamat ni. Senior aku. Bukan main putih dan handsome orangnya. Pendiam tapi rock! Aku suka melihatnya. Crush aku masa tu lah… Hehehe..  (Jangan bagitahu Eric okay.. Dia tak tahu! Hahhaha) Jadi, masa tu terus suka dengan nama Zachary. Tak sangka pula boleh ingat nama tu masa aku mengandungkan Baby Z. Aku simpan niat nak namakan anak kedua aku ni dengan nama tu andainya lelaki. Sekali, memang dah rezeki aku nak dapat baby boy.

Aku dan Eric membuat senarai nama setelah kami tahu yang baby kami adalah lelaki. Dalam 10 nama yang aku dan Eric senaraikan, ada nama Zachary di dalamnya. Yang mana pada mulanya dia tak tahu pun aku nak letakkan nama tu. Jadi, kami berdua putuskan untuk letak nama itu, setelah kami shortlist. Eric mulanya nak letak Mikhail. Aku nak Zachary. Memandangkan ada nama tu dalam senarai kami berdua, kami langsung putuskan untuk namakan Zachary. Yeaay!! Mama wins! Hehehe…

Setiap yang aku kenal dengan nama Zachary atau ejaan Zekry, semuanya handsome! Berperwatakan istimewa dan menyenangkan! Aku mahu anak lelaki kami ni sebegitu. InsyaAllah .. Lagipun kami perlu membimbingnya menjadi anak yang baik dan soleh. Aku cari juga maksudnya. Antaranya yang amanah dan religious. Banyak maksud yang baik bagi nama tu.

Muka siapa ya Baby Z? Mula lahir sebijik muka aku. Kulit pun macam aku. Ada juga muka arwah mak. Ramai kawan aku gelak bila aku katakan anak aku ni kuat darah mamak! French mamak! Hahaha .. Tapi sekarang ni dah berubah. Kulit dah cerah dan banyak muka Eric! Kalah juga darah mamak ku! Hahahaa… Tak kisahlah muka siapa pun. Asalkan dia sihat tubuh badan dan membesar dalam keadaan yang baik.

So, inilah dia Baby Z atau Zachary Depp. Terima kasih kepada yang bersabar menanti untuk melihat wajah Baby Z dan maafkan aku kerana membuatkan kalian tertunggu-tunggu. Happy new year 2014!

Advertisements

22 Comments on “HAPPY NEW YEAR 2014.. INTRODUCING BABY Z!

  1. Nurul rasa nk pinjam jer…comel sgt…hihi…suka tgk nuruk bahagia sekarang

  2. Hello Zach! u r soooooo very handsome!

    i love ALL the photos. Thanks Nurul for sharing with us. Congrats to u & Eric.

  3. Pingback: Gambar Anak Nurul Depp kahwin Dengan mat saleh

  4. Pingback: Foto : Nurul Wahab Dedah Nama & Wajah Anak | Portal Hiburan OHBULAN!

  5. salam kak nurul ….sy baru 1 tahun mengikuti blog akak ni ..sangat suka baca sbb rasa mcm baca novel gitu …ada waktu sedih …ada waktu gembira …leh senyum2 sorang padahal baca bolg je …kalau akak ada masa tulis2 lah novel cinta yg ada suka duka airmata dan gembira serta unsur kelakar …mesti best ! happy for ur new baby Z so cute ikut muka ayah dia

    • WSalam hajar

      Insyaallah.. thanks for reading dear. Novel Dah buat sebelum ni. Ada dalam.blog ni juga. Happy reading

  6. Subhanallah…. comelnyer baby Z kak Nurul… teringin nk ada anak! Hrp2 tahun baharu 2014 juga akn mengurniakan saya seorang anak! dah almost 7years menunggu… Insha Allah~

  7. Pingback: (11 GAMBAR)Nurul Wahab Perkenalkan Anaknya, Zachary Depp | Malaysia Boleh

  8. Salam Nurul,
    Kak Fatimah sini…kalau Nurul masih ingat kat akak lagi … zaman2 Nearfield dulu..
    Btw congratulations for your new baby…akak doakan Nurul bahagia hingga ke syurga

  9. Tahniah Nurul semoga perjalanan hdp kalian sekelurga dirahmati oleh Allah SWT dengan kehadiran Baby Z. Amin

  10. happy new year kak nurul!!! OMG sooo comel baby zachary!! MashaAllah. very handsome and he got the gorgeous button nose from his French daddy hehehe and tahniah utk kak nurul utk ayu yg cemerlang. I am sure u feel proud and very very happy with ur life today 😉

  11. hi kak nurul.. are you going to HERBALIFE”s SPECTACULAR event this week? (friday to sunday)? Hoping to meet you there..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: