SELAMAT TINGGAL 2013…. PENGHARAPAN DI 2014..

Hari silih berganti..  Hari ini hari terakhir di tahun 2013.. Apa agaknya kenangan semua sepanjang tahun 2013? Aku punyai banyak kenangan manis – Segalanya manis. Alhamdulillah. Segala yang aku inginkan dari segi kehidupan peribadi, telah aku perolehi. Kehadiran cahaya mata lelaki – anak kedua – menambahkan seri kehidupan aku dan keluarga. Terima kasih Allah. Dan sekarang aku hanya perlu memandang ke depan dan merancang apa yang terbaik untuk diri aku, keluarga dan yang penting; kerjaya!

2014 merupakan tahun ke-20 aku sebagai penyanyi. Aku mula merakamkan album di tahun 1994 dan album pertama dipasarkan pada Mac 1995. How time flies. 20 years! Banyak yang aku belajar di dalam industri ini. Satu perkara yang tak pernah aku lupa apabila kali pertama diberi nasihat tentang bagaimana membawa diri di dalam industri yang serba mencabar ini. Maklum saja, adakala gerlipan bintang bisa membutakan mata dan hati dan sekaligus lupa diri dek diangkat di awangan. Orang pertama yang memberi nasihat, adalah make up artis pertama aku – Fendi Sani. Dia sering menyebut  ‘be yourself.’ Aku langsung tak faham masa tu. Aku tak tahu apa maksud sebalik perkataan itu. Aku hanya tahu maksud yang aku translate dari English ke melayu.

Kini selepas 19 tahun  – baru-baru ini, kebetulan Fendi make up aku semula. Aku katakan padanya, kini baru aku faham apa maksud ‘be yourself’ yang dikatakannya kali pertama kami bertemu dulu; selepas segala yang aku lalui. Dia sendiri terkejut apabila aku sebutkan semula tentang perkara itu. Aku sangat hargai nasihatnya dan sentiasa ingat pesannya. Dia seorang yang sangat berfikiran jauh dan matang. Aku bertuah dinasihati seseorang sepertinya. Itu sedikit cerita permulaan aku dahulu yang sangat naif tentang kehidupan dan segalanya. Pemikiran yang sangat jauh berbeza. Aku dulu dan kini, jauh berubah.

Satu perjalanan yang sangat menarik bagi aku. Sepanjang 36 tahun ni, macam-macam yang aku lalui. Saban tahun, pelbagai ujian yang aku perlu tempuhi. Kini 2014, aku mengharapkan bahagia yang berkekalan, kedudukan kerjaya yang lebih baik, pemikiran dan sikap yang lebih baik berbanding sebelum ini, meninggalkan habits yang tak baik, lebih fokus, dan lebih menghargai setiap detik serta nafas yang masih ada.

Aku mahu hargai setiap sahabat dan teman yang aku ada. Tidak kira yang rapat atau tidak. Tidak mahu buat musuh. Dosa sesama manusia ni, dibawa ke mati jika tak diampunkan. Jadi hargailah persahabatan. Yang lain yang aku mahu lakukan adalah aku nak menunggang kuda semula (dah setahun aku tinggalkan) – 2 kali seminggu, taknak tinggal gym sebab nak berat badan kekal 56kg sahaja. Aku mahu dapatkan kontrak rakaman terbaru serta satu lagi lagu hit. Nak..Nak… Nak… Banyak lagi sebenarnya yang aku mahukan. Biasalah manusia. Wish macam-macam, tapi buatnya belum tentu lagi! Hahhaha..

Setiap kali Tahun baru, aku dan suami (semenjak kami bersama) akan mengenang dan melihat semula apa yang telah kami lakukan. Salah dan silap serta apa yang telah kami berjaya lakukan di dalam list new year resolution kami. Ya, kami buat list. Dari segala segi – peribadi, kerjaya, kewangan, kesihatan. Di setiap bawah tajuk tu, ada la beberapa senarai yang kami tulis. Di hujung tahun, kami lihat semula dan tandakan yang mana dah berjaya dicapai. Kami lekatkan di dinding pejabat. Jadi boleh dilihat setiap hari.

Aku ikut cara suami untuk buat senarai sebegini.  Sangat menarik! So it will remind you what is your new year resolution – daily! Suami aku ni memang seorang yang detail dan well organised. Dia akan tulis segala yang dia nak buat. Satu sikap yang sangat baik untuk aku ikut. Aku ni adakala messy sikit! Tulis je, buat pun tidak kadang-kadang tu! hahahah.. He completes me. Alhamdulillah.

Apa yang sering kami fikir dan mahu lakukan adalah memperbaiki diri. Menjadi insan yang lebih matang dan wiser. Punyai pemikiran yang baik dan sering berfikiran positif. Tidak judgemental – kami berdua sememangnya sebegitu sedari dulu. Bagi aku dan Eric, bukannya hak kami berdua untuk menilai atau nak judge seseorang itu. Setiap orang ada perangai dan tabiat masing-masing. Jika ada yang berfikiran agak negatif, kami cuba betulkan atau kami jauhkan diri. Semuanya kerana kami tak mahu terkena energy yang tidak baik dan mengganggu pemikiran dan tenaga positif yang kami mahukan. Tengok juga situasi yang bagaimana dan siapakah orangnya. Kalau yang rapat tu, kami akan bantu untuk membetulkan. Kalau yang tak rapat, faham-faham je lah hehhe.

Sebut pasal pemikiran dan cara kita berfikir; judgemental atau tidak… Hmmm.. Aku adakala terdiam sendiri mengenangkan sesetengah orang yang masih belum memajukan fikiran – belum lagi soal memajukan diri. Sebelum kita nak memperbaiki diri kita secara fizikal, Mental dahulu yang perlu dibaiki. Cara berfikir itu penting. Dari pemikiran, keluarnya energy – satu tenaga yang membantu kita berjaya atau membantu kita disukai orang lain kerana serinya naik ke muka. Tak payah nak cari susuk atau nak amalkan apa yang tak baik untuk muka cantik. Ianya memang telah sedia ada pada kita yangAllah Taala beri. Ianya ada dalam hati dan fikiran.

Aku suka untuk tegur orang Melayu aku sendiri – terutamanya agama yang sama dengan aku. Aku bukanlah sempurna dan yang terbaik.. Tidak.. jauh sekali tapi aku mahu memperbaiki orang lain juga kerana aku juga belajar untuk memperbaiki diri – setiap hari… Ini sangat penting. Setengah orang tak berfikiran begitu kerana mereka tidak monitor apa yang mereka fikirkan. Mereka sering melihat orang lain dan membuat perbandingan. Mereka tidak pernah fokus pada diri sendiri kerana mereka tidak biasa berbuat sedemikian. Di situ adakala terkeluarnya energy yang tidak baik. Mengata akan hal orang lain dan sebagainya. Aku tahu kerana aku dulu juga ada sedikit macam tu. Aku boleh baiki, bermakna orang lain juga boleh.

Contoh yang syok aku nak bagi adalah tentang aku letakkan sesuatu di Instagram. Satu yang menjadi isu antara fans dan followers aku baru-baru ni, adalah tentang gambar suami sedang menyediakan makan tengahari dan ianya adalah turkey dan di Hari Natal. Hmmm… ada yang wish Merry Christmas sebab mereka tahu ibu bapa mertua aku ada di sini di Kuala Lumpur. Memanglah turkey sangat sinonim dengan hari Natal. Tapi sebenarnya turkey tu bukannya asing bagi aku dan anak aku Ayu, kami dulu sering makan turkey walaupun pada hari biasa. Ada pula yang menyangka lain dan memberi komen dengan bertanya ‘sudah murtad ke @Nuruldepp?!’ Astarafirrullah..  sighhh… Jangan mudah menjatuhkan hukum buat insan seislam yang lain. Mungkin padanya aku celebrate Christmas. Parents in law ada di sini. Kami hanya sediakan makanan buat mereka meraikan perayaan mereka dan juga kejayaan Ayu mendapat 8A di dalam PMR baru-baru ini.

Aku sedih dengan pemikiran sebegini. Terutamanya apabila sesuatu yang berkaitan agama. Tidak baik buat macam tu. Allah saja yang bisa menghukum. Aku belajar dulu dengan Ustazah aku.. katanya jangan kita mudah menuduh seseorang itu murtad atau syirik. Memang kita belajar dan kita tahu ciri-ciri seseorang yang murtad atau syirik. Tapi ianya bukan hak kita untuk menghukum dan menuduh. Bertanya dan soal siasat dahulu. Andaikata Allah tidak menjatuhkan seseorang itu murtad atau syirik, hukum itu (dosa) jatuh kepada kita yang mengatakan sedemikian. Kan ke dengan tak sengaja dah terbuat dosa dan mendapat bahana? Cukup sedih. Dan mereka yang bukan Islam pula, ketawakan orang Melayu yang sesama Islam bergaduh serta mengata sesama sendiri. Sekaligus mereka mengatakan Islam ini mengajar umatnya menjadi sensitif dan emosional.

Sudahkah Islam itu dicalit keburukkan di kebanyakkan negara bukan Islam? Islam, agama yang sangat mudah. Kenapa perlu kita susahkan. Ianya sangat sederhana dan terbuka. Segalanya berkait rapat. Dari pemikiran kita melambangkan siapa kita. Apa yang kita katakan, kita komen, menampakkan siapa kita dan bagaimana pemikiran kita. Aku tahu telah banyak kali aku tuliskan tentang perkara bagaimana seseorang itu berfikir dan yang berkait dengan agama. Tak apalah sebutkan atau tuliskan banyak kali. Asalkan apa yang baik dapat aku sampaikan. Lagipun kata suami aku, jika menegur atau membetulkan seseorang, bukan sekali saja yang akan kita lakukan. Berkali-kali kerana manusia mudah lupa. Bukan Melayu saja mudah lupa. Secara amnya – MANUSIA. Kita serba kekurangan. Hanya kebijaksanaan membezakan antara kita.

Sedih bila fikirkan yang masa berlalu pantas, tahun silih berganti tapi sesetengah orang masih tidak mahu membetulkan pemikiran dan memperbaiki diri. Lihatlah ke dalam diri dan pandang ke masa depan – yang lebih jauh. Jangan membanding-bandingkan antara teman atau taulan. Ianya bisa mengundang kekecewaan andai apa yang dibandingkan itu tidak sebaik yang dicapai orang lain. Timbulnya iri hati dan cemburu. Lebih baik fokus pada diri sendiri supaya kita dapat capai apa yang kita impikan di dalam kerjaya dan kehidupan. Andai orang lain mendapat yang lebih baik dari kita, raikan bersamanya. Rasakan kegembiraannya supaya kita mendapat juga satu hari nanti. Aku hanya mahu berkongsi dan mungkin bisa membantu pembaca yang sering mengikuti blog ini menjadi lebih baik. Aku bukan berniat menunjuk pandai atau bijaksana. Aku juga masih belajar.

Kita belajar dari kesilapan dan dari situ kita menjadi seorang yang lebih matang dan lebih bagus. Aku pasti ramai yang punyai harapan yang tinggi di tahun 2014 yang bakal menjelang esok. Tulis apa yang baik dilakukan dan letakkan di dinding rumah supaya dapat dilihat setiap hari. Semoga apa yang kalian impikan menjadi kenyataan di tahun 2014. Dan semoga kehidupan kita, agama, negara, ekonomi dan segalanya semakin baik di tahun baru ini. May Allah bless us all.

P/S : Bak kata Ayu apabila aku tegur untuk lakukan perubahan terutamanya dari pemikirannya.. Katanya, tunggu 1 January 2014. Kata ku perubahan tidak semestinya setiap kali tiba tahun baru! Kebaikan harus dibuat setiap hari setiap tahun! Tak kira masa.. Kesian Ayu yang bermula kelas pada 1 Januari (esok). Nantikan esok video di Youtube dan kepada yang menunggu untuk menatap wajah Baby Z, esok di blog ini! Teng..teng..teng! hahaha…Aku tahu si Pingu akan katakan aku sengal dengan teng teng teng aku tu! Hahaha.. Happy new year Pingu yang busy mengemop lantai dan shopping barang rumah selepas banjir di Kampung Sungai Isap! I love you!

Advertisements

4 Comments on “SELAMAT TINGGAL 2013…. PENGHARAPAN DI 2014..

  1. Assalamualaikum ‘n Hepi New Year Nurul and famili,

    semoga perjalanan hidup kita semua di tahun 2014 akan terus berjalan lancar dan sentiasa dilandasanNYA.

    Keep writing ya. Seronok baca tulisan jujur dari seorang artis 🙂 sometimes nak jugak tahu pendapat artis mengenai hal-hal lain dari dunia glamour. Dah bosan sebab boleh tengok dekat melodi. hahaha..

  2. HEPY NEW YEAR KAK NURUL… xsbr nk tgk bby Z sok.semoga semuanya terlaksana segala impian dan perancangan tahun 2014 nih buat kak nurul sekeluarga. aMIN..BUAT sy jugaaaaaa…theeeeeeeeeee (“,)

  3. Happy New Year kak!!! Wish u all the best!! For your info (terus terang ni) im not one of your fan. Tapiiiii…sekarang ni tidak lagi! I love to read your blog. So dah kira jatuh hati dgn kak nurul lah ni… Sungguh! I love the way u think. Dan saya akan sentiasa support akak ok! Now i realized that you are such beautiful person. Pedulilah apa orang nk fikir ttg akak ok! Tak de maknanya nk buang masa utk mereka yg hanya tau nk menghina atau merendahkan org lain. Hakikatnya mereka DENGKI. Well kak nurul…i will keep on baca your blog! All the best n be yourself!! Hihi.. Love!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: