ANAK KU, KEBANGGAAN KAMI SEMUA…

Syukur ke hadrat Illahi.. Di atas satu lagi hari yang bahagia.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas rahmat Mu yang tak terhingga buat kami sekeluarga. Pagi hari ni tak seperti hari yang lain. Hati berdebar. Lewat jam 10 pagi aku menerima panggilan dari Liza, ibu tiri kepada Ayu yang menyampaikan khabar gembira. Ayu mendapat 8A di dalam PMR nya.. Syukur tak terhingga! Aku speechless bila mendengar Ayu mendapat 8A. Tak terkata apa… air mata mengalir dulu…Aku menangis dan aku pasti Liza juga sebak – air mata kegembiraan kami berdua.

Ayu yang pulang bersama Papa nya semalam – sebelumnya – beberapa hari mengurungkan dirinya di dalam bilik. Hanya bertemankan MP3 lagu-lagu K-POP nya. (Dia bersama aku berselang seminggu dengan bapanya) Aku tahu dia banyak berfikir dan berdebar menunggu keputusan PMR nya. Hari ini, hilang semua debarnya.

Aku, Liza dan Ajai tahu dulu sebelum Ayu. Kata Liza dia biarkan Ayu melihat sendiri keputusannya secara online. Jam 10.25 pagi, Ayu dengan nada yang gembira menghubungi aku setelah message nya tak aku jawab – busy mandi kan Baby Z! Dia sangat happy dan bersyukur di atas pencapaiannya. Kami satu rumah menangis. Termasuk Germaine dan Roland.

Ayu bertuah punyai empat orang yang sangat pentingkannya. Aku tahu, dia tahu akan perkara itu. Ajai sangat mementingkan pelajaran. Sedari Ayu kecil dia mahu Ayu berjaya kerana kami berdua hanya setakat SPM. Namun, kami berdua juga bertuah kerana punyai Liza yang juga tak kurang hebatnya di dalam pelajaran. Liza sering mendisiplinkan Ayu sebagaimana yang suaminya mahukan; dan banyak memberi tunjuk ajar di dalam pembelajaran Ayu tatkala aku tak dapat bersama dengan Ayu. Eric dan aku, kami berdua arif di dalam psychology. Kami sering memberi kata-kata semangat supaya mindanya kuat.

Ayu seorang yang perfectionist! Semuanya mahu sempurna – seperti Papanya. Dia banyak punyai sifat bapanya. Alhamdulillah. Sikap dan sifatnya itu membuatkan dia telah berjaya di dalam dua peperiksaan utama yang penting buat pelajar sepertinya. Ada beberapa lagi ujian yang besar yang perlu dia hadapi. Sekarang fokusnya pada SPM pula.

Aku tahu Ayu memikul tanggungjawab yang berat. Syllibus pelajaran juga bukannya mudah dekad ni. Nak dibandingkan dengan dulu, sekarang aku rasa lebih tough. Ayu membuat persediaan yang sangat terperinci. Sekolah juga tak habis-habis menekankan untuk membuat yang terbaik di dalam  ujian seperti PMR. Nampaknya tekanan sekolah memberi hasil yang baik. Aku harus ucapkan terima kasih buat semua guru di atas tunjuk ajar mereka di sana – walaupun ada kata-kata kesat, aku maafkan.

Petang ni Ayu akan dimanjakan oleh Papanya! Habislah dia borong! Entah apa lah yang Papanya akan belikan sebagai hadiah di atas kejayaannya. Aku pula berjanji nak keluar makan bersamanya dan ibu tirinya, Liza. Ayu pernah meminta pada aku andai dia berjaya mendapat 8A, dia mahukan tiket percutian ke Korea! Maklumlah, minat K-POP! Aku pun berjanji. Tapi hari ni, dia tukar permintaannya. Katanya, Korea kemudian. Dia mahu kamera Polaroid! Ya, insyaAllah mama belikan. Apa saja asalkan keputusan yang baik di dalam PMR.

Terbukti kini dia berusaha sangat keras. Ayu, mama sangat bangga dengan Ayu. Tak henti-henti air mata ni mengalir dari pagi. Berjumpa Pingu tadi, aku cuba elakkan dari berbicara mengenai Ayu. Bimbang menangis pula! Hahahaha.. Esok nak show, jadi hari ni tak boleh nangis. Nanti serak pula suara.

Syukur alhamdulillah Ayu dapat fokus dan mendapat result yang cemerlang. Aku bimbang sebelum ini. Maklum saja, keadaannya yang berada di sekolah yang jauh, dan ibu bapa pula bercerai. Ternyata keadaan itu tidak langsung menganggunya. Aku pasti semuanya kerana Ayu punyai 2 baris ibu bapa yang sedia berada di belakangnya. Dia bijak menerima keadaannya walaupun pada mulanya sukar. Kerisauan aku akan pelajarannya selepas aku bercerai, terhapus setelah dia memperolehi 5A di dalam UPSR dulu.

Ayu yang agak lemah dan pelajarannya terjejas selepas perceraian aku dan Papanya, semula fokus setelah dia diberi sepenuh perhatian oleh aku, Liza dan Ajai. Tuhan saja yang tahu bagaimana aku rasa dan bimbang sebelumnya. Alhamdulillah kehadiran Liza banyak membantunya. Liza sering memberi sepenuh perhatiannya ketika di rumah. Aku tahu. Ayu sering beriitahu aku. Alhamdulillah… Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.

Ramai yang bertanya hari ini apa rahsia kejayaan Ayu. Rahsianya hanya satu. Ianya terletak bagaimana kita mendidiknya sedari kecil serta dia – diri anak kita sendiri mahu atau tidak untuk berjaya di dalam pelajaran. Aku dan Ajai dulu sering memberitahunya bahawa pelajaran penting. Kami sering bercakap dengannya. Beritahu sedari awal kerana mereka akan ingat apa pesanan kita. Bila dah tertanam di dalam minda, itu yang akan dibuat mereka. InsyaAllah.

Aku juga mahu dia menjadi bijak. Aku sering ingatkan bahawa pelajaran yang utama sebelum apa-apa pun. Nak menyanyi ke apa ke, itu kemudian. Aku tahu Ayu bakal menyanyi dan menulis lagu juga satu hari nanti. Tapi aku mahu dia menjadi artis yang berakal, bukan hanya bersandarkan bakat.

Apa yang penting, dia mahu. Jika anak-anak kita tak mahu, memang susah nak mendapat keputusan yang baik. Kemahuan yang utama, kedua support di dalam pelajaran – seperti tuisyen dan sebagainya. Ketiga, motivasi diri untuk menguatkan minda anak-anak. Itu yang kami lakukan. Kami berempat ada posisi dan peranan kami tersendiri. Semuanya berlaku dengan tidak sengaja. Aku percaya, semuanya telah disusun Allah Taala supaya kami semua memperolehi anak yang cemerlang serta kebahagiaan yang tiada bandingannya.

Terima kasih di atas doa semua saudara dan rakan terdekat kami. May Allah bless us all. Ammmiinnn…

P/S: Nampaknya tahun 2013 ditutup dengan banyak khabar gembira buat aku dan keluarga. Kehadiran Baby Z,  rezeki yang tidak pernah putus, keputusan Ayu yang cemerlang, serta silaturrahim yang dah lama aku mahukan dengan ibu tiri Ayu – yang mungkin akan kekal selepas ini selamanya; peaceful mind, serta keluarga yang harmoni. What can I ask more? Syukur Ya Allah..

Advertisements

18 Comments on “ANAK KU, KEBANGGAAN KAMI SEMUA…

  1. Perkara yg paling membahagiakan ibu bapa bila anak dpat results yg cemerlang. Syukur Alhamdulillah. … look, sebok dgn kpop tp results terangkat. Caya la ayu!!

  2. Alhamdulillah.. Berkat doa dan niat yang bersih telah berbalas.. Felicitations Ayu & Nurul.. im so proud of you.. 🙂 bisous

  3. Sebagai ibu debaranye lain macam..tambah2 masa exam pmr..anak yg dok menjawab soalan pmr, ibu lak yg tak sedap badan..
    Alhamdulilah. ..taniah ayu..taniah jugak pada kak nurul…yg banyak bersabar membesar kan ayu dan kerenah yer…

  4. Tahniah,alhamdulilah..berkat doa ibu bapa dan usaha pasti berjaya..Yang pasti ibunya Nurul juga adalah antara pelajar yg baik disekolah menengah kami dulu di tasek gelugor.

  5. Congrats to u & ayu…i know ayu will get good result…teringat masa upsr dulu masa i htr ayu ke sekolah…tiap2 hari dia akan salam tangan i & at d same time i’ll wish her good luck…ayu seorang anak yg sgt baik…& nurul, tlg bg tau dia, anak i, Haziq pun Alhamdulillah dpt 8As jugak…congrats again…

  6. tahniah buat ayu…..dan tetinggi2 tahniah buat 2 ibu & 2 bapa ayu yg berjaya membimbing dan mengasuh serta mengenepikan permasalahan yg berlaku demi seorang yg bergelar ANAK. Tahniah sekali lagi buat Nurul sekeluarga.

  7. hmmm bergenang air mata bila baca entry kali ni.. terutama part P/S tu…. syukur…. semoga akak mendapat kebahagian dunia dan akhirat… 🙂

  8. Congratulation to all of you, precious moment from God to Ayu and family. We also happy with this great news.
    -omedetogozaimasu-

    Diya&Fir

  9. ALHAMDULILAH…Syukur..tumpang gembira utk ayu n kak nurul sekeluarga…semoga kejayaan akan trs mengekori ayu n kak nurul sekeluarga.Aminnnnnn..

  10. tahniah to Ayu n the proud mother Nurul …..

    syukor alhamdullilah …moga semua d permudahkn bagi nurul sekeluarga.

  11. Ya Allah..bahagianya Ayu memiliki 2 ibu 2 ayah yang menjaga & mendidik sehingga berjaya walaupun sudah ada keluarga masing-masing tapi tanggungjawab tidak dilupakan & masing-masing rapat & mesra demi anak-anak.Boleh dijadikan contoh bagi yang lain-lain. Kepada Ayu, tahniah diucapkan,teruskan perjuanganmu sehingga berjaya 🙂

  12. Sebak baca ni… Alhamdulillah rezeki dari Allah swt dapat anak yang bijak! Bukan semua org dpt rezeki mcm kak Nurul…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: