PELUANG BAHAGIA SELEPAS DERITA.. DIKEJI PULA..

Pantasnya masa berlalu… Nak buat apa pun ada kala tak tersempat.. Banyak sangat benda nak buat dalam satu masa… Satu hari terasa sangat cepat. Aku busy dengan pelbagai aktivit.. Maklum saja dah mula bekerja. Bulan ni banyak photoshoot yang dah aku susun. Kesemuanya dengan Baby Z. Ya bulan depan – InsyaAllah semua dah boleh menatap wajah Baby Z. Baru-baru ni dah buat satu dengan majalah Nona keluaran Februari. Tunggu ya! Bakal menyusul Berita Harian, Harian Metro dan Media Hiburan. Yang lain-lain belum lagi aku buat appointment. Banyak lagi sebenarnya – itupun jika mereka semua sudi..

Photoshoot yang pertama aku buat baru-baru ni, bersama Nona – aku diajukan soalan yang sangat bernas oleh wartawan yang bertugas, Suzie. Dia bertanyakan pendapat aku tentang perkahwinan kali kedua, dan rata-rata yang bagi pendapat bahawa kahwin bangsa asing jodoh tak kekal lama, dan beberapa lagi komen yang lain yang sering diberi peminat ataupun haters. Hmmmm…. Soalan yang sangat menarik untuk aku jawab.

Banyak pun yang aku terima dulu di laman sosial Twitter selepas satu hari aku kahwin. Ada macam-macam. Yang membenci amat mudah meluah kata abad ini. Tak apa lah.. Kita ucapkan alhamdulillah saja. Allah yang Maha Mengetahui. Adakala perit juga mendengarkan dan membaca komen-komen sedemikian. Terasa sangat sedih. Kita ni tak pernah pula nak bermusuh atau nak mendoakan yang tak baik dengan orang lain. Tapi orang lain; especially yang membenci amat mudah melontar kata-kata kesat dan sebagainya.

Tak kurang juga yang bertanya : ‘dah takde lelaki melayu ke?’ Aku jawab ‘ya’. Maksud aku, yang aku mahu dah tak ada. Yang ada hanya yang muda – aku kurang gemar; atau pun yang dah beristeri – tak kiralah dua atau tiga dan empat. Sebolehnya aku tak mahu ambik hak orang atau berkongsi kasih. Perit! Jodoh aku dengan mat salih yang tinggi budi bahasanya dan mahu mendalami agama agung yang aku anuti. Alhamdulillah. Aku bersyukur. Dalam bahagianya aku, ada juga yang sakit mata memandang.

Bukankah baik jika didoakan yang baik-baik buat orang lain juga? Bila tengok orang lain bahagia, apa salahnya kita turut tumpang rasa kebahagiaan itu. Manalah nak tahu dengan energy yang kita rasa tu; satu hari akan datang juga kebahagiaan itu pada kita. Kan aku pernah cerita dalam entry sebelum ni; it’s all about energy. Tapi tu lah.. Kita tak boleh nak control orang dan kita tak kan tahu juga apa yang orang lain fikirkan.. So.. just buat apa yang kita rasa betul dan yang buatkan kita bahagia.

Sebut pasal bahagia, terus teringat pada Cik Ta dan Zain Saidin.. Amboi.. sangat gah.. 3 hari yang cukup menarik buat pasangan bahagia itu. Peluang kedua buat Cik Ta yang jelita itu, digunakan sebaiknya. Aku pasti itu adalah fantasinya untuk melangsungkan perkahwinan yang sedemikian. It was so beautiful. Cik Ta pun memang lawa. Memang sama cantik, dan sama padan.

Aku juga turut merasa happy buat mereka berdua. Akhirnya disatukan. Usia bukan halangan. Jika sudah jodoh, di mana pun akan disatukan juga. Aku suka melihat semua gambarnya yang diletakkan oleh Annas Easkey dan juga di laman Instagram Cik Ta sendiri. Congratulations Cik Ta & Zain. I’m sure both of you will be happy and last together forever. Sangat comel keduanya. Aku punya suka tengok diaorang berdua, sampai termimpi! Hahahaa..

Dulu aku yang berangan nak buat 3 hari 3 malam celebration tapi memandangkan kahwin dengan orang Eropah, lain pula budayanya. Susah aku nak explain. Lagipun perkahwinan kali kedua buat kami berdua, so, malas nak buat panjang-panjang. Buat je satu hari and all was very simple. Tapi bila tengok Cik Ta buat 3 hari, menyesal pula Hahahaha.. Takpelah.. dah lepas. Asalkan dah sah sebagai suami isteri. Itu yang lebih penting.

Perkahwinan kali kedua, bukannya mudah – aku pasti buat semua wanita yang pernah melalui perceraian. Lebih-lebih lagi dah ada anak. Wanita hebat seperti Cik Ta, aku pasti mendahulukan anak-anak dalam apa hal sekali pun. Sebab itulah agaknya dia mengambil masa yang lama untuk mengambil keputusan dan berkahwin semula. Cik Ta bagi aku wanita yang sangat cerdik. Dia tahu melututkan kaum lelaki.. Hehehe.. Maksud aku dengan kepandaiannya. Agaknya yang lain dulu tak dapat nak mengatasi kepandaiannya sebab tu tak dapat menangi hatinya. Terbaca dulu hanya Zain yang berani. Kesabaran dan kebijaksanaan Zain juga harus dipuji. Aku mendoakan mereka bahagia selamanya.

Cik Ta dah pun menamatkan zaman ibu tunggalnya. Aku pasti masih ramai di luar sana yang single mahupun berstatus sama dengan Cik Ta, juga mahu berdua kembali. Semuanya mengelamun aku rasa apabila melihat majlis hebat Cik Ta. Langsung tenggelam di alam fantasi. Bagaimana mahu melaksanakan majlis andaikata telah tiba jodohnya. Hmmm… bagi aku yang berstatus ibu tunggal ataupun sering digelar janda ini; sungguh istimewa.

Tak semua orang punya peluang kedua! Bila kita mendapat peluang ni, kita bertuah. Aku katakan ini buat semua wanita. Lelaki tu mudah nak kahwin kali kedua, ketiga atau keempat. Wanita hanya sekali – andai itu jodoh yang kekal ke syurga. Untunglah kepada sesiapa yang kekal. Takde melalui seperti aku dan wanita yang pernah bercerai. Sakit. Tapi dalam sakit tu, happy juga sebenarnya! Hahahaa..

Aku sering mendapat email dari peminat wanita yang melalui keadaan yang sama dengan aku. Bertanyakan apa yang aku lakukan ketika aku bercerai dan selepasnya. Apa pula yang aku fikir selepas aku bertemu cinta baru dan mahu berkahwin semula. Kebanyakkan mereka dilanda dilemma dan merasa takut untuk melaluinya kali kedua. Aku pun sama juga dulu. Tapi perasaan itu hanya selepas beberapa bulan bercerai. Selepas 12 bulan, semuanya kembali seperti biasa. Mula terbit mencari cinta baru. Maklumlah, dah biasa berdua dan berkeluarga, mestilah nak bentuk keluarga semula. Wanita mahukan security.

Aku pernah hidup di dalam ketakutan. Takut dengan future. Tak tahu apa yang bakal aku lalui selepas kembali solo. Terfikirkan anak dan sebagainya. Sering termenung dan menangis. Aku ni ego lebih sikit. Menangis bila keseorangan. Tidak di hadapan orang. Itu yang orang nampak aku kuat. Ada kekuatan tu, tapi ada kala tak stabil.

Bila aku mula keluar dating – masalah juga. Macam yang aku katakan, dilemma sering melanda. Mula terasa serik dan takut. Tapi mahu ada boyfriend dan mungkin husband andai bertemu yang benar aku suka. Macam-macam dah aku lalui. Frust tergolek dog, ditipu, ditinggalkan, dibenci dan dilukai. Dibaling pun ada! Hahahaha.. Itu cerita lainlah.. Cerita yang benar buat aku kuat dan langsung selepas kejadian melebamkan diri aku tu – aku ambil keputusan jangan berharap dengan cinta. Aku langsung fokus pada kerjaya.

Dulu selepas aku bercerai, aku nak cari cinta sejati sebab cinta yang dulu tu bukannya cinta. Haaa.. nak cari sangatkan… Padan muka… Macam-macam kena! Hahaha.. Tapi kalau aku tak terkena macam tu, aku tak belajar dan takkan matang. Aku tak pernah menyesal. Apa yang berlaku, ada hikmahnya. Di atas segala percubaan yang aku lalui, aku temui cinta yang aku sendiri tak pernah jangkakan. semuanya setelah aku ‘let go’. Aku redha dan lepaskan semuanya. Allah mahu aku hargai setiap hari di dalam setiap nafas yang Dia beri pada aku. Alhamdulillah, aku temui jalan kebahagiaan di atas petunjukNya.

Itu sedikit cerita aku yang aku buat kesimpulan di sini yang mungkin ada yang di dalam dilemma, boleh jadikan panduan. Bagi aku, buat apa nak takut. Semua lelaki bukannya sama. Kita dah ada pengalaman pun. Gunakannya sebagai rujukan. Jika dulu ada terbuat salah di dalam hubungan, kali kedua ni jangan buat lagi. Biasanya kali kedua akan lebih bahagia. Tapi tulah.. rasa serik tu pasti ada. Terutamanya buat yang dikecewakan. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Tengoklah Cik Ta sendiri pun, lama juga dia menyendiri. Aku dulu hanya 5 tahun menjanda. Memegang status janda bukannya mudah. Nak menjalin cinta dan mulakan satu perhubungan baru juga bukannya senang.

Orang lain yang tak melaluinya memang takkan tahu. Melalui perceraian juga bukannya satu perkara yang manis. Tak kiralah yang dikecewakan, yang ditinggalkan, yang meninggalkan dan yang mengecewakan. Bila dah bercerai, baru keluar semua perangai buruk. Ada setengahnya tak dapat diterima langsung. Jadi tak sangka pun ada dengan apa yang ditunjukkan oleh pasangan yang pernah kita hidup bersama. Not easy. Itulah kan, kalau tak ada perangai buruk tu, takdelah jadi ex ye tak?

Aku terpanggil nak menulis pasal peluang kedua dan bahagia selepas derita ni selepas tengok rakan artis lain juga menerima bahagia. Sudah menerima bahagia, ada pula yang tak happy dan memberi komen yang bukan-bukan. Bukan aku saja yang kena, artis lain juga. Cik Ta lah yang paling banyak. Biarkanlah dia nak bersuamikan orang muda ke apa ke.. yang penting dia bahagia. Kita doakan mereka. Sebaiknya rasai kebahagiaan mereka supaya kita juga menerima energy yang sama.

Aku tertarik dengan satu nukilan yang ditulis oleh pengacara tv terkenal dan juga penulis lirik, Fethri Yahya di Twitter nya. Kebetulan aku terbaca. Apa yang dia katakan itu betul. Bila ada artis atau orang biasa single, dikata; bila nak kahwin pun kena juga. Aduh.. Semua serba tak kena. Mungkin yang suka mendengki tu tak tahu bagaimana setengah wanita yang berstatus janda ini melalui hari-harinya yang penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan.  Sangat susah.. Bukannya mudah. Fikiran dan emosi sering bercelaru.

Apa yang aku nak simpulakan di sini, tak kiralah orang biasa atau artis, jika ada yang kita dengar sedang bahagia nak kahwin kali kedua, ketiga atau keempat, doakanlah yang sebaiknya. Jangan wish yang bukan-bukan. Tak baik pun. Jika itu bukan yang Allah bakal beri pada orang tu; dah terkena pula nanti pada kita. Lagipun, kata-kata yang kita keluarkan, ianya seperti doa. Ada setengah orang tak happy dengan hidup mereka. Jadi mereka sering memberi komen yang negatif supaya si polan yang dikeji itu mendapat kesedihan seperti hidup si pengomen agar dia tak rasa bukan dia sorang je yang sedih. Ada orang lain juga. Hmmmm… Kesian orang macam ni.

Apa-apa pun aku happy dengan Cik Ta dan Zain. Tak dilupakan juga buat Pereka Fesyen terkenal, Jovian & pasangannya Nina Ismail yang juga melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang sama. Semoga semuanya menikmati bahagia dan hargai segalanya yang ada di dunia ini. Sementara masih hidup, biarlah berbuat dan fikir yang baik-baik saja. Esok lusa manalah nak tahu tiba-tiba masa dah sampai untuk kembali ke rahmatullah, dah terasa menyesal pulak tak sempat berlaku baik pada sekelian ummah.

Melakukan baik itu satu perkara, bersangka baik juga adalah satu perkara yang lain. Toksahlah kata kat orang. Kita tak tahu apa susah payah yang dah orang lain lalui. Jadi, biarlah orang lain bahagia. Esok lusa turn kita pula. Yang nak kahwin kali kedua – buat wanita – kahwin je. Asalkan kenal pasangan betul-betul dan pastikan dia yang terbaik.

Kalau dah kahwin dan itu juga bukan jodoh selamanya, don’t worry, you are lucky enough to have another chance and to start another one with a new guy. Lebih bertuah dapat kahwin lebih dari dua kali. Sertakan niat yang baik, insyaAllah kekal hingga ke syurga. Hidup ni kena berani.. Dan kena terima segalanya. Yang penting hati dan minda perlu kuat! So selamat berbahagia buat semua. Aku doakan yang terbaik buat kalian!

P/S: Ada hamba Allah yang tinggal di Bangi tak habis-habis dok menghantar komen negatif dan cuba menjatuhkan aku di blog ni. Tahu tak suka aku.. tapi dok baca dan tengok blog ni hari-hari, buat apa chek oii. Buat sakit dada je.… Tak cukup di sini diherdik macam-macam, di channel youtube aku juga.. Alahai Wise guy namanya. Be wise… Toksahlah sakitkan hati sendiri.. Kesian kat kamu. Bawak-bawak bertenang ya. Aku tahu tak semua orang sukakan aku dan aku tak boleh paksa orang senangi aku. Terima kasihlah di atas segala hinaan dan kejian. Alhamdulillah. Aku terima seadanya… PEACE.

Advertisements

29 Comments on “PELUANG BAHAGIA SELEPAS DERITA.. DIKEJI PULA..

  1. As a follower and a fan I have only my doa for you, for health , happiness and wealth.You cannot pick who would fall for, bukan lah dah plan yang candidate itu have to fit certain age, color,economic background.When you find him who could accept you as you are then you have everything , he is the one!

    • Salam Azura.

      Thank you. Amin…amin… Thank you so much. Appreaciate it. May Allah bless.

  2. Terima kasih kak nurul , berkongsi Pengalaman berstatus janda atau ibu tunggal..begitu susah dan payah nk mulakan kehidupan baru dengan ber status begitu. Macam x dapat bayangkan kalau lin sebegitu…
    Mungkin diri ni rasa down sangat…dengan orang sekeliling berkata yg tidak baik tentang diri kita..Alhamdulilah lin bahagia dgn suami dan anak2. Tapi kadang2 terasa tertekan dalam kehidupan rumahtangga.yelah nama pun lagi asam garam berumahtangga kn..sedangkan lidah lg terrgigit, ni kan pulak suami isteri. ..menyanyi lah pulak..
    #betullah tu, apa yg kita cakap semuanya doa…jadi kita doakn yg terbaik..
    #biar apa pun orang nk kata tentang diri kite, janji kita bahagia dengan life kiter sekarang….
    Betul tak kak nurul…?

  3. Salam nurul, thanks for sharing your thoughts . Live a happy life & stay healthy. Ignore the negative comments, don’t let get through..

  4. sy bukan peminat cikta tp sakit hati bila dgr/baca org duk kata dia
    apa mslhnya?
    dia bukan ambik laki orang pun..biar lah dia nak kawen lelaki muda
    sy harap zain dan cikta akan bahagia hingga akhir hayat
    dan doa utk sis nurul juga

  5. Babe, I love u both, oh silap now dah bertiga he he.. Lupa plk sie kenit tu. I love u 3!!!!

  6. saya suka sangat baca entri kak Nurul sebab ia boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran bagi kami yang masih mentah…kekuatan dan ketabahan hati kak Nurul sangat lah di “salute”…thnx sis…!!! thnx so much…!! saya sentiasa menantikan entri kak Nurul…

    p/s: d mana sya nak beli novel kak Nurul??

    • Salam City
      Thanks a lot. Alhamdulillah. Syukur. Happy nurul.
      Sebut pasla novel, nanti Nurul upload di sini sepenuhnya. Boleh Baca.

  7. manusia mmg x boleh tengok orang senang…bila tengok pompuan melayu dengan lelaki asing mula dok kutuk mcam2.Bila kita tak kahwin dok berjaja cerita anak dara tua.sya selalu kena.. .time naik teksi kalu drebar melayu layan kita mcam nak tak nak aja,,, ada jugak mulut mulut celaka mcam laknat menyumpah ..’tu x lama la tu lpas tu bercerai….” samapi dalam labour room pun kena ngan nurse mcam macam….sat gi tunggu la laki buat perali anak balik negeri baru tau……tapi depa tau ka apa yang kita rasa…kalu boleh mmg nak cari lelaki melayu…senang nak bicara…makanan pun sama…tapi tu semua jodoh dari allah…orang yang dok bertanya dan mengata seolah olah tak tau ka ketentuan dari allah….saya dapat merasailah semua tu ..lebih lebih lagi Nurul public figure…Besabaq……

    • Yang sama yang Nurul Terima. Macam Ela. Depa Nak mat saleh jugak kot no.. Tapi tak cari. Tu yang dok marah Tu kot no.. takpa. Kita sabaq…

  8. Assalamulaikaum wbh,

    sgt suke posting ni.. saya tak paham dengan org sekeliling, ngape terjadinya hasad dengki. apa yg dah dibuat oleh Cik Ta n Zain, pada saya itu jodoh.. Allah dah tentukan, sapa kita yang nak nafikan hak mereka….klupun mereka dapat tajaan juta2 itu rezeki mereka.. kita yang org biasa ni kawin duk diam2 dah la.. doakan yang baik2 aje.. begitu juga untuk Pn. Nurul, Saya pasti jika jodoh Pn Nurul dengan lelaki melayu pun akan diterima kan.. pucuk pangkalnya kita terima seadanya…ktia berusaha untuk mendapat yang yang lebih baik….

    • Wsalam Lasufi. Ya setuju dengan pemdapat Tu. Ye lah Kalau jodoh Nurul dengan melayu, Nurul Terima je. Kan semuanya dari Allah. Ada setengah orang lupa. Jadi kita kena Ingatkan. Thanks for reading. Do come again.

  9. Hebat penulisan u babe! makin lama makin best aku baca! Love u Mommy Z 💗

  10. betul apa yang kak nurul ckp…hidup ni mst mendoakan yg baik2 saja dan tak usahla berprasangka yg buruk2..btl mulut org tak boleh nak tutup,,tp sbg manusia kita mmg selalu diuji oleNYA. KITA sbg manusia dilarang mendoakan keburukan manusia lain.sbb kita xtau orang yg kita doakan itu mungkin lebih baik dr kita sdr.ALLAH maha mengetahui atas segalanya.kita xda hak nk doa keburukan org lain. Semoga Momy Z lebih BAHAGIA bersama pasangan n anak2..kiss2 kat baby Z ya..

  11. Dah hampir 10tahun dah 2nd marriage saya…Alhamdulillah lagi bahagia dari dulu… Suka baca tajuk nurul yg ini.. Moga nurul n hubby akan kekal dan bahagia selama lamanya… 🙂

  12. hi nurul don’t make your life miserable bcos of one person . we rule our life not them. i’m happy for you.

  13. salam. ala kak biasalah mulut org… tapi apa yang mereka fitnahkan tau kutuk tu tak menjadi kudis dibadan kita, so lantak la nak ckp apa. just focus on your family and career. buat apa yang betul. simple. ive learn to live my life. manusia ni semuanya salah. tak pakai tudung salah, pakai pun salah. diam salah, bersuara pun salah. kawen salah, tak kawen pun salah. hehehe so just biarkan je ape mereka nak kata. janji dia bahagia, kita pun bahagia. hehehe ye tak 🙂 i memang sentiasa nak fikir positif je kak. sebab negative will pull my strength down.. no no no.. i dont want that.. i want to live life to the fullest. bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan. dan terus dan terus mencari nikmat…dan pada masa sama mencari keredhaan NYA inshaaAllah. 🙂 kita manusia ni takde yang perfect.. tapi wajib untuk kita terus cuba perbaiki diri dari masa ke semasa. 🙂 setuju tak kak? hehehe *wink wink* tersenyum senyum kak nurul baca ni.. memang betul apa.. kita semua tak perfect tapi we are supposed to try to improve ourselves from time to time.. hehehe speaking ompteh lak haa… 🙂

    ni dalam bahagia bahagia ni.. saya nak gak kongsi pengalaman bercuti. kak nurul pun try lah . u will love it. i tgk kat tmpt i menginap ni CEO CEO and VIP semua pun choose this homestay .. akak nurul apa lagi.. hehehe cuba lahh

    salam. nak kongsi pengalaman bercuti di perth baru baru ni. kami sekeluarga 10 org semuanya menginap di mahira holiday homes. owner org islam malaysia. memang berbaloi dan harga berpatutan sebab saya dah puas survey harga hotel dan semuanya mahal belaka. mereka juga ada car rental. boleh contact 012330098. anak owner ada di kl.

    saya ambil fullboard pakej dari mereka. memang servis bagus. semuanya diuruskan. kita cuma naik kapal terbang dan jumpa org yang akan jemput kita di airport perth. pakej pun murah sahaja. puas saya survey., memang ni yg paling berbaloi.

    rasanya diaorg ada buat lagi full board pakej untuk tahun 2014. cubalah tanya .

  14. Salam kak.. Bru ja tgk kt youtube kak nyanyi dgn kak zz.. Ish3.. Powernya sora kak! Best kak.. Xpuas dgq.. Hope bleh tgk kak nyanyi live kt tv.. Love u..

  15. If i diberi peluang kedua untuk mengecapi kebahagiaan macam u, i akan gunakan peluang itu sebaaik mungkin….insyaallah…

  16. Like ur entri kak nurul..arini tibe rasa sedey…tp lps baca entri kak nurul ni rasa cm nk ‘meloncat’ je..hehe..perit seorang ibu tunggal tiada sapa dpt rasakan..life mesti positive,itu sahaja..mindset kne kawal..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: